Monday, December 21, 2015

Berkat membaca Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum

Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu pekerjaan  sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejek,"Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."

Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata :"Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu." 

Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.
Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata,
"Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan."
Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.

Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.

الله أكبر




Instagram

Abu Hanzalah bin Ar Rabie dimandikan Malaikat

Assalamualaikum

Abu Hanzalah bin Ar Rabie merupakan salah seorang sahabat serta jurutulis
kepada Rasulullah SAW yang terkenal  . Ketika peperangan Uhud meletus beliau baru sahaja diakadnikahkan. Oleh itu Rasulullah mengecualikan beliau dari turut serta ke medan peperangan. Inilah caranya Rasulullah meraikan sahabat baginda.

Namun apabila Hanzalah terjaga dari tidurnya, beliau terdengar gendang perang dibunyikan begitu kuat sekali. Melalui seorang sahabatnya beliau mendapat tahu tentera Islam mendapat tentangan yang hebat dari pihak musuh. Keadaan terlalu genting.

Tanpa membuang masa lagi Hanzalah terus memakai pakaian perang lalu mencapai pakaian perang lalu mencapai pedang. Dia meluru ke medan tempur tanpa sempat mandi junub.


Berlakulah pertempuran hebat hingga ramai pihak Islam yang gugur syahid. Pihak musuh telah dapat menyerang dari belakang. Akhirnya Hanzalah turut terkorban dalam keadaan sedang sujud.

Satu perkara pelik telah berlaku. Rasulullah SAW telah melihat mayat Hanzalah dimandikan oleh para malaikat seperti mana sabdanya yang bermaksud: "Aku nampak antara langit dan bumi para malaikat memandikan mayat Hanzalah dengan air awan di dalam dulang perak."

Para sahabat tercengang-cengang mendengar perkara ini. Salah seorang dari mereka, Abu Said Saidi lalu pergi melihat mayat Hanzalah. Wajah Hanzalah kelihatan tenang. Dari rambutnya kelihatan titisan air berlinangan turun. Sungguh beruntung Hanzalah mendapat layanan yang begitu istimewa dari malaikat. Tidak pernah berlaku dalam sejarah seorang syahid dimandikan dengan cara yang luarbiasa ini. Malahan matinya sebagai syuhadak menjadikan ia sebagai penghuni syurga tanpa dihisab.



Instagram

Kisah wali Allah yang solat di atas air


Assalamualaikum 
Ini adalah satu kisah yang menarik yang boleh di kongsi bersama tentang kisah seorang wali Allah yang solat di atas Air.. Semoga kisah ini dapat di jadikan teladan kepada kita semua..
Pada suatu ketika,ada sebuah kapal yang sarat dengan muatan dan bersama 200 orang temasuk ahli perniagaan berlepas dari sebuah pelabuhan di Mesir. Apabila kapal itu berada di tengah lautan maka datanglah ribut petir dengan ombak yang kuat membuat kapal itu terumbang-ambing dan hampir tenggelam. Berbagai usaha dibuat untuk mengelakkan kapal itu dipukul ombak ribut, namun semua usaha mereka sia-sia saja. Kesemua orang yang berada di atas kapal itu sangat cemas dan menunggu apa yang akan terjadi pada kapal dan diri mereka.
                                                  
Ketika semua orang berada dalam keadaan cemas, terdapat seorang lelaki yang sedikit pun tidak merasa cemas. Dia kelihatan tenang sambil berzikir kepada Allah S.W.T. Kemudian lelaki itu turun dari kapal yang sedang terumbang-ambing dan berjalanlah dia di atas air dan mengerjakan solat di atas air.
Salah seorang peniaga yang berada di dalam kapal itu melihat lelaki yang berjalan di atas air dan dia berkata, 
“Wahai wali Allah, tolonglah kami. Janganlah tinggalkan kami!” 
Lelaki itu tidak memandang ke arah orang yang memanggilnya. Peniaga itu memanggil lagi, 
“Wahai wali Allah, tolonglah kami. Jangan tinggalkan kami!”
Kemudian lelaki itu menoleh ke arah orang yang memanggilnya dengan berkata, 
“Kenapa?” 
Seolah-olah lelaki itu tidak mengetahui apa-apa. Peniaga itu berkata, 
“Wahai wali Allah, tidakkah kamu hendak mengambil berat tentang kapal yang hampir tenggelam ini?”
Wali itu berkata, “Dekatkan dirimu kepada Allah.”
Para penumpang pula berkata, “Apa yang mesti kami buat?”
Wali Allah itu berkata, “Tinggalkan semua hartamu, jiwamu akan selamat.”
Kesemua mereka sanggup meninggalkan harta mereka. Asalkan jiwa mereka selamat. Kemudian mereka berkata,
  “Wahai wali Allah, kami akan membuang semua harta kami asalkan jiwa kami semua selamat.”
Wali Allah itu berkata lagi, “Turunlah kamu semua ke atas air dengan membaca Bismillah.”

gambar hiasan
Dengan membaca Bismillah, maka turunlah seorang demi seorang ke atas air dan berjalan menghampiri wali Allah yang sedang duduk di atas air sambil berzikir. Tidak berapa lama kemudian, kapal yang mengandungi muatan beratus ribu ringgit itu pun tenggelam ke dasar laut.
Habislah kesemua barang-barang perniagaan yang mahal-mahal terbenam ke laut. Para penumpang tidak tahu apa yang hendak dibuat, mereka berdiri di atas air sambil melihat kapal yang tenggelam itu.
Salah seorang daripada peniaga itu berkata lagi, “Siapakah kamu wahai wali Allah?”
Wali Allah itu berkata, “Saya ialah Uwais Al-Qarni.”
Peniaga itu berkata lagi, “Wahai wali Allah, sesungguhnya di dalam kapal yang tenggelam itu terdapat harta fakir-miskin Madinah yang dihantar oleh seorang jutawan Mesir.”
Wali Allah berkata, “Sekiranya Allah kembalikan semua harta kamu, adakah kamu betul-betul akan membahagikannya kepada orang-orang miskin di Madinah?”
Peniaga itu berkata, “Betul, saya tidak akan menipu, ya wali Allah.”
Setelah wali itu mendengar pengakuan dari peniaga itu, maka dia pun mengerjakan solat dua rakaat di atas air, kemudian dia memohon kepada Allah S.W.T agar kapal itu ditimbulkan semula bersama-sama hartanya.
Tidak berapa lama kemudian, kapal itu timbul sedikit demi sedikit sehingga terapung di atas air. Kesemua barang perniagaan dan lain-lain tetap seperti asal. Tiada yang kurang.
Setelah itu dinaikkan kesemua penumpang ke atas kapal itu dan meneruskan pelayaran ke tempat yang dituju. Apabila sampai di Madinah, peniaga yang berjanji dengan wali Allah itu terus menunaikan janjinya dengan membahagi-bahagikan harta kepada semua fakir miskin di Madinah sehingga tiada seorang pun yang tertinggal.
 Wallahu a’alam.



Instagram

Nabi Hud dan kaum Aad


Assalamualaikum
Keadaan menjadi semakin meruncing membuatkan Nabi Hud terpaksa menyerahkan kaumnya kepada takdir Allah, dengan berkata kepada kaumnya: 
“Baiklah jika kamu sekalian sungguh meragukan kebenaran kata-kataku dan tetap berkeras tidak menghiraukan dakwahku juga enggan meninggalkan penyembahan terhadap berhala-berhala itu, maka tunggulah saat tibanya pembalasan Tuhan di mana kamu tidak akan dapat melepaskan diri dari bencana-Nya dan penyelasan pada waktu itu tidak akan menolongmu. Allah telah menjadi saksiku bahawa aku sudah menyampaikan risalahNya dengan sepenuh tenagaku kepadamu dan akan tetap berusaha sepanjang hayatku memberi penerangan dan tuntutan kepada jalan yang baik yang digariskan oleh Allah bagi hamba-hambaNya.”
Pembalasan Allah terhadap kaum Aad yang engkar itu diturunkan dalam dua peringkat. Peringkat yang pertama berupa kekeringan iaitu kemarau yang melanda ladang-ladang serta kebun-kebun mereka sehingga menimbulkan kecemasan dan kebimbangan kalau-kalau mereka tidak dapat memperolehi hasil dari ladang dan kebun sebagaimana biasanya.
Namun dalam keadaan demkian, Nabi Hud masih berusaha meyakinkan mereka, bahawa kemarau itu adalah permulaan seksaan Allah yang dijanjikan dan bahawa Allah masih memberikan kesempatan kepada mereka untuk sedar akan kesesatan dan kekafiran mereka dar kembali bertaubat, beriman kepada Allah dengan meninggalkan pekerjaan menyembah berhala-berhala mereka itu, juga memohon pengampunan dari Allah agar segera hujan turun kembali dengan derasnya dan terhindarlah mereka dari bahaya kelaparan yang mengancam.
Akan tetapi mereka tetap berdegil belum mahu mempercayai dan menganggap janji yang dibuat oleh Nabi Hud itu adalah kosong belaka. Mereka bahkan pergi menghadap batu-batu berhala memohon perlindungan dan malapetaka yang mereka alami.
Pada peringkat kedua yang dimulai dengan terlihatnya gumpalan awan hitam yang tebal. Pada pandangan mereka gumpalan awan itu adalah hujan yang akan segera turun membasahi segenap ladang dan kebun sayuran sedang mengalami kekeringan. Mereka menyambutnya dengan sorak-sorai gembira.
Melihatkan sikap kaum Aad yang sedang bersuka-ria itu, berkatalah Nabi Hud dengan nada yang mengejek,”Awan hitam itu bukanlah awan rahmat bagi kamu tetapi awan yang akan membawa kehancuran kepada kamu sebagai pembalasan Allah yang telah kujanjikan dan kamu nantikan untuk membuktikan akan kebenaran kata-kataku yan selalu kamu sekalian sangkal dan kamu dustakan.”

Sejurus kemudian menjadi menjadi kenyataanlah tentang apa yang telah diramalkan oleh Nabi Hud itu bahawa bukan hujan yang turun dari awan yang tebal itu tetapi angin taufan yang amat dahsyat dan kencang disertai dengan suara gemuruh yang mencemaskan telah memusnahkan bangunan rumah dari dasarnya, membawa berterbangan semua perabot dan milik harta-benda dan melempar jauh binatang-binatang ternak. Keadaan kaum Aad menjadi panik, mereka berlari tidak ketentuan arah mencari tempat perlindungan. Suami tidak tahu di mana isterinya berada dan ibu juga kehilangan anak-anaknya.
Bencana angin taufan itu berlarutan selama lapan hari tujuh malam, sehingga sempat menyapu bersih kaum Aad yang sombong itu dan menamatkan riwayatnya di dalam keadaan yang menyedihkan untuk menjadi pelajaran dan ibrah bagi umat-umat yang akan datang. Ada pun Nabi Hud serta para-para sahabat yang beriman, telah mendapat perlindungan Allah dari malapetaka yang menimpa kaumnya itu dan tetap berada dalam keadaan selamat, aman dan tenang seraya melihat keadaan kaumnya yang kacau-bilau, mendengar gemuruhnya angin dan suara pohon-pohon dan bangunan-bangunan yang berjatuhan disertai dengan teriakan, tangisan orang meminta pertolongan dan perlindungan.
Setelah suasana kembali tenang dan tanah ‘Al-Alqaf sudah menjadi sunyi-sepi dari segala makhluk, pergilah Nabi Hud meninggalkan tempatnya berhijrah ke Hadramaut, di mana di situ beliau tinggal menghabiskan sisa hayatnya sambil meneruskan dakwahnya sehingga beliau wafat dan dikuburkan di situ, di mana hingga sekarang makamnya yang terletak di atas sebuah bukit di suatu tempatan berhampiran Kota Siwun.
Dari kisah Nabi Hud di atas dapatlah kita ambil beberapa pengajaran untuk dijadikan peringatan kita bersama dalam meneruskan penghidupan di masa akan datang.
Nabi Hud telah memberikan contoh dan sistem yang baik yang sepatutnya ditiru serta diikuti oleh setiap para pendakwah dan ahli penerangan agama. Di mana beliau menghadapi kaumnya yang sombong lagi degil itu dengan penuh kesabaran, keunggulan dan berlapang dada. Beliau tidak sekali-kali membalas ejekan-ejekan juga kata-kata kasar mereka, tetapi menolaknya dengan kata-kata yang halus yang menunjukkan bahawa beliau dapat menguasai perasaannya dan tidak sampai hilang akal atau kesabaran. Juga Nabi Hud tidak mudah marah dan tidak gusar ketika kaumnya mengejek dengan menuduhnya telah menjadi gila dan sesat. Beliau dengan lemah-lembut menolak tuduhan dan ejekan itu dengan penuh hikmah.
Dalam berdialog dengan kaumnya, Nabi Hud sentiasa berusaha mengetuk hati nurani mereka dan mengajak mereka berfikir secara matang, menggunakan akal fikiran yang sihat, dengan memberikan nasihat yang bernas terhadap kebenaran dakwahnya dan kesesatan jalan mereka. Namun hidayah itu adalah dari Allah, Dia akan memberi-Nya kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki Nya.

Perang Khandaq-Latar belakang

Assalamualaikum

Perang Ahzab atau Perang Khandaq  ini telah berlaku pada bulan Syawal tahun 5 Hijrah bersamaan 627 Masihi. 


☆Dinamakan Perang Ahzab kerana perang ini menghimpunkan banyak suku kaum yang telah bersekutu (Ahzab) untuk menyerang orang Islam di Madinah. 

☆Dinamakan juga Perang Khandak (parit) kerana tentera Islam telah menggali parit di sekeliling kota Madinah untuk menghalang tentera musuh dari menceroboh dan menyerang Madinah. Salman al-Farisi yang menasihatkan Nabi Muhammad (SAW) menggali parit.

☆Dengan bantuan Allah, tentera Islam telah mendapat kemenangan walaupun jumlah gabungan tentera Mekah amat besar. Perang ini ada diceritakan dalam al-Qur'an di dalam Surah Al-Ahzab.menggambarkan gabungan orang musyrik dan Yahudi menentang Islam.

☆Pengepungan menjadi 'pertarungan kepintaran' dalam mana Muslim secara taktikal mengalahkan musuh mereka sambil hanya mengalami korban kecil. 

☆Usaha bagi mengalahkan orang Islam gagal, dan agama Islam bertambah berpengaruh di rantau itu. Ekoran itu, tentera Muslim mengepung pula penempatan suku Bani Quraizah, yang membawa kepada penyerahan kalah mereka.

☆Kekalahan dalam Perang Khandaq menyebabkan Quraisy hilang perdagangan serta darjat mereka.

Perang Ahzab
Sebahagian dari Perang Muslim-Quraisy



Lukisan mohor Nabi Muhammad (SAW)
Tarikh627 Masihi
LokasiMadinah
HasilKemenangan Islam
Yang berperang
Orang IslamQuraisy dan sekutunya
Komander dan pemimpin
Nabi Muhammad s.a.w.Abu Sufyan ibni Harb
Kekuatan
3,00010,000
=================================================================

Perang Khandaq-Kemenangan Muslimin


Nabi Muhammad menghantar 100 orang Islam ke pusat bandar Madinah bagi pertahanannya sebaik sahaja baginda mendengar berita angin tentang pembelotan Bani Quraizah. Kemudian baginda menghantar 300 orang askar berkuda (askar berkuda tidak diperlukan di parit) juga bagi mempertahankan Madinah.Namun dalam keadaan cemas ini suara kuat para tentera Islam semasa menunaikan solat berjamaah di malam hari memberikan gambaran seolah-olah mereka ramai dan kuat.

Baginda menghubungi Ghatafan (suku Badwi) dan cuba memujuk mereka menyertai tentera Islam dengan menawarkan mereka sepertiga hasil tanaman buah kurma Madinah sekiranya mereka berundur. Walaupun Ghatafan meminta dibayar setengah hasil kurma, pada akhirnya selepas berunding dengan Nabi Muhammad, mereka bersetuju. Walau bagaimanapun, Nabi Muhammad telah bermesyuarat terdahulu dengan ketua-ketua Madinah sebelum membuat perjanjian. Pembesar-pembesar Madinah membantah dan tidak bersetuju akan syarat-syarat perjanjian,dengan alasan Madinah tidak pernah jatuh ke tahap itu,justeru rundingan dengan Ghatafan dihentikan. Mahupun Ghatafan tidak berundur, mereka telah mengundang kecurigaan sekutu lain kerana mereka telah mengadakan rundingan dengan pihak Islam. Ekoran itu, pertelagahan dalaman Gabungan bertambah runcing.

Mengikut sejarawan Ibn Ishaq, pada ketika itu Nabi Muhammad didatangi Nuaim ibn Masud, seorang kenamaan Arab yang dihormati orang Gabungan, yang telah memeluk Islam secara rahsia. Pada lawatan itu Nabi Muhammad meminta Nuaim membantu mengakhirkan pengepungan dengan menanam rasa curiga di kalangan pihak Gabungan.

Nuaim kemudiannya melahirkan satu strategi yang efisien. Beliau pertamanya pergi ke Bani Quraizah dan memberi amaran kepada mereka tentang niat ahli Gabungan yang lain. Kata beliau, sekiranya pengepungan itu gagal, pihak Arab Gabungan tidak akan ragu-ragu meninggalkan orang Yahudi kepada belas kasihan Nabi Muhammad. Justeru, Quraizah harus meminta Gabungan memberi beberapa orang sandera(tebusan) bagi memastikan kerjasama berterusan Quraizah. Nasihat Nuaim ini menimbulkan kerisauan di kalangan orang Quraizah yang sememangnya sudah mula berasa curiga.


Kemudian Nuaim pergi bertemu Abu Sufyan, ketua Gabungan, dan memberitahunya bahawa kaum Quraizah sudah berpaling tadah dan menyertai Nabi Muhammad. Beliau menyatakan bahawa kaum Yahudi itu berniat meminta sandera(tebusan) daripada pihak Gabungan, kononnya sebagai balasan kerjasama yang diberikan mereka, tetapi sebenarnya akan diserah Quraizah kepada Nabi Muhammad. Justeru, pihak Gabungan tidak sepatutnya memberikan mahu seorang pun sandera kepada Quraizah. Dan Nuaim mengulangi ceritanya kepada kaum-kaum Gabungan yang lain.

Strategi Nuaim berkesan. Setelah berunding, ketua-ketua Gabungan menyuruh Ikrimah ibn Abu Jahal pergi ke Quraizah sebagai isyarat serangan bersatu terhadap Madinah. Sebaliknya, Quraizah berkeras meminta orang tebusan sebagai jaminan yang pihak Gabungan tidak akan meninggalkan Bani Quraizah sekiranya pengepungan gagal. Pihak Gabungan pula berfikiran bahawa Quraizah akan menyerahkan sandera tersebut kepada Nabi Muhammad dan seterusnya enggan memberi orang tebusan. Perutusan dihantar pergi balik antara kedua belah pihak, namun tidak ada yang mahu berganjak.

Abu Sufyan memanggil Huyayy ibn Akhtab, dan memaklumkannya tentang sambutan Quraizah. Huyayy tersentak dan Abu Sufyan menuduhnya sebagai 'pengkhianat'. Risau akan keselamatannya, Huyayy melarikan diri ke kubu kuat Quraizah di selatan Madinah.

Puak Badwi, kaum Ghatafan, dan puak-puak lain Gabungan pula terjejas dengan rundingan yang diadakan mereka dengan Nabi Muhammad. Mereka menyertai ekspedisi gabungan hanya dengan harapan mendapat hasil penjarahan dan bukan kerana membenci Islam. Mereka putus harapan kerana pengepungan memakan masa lama (mereka tidak biasa dengan kaedah peperangan berbentuk pengepungan) dan oleh sebab itu berasa kurang minat meneruskan pengepungan. kedua-dua kelompok pihak Gabungan ini pada kesudahannya mula menuding jari dan saling mencurigai antara satu sama lain.

Pada masa yang sama bekalan pihak Gubungan juga menyusut. Kuda dan unta mati akibat kebuluran dan kecederaan. Cuaca pula amat sejuk dan hujan turun buat beberapa hari. Angin kencang bertiup dan memadamkan unggun api, sekaligus menghilangkan punca haba anggota Gabungan. Sebaliknya, penempatan Muslim terlindung daripada angin. Khemah-khemah tentera Gabungan ranap ditiup angin, unggun api padam, hujan dan pasir memercik muka mereka.Mereka menjadi ketakutan akan keadaan mereka. Kesemua ini mereka anggap sebagai petanda sesuatu yang buruk yang akan melanda mereka. Kesatuan mereka sudah berkecai. Akhirnya mereka mula berundur pada waktu malam dan pada keesokan harinya medan perang menjadi kosong.
=================================================================

Perang Khandaq-Kemusnahan Bani Quraizah dan Hasil Kemenangan kaum Muslimin

Berikutan pengunduran tentera Gabungan, orang Islam mengepung penempatan Bani Quraizah yang terletak di selatan Madinah. Mereka melakukan demikian kerana pembelotan Quraizah. Bani Quraizah menyerah kalah selepas pengepungan selama 25 hari dan kubu kuat serta harta mereka dirampas oleh orang Islam. Semasa dibawa untuk diadili, Quraizah memohon agar diadili oleh Bani Aws, sekutu lama mereka. 

Nabi Muhammad melantik ketua Aws, Sa'ad ibn Mu'adh, sebagai hakim. Sa'ad, yang tercedera semasa pertempuran, menghakimi Quraizah mengikut lunas-lunas agama yang mereka anuti, yakni mengikut undang-undang Taurat. Hasil dari itu, hukuman yang dijatuhkan terhadap Quraizah ialah hukuman bunuh bagi orang lelaki sementara kaum wanita dan kanak-kanak Quraizah diambil sebagai hamba abdi. Nabi Muhammad memepersetujui keputusan ini dan hukuman dijalankan pada keesokan harinya.

◕Orang lelaki  antara 400 ke 900 orang kesemuanya diikat dan diletakkan di bawah jagaan Muhammad ibn Maslamah, sementara wanita dan kanak-kanak diletakkan di bawah jagaan Abdullah ibn Salam, bekas rabai yang telah memeluk Islam.

Ibn Ishaq memerikan hukuman bunuh yang dilaksanakan terhadap Bani Quraizah seperti berikut:

◕Rasulullah pergi ke pasar dan menggali parit di sana. Rasulullah kemudiannya memanggil mereka, dan apabila mereka dibawa dalam kelompok-kelompok, dipenggal kepala mereka di dalam parit. 

seorang wanita yang telah membaling batu giling dari kubu Quraizah dan membunuh seorang pejuang Islam semasa pengepungan juga menjalani hukuman bunuh dan kepalanya dipenggal 

Nabi Muhammad mengambil satu perlima jarah bagi diri baginda, seperti lazim dilakukan Muslim. Sebagai sebahagian jarah, Nabi Muhammad memilih seorang daripada wanita Quraizah,Raihana. Mengikut beberapa laporan, Nabi Muhammad menawar untuk berkahwin dan membebaskannya dan Raihana menerima tawaran Nabi Muhammad. Laporan lain pula menyatakan Raihana menolak tawaran Nabi Muhammad dan kekal menjadi hamba. Raihana kemudiannya dikatakan memeluk Islam.
◕Di kalangan musuh Allah ialah Huyayy b. Akhtab dan Ka'b b. Asad ketua mereka. Bilangan mereka 600 atau 700 orang kesemuanya, walaupun ada yang meletakkan bilangan setinggi 800 atau 900. Semasa mereka dibawa keluar dalam kelompok kepada Rasulullah, mereka bertanya Ka'b apa yang akan dilakukan orang Islam terhadap mereka. Dia menjawab, 'Tidakkah anda faham? Tidakkah anda lihat yang si pemanggil tidak henti dan yang dipanggil itu tidak pulang?  ia adalah kematian!' 

◕Huyayy dibawa keluar dengan tangannya diikat pada lehernya dengan seutas tali, memakai jubah bercorak bunga; jubahnya telah ditebuk agar berlubang sebesar hujung jari agar ia tidak dirampas sebagai jarah. Apabila dia melihat Rasulullah dia berkata, 
Kemudian dia pergi bertemu orang lelaki Quraizah dan berkata, 'Benar perintah Tuhan. Sebuah kitab, dan sebuah perintah, dan pembunuhan beramai-ramai telah ditulis terhadap Bani Israel'. Kemudian diapun duduk dan kepalanya dipenggal.

Kegagalan pengepungan Madinah menandakan permulaan kebangkitan kekuasaan politik Nabi Muhammad di Madinah. Orang Makkah mencuba sedaya upaya untuk mengusir Nabi Muhammad dari Madinah, dan kekalahan ini menyebabkan mereka hilang penguasaan perdagangan dengan Syam dan martabat mereka sekali. Daripada kekuatan bala tentera yang dikalahkan Muslim, jelas bahawa angktan tentera Arab, tidak kira betapa besar, tidak dapat mengalahkan tentera Islam.

Sebelum itu: Perang Khandaq-kemenangan kaum muslimin
                   Perang Khandaq-pembelotan bani Quraizah
                        Perang khandaq-madinah di kepung
                        Perang khandaq-Menggali parit
                        Perang Khandaq-Tentera gabungan musuh
                       Perang Khandaq-latar belakang

Wanita pertama yang masuk Syurga


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Pada suatu hari ketika Rasulullah sedang bercerita tentang kenikmatan syurga kepada Siti Fatimah, maka baginda pun bersabda:
“Aduhai anakandaku, ada seorang perempuan kebanyakan (orang biasa) yang akan masuk syurga lebih dahulu daripadamu”.

Mendengar sahaja kata-kata ayahandanya itu, maka berubahlah air mukanyaa lantas menangis dan berkata,
“Siapakah perempuan itu wahai ayahanda? Macam mana halnya dan bagaimana pula amalannya sehingga dia terlebih dahulu masuk ke dalam syurga daripada anakanda?"

Lalu Rasulullah S.A.W bersabda, 
“Dia adalah seorang wanita yang miskin, tinggal di Jabal Uhud, kira-kira 3 batu dari Madinah”. Tanpa membuang masa, Siti Fatimah pun keluar pergi mencari perempuan yang dikatakan masuk syurga terlebih dahulu daripadanya. Setelah dia sampai ke rumah perempuan itu, lalu dia mengetuk pintu sambil memberi salam.

Pada kali pertama kedatangannya ke rumah wanita yang bernama Siti Muti'ah itu, Fatimah tidak dibenarkan masuk kerana suami wanita tersebut tiada di rumah dan beliau tidak mendapat keizinan daripada suaminya untuk membenarkan tetamu masuk.
Dengan perasaan sedih dan dukacita Siti Fatimah pulang kerana tak dapat masuk dan bercakap panjang dengan perempuan itu. 

Esoknya dia kembali lagi ke rumah perempuan itu dengan membawa anaknya yang bernama Hasan. Apabila tiba di pintu rumah perempuan tersebut dan hendak dipersilakan masuk, tiba-tiba perempuan itu melihat ada budak bersama-sama Siti Fatimah, lalu dia berkata, 
“Ini siapa?”. Anakanda Rasulullah menjawab, “Ini anak saya, Hasan”.Perempuan itu lantas berkata, “Saya dukacita kerana saya belum meminta izin untuk anak ini masuk dari suami saya”.
Siti Fatimah jadi serba salah lalu dia pun balik kembali ke rumahnya.

 Esoknya Siti Fatimah datang lagi ke rumah perempuan itu tapi kali ini dia membawa kedua-dua anaknya iaitu Hasan dan Husin. Perempuan ahli syurga itu terkejut melihat ada seorang budak lagi yang belum diminta izin dari suaminya untuk masuk ke dalam rumah. Siti Fatimah tersipu malu lalu dia balik dengan perasaan hampa.


Dalam perjalanan pulang, hatinya berkata-kata, “Perempuan ini sangat takut kepada suaminya, sehingga perkara yang begini pun dia tak berani melakukannya. Pada hal jika dia membenarkan aku masuk, takkan suaminya marah? Tak usahlah pandang aku ini siapa dan dua budak ni cucu siapa, pandanglah kepada tetamu dan orang jauh sudahlah” bisik hatinya sambil menangis teresak-esak.
Sebaik sahaja suami kepada perempuan itu pulang, Siti Muti'ah memberitahu perihal budak yang seorang lagi yang dibawa oleh Siti Fatimah. Sumainya yang terkejut dan hairan pun berkata,“Kenapa awak tahan sampai begitu sekali? Bukankah Siti Fatimah itu puteri Rasulullah S.A.W dan dua orang anaknya itu cucu baginda. Lebih daripada itu pun awak patut benarkan kerana keselamatan kita berdua kelak bergantung pada keredhaan Rasulullah. Jangan awak buat seperti itu lagi, jika dia membawa sesiapa pun, terimalah mereka dengan baik dan hormatlah mereka semua”.
Isterinya menyahut, “Baiklah, tetapi maafkanlah kesalahan saya kerana saya mengerti bahawa keselamatan diri saya ini bergantung pada keredhaan awak, suami saya. Oleh itu saya tak berani membuat perkara yang akan membawa kemarahan atau menyakiti hati awak”
Pada hari seterusnya, Siti Fatimah datang lagi dengan membawa dua orang puteranya. Setelah diterima masuk dan dijamu dengan buah kurma dan air, mereka pun memulakan perbualan. Dalam pada itu, Siti Muti'ah berjalan ke arah muka pintu rumahnya sambil memandang ke arah jalan seolah-olah sedang menantikan kedatangan seseorang dengan tak berapa memperdulikan Siti Fatimah. Sambil itu Siti Fatimah melihat di tangan perempuan itu terdapat sebatang tongkat dan sebuah bekas berisi air manakala tangan yang sebelah lagi mengangkat hujung kain sehingga menampakkan betis dan pehanya dan mukanya penuh dengan senyuman yang manis.

Melihat keadaan sebegitu rupa dengan perasaan resah kerana tidak diperdulikan lalu Siti Fatimah bertanya,“Mengapa dengan awak ini?

Siti Muti'ah itu menyahut, “Cik, harap maafkan saya kerana saya sedang menantikan kepulangan suami saya”. 

“Buat apa dengan bekas air itu?” tanya Siti Fatimah. 

Jawab Siti Muti'ah“Kiranya suami saya dahaga pada ketika dia balik, saya akan segera menghulurkan air ini kepadanya supaya tak terlambat."
Kemudian Siti Fatimah bertanya lagi, “Buat apa pula dengan tongkat itu?” 
Perempuan itu menjawab, “Jika suami saya marah, mudahlah dia memukul saya dengan tongkat ini”. 
Siti Fatimah bertanya lagi, “Kenapa pula awak selak kain awak sehingga menampakkan aurat, bukankah itu haram?” 
Maka perempuan itu berkata, “Jika dia berkehendakkan saya, lalu dia pandang saya begini tentulah menambahkan syahwat dan nafsunya yang memudahkan kepada maksudnya”.

Selesai sahaja perempuan itu menjawab segala pertanyaannya, Siti Fatimah termenung dan hairan lalu berkata didalam hati,
 “Jika begini kelakuan dan perangainya terhadap suaminya, tidak dapatlah aku mengikutnya. Patutlah dia masuk ke syurga dahulu daripada aku serta wanita-wanita lain. Ternyata benarlah bahawa keselamatan seorang perempuan yang bersuami itu bergantung pada ketaatan dan keredhaan suami terhadapnya”.
Sambil teresak-esak menangis dan menitis air matanya, Siti Fatimah meminta izin untuk pulang dan dia segera mengadap ayahandanya Rasulullah S.A.W lalu berkata,
“Anakanda berasa sangat sedih dan lemah segala sendi kerana tak dapat meniru dan melakukan sebagaimana perangai dan amalan perempuan yang ayahanda maksudkan itu”.

Sebaik sahaja Rasulullah S.A.W mendengar rintihan puterinya lalu baginda bersabda sambil tersenyum, “Anakanda, janganlah susah hati, perempuan yang anakanda jumpa itu ialah perempuan yang akan memimpin dan memegang tali ras kendali tunggangan anakanda tatkala masuk ke syurga. Jadi dialah yang masuk terlebih dahulu”. Setelah mendengar penjelasan itu, barulah Siti Fatimah tersenyum ketawa.


سُبْحَانَ اللّهُ

Sifat Malaikat Mungkar dan Nangkir


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Diriwayatkan dari Ibnu Abbas ketika dalam perjalanan Israk di mana Nabi s.a.w. bersabda : 
"Wahai Jibril,siapakan mereka itu?"
Lalu Jibril berkata "Itulah Munkar dan Nakir yang akan datang di kalangan manusia ketika mana ia diletakkan di dalam kubur bersendirian keseorangan".
"Wahai Jibril,ceritakanlah kepadaku tentang mereka berdua ini."Maka Jibril berkata : 
"Ya aku akan ceritakan kepada kamu tentang keadaan diri mereka."

                                  
Bersediakah kita untuk disoal?

Mereka sangat tinggi dan besar, rupanya sangat 

mengerikan.

☆Suara Mungkar dan Nangkir seperti guruh yg berdentum,

☆Mata mereka berdua seperti kilat yg menyambar

☆Gigi mereka pula seperti tanduk di mana keluarnya nyalaan api daripada mulut mereka berdua, 

☆Dengusan Mungkar dan Nangkir ini menyapu segala apa yg ada di atas muka bumi,

☆Kukunya sangat runcing.

☆Masing-masing memegang tongkat dari besi yang sangat berat sehingga tidak sanggup digerakkan oleh seluruh makhluk yang ada di muka bumi.


☆Hadis At-Tirmizi meriwayatkan : Sesungguhnya mereka berdua itu kehitam-hitaman dan kebiru-biruan.