Tuesday, October 29, 2013

RAHSIA ALAM ROH YANG KITA TIDAK PERNAH AMBIL TAHU KEWUJUDANNYA




Alam roh merupakan titik bermulanya pengembaraan manusia sebelum menempuh alam-alam yang seterusnya. Masih ramai dalam kalangan kita yang tidak pernah ambil tahu akan kewujudan alam roh. Oleh itu, rahsia disebaliknya akan didedahkan untuk kesedaran kita semua. Alam roh merupakan tempat berkumpulnya roh-roh di mana manusia tidak mempunyai jasad. Tidak ada jantina lelaki ataupun perempuan. Bagaimana keadaan kita pada masa itu? Sangat sedikit yang kita ketahui berkenaan dengan alam roh itu. Firman Allah S.W.T:

وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الرُّوحِ قُلِ الرُّوحُ مِنْ أَمْرِ رَبِّي وَمَا أُوتِيتُم مِّن الْعِلْمِ إِلاَّ قَلِيلاً

Maksudnya: "Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: "Roh itu dari perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja." [Surah Al-Isra' ayat 85].

Tetapi apa yang pasti semasa berada di alam roh, manusia sangat rapat dengan Tuhan. Sehinggakan pengakuan ini dicatat di dalam Al-Qur'an. Firman Allah S.W.T:

وَإِذْ أَخَذَ رَبُّكَ مِن بَنِي آدَمَ مِن ظُهُورِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ عَلَى أَنفُسِهِمْ أَلَسْتَ بِرَبِّكُمْ قَالُواْ بَلَى شَهِدْنَا أَن تَقُولُواْ 
يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هَذَا غَافِلِينَ

Maksudnya: "Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi." Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini." [Surah Al-A'raf ayat 172].



Pada ketika itu, roh sangat kenal dan mengakui akan keesaan Allah S.W.T sebagai Robb (Tuhan yang menciptanya). Pada ketika itu juga roh telah berjanji untuk menjadi hamba Allah yang patuh. Perjanjian ini termeterai di antara manusia dengan Allah sehinggakan manusia sanggup memikul amanah sebagai khalifah di muka bumi.



"Walaupun semua makhluk lain menolak untuk memikul amanah ini, tetapi manusia pula sebaliknya dengan menyatakan kesanggupannya untuk memikul amanah tersebut."



Dan kesediaan inilah menyebabkan manusia menjadi pelakar sejarah dalam kehidupan di muka bumi dan memberi impak yang besar serta memberi kesan kepada kehidupannya sendiri. Firman Allah S.W.T:

إِنَّا عَرَضْنَا الْأَمَانَةَ عَلَى السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَالْجِبَالِ فَأَبَيْنَ أَن يَحْمِلْنَهَا وَأَشْفَقْنَ مِنْهَا وَحَمَلَهَا الْإِنسَانُ إِنَّهُ كَانَ 
ظَلُوماً جَهُولاً

Maksudnya: "Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan (jahil)." [Surah Al-Ahzab ayat 72].



Tidak diketahui berapa lama tempoh manusia berada di alam roh. Namun yang pastinya, setiap manusia mengambil giliran masing-masing untuk diturunkan ke alam dunia. Kita pun datang ke bumi dari generasi ke generasi. Sayangnya, pengakuan, perjanjian, kesanggupan dan segala-gala yang berlaku di alam roh seolah-olah sudah dilupakan oleh manusia. Mengapa boleh terjadi hal sedemikian?



Memang logik manusia sudah lupa kerana alam roh itu sudah begitu lama manusia tinggalkan. Sedangkan hal yang berlaku setahun atau sebulan mahupun seminggu yang lalu pun manusia boleh terlupa, inikan pula entah berapa ratus atau ribu tahun sudah manusia tinggalkan alam roh tersebut? Wallahua'lam. Semoga kita dapat ambil pengajaran mengenai kehidupan kita semenjak di alam roh dahulu.


APAKAH TUJUAN MANUSIA ITU DIJADIKAN? APAKAH JANJI KITA [ALAM ROH] DI LOH MAHFUZ?


Bismillahirrohmaanirraahim.



Selawat dan Salam Pada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, Para Malaikat, Para Wali2 Allah, Para Ambia dan juga Cendikiawan Ilmuan Islam yang telah banyak berjasa kepada perkembangan dan pemerkasaan Agama Islam di bumi Allah yang bertuah ini.

Marilah kita sama-sama beristighfar dan merenung2 kembali terhadap segala apa jua yang berlaku disekeliling kita terutamanya akan musibah yang diberikan kpd masyarakat umumnya. Kenyataan dan apa jua yang berlaku itu adalah semata2 peringatan Allah terhadap makhluknya agar sedar akan ketelanjuran, kesilapan dan dosa-dosa besar serta kecil yang telah kita lakukan terhadap keengkaran tatasusila kehidupan seharian seperti mana yang telah di ajar dan di anjur untuk kita taat dan akur pada yang Maha Pecipta, iaitu Allah Rabbul Jalil.


Cuba kita selidiki kelalaian kita seharian didalam usia yang semakin meningkat ini, ibarat "rumah kata pergi dan kubur kata mari". Antaranya adalah seperti berikut :-

i.     Bagaimanakah Syahadah yang kita Ucap dan Iqtiqokkan? Adakah benar2 kita laksanakan dan tidak sesekali kita menyekutukanNya dari sekecil2 perbuatan, yakni  melalui ucapan? Cuba fikirkan!

ii.     Adakah kita benar-benar melakukan solat dan takut serta taat akan janji kita manusia sebagai makhluk terhadap penciptaNya?
                                                                   [ LAM ALIF ]


 iii.   Sempurnakah Amalan seharian yang telah disyariatkan? Bagaimana dengan solat, puasa, zakat dan ketaatan kepada pimpinan selagi tidak menyanggah terhadap apa yang Islam wajibkan ke atas kamu?

iv.     Bagaimankah cara kita bermuamalat/berniaga dan bermasyarakat? Adakah perniagaan kita mengikut syariat Allah? Adakah perniagaan itu di keluarkan zakat atas keuntungan yang kita jana? Corak kehidupan dan bermasyarakat bagaimana? Adakah masyarakat kita berfesyen dgn menutup "Aurat" dan Gaya kehidupan yang saling-sayang menyayangi antara Islam dan sesama makhluk? Adakah kita jauhi adu-domba, hasad dengki, khianat, berbunuhan secara kebatinan alam mistik, berkawan dgn jin yang memekarkan perbuatan khianat dan sebagainya?

v.     Adakah kita bermasyarakat secara ukhwah? saling berkasih-sayang, tolong menolong, hormat-menghormati, akur kepimpinan, akur dgn apa yang Agama sarankan serta wajibkan? Adakah kita sudah mencari semua ini, demi bekalan kita di alam akhirat nanti sebelum bertemu kembali dengan "Rabbul Jalil" di hari pembalasan di Padang Masyar?

Oleh itu, saya mengingatkan diri saya dan semua muslimin serta muslimat sekelian,  Jika semua di atas belum kita laksanakan dan perolehi, maka didalam kesempatan umur yang masih ada dan tinggal ini, marilah sama2 kita cari, mempelajari dan mengamalkannya. Pencarian ini wajar dgn bergurukan Guru yg Mursyid, maka carilah.....
                                                                [ BISMILLAH23 ]
 

Agar, bila roh kita keluar dari jasad nanti, roh kita tidak terawang-awang disebabkan ia  tidak diterima oleh ALLAH. Tidak "penerimaan" inilah yang menjadi punca "ROH" tadi menjadi syaitan yang akan menghasut manusia agar ikut serta dgnnya dgn hati yang selalu syak dan memungkiri segala janji terhadap Penciptanya. 

Ingat, bahawa semua "ROH" itu adalah suci dan bersih seperti sebersih2 kain putih ketika di "ALAM MAHFUZ" tetapi bila "ROH" tadi telah ditiupkan untuk menjadi manusia didalam rahim seseorang ibu, maka dari peringkat itulah ia mula mempelajari erti kehidupan dan ia terus dibuai dan jana mengikut pembawakan diri manusia itu dari peringkat ia lahir kedunia, alam kanak-kanak, remaja,dewasa dan matang.
                                                                       [ HUWA]


Pengisian kehidpuan berperingkat inilah yang setiap keluarga wajar jagai, agar pembentukan diri manusia ini akan sentiasa diajari dan dibimbing kepada satu perkara asas, iaitu  meng ESA kan Allah dengan TIDAK sesekali menyekutukannya dgn sesuatu, serta melakukan segala apa jua amalan yang di perintah dan meninggalkan apa yang ditegah. Lupakah kita terhadap simbolik ini? Mengapakah mayat manusia itu bila dikafankan ia wajar dibalut dan diselimutkan dengan kain putih? kenapa tidak hitam, pink, merah, hijau dan sebagainya? PUTIH itu tandanya bersih................. sifat ROH itu juga mulanya suci dan bersih......

Beringatlah wahai manusia ........ ingat janji2 Allah..... Hanya manusia yang lalai shj yang lupa akan janjinya!.

Wallahualam.


No comments: