Monday, April 29, 2013

Download MP3 Ayat-Ayat Ruqyah Untuk Rawatan Makhluk Halus

 cara download ayat ruqyah, mp3 ayat ruqyah free download, ayat ruqyah download free, perubatan islam guna ayat ruqyah, cara mengubati gangguan jin , ayat al quran gangguan jin, halau gangguan jin guna ayat al quran, halau jin guna ayat ruqyah,cara ubat gangguan makhluk halus, perubatan islam gangguan makhluk halus.



 
Jin dan syaitan telah bersumpah untuk menyesatkan anak cucu Adam dihadapan Allah sehingga hari kiamat. Namun, kita sebagai manusia seharusnya menguatkan diri luaran dan dalaman untuk menghalang segala bentuk gangguan dan hasutan jin dan syaitan laknatullah. Bagi anda yang pernah mengalami gangguan makhluk halus ,semestinya anda tahu yang rawatan Islam adalah satu satunya rawatan yang paling mustajab .
Dalam cara rawatan Islam, perawat akan membacakan beberapa potong ayat-ayat Al-Quran supaya pesakit dapat mendengarnya dengan khusyuk. Bagi mereka yang ada gangguan, biasanya apabila dibacakan Al-Quran pada telinganya, si Jin, syaitan atau iblis yang berada di dalam tubuh si pesakit itu akan merasa panas dan lama-kelamaan dia tidak akan boleh bertahan dengan berdiam diri.
Maka timbul lah berbagai reaksi dari pesakit itu. Antaranya ialah pesakit akan rasa:
- pening-pening kepala
- mabuk
- muntah-muntah
- menggeletar
- pengsan
- seram-sejuk
- berdebar-debar
Untuk makluman, ayat-ayat Al-Quran yang biasa digunakan untuk rawatan makhluk halus adalah lebih dikenali sebagai Ayat-ayat Ruqyah.
BAGAIMANA UNTUK MENDAPATKAN AYAT AYAT RUQYAH? klik butang download dibawah:
image
Surah surah ruqyah mengandungi ayat ayat Al –Quran seperti berikut:
Urutan Ayat-Ayat Ruqyah || No; Nama Surah; Juzuk; Ayat
1 Al-Fatihah 1 Seluruhnya
2 Al-Baqarah 1 1-5
3 Al-Baqarah 1 102
4 Al-Baqarah 2 163-164
5 Al-Baqarah (Ayatul Kursi) 3 255
6 Al-Baqarah 3 285-286
7 Ali-Imran 3 18-19
8 Al-’Araf 8 54-56
9 Al-’Araf 9 117-122
10 Yunus 11 81-82
11 Toha 16 69
12 Al-Mukminun 18 115-118
13 As-Soffaat 23 1-10
14 Al-Ahqaaf 26 29-32
15 Ar-Rahman 27 33-36
16 Al-Hasyr 28 21-24
17 Al-Jin 29 1-9
18 Al-Ikhlas 30 Seluruhnya
19 Al-Falaq 30 Seluruhnya
20 An-Naas 30 Seluruhnya
Cara cara menggunakan ayat ruqyah ada diterangkan dalam laman berikut: SILA KLIK LINK DIBAWAH 
KLIK DISINI 

free download:
quran-mp3

DAN INGATLAh....


Wahai Saya bin Ibu Saya

Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA. Hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah, yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini. Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah dan bahawasanya Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.
Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA. Apabila datang kepada kamu dua malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Munkar dan Nankir, maka janganlah berasa gentar dan takut. Janganlah kamu berduka cita dan risau serta janganlah kamu bersusah hati dan terkejut. Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA bahawasanya Mungkar dan Nankir itu hamba Allah Ta’ala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Ta’ala. Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu.
Mereka berkata:
  • Siapakah Tuhan kamu?
  • Siapakah Nabi kamu?
  • Apakah agama kamu?
  • Apakah kiblat kamu?
  • Siapakah saudara kamu?
  • Apakah pegangan iktikad kamu?
  • Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?
Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah. Biarlah tenang dan berhati-hati.
Hendaklah kamu jawab begini:
  • Allah Ta’ala Tuhanku.
  • Muhammad Nabiku.
  • Islam agamaku.
  • Baitullah itu kiblatku.
  • Semua orang Islam dan orang beriman adalah saudara aku.
  • Kitab suci Al-Quran ikutanku, malahan solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.
  • Dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap, “La ila ha illallah Muhammaddur Rasulullah”.
Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu. Inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di alam Barzakh sehingga sampai satu masa kelak. Kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.
Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA. Bahawasanya mati ini adalah benar. Soalan malaikat Munkar dan Nankir di dalam kubur ini adalah benar. Bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar. Berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar. Dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar. Minum di kolam air Nabi adalah benar. Ada Syurga dan Neraka adalah benar. Bahawasanya Hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang Maha Berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.
Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal pada kamu di sisi Allah Ta’ala. Semoga Tuhan akan memberi kesejahteraan kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Ta’ala menjinakkan hati kamu yang liar dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini. Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.
“Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak diseksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW. Subhana rabbika rabbil izzati amma ya sifun wassalum alalmursalin walhamdulillahi rabbil alamin”.
Setiap yang bernafas, pasti akan merasai mati – “Kullu nafsin zaa iqatul maut”.
Firman Allah SWT: “Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran.” – Surah Al-A’sr
Nota: Selepas mati, seorang yang beragama Islam akan disebut namanya dan di’bin’kan kepada nama ibunya, yakni yang melahirkannya.

Saturday, April 27, 2013

Borong 54 eBook HEBAT !! – Boleh dijual Semula, Buat Posting Dalam Blog, FanPage dan apa saja nak buat…


Salam Ceria ,

Apa khabar ? Harap sihat hendaknya...

Hari ini saya nak kongsikan cara mudah untuk  mendapat ilmu dan juga bahan-bahan untuk di postkan di Blog atau  Facebook.

Berikut adalah senarai ebook yang boleh dijual semula atau dijadikan bahan untuk 
 posting di blog atau juga di Fanpage Tuan /Puan:-

54 eBook UPLR

3 Teknik Cari Idea Tajuk Ebook
4 Kriteria Perlu Ada Dalam Penulisan Ebook.docx
5 Niche Pasti Hot.docx
5 Perkara Seorang Affiliate Perlu Elak.docx
6 Langkah Mencipta Produk Digital.docx
7 Mitos Mengenai Jualan Ebook.docx
7 Strategi Pemasaran Gerilla.docx
10 Tips Penulisan Artikel.docx
14 Rahsia Affiliate.doc
30 Idea Tulis Follow Up.docx
50 Strategi Pemasaran.doc
Asas dan Prinsip Kejayaan Temuduga.docx
Buat Duit Dengan Blog.docx
Buat Duit Dengan Menulis.docx
Checklist Perniagaan Ebook.doc
Email Formula.docx
Formula Pendapatan Segera Dari Internet.docx
Minda Wang.docx
Nota Pintar Pemasaran Affiliate.docx
Panduan 101 Produk Informasi.docx
Panduan Asas Memulakan Perniagaan Internet.doc
Panduan Berhenti Merokok.docx
Panduan Freelancer Writer.docx
Panduan Lengkap Persiapan dan Persediaan Temuduga.docx
Panduan Meletakkan Harga Ebook.docx
Panduan Membeli Hosting dan Domain.doc
Panduan Membina Buyer List.docx
Panduan Membina Kredibiliti.docx
Panduan Mengajar Anak di Rumah.docx
Panduan Menulis Laporan Percuma.docx
Panduan Promosi di Facebook.docx
Panduan Ringkas Memulakan Perniagaan Internet.docx
Panduan Ringkas Pemasaran Affiliate.doc
Panduan Simple Menulis Ebook.docx
Panduan Tulis Tajuk Ebook.docx
Prinsip Jutawan Yang Tidak Akan Gagal.docx
Rahsia Bisnes Gaya Pos.doc
Rahsia Bisnes Printing.docx
Rahsia Bonus Produk Affiliate.docx
Rahsia Ezine.doc
Rahsia Kekayaan dan Kemewahan Hidup.docx
Rahsia Pakar Presentation.docx
Rahsia Pemasaran Artikel.docx
Rahsia Pengiklanan Efektif.doc
Rahsia Untuk Kaya Dan Hidup Mewah.doc
Rahsia Web Efektif.doc
Strategi Pemasaran Efektif.doc
Teknik Cari Mood Untuk Tulis Ebook.docx
Teknik Menulis Email.docx
Teknik Mudah Ayat Jualan.docx
Teknik Sempoi Tulis Surat Jualan.docx
Teknik Tambah Pendapatan Perniagaan.docx
Tips List Responsif.doc
Tips Menjadi Seorang Super Affiliate.docx
Rahsia

eBook ini adalah dalam format Doc yang mudah untuk diedit.

Tuan/ Puan boleh buat apa saja dengan eBook ni

Harga open RM20 per ebook sahaja….
(murah tu, nak upah orang tulis satu ebook mahu RM40/RM50 per ebook).
Tetapi, pada kali ini, saya hanya jual pada harga

RM50 sahaja!

Kalau Tuan / Puan berminat , sila reply email ni dengan
mesej "
Saya Nak eBook2 ni"
EMEL SEGERA KE  MATTOP72@GMAIL.COM
Jangan berkira untuk mendapatkan ilmu terbaik ya :-) Boleh jual  pula tu :-)



Salam Hormat

FARID HARUN,

(p/s : Kalau Tuan/Puan beli dengan harga RM20 dan jual
semula kepada kawan-kawan, Tuan / Puan dah untung 100% dan dapat bahan percuma untuk posting di Blog atau Facebook!.

Thursday, April 25, 2013

CABARAN DALAM HIDUP


Hidup Dengan Penuh Cubaan



Terdapat riwayat yang shahih bahawa Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda; ertinya :
"Sesungguhnya seorang mukmin tercipta dalam keadaan Mufattan ( penuh cubaan ), Tawwab ( senang bertaubat ), dan Nassaa' ( suka lupa ), ( tetapi ) apabila diingatkan ia segera ingat. " Silsilah Hadith Shahih No. 2276



Hadith ini merupakan hadith yang menjelaskan sifat-sifat orang mukmin, sifat-sifat yang senantiasa melekat dan menyatu dengan diri mereka, tiada pernah lepas hingga seolah-olah pakaian yang selalu menempel pada tubuh mereka dan tidak pernah terpisah dari mereka.

Mufattan
Ertinya : Orang yang diuji ( diberi cubaan ) dan banyak ditimpa fitnah.
Maksudnya : ( orang mukmin ) adalah orang yang waktu demi waktu selalu diuji oleh Allah dengan bala ( bencana dan dosa-dosa ). Faid-Qadir 5/491



Dalam perkara ini,cubaan itu akan meningkatkan keimanannya, memperkuat keyakinannya dan akan mendorong semangatnya untuk terus menerus berhubungan dengan Allah Subhanahu Wa Taala, sebab dengan kelemahan dirinya, ia menjadi tahu betapa Maha Kuat dan Maha Perkasanya Allah, Rabbnya.

Menurut sebuah riwayat dalam shahih Bukhari dan shahih Muslim, sesungguhnya Nabi Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda;

ertinya :
"Perumpamaan orang mukmin ibarat sebatang pokok yang lentur diombang-ambing angin, kadang hembusan angin merobohkannya, dan kadang-kadang meluruskannya kembali. Demikianlah keadaannya sampai ajalnya datang. Sedangkan perumpamaan seorang munafik, ibarat sebatang pokok yang kaku, tidak bergerak oleh terpaan apapun hingga ( ketika ) tumbang, tumbangnya sekaligus. " HR Bukhari & Muslim



Ya, demikianlah sifat seorang mukmin dengan keimanannya yang benar, dengan tauhidnya yang bersih dan dengan sikap iltizam ( commitment ) nya yang sungguh-sungguh.

Tawaab Nasiyy
Ertinya : Orang yang bertaubat kemudian lupa, kemudian ingat, kemudian bertaubat. Faid-Al Qadir 5/491.



Seorang mukmin dengan taubatnya, bererti telah mewujudkan makna salah satu sifat Allah Subhanahu Wa Taala, iaitu sifat yang terkandung dalam namaNya :
Al-Ghaffar ( Zat yang Maha Pengampun ). Allah Subhanahu Wa Taala berfirman; ertinya :
"Dan sesungguhnya Aku yang amat memberi ampun kepada orang-orang yang bertaubat serta beriman dan beramal soleh, kemudian dia tetap teguh menurut petunjuk yang diberikan kepadanya. " Q.S Taha : 82



Apabila Diingatkan, Ia Segera Ingat

Ertinya : Bila diingatkan tentang ketaatan, ia segera bergegas melompat kepadanya, bila diingatkan tentang kemaksiatan, ia segera bertaubat daripadanya, bila diingatkan tentang kebenaran, ia segera melaksanakannya, dan bila diingatkan tentang kesalahan ia segera menjauhi dan meninggalkannya. Ia tidak sombong, tidak besar kepala, tidak bongkak dan tidak tinggi hati, tetapi ia rendah hati kepada saudara-saudaranya, lemah lembut kepada sahabat-sahabatnya dan ramah tamah kepada teman-temannya, sebab ia tahu inilah jalan Ahlul Haq ( pengikut kebenaran ) dan jalannya kaum mukminin yang sholihin.



Terhadap dirinya sendiri ia berbatin jujur serta berpenampilan luhur, sedangkan terhadap orang lain ia berperasaan lembut dan berakhlak mulia, bersuri tauladan kepada insan tauladan paling sempurna iaitu Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam, yang telah diberi wasiat oleh Rabbnya dengan firmanNya yang ertinya :
"Maka dengan sebab rahmat ( yang melimpah-limpah ) dari Allah ( kepadamu wahai Muhammad ), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka ( sahabat-sahabat dan pengikutmu ), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka ( mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu ) dan pohonkanlah ampun bagi mereka dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan ( peperangan dan hal-hal keduniaan ) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam ( sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu ) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya. " Q.S Aali Imran : 159



Inilah sifat seorang mukmin. Ini pula jalan hidup serta manhaj perilakunya.

KHUSYUK


KHUSYUK



Dari Abi Darda’ , sesungguhnya Nabi s.a.w bersabda “ Yang pertama kali dilenyapkan dari umatku ini ialah rasa khusyuk sampai tidak lagi engkau melihat dalam solat itu orang yang khusyuk .” ( HR Thabrani dengan sanad hasan )

Dari Mutharrif dari bapanya, iaitu Abdullah bin Asy Syakhairi, ia berkata : Aku melihat Rasulullah s.a.w solat . Di dalam dadanya suara bergemuruh seperti gemuruhnya gunung berapi kerana menangis . ( HR Abu Dawud )

Dan Nasa’I dengan lafaz : Dalam dadanya ada suara gemuruh seperti gemuruhnya air yang mendidih kerana menangis, disahkan oleh Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hiban .



MEMELIHARA SOLAT RAWATIB

Dari Ummi Habibah bt Abi Sufyan, katanya : Saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda “ Seseorang hamba yang solat kerana Allah sehari semalam 12 rakaat dengan senang hati di luar fardhu , pasti Allah akan bangunkan untuk dirinya sebuah rumah di dalam syurga .”

(HR Muslim dan Ashhabi Sunan) Dan Tirmizi menambahkan : “ Empat rakaat sebelum Zuhur, dua rakaat sesudahnya, dua rakaat sesudah magrib, dua rakaat sesudah isyak dan dua rakaat sebelum solat subuh, disahkan oleh Ibnu Khuzaim, Ibnu Hiban dan Hakim, tetapi mereka tidak menyebutkan dua rakaat sesudah isyak, melainkan sebagai gantinya mereka menyebutkan dua rakaat sebelum Asar, dan begitu pula .



Dari Aisyah dari Nabi s.a.w sabdanya “ Dua rakaat sebelum subuh lebih baik daripada dunia dan seisinya .” (HR Muslim )

Dan pada suatu lafaz “ Kedua rakaat tersebut lebih aku cintai daripada dunia ini seluruhnya .” Dan pada riwayat lain disebutkan : Nabi tidak pernah begitu kuat ketekunannya dalam mengerjakan solat-solat sunat rawatib melebihi dua rakaat sebelum subuh . (HR Muslim & Bukhari)



Dari Ummi Habibah, katanya : Saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda “ Barangsiapa yang menjaga dengan baik 4 rakaat sebelum zuhur dan 4 rakaat sesudahnya, pasti Allah akan haramkan dia masuk neraka .” ( HR Ahmad & Ashabi Sunan serta disahkan Tirmidzi )

Dari Abdurrahman bin Humaid dari bapanya dari datuknya : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda “ Solat sunah sesudah Zuhur adalah seperti solat malam .” ( HR Thabrani )



SOLAT WITIR

Dari Ali bin Abi Thalib, katanya : Witir itu tidak merupakan suatu ketetapan seperti solat-solat wajib, tetapi sunah Rasulullah s.a.w . Baginda bersabda “ Sesungguhnya Allah itu Tunggal, maka Dia mencintai yang tungal, kerana itu solatlah Witir, wahai ahli Quran!.” ( HR Ashhabi Sunan )

Lafaz hadith tersebut ada pada Tirmizi dan beliau menghasankannya, tetapi Ibnu Khuzaimah mengesahkannya. Abu Dawud dan yang lain juga meriwayatkan hadith seperti itu dari Jabir.



Dari Jabir, ia berkata Rasulullah s.a.w bersabda “ Barangsiapa khuatir tidak dapat bangun tengah malam, hendaklah ia witir pada permulaan malam. Dan barangsiapa berkeinginan keras untuk bangun di akhir malam, hendaklah dia melakukan witir pada akhir malam, kerana solat di akhir malam itu disaksikan dan dihadiri oleh para malaikat ; dan solat tersebut adalah lebih utama .” ( HR Muslim )



WUDUK SEBELUM TIDUR

Dari Ibnu Umar, katanya : Rasulullah s.a.w telah bersabda “ Barangsiapa tidur di malam hari dalam keadaan suci, maka malaikat akan tetap mengikuti, lalu ketika ia bangun, nescaya malaikat itu akan berucap ‘ Allahummagfir li’abdika fulani fainnahu bata thahiran .



SOLAT MALAM

Dari Abdillah bin Amr bin Ash, katanya : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda “ Dari Abdillah bin Amr bin Ash, katanya : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda “ Solat yang paling dicintai oleh Allah adalah solat Dawud; dan puasa yang paling dicintai oleh Allah adalah puasa Dawud, iaitu ia biasa tidur sampai tengah malam, lalu ia bangun selama sepertiga malam dan tidur lagi selama seperenam malam;dan ia puasa sehari, kemudian berbuka sehari.”(Bukhari & Muslim)



Dari Jabir, katanya: Saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda “ Sesungguhnya pada malaikat itu ada suatu saat, bila seseorang muslim bertepatan dengan waktu itu, lalu ia memohon kepada Allah Taala kebaikan dalam urusan dunia dan akhirat pasti Allah akan berikan kepadanya dan waktu itu adalah setiap malam .” ( HR Muslim )



Dari Abu Hurairah, ia berkata : Rasulullah s.a.w bersabda “ Mudah-mudahan Allah merahmati seseorang yang bangun di malam hari, lalu solat dan membangunkan isterinya. Jika isterinya enggan, ia percikkan mukanya dengan air. Dan mudah-mudahan Allah merahmati seseorang perempuan yang bangun di malam hari. Lalu dia bersolat dan membangunkan suaminya. Apabila ia enggan, ia percikkan air ke mukanya .” ( HR Abu Dawud dan lafaz ini ada pada sisinya )



Juga diriwayatkan Nasa’i, Ibnu Majah dan disahkan oleh Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hiban dan Hakim juga diriwayatkan oleh Thabrani dari Abi Malik Al Asy’ari dengan isi yang semakna .

Dari Abdullah katanya : Rasulullah s.a.w bersabda “ Kelebihan solat sunat malam disbanding dengan solat sunat siang seperti kelebihan sedekah sembunyi-sembunyi dengan sedekah terang-terangan .” ( HR Thabrani dengan sanad hasan )



Dari Sahal bin Sa’id , ia berkata : Jibril dating kepada rasulullah s.a.w lalu dia berkata “ Wahai Muhammad ketahuilah bahawa kemuliaan seseorang mukmin itu ialah ada pada solat malamnya dan keperkasaannya ada pada sifat menahan diri dari meminta-minta kepada orang lain .”

( HR Thabrani dari kitab Ausath dengan sanad hasan )



Dari Abdullah bin Qais, ia berkata : Aisyah berkata : “ Janganlah engkau tinggalkan solat malam, kerana Rasulullah s.a.w tidak pernah meninggalkannya dan bilamana baginda sakit atau dalam keadaan payah, baginda solat malam dengan duduk .”

( HR Abu Dawud dan disahkan oleh Ibnu Khuzaimah )



MEMBACA AL-QURAN DI MALAM HARI

Dari Iyas bin Muawiyah, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda “ Haruslah dikerjakan solat, walaupun lamanya seperti orang yang memerah susu kambing dan solat yang dilakukan setelah solat Isyak itulah yang dinamakan solat Lail .” ( HR Thabrani )

Dari Abdullah bin Umar bin Ash, ia berkata : Rasulullah s.a.w bersabda “ Barangsiapa membaca sepuluh ayat Al-Quran, maka dia tidak akan dicatat menjadi golongan orang-orang lalai, dan barangsiapa membaca 100 ayat maka ia akan dicatat menjadi golongan orang-orang patuh, dan barangsiapa membaca 1000 ayat maka ia akan dicatat menjadi golongan orang-orang yang mendapat rahmat yang banyak sekali .” ( HR Abu Dawud dan disahkan oleh Ibnu Khuzaimah )



Juga diriwayatkan oleh Ibnu Hiban tetapi pada sisi beliau dikatakan : “ Barangsiapa yang membaca 200 ayat maka dia akan dicatat menjadi orang-orang yang mendapatkan rahmat yang banyak sekali .”

Dari Umar bin Khatthab, ia berkata : Rasulullah s.a.w bersabda “ Barangsiapa tertidur dari membaca Al-Quran atau dari sesuatu, lalu ia membacanya di waktu antara soalt Fajar dan Zuhur, maka dituliskan untuk dirinya seolah-olah ia membaca seluruh Al-Quran itu di malam harinya .” ( HR Muslim dan Ashhabi Sunan )


SOLAT DUHA

Dari Abu Hurairah, ia berkata : “ Sahabat karibku berpesan kepadaku untuk puasa sehari pada setiap bulan; dan solat 2 rakaat pada waktu Duha; serta melakukan solat Witir sebelum aku tidur .” ( HR Bukhari dan Muslim )

Dan dalam riwayat Ibnu Khuzaimah dikatakan : “ Aku tidak pernah meninggalkan perbuatan-perbuatan tersebut, dan pada lafaz itu juga ia disebutkan ‘ dan aku tidak pernah meninggalkan solat Duha, kerana solat Duha ini adalah solat orang-orang bertaubat .”

( HR Muslim dari Abi Darda’ seperti hadith yang pertama tersebut )




Dari Abbas, katanya : Rasulullah s.a.w bersabda “ Wahai bapa saudara, mahukah engkau aku beri, mahukah engkau aku beri, mahukah engkau aku beri ? Mahukah aku ajarkan kepadamu 10 hal yang apabila engkau lakukan hal itu, Allah akan mengampuni dosa-dosamu yang dahulu mahupun yang kemudian, yang awal mahupun yang akhir, baik kerana kekeliruan mahupun kerana kesengajaan, yang kecil mahupun yang besar, yang tersembunyi mahupun terang-terangan. Sepuluh macam sifat itu ialah engkau solat 4 rakaat, pada tiap rakaat engkau membaca Al-Fatihah dan surah, apabila engkau selesai membaca pada awal rakaat, maka pada rakaat awal ketika engkau masih berdiri, maka bacalah “ Subhanallah wal hamdulillah wa lailaha illallah wallahu akbar “ ( Maha Suci Allah, segala puji hanyalah milik Allah, tiada Tuhan kecuali Allah dan Allah Maha Besar ) 15 kali, kemudian engkau rukuk, dan dalam keadaan rukuk engkau membaca, 10 kali, kemudian engkau bangkit, mengangkat kepalamu dari rukuk dan engkau mengucapkan doa itu 10 kali, kemudian engkau menunduk sujud, lalu mengucapkan bacaan itu 10 kali di waktu sujud, kemudian engkau mengangkat kepala dari sujud dan mengucapkannya, 10 kali kemudian engkau sujud dan mengucapkannya lagi 10 kali, kemudian engkau bangkit mengangkat kepalamu dari sujud dan engkau mengucapkannya 10 kali , dengan demikian berjumlah 75 kali setiap rakaat. Engkau lakukan.



SOLAT TAUBAT

Dari Abi Bakar Siddiq, ia berkata : Saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda “ Tidak seseorangpun telah melakukan perbuatan dosa, kemudian ia mahu bersuci, lalu ia solat, melainkan pasti Allah akan memberikan ampun kepadanya.” Kemudian baginda membaca ayat ini “ Walazina iza fa’alu fahisyatan wa zalamu anfusahum zakarullah ” ( mereka itu apabila melakukan perbuatan zalim atau menzalimi diri mereka, lalu mereka mengingati Allah ) .

( HR Ashhabi Sunan dan dihasankan oleh Tirmidzi, disahihkan oleh Ibnu Hiban )



Dan pada ibnu Hiban disebutkan : “ Kemudian ia solat 2 rakaat .” begitu juga Ibnu Khuzaimah, telah mensahkan hadith ini .

SOLAT MOHON SEMBUH

Dari Utsman Bin Hunaif : Sesungguhnya seseorang buta dating kepada Rasulullah s.a.w, lalu ia berkata : Wahai Rasulullah berdoalah kepada Allah agar Allah menjadikan mataku ini dapat melihat. Atau dia berkata : Atau aku tinggalkan kamu. Lalu ia berkata : Wahai Rasulullah, sesungguhnya hilangnya penglihatanku ini menjadikan aku susah. Lalu baginda bersabda “ Pergilah dan berwuduklah, kemudian solatlah 2 rakaat, kemudian bacalah “ Allahumma ini as’aluka wa atawajjahu ilaika binabiyyi muhammadin nabiyir rahmah” ( Wahai Tuhan! Sesungguhnya aku meminta kepada-Mu dan aku menghadap kepada Tuhanku dengan perantaraan Nabi Muhammad, Nabi Rahmat ). Lalu ia berkata : Wahai Muhammad, apakah aku menghadap kepada Tuhanku dengan perantaraanmu supaya penglihatanku dapat kembali. Wahai Tuhanku, syafaatilah ia dengan diriku dan syafaatilah diriku dengan diriku . Kemudian orang itu pulang, ternyata Allah telah mengembalikan penglihatannya . ( HR Tirmidzi dan ia sahkan )



Dan riwayat Nasa’i dengan lafaz seperti ini . Diriwayatkan pula oleh Ibnu Majah dan disahkan oleh Ibnu Khuzaimah dan Hakim, sedangkan dalam riwayat Tirmizi disebutkan : Lalu Nabi menyuruh dia untuk berwuduk, lalu ia menyempurnakan wuduknya, kemudian berdoa dengan doa seperti tersebut di atas tanpa menyebutkan solat .” ( Diriwayatkan dalam kitab Ad’awat )



SOLAT ISTIKHARAH

Dari Jabir bin Abdillah, ia berkata : Adalah Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan kepada kami “ istikharah (memohon kebaikan ) di dalam semua urusan. Seperti halnya baginda mengajarkan kepada kami sesuatu surah Al-Quran, sabdanya “ Apabila seseorang di antara kamu berkeinginan melakukan sesuatu urusan, hendaklah dia rukuk 2 rakaat yang bukan fardu. Kemudian hendaklah ia mengucapkan : “ Allahummaini ‘astakhiruka bi’ilmika wa’astaqdiruka biqudratika wa as’aluka min min fazlikal ‘azim,fa innaka taqdiru wa la aqdiru wata ‘lamu anna hazel amrasyarrun li fi dini wa ma ‘asy wa ‘akibati amri : atau membaca ‘ajili amri wa ajilihi fashrifhu ‘ain washrifni ‘anhu, waqdurli al khaira haitsu kana summa radini bihi .”



Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu kebaikan, menurut pengetahuan-Mu. Dan aku mohon kekuatan dengan kudrat-Mu, dan aku mohon kepada-Mu dengan keutamaan-Mu yang agung. Sesungguhnya Engkau berkuasa melakukan apa yang tidak kuasa aku lakukan; dan Engkau adalah Maha mengetahui apa yang tidak ku ketahui; dan Engkau adalah Maha mengetahui yang lahir Wahai Tuhanku, sesungguhnya Engkau adalah Maha mengetahui bahawa urusan ini sekiranya menjadi baik bagi diriku untuk agamaku, kehidupanku dan urusanku di belakang hari atau sabdanya : “ Urusanku yang sekarang atau pun yang kemudian maka tentukanlah ketetapan untuk diriku, dan mudahkanlah aku untuk memperolehinya, kemudian berilah kepadaku berkah dalam urusan itu. Tetapi jika Engkau mengetahui bahawa urusan itu buruk bagiku, untuk agamaku, kehidupanku dan akhiratku .” atau sabdanya “ Urusanku di dunia dan kelak kemudian di akhirat, maka palingkanlah urusan itu dariku dan palingkanlah aku dari urusan itu; dan tetapkanlah untuk diriku kebaikan di mana saja adanya, kemudian redhailah urusan itu untuk diriku..” Lalu baginda bersabda “ Dan ia kemudian menyebutkan apa yang menjadi hajatnya .” ( HR Bukhari dan Ashahabi Sunan )

PENAWAR SIHIR

Surah Untuk Penawar Sihir Dan Penyakit Aneh



SEJAK kecil, kita didedahkan kegunaan air sebagai penawar pelbagai jenis penyakit. Ada yang mengambil air yang dibacakan surah Yassin untuk menerang hati manakala ibu bersalin digalak minum air selusuh bagi memudahkan proses kelahiran.


Menurut Kitab Mukhtasar Fi Ma’ni Isma’Allah Al Husni, diriwayatkan bahawa Abi Al-Qaasim Al-Qusyairi pernah menghadapi kesusahan sebab anaknya sakit tenat. 


Suatu malam, dia bermimpi bertemu Nabi Muhammad SAW lalu mengadu hal itu. 



Rasulullah bertanya: “Tidakkah engkau mempergunakan ayat Asy-Syifaa?” Al-Qusyairi tersedar lalu dicarinya ayat itu dalam al-Quran. 


Al-Qusyairi menuliskan ayat itu pada kertas dan dibasuhnya dengan air lalu diberi minum kepada anaknya. Dengan izin Allah, penyakit anaknya sembuh. 


Dari sudut saintifik, saintis Eropah dan Jepun mendapati air adalah satu elemen yang hidup kerana ia mampu merakam gema, perasaan serta bacaan terhadapnya. 



Ini dibuktikan dengan gambaran molekul air yang berubah bentuk bergantung kepada interaksinya dengan keadaan luaran. 






Apabila dibacakan sesuatu yang baik, seperti ayat al-Quran, molekul air bertukar kepada bentuk kristal yang bersinar serta bercahaya. Dan, begitu juga sebaliknya. 



Allah berfirman, “Wahai manusia, sesungguhnya datang kepadamu pengajaran dari Tuhanmu (iaitu Quran) dan penyembuh bagi penyakit-penyakit dalam dada.” (Surah Yunus: 57). 



Doa yang dibacakan pada air boleh dijadikan amalan harian untuk mencari penawar dan mencapai hajat tententu, antaranya:-

-Surah al-Fatihah (penyembuh keracunan), 


-Surah al-Syarh (menghilangkan kesulitan dan bebanan),  

-Surah al-Qadr (pembuka minda dan menerangkan mata), 

-Surah al-Kafirun (menghindar hasutan Iblis dan makhluk halus),

-Surah al-Ikhlas (menjauhi mata-mata jahat), 

-Surah al-Falaq (penyembuh penyakit siang dan malam),  

-Surah al-Nas (menjauhi gangguan jin), 

-Surah al-Isra’: 28 (penghadang dan pembimbing), 

-Surah at-Taubah:128(menghilangkan sebarang sakit), 

-Ayat Kursi (menghindar gangguan makhluk halus),

-Surah al-Baqarah (terselamat dari bencana dan bahaya),  

-Surah Israil (penawar segala jenis kesakitan),  

-Surah as-Shafat (sentiasa sihat), 

-Surah Ali-Imran (terpelihara dari segala penyakit dan gangguan jin), 

-Bacaan istighfar (pengampunan dan penyembuh serta doa penyembuh angin ahmar), 

-khatamul al-Quran untuk (penyembuh penyakit zahir dan batin).


Keajaiban Angka Dalam Al-Qur’an


Keajaiban Angka Dalam Al-Qur’an
Satu kajian daripada Dr Tariq Al Suwaidan dan terbitan bukunya “The Series Of The Scientific Miracles In Qur’an” memperlihatkan kepada kita satu jujukan nombor di dalam Al-Qur’an yang perlu kita ketahui. Jujukan ini bukanlah satu kebetulan bahkan mukjizat Allah kepada Rasul Nya Muhammad SAW.
Berikut adalah bilangan tentang perkara yang disebutkan di dalam Al-Qur’an :
    Solat – 5 kali
    Dunia             - 115 Kali       : Akhirat – 115 Kali
    Malaikat – 88 Kali                : Syaitan – 88 kali
    Hidup – 145 Kali                  : Mati – 145 Kali
    Faedah – 50 Kali                 : Kerugian – 50 Kali
    Ummah – 50 Kali                 : Penyampai – 50 Kali
    Bala/Musibah – 75 Kali      : Bersyukur – 75 Kali          : 
    Bersedekah – 73 Kali         : Berpuashati – 73 Kali
    Orang Sesat – 17 Kali        : Orang Meninggal Dunia – 17 Kali
    Muslimin – 41 Kali              : Jihad – 41 Kali
    Emas – 8 Kali                       : Kemurahan Hidup – 8 Kali
    Keajaiban – 60 Kali             : Fitnah – 60 Kali
    Zakat – 32 Kali                     : Berkat – 32 Kali
    Minda – 49 Kali                    : Nur – 49 kali
    Lidah – 25 Kali                     : Sumpah – 25 Kali
    Nafsu – 8 Kali                       : Ketakutan – 8 Kali
    Kesusahan – 114 Kali        : Kesabaran – 114 Kali
    Muhammad –  4 kali           : Syariat – 4 Kali
    Lelaki – 24 Kali                    : Perempuan – 24 Kali
    Bulan – 12 Kali                    : Hari – 365 Kali
    Lautan – 32 Kali                  : Daratan – 13 Kali
    Iblis (Penghulu Syaitan)-11 Kali  : Mohon Berlindung Dari Iblis – 11 Kali       
    Bercakap di khalayak – 18 Kali   : Berdakwah – 18 Kali

v    LAUT & DARAT : 32 + 13 = 45
Justeru itu peratusan Laut : 32/45 X 100 = 71.1111111 Peratus
Peratusan Daratan : 13/45 X 100 = 28.8888889 peratus
JUMLAH DARATAN + LAUTAN = 100 %

Kajian sains pula oleh manusia telah membuktikan bahawa air meliputi 71.111 peratus daripada bumi manakala tanah meliputi 28.889 peratus. Begitulah kebesaran dan keagungan ciptaan Allah SWT.