Nota: Maaf bahawa bukan shj syaithan wanita malah lelaki juga ada khususnya dan tidak dinafikan dalam sejarah syaithan wanitalah yg paling terkuat diantaranya sehingga ibrah dari kekuatan ini maka bagi menyantuni sunnah dan sifat semulajadi lelaki maka diwujud kewajiban oleh Allah dlm hal kahwin dan lebih yg semua pembaca tahu.
Berhala hawa nafsu satu hal untuk diperangi ditambah serangan nyata iblis syaitan tentunya jika tidak kuat akan merosakkan lelaki beriman paling kuat sekalipun melainkan mrk yg dilindungi Allah dengan rahmatnya.
Firman Allah janganlah kamu fikir semudah itu memasuki syurga sebelum diuji keimanan kamu dan nabi pernah menceritakan kepada sahabat orang terdahulu yg beriman digergaji kepalanya kerana keimanan tersebut dan ada yg dipaksa terjun dalam parit api bersama anak anak yg masih bayi spt kisah Ashabul Ukhdud yg terkenal itu - klik baca
Ingatlah sesunguhnya tipu daya syaithan itu yang terkuat ialah ‘Aku Tiada’
Lelaki yang takut buat dosa,di selamatkan Jibril
Pada zaman dahulu,dikalangan Bani Israil,ada seorang lelaki yang
sangat tekun dan rajin mengerjakan ibadah. Dia mempunyai wajah yang
kacak dan segak sehingga ramai wanita yang tertawan dengan
ketampanannya.
Namun rasa takutnya kepada Allah SWT menjadi pendinding utama untuk mengawalnya daripada melakukan kemaksiatan
Suatu hari, ketika sedang menjaja keranjang daun kurma buatannya
sendiri, dia sampai di hadapan istana raja. Kebetulan salah seorang
daripada dayang istana itu ternampak lelaki tersebut dan terpesona
dengan ketampanannya. Dayang itu kemudiannya bercerita mengenai lelaki
itu kepada permaisuri raja. Permaisuri begitu tertarik lalu timbul niat
jahat di hatinya.
“Suruh orang muda itu masuk menghadap,” titahnya kepada dayang tersebut.
Apabila lelaki itu berada di hadapannya, permaisuri menyerahkan
sepasang persalinan pakaian diraja dan berkata, “Letakkan semua tas
keranjangmu itu dan pakailah pakaian ini.”
Kemudian permaisuri itu menyuruh dayangnya mengambil minyak wangi untuk dipakaikan kepada lelaki tersebut.
Tanpa mengesyaki apa-apa, lelaki itu melakukan segala suruhan permaisuri. Lalu permaisuri itu pun berkata,
“Orang muda! Kamu jangan khuatir. Beta akan memenuhi segala keperluanmu asalkan kamu bersedia memenuhi nafsuku.”
Sebaik sahaja terdengar kata-kata yang tidak disangka-sangkanya itu, gementarlah lelaki itu lalu berkata,
“Aku tidak akan melakukan perbuatan terkutuk itu!”
Permaisuri cuba juga memujuk lelaki itu berkali-kali, tetapi gagal mempengaruhinya. Akhimya dengan perasaan marah, ia berkata,
“Baiklah! Kalau kamu enggan memenuhi hajatku, kamu tidak boleh keluar dari sini.”
Kemudian permaisuri mengarahkan dayang-dayangnya menutup semua pintu dan tingkap istana.
Setelah semua jalan keluar ditutup,lelaki itu bertanya,
” Wahai permaisuri! Bolehkah bawakan saya ke tempat yang paling tinggi dalam istana.”
Dengan harapan hajatnya akan dipenuhi, permaisuri itu pun membenarkan lelaki itu naik ke menara istana.
Apabila telah berada di puncak istana, lelaki itu berkata kepada dirinya sendiri,
“Wahai jiwa! Selama 70 tahun kamu beramal mencari keredhaan Allah,
Tuhan yang Maha Pemurah, apakah kamu akan merosakkannya dalam beberapa
saat semata-mata untuk memenuhi keinginan nafsu dan syaitan? Demi Allah!
Kau mengkhianati dirimu sendiri jika engkau tunduk kepadanya!”
Dalam keadaan malu dan, takut untuk melakukan maksiat kepada Allah, lelaki itu pun terjun dan menara yang tinggi itu.
Sanggup tak kita meniggalkan segala-galanya kerana takutkan azab Allah SWT
Lalu Allah SWT yang Maha Pemurah dan Pengasih pun berfirman:“Wahai Jibril! Hamba-Ku itu terjun lantaran takut kepada kemurkaan-Ku dan kedosaan. Hamparkan sayapmu untuk menyambutnya, jangan sampai ia binasa!”
Imam Muslim dalam shahihnya meriwayatkan sebuah hadis daripada Ibn Al-Zubair , bahawasanya Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : “ Sesungguhnya wanita itu, ketika datang dari depan, dia datang dalam bentuk syaitan dan ketika pergi (membelakang tubuhnya) dia memperlihatkan bentuk syaitan pula”
Oleh sebab itu, jika salah seorang dari kamu melihat seorang wanita yang menarik perhatian, maka hendaklah segera mendapatkan sebagai isteri, dengan itu dapat menolak (nafsu) yang ada di dalamnya.”
Syaitan itu membuat wanita kelihatan indah pada pandangan sebahagian besar orang yang melihatnya, agar mereka semakin banyak menimbulkan dosa-dosa dan orang warak akan melihat hal-hal yang diharamkan Allah swt.
Sumber kredit Blog Tasbihfatimahh yang dimuliakan.
No comments:
Post a Comment