Kawasan : terletak antara Rembau dengan Melaka
Penghulu : Dato' Naning Abdul Said ( Dol Said )
Pusat pentadbiran : Taboh
Hasil Keluaran : padi , buah-buahan , sirih dan bijih timah
Pada tahun 1831 , Dol Said telah bangkit menentang British . Tahukah anda mengapa Dol Said menentang
British?
FAKTOR PENENTANGAN DOL SAID DI NANING
Mempertahankan kemerdekaan Naning
Pada tahun 1824 , British dan
Belanda telah menandatangani perjanjian Inggeris-Belanda . Menurut
perjanjian ini , Melaka di serahkan kepada British . British mendakwa
Naning merupakan sebahagian daripada Melaka dan ini menyebabkan British
mengarahkan Naning mematuhi peraturan yang ditetapkan di Melaka .
Dakwaan ini tidak dapat diterima Dol Said dan rakyat Naning .
Menentang bayaran cukai
Melalui undang-undang 1830 , British
memaksa Naning membayar cukai 1/10 daripada hasil pertanian setelah
British mendapati hasil daerah Naning berjumlah 4500 dolar sebulan .
Menentang perlaksanaan Undang-undang British
British juga memperkenalkan peraturan
penghulu yang menggugat kuasa Dol Said . Peraturan ini melarang
penghulu ( Dol Said ) untuk membicarakan kes jenayah . Pada tahun 1828 ,
Dol Said diberi amaran oleh British kerana menyelesaikan kes jenayah
di Naning . Beliau juga diugut akan dilucutkan jawatan jika tidak
mematuhi arahan British .
PERISTIWA PERANG 1831
British mengishtiharkan Dol Said sebagai
penderhaka . British menghantar 150 orang sepoi yang diketuai oleh
Kapten Wyllie untuk menyerangnya tetapi angkatan British berjaya
ditewaskan .
Faktor kemenangan Dol Said :
- Penggunaan taktik gerila
- Bantuan daripada Seri Menanti , Sungai Ujong , Johol dan Muar
- Pertolongan daripada pasukan bantuan yang diketuai oleh menantu Yamtuan Raja Muda Ali dari Rembau iaitu Syed Sha'aban.
British sedar bahawa Naning tidak
mudah dikalahkan . Oleh itu , British 'berunding' dengan Yamtuan Raja
Muda Ali dan beliau bersetuju membantu British dengan menghantar 600
orang hulubalang untuk menyerang Naning .
PERISTIWA PERANG 1832
Kolonel Herbert mengetuai pasukan tentera menyerang Naning . Pakatan British dengan Rembau telah berjaya mengalahkan Naning .
Dol Said berundur ke Seri Menanti dan akhirnya menyerah diri kepada British.
Kesan perang :
- Taboh telah ditawan
- Rumah penduduk Naning telah dibakar
- Dol Said diberi pencen dan rumah di Melaka
- Daerah Naning dan Melaka disatukan
- British mengalami kerugian sebanyak 100 000 paun sterling walaupun berjaya mengalahkan Naning.

British sebuah kuasa besar dunia pernah dikalahkan oleh pahlawan-pahlawan Melayu dalam perang Naning pertama pada tahun 1831. Kekalahan itu amat mengaibkan Inggeris kerana mereka adalah kuasa besar boleh dikalahkan oleh Naning sebuah daerah kecil. Pada mulanya mereka yakin Naning boleh ditewaskan dalam masa sehari sahaja. Tetapi mereka ditentang hebat oleh pahlawan-pahlawan Melayu yang hanya bersenjatakan parang panjang, lembing, anak panah dan pelbagai senjata tradisional yang lain. Setelah berlaku pertempuran selama 18 hari maka tentera British terpaksa berundur setelah ramai tenteranya yang terbunuh dan cedera. Kekalahan itu amat mengaibkan Inggeris sehingga mereka terpaksa menghantar ramai tentera termasuk meriam dalam usaha menundukkan Naning.
Sebelum berlakunya Perang Naning kedua pada tahun 1832, British berjaya memecahbelahkan perpaduan orang-orang Melayu dengan mengikat perjanjian dengan daerah-daerah yang bersempadan dengan Naning termasuk Rembau, Sungai Ujung dan Seri Menanti.
Dalam perang Naning pertama Dol Said mendapat bantuan daripada orang-orang Rembau yang diketuai oleh Syed Saaban. Setelah adanya perjanjian itu maka penghulu Rembau bukan sahaja menarik pahlawan-pahlawannya dari Naning malah mereka membantu Inggeris menakluk Naning.
Walaupun tidak lagi mendapat bantuan dari Rembau dan daerah yang berjiran dengannya namun Dol Said dan orang-orangnya bertekad mempertahankan Naning.
Pada April 1832 askar-askar Inggeris yang diketuai oleh Kolenal Herbert dibantu oleh pasukan Rambau yang diketuai oleh Syed Shaaban menyerang Naning bagi kali kedua.
Sekali lagi berlaku pertempuran yang sengit antara kedua belah pihak. Dan setelah berlaku pertempuran selama hampir dua bulan akhirnya Dol Said dan para pengikutnya terpaksa berundur dari Naning.
Namun kemenangan itu tidak mengembirakan British kerana mereka terpaksa menangung kerugian 100,000 pound dan kehilangan ramai askar bagi menakluk sebuah daerah kecil.
DOL Said atau nama sebenarnya Abdul Said lahir pada tahun 1773 di Naning, Alor Gajah, Melaka. Beliau berasal dari suku Semelenggang. Dol Said adalah penghulu Naning yang ke sembilan.
Sejak kecil lagi, sifat keberaniannya mula diperlihatkan apabila beliau mula belajar ilmu mempertahankan diri atau seni silat sejak berusia enam tahun. Dol Said seorang yang tekun mengaji, cekap dalam seni mempertahankan diri dan sentiasa dihormati orang ramai. Beliau juga seorang yang taat kepada kedua orang tuanya.
Dol Said dilantik sebagai Penghulu Naning menggantikan Penghulu Anjak pada tahun 1799 sewaktu berumur 26 tahun.
British telah meminta Naning memberi satu persepuluh daripada hasilnya. Dan ini dibantah oleh Penghulu Dol Said kerana Naning telah merdeka.
Semasa Belanda memerintah Melaka selepas kejatuhan Portugis, Naning berada di bawah kuasa Belanda dan mereka menghantar satu persepuluh hasil Naning kepada Belanda. Tetapi kemudiannya Belanda telah mengiktiraf Naning sebuah wilayah yang merdeka.
Tetapi apabila British mengadakan perjanjian dengan Belanda pada 1824 British menyerahkan Bengkulu, Sumatera kepada Belanda dan Belanda menyerahkan Melaka kepada pemerintahan British. Dan British memganggap Naning berada di bawah pemerintahan mereka.Sejak itu bermulalah persengketaan antara Dol Said dengan Brtish yang membawa kepada perang Naning pertama 1831 dan Perang Naning kedua 1832.
Kemenangan pahlawan-pahlawan Melayu menentang British dalam perang Naning pertama disebabkan wujudnya perpaduan di kalangan orang Melayu. Naning tidak sendirian kerana di sokong oleh daerah-daerah yang berjiran dengannya.
Tetapi kekalahan dalam perang Naning kedua kerana tidak wujud lagi perpaduan di kalangan orang Melayu malah mereka sanggup membantu Inggeris menyerang Naning.
No comments:
Post a Comment