Mendirikan sembahyang bererti melaksanakan dengan sebaik2nya serta kusyuk di dalamnya, memikirkan makna2nya dan mengenang Allah SWT dengan segala kebesarannya.
Imam Al-Ghazali didalam huraiannya mengenai erti mendirikan sembahyang mengatakan bahawa diantara ertinya ialah; engkau menjaga akan jiwa sembahyang, iaitu ikhlas dan kehadiran hati dalam segala bahagiannya. Maka janganlah engkau sujud atau rukuk melainkan apabila hati engkau sudah bersedia untuk melakukan kusyuk lagi sesuai dengan apa yang dikerjakan oleh anggota engkau yang zahir, kerana yang dikehendaki ialah kepatuhan hati dan bukan kepatuhan anggota badan.
Kerana itu janganlah engkau berkata ‘Allahu Akbar’/ ‘Allah Maha Besar’, padahal dalam hati engkau ada lagi yang lebih besar daripada Allah SWT. Dan janganlah engkau berkata ‘Wajjahtu Wajhiya’/ ‘Aku hadapkan mukaku’, melainkan hati engkau sudah menghadapi dengan semuanya kepada Allah SWT sahaja dan berpaling terus dari yang lain2. Seterusnya, janganlah engkau berkata
‘Allahamdulillah’/ ‘Segala Puji bagi Allah’, melainkankan dengan hati engkau telah penuh dengan rasa syukur atas segala nikmatnya, gembira lagi riang dengannya. Dan janganlah engkau berkata ‘Waiyya kanas taiyn’/ ‘Dan akan Dikau kami memohon pertolongan’, melainkan engkau terasa betul akan kelemahan dan kedhaifan engkau.
Apa yang dikatakan Imam Al-Ghazali sebagaimana yang tersebut adalah semata2 menyatakan bahawa yang utama bagi orang yang sembahyang ialah jiwa atau hakikat sembahyang, bukan rangkanya atau rupanya yang zahir sahaja. Dengan demikian bererti jika bahawa seseorang itu mendirikan sembahyang maka sekelian anggotanya zahir dan yang batin; iaitu hatinya, jiwanya, perasaannya dan fikirannya mestilah sama2 mendirikannya supaya sempurna pengertian sembahyang yang sebenarnya.
—————–
(Dipetik dari buku Hadith 40: Terjemahan dah Syarahnya. Susunan Imam Abu Zakariyya Yahya bin Syarif An-Nawawi. Terjemahan dan syarahnya oleh Al-Ustadh Mustafa ‘Abdul Rahman. Penerbit Dewan Pustaka Fajar)
Solat: Pengertian, Syarat, Rukun & Sunat
- 1. "Sesunguhnya solat itu adalah satu ketetapan ke atas orang yang beriman yang tertentu waktunya " ayat 103 : Surah An-Nisa
- 2. Pengertian Solat Solat = Doa Solat ialah ucapan dan perbuatan yang dimulai dengan takbir dan di sudahi dengan salam dengan syarat-syarat tertentu. Hukum solat fardu: wajib ke atas individu yang mukallaf.
- 3. Pengertian Syarat Wajib & Syarat Sah Syarat Wajib Syarat Sah• Syarat wajib ialah • Syarat sah ialah syarat sesuatu yang yang menentukan bergantung kepadanya kesahihan sesuatu ketentuan wajib atau sembahyang atau tidaknya sembahyang dengan kata lain ke atas seseorang. kesahihan sesuatu sembahyang bergantung kepadanya.
- 4. SYARAT WAJIB SOLAT -B- BALIGH -S- -I- SUCI ISLAM -A- BERAKAL
- 5. B - BALIGH Baligh = mencapai had umur yang mewajibkan seseorang melaksanakan semua tuntutan ibadat wajib ke atasnya. Contoh ibadah wajib: 1. Solat fardu 5 waktu. 2. Puasa di bulan Ramadan. 3. Zakat 4. Haji bagi yang mampu. Tanda-tanda baligh:
- 6. TANDA BALIGH BAGI TANDA BALIGH BAGI LELAKI PEREMPUANIhtilam (mimpi basah) Haid (datang bulan) Tumbuh rambut kemaluan, danTumbuh rambut kemaluan berlaku perubahan pada fizikal badanCukup umur (15 tahun) Cukup umur (15 tahun)
- 7. I - Islam Muslim yang mengucap 2 kalimah syahadah. Tidak wajib bagi orang yang bukan Islam. Tidak wajib ke atas orang yang murtad.
- 8. A - Berakal Mempunyai fikiran yang waras dan boleh membezakan antara yang baik dan buruk. Solat tidak wajib kepada seseorang yang dilahirkan dengan akal yang tidak sempurna seperti: 1. Gila 2. Kecacatan otak 3. Pengsan 4. Koma
- 9. S – Suci Iaitu suci daripada haid dan nifas. Wanita yang didatangi haid dan nifas, tidak wajib solat ke atasnya sehinggalah dia mengangkat hadas besar (mandi wajib).
- 10. SYARAT SAH SOLAT • Yakin masuk waktu solat.W • Suci daripada hadas besar dan hadas kecil.S • Anggota badan, pakaian dan tempat bersih daripada najis.B • Menutup aurat dengan sempurna.A • Menghadap ke arah kiblat.
- 11. WAKTU SOLAT SOLAT WAKTU MASUK WAKTU AKHIRSubuh Terbit fajar sadiq Terbit matahariZohor Gelincir matahari ke arah Bayang-bayang benda barat (bayang sesuatu menjadi lebih panjang benda berada di sebelah daripada asalnya. timur)Asar Bayang-bayang benda Terbenam seluruh bulatan menjadi lebih panjang matahari. Ada cahaya daripada asalnya. merah di kaki langit.Maghrib Terbenam seluruh bulatan Hilang cahaya merah di kaki matahari. Ada cahaya langit. merah di kaki langit.Isyak Hilang cahaya merah di kaki Terbit fajar sadiq. langit.
- 12. PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN SOLAT1. Meninggalkan salah satu rukun solat.2. Bercakap dgn sengaja.3. Berhadas kecil @ besar.4. Terkena najis pada pakaian @ badan.5. Terbuka aurat dgn sengaja.6. Ketawa mengeluarkan suara.7. Berubah niat.8. Makan @ minum dgn sengaja.9. Bergerak 3 kali berturut-turut.10. Berpaling dada dari arah kiblat.11. Murtad.
- 13. RUKUN SOLAT
- 14. PERKARA-PERKARA SUNAT DALAM SOLAT SUNAT AB’AD – Perkara sunat yang sangat dituntut dan diberi pahala jika melakukannya. Jika tertinggal, tidak membatalkan solat, tetapi SUNAT diganti dgn SUJUD SAHWI. Ia terdiri daripada: a) Membaca tasyahud awal b) Duduk membaca tasyahud awal c) Selawat ke atas nabi selepas membaca tasyahud awal d) ke atas nabi selepas membaca tasyahud akhir e) membaca Qunut. f) Berdiri ketika membaca Qunut. g) Selawat ke atas nabi selepas membaca Qunut. h) Selawat ke atas keluarga nabi selepas membaca Qunut.
- 15. PERKARA-PERKARA SUNAT DALAM SOLAT SUNAT HAIAT
- - Perkara sunat yang sangat dituntut dan diberi pahala jika melakukannya. Jika tertinggal, tidak membatalkan solat. Ia terdiri daripada: a) Membaca doa Iftitah. b) Membaca Ta’awuz. c) Mengucap Amin selepas membaca al-Fatihah. d) Mengucap takbir ketika hendak rukuk. e) Membaca tasbih ketika rukuk, iktidal dan sujud f) Mengangkat tangan hingga ke telinga ketika takbiratul ihram g) Meletakkan tapak tangan kanan ke atas tangan kiri h) Membaca ayat al-Quran selepas membaca al-Fatihah i) Membaca doa ketika duduk di antara 2 sujud j) Berpaling muka ke kanan dan kiri ketika memberi salam
No comments:
Post a Comment