Tuesday, February 26, 2013

(ISLAM) Niat & Cara Mandi Wajib / Junub yang Sah


Niat & Cara Mandi Wajib / Junub yang Sah

Cara mandi wajib yang sah masih sering menjadi persoalan di kalangan umat Islam antaranya, remaja yang baru baligh, perempuan yang datang haid, lelaki yang keluar air mani, wanita yang keluar darah nifas, suami isteri yang bersetubuh (jimak) dan sebagainya.


Sebab anda perlu Mandi Wajib

Bertemu dia khitan atau bersetubuh (masuknya zakar sehingga terbenam kepalanya ke dalam faraj).
Keluar mani walaupun sedikit.
Mati melainkan mati syahid.
Keluar haid bagi perempuan.
Keluar nifas (darah yang keluar mengiringi bayi ketika perempuan bersalin).
Wiladah atau melahirkan anak.


Rukun Mandi Wajib

(cukup 3 rukun ini, mandi wajib anda Sah)

Niat
Menghilangkan najis di badan sama ada yang jelas (‘ayni) atau tidak jelas (hukmi)
Menyampaikan air ke seluruh anggota badan dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki.


Jenis Niat Mandi Wajib

1. Keluar mani atau keluar haid dan nifas

“Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala”.

“Sahaja aku mandi daripada haid kerana Allah Taala”.


2. Mandi disebabkan bersetubuh antara suami dan isteri

“Sahaja aku mandi junub kerana Allah Taala”.

3. Mandi disebabkan keluarnya darah nifas

“Sahaja aku mandi daripada nifas kerana Allah Taala”.

Bahasa Arab



Sunat Ketika Mandi Wajib

mengadap kiblat
membaca basmalah
membasuh dua tapak tangan
mengambil wuduk terlebih dahulu sebelum mandi
menggosok seluruh anggota badan dengan tangan
berturut-turut (muwalat) tanpa putus-putus
tertib dengan mendahulukan perkara yang perlu didahulukan
membasuh sebanyak tiga kali


Cara-cara Mandi Wajib

Bersihkan tubuh dan hilangkan kotoran dan perkara-perkara yang boleh menghalangkan air sampai ke anggota badan semasa mandi hadas selepas ini.
Setelah selesai mandi biasa, di sunatkan mengambil wuduk dahulu sehingga membasuh telinga sahaja dan tidak perlu membasuh kaki lagi. basuhan kaki akan dilakukan akhir mandi nanti. Perkara ini tidak dilakukan pun tidak mengapa kerana ia merupakan perkara sunat sahaja.

Duduk bertinggung bagi yang berkemampuan. Ini bertujuan untuk membuka semua anggota yang zahir dan mudah untuk mengalirkan air ke kawasan-kawasan sulit tersebut seperti qubul atau dubur. Kalau berdiri pun tidak menjadi masalah, yang paling penting ialah air dapat sampai kepada semua bahagian anggota badan.
Niat dahulu sebelum mandi (Lihat dalam bahagian Fardhu Mandi di atas). Bagi sesiapa yang tidak pandai dalam bahasa arab boleh dalam bahasa melayu.

Sunat memulakan mandian disebelah kanan dahulu dan seterusnya disebelah kiri.

Mulakan mandi wajib dengan mengalirkan air mutlak di salah satu anggota badan dan disertakan dengan niat mandi hadas sepertimana dinyatakan di bahagian fardhu mandi.

Gosot atau sapu di semua anggota badan yang zahir iaitu dirambut, kepala, telingga, hidung, mata, mulut, tengkok, ketiak, tangan, jari, kuku, badan, pusat, qubul, dubur, kaki, pelipat-pelipat kaki dan tangan, kuku kaki, jari kaki dan sebagainya. Ini bertujuan untuk menyampaikan air di seluruh anggota badan.

Akhir sekali basuh kaki sebagai penyudahnya, kerana semasa mengambil wuduk tadi kita tidak membasuh kaki.

copyright

(ISLAM) Adab Dan Cara Bersetubuh Dalam Islam

Cara Bersetubuh Dalam Islam

 Perkara-Perkara Penting Ketika Melakukan Persetubuhan @ jima’

1. Bertaubat dan Memohon Keampunan

Di malam pertama Islam menganjurkan kepada pasangan suami isteri supaya membersihkan diri dari dosa dan noda yang pernah dilakukan sebelum ini sama ada zahir dan batin. Oleh itu mereka disarankan supaya memohon taubat kepada Allah sama ada dengan sembahyang sunat taubat atau beristiqfar kepadanya.Diharapkan pertemuan buat kali pertama,ini benar-benar memberi makna dalam membina kehidupan baru yang dapat mengabdikan diri kepada Allah.



2. Amalan Semasa Masuk Bilik / Rumah

Semasa masuk rumah atau bilik bacalah doa terlebih dahulu iaitu :



Dan dahulukan kaki kanan apabila masuk bilik / rumah tersebut.



3. Sembahyang Sunat di Bilik Tidur

Seterusnya apabila suami isteri sudah berada di bilik tidur maka sunat keduanya sembahyang sunat dua rakaat. Selesai sembahyang sunat, bacalah surah Al-Fatihah, surah Al-Ikhlas dan selawat Nabi sebanyak tiga kali dan diiringi dengan doa seperti berikut :



Ya Allah, berilah rezeki kepada mereka daripada ku dan berilah rezeki kepada aku daripada mereka. Dan jadikanlah kemesraanku dan kasih sayangku bagi mereka. Dan jadikan kami semua saling cinta mencintai.



4. Beramah Mesra

Selepas itu si suami hendaklah memusingkan badannya dan hadapkan mukanya tepat kepada isterinya dan duduk bertindih peha seraya memberi salam kepadanya.

Ini adalah sebagai mukaddimah untuk berbual mesra antara suami dan isteri supaya ianya benar-benar merasa gembira dan mesra.



5. Meletak tangan kanan di atas ubun-ubun isteri

Selepas itu suami hendaklah meletakkan tangan kanannya di atas ubun-ubun isterinya bertujuan memohon keberkatan dan kebaikan dan bacalah doa seperti berikut:-

Adab Melakukan Persetubuhan

- Bersedia dan dalam keadaan selesa

Suami isteri hendaklah memastikan pasangan masing-masing dalam keadaan bersedia, tempat yang selesa dan masa yang sesuai. Suami isteri juga hendaklah mengambil kira dan tidak melakukan hubungan kelamin ketika pasangan berada dalam keadaan berikut;

Sedang sakit yang memudaratkan
Keletihan
Kesedihan
Kekenyangan (baru lepas makan) atau pun sedang kelaparan.
Ini untuk mengelakkan dari pasangan merasa benci, kecewa, marah, sedih dan tertekan.


- Lucut Pakaian Kesemuanya Di Waktu Bersetubuh

Di antara adab-adab bersetubuh iaitu janganlah mendatangani isterinya selagi isterinya belum melucutkan semua pakaiannya. Kedua-duanya hendaklah berselimut di dalam satu kain selimut sebaik-baiknya kedua-duanya melucutkan pakaian.

Tetapi janganlah kedua-duanya bertelanjang bogel di waktu melakukan persetubuhan kerana kepada Allah sepatutnya kamu lebih-lebih lagi rasa malu. Adalah Rasullullah S.A.W di waktu dia mendatangani isterinya, dia menutupi kepadanya.

Suaranya diperlahankan dan dia berkata “bertenang”. Suami yang hendak mendatangani isterinya, sepatutnya dia dan isterinya tertutup di dalam satu kain selimut. Tidak menjadi soalan sama ada mereka menghadap Kiblat ataupun tidak. Beginilah tegasnya Al Khatab.



- Bercumbu cumbuan

Di antara sunnah Islam ialah bercumbu cumbuan, bersuka ria dan bergurau senda dengan isteri terlebih dahulu. Rasulullah s.a.w. pernah berjenaka atau bergurau senda dengan isteri-isterinya. Beliau menyelami peringkat peringkat akal mereka dalam pekerjaannya dan tingkah laku, sehingga al Nasai, Abu Daud dan Ibn Majah ada meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah berlumba lari dengan isterinya `Aisyah menang satu hari dan Rasulullah s.a.w. menang beberapa hari, maka baginda berkata : “Ini lawan itu” Saiyidina Omar, walaupun terkenal kasar pernah berkata bahawa seseorang lelaki sebaiknya menjadi seperti seorang kanak-kanak ketika berada di sisi keluarganya. Apabila mereka menuntut sesuatu daripadanya, hendaklah dia menjadi seorang lelaki. Di dalam dua hadis sahih Bukhari dan Muslim, hadis yang diriwayatkan oleh Jariah bin Wahab al Khazai, bermaksud :

“Apakah kamu mahu mendengar tentang ahli neraka, dia ialah setiap orang yang keras, megah dan angkuh”

Di dalam riwayat Abu Daud : “Tidak masuk syurga orang yang megah dan angkuh”

Maksudnya orang yang bersikap kasar terhadap ahli keluarganya dan angkuh dengan dirinya. Dalam hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Jabir : “Kenapakah kamu tidak mengahwini anak dara, dia bermesra denganmu dan kamu pula bermesra dengannya”

Tetapi sederhana di dalam beramah-mesra adalah baik seperti sederhana di dalam lain-lain hal juga.

Sunat dimulai dengan menyebut nama Allah s.w.t. atau dengan membaca `Bismillah’ kemudian membaca surah Al-Ikhlas serta membaca takbir “Allahu-Akbar” dan tahlil. Kemudian menyebut :

Dan baca doa terlebih dahulu sebelum memulakan hubungan kelamin, bagi melindungi mereka dan zuriat mereka dari gangguan syaitan. Doanya seperti berikut;

  
Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh al-Syaikhan (Bukhari dan Muslim), daripada Ibn Abbas”

“Jika seorang dari kamu apabila mendatangi keluarganya (mahu menyetubuhi isterinya) lalu berdoa :


Beginilah doa yang tersebut di dalam hadis yang telah diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a. daripada Nabi s.a.w. dengan sabdanya yang berbunyi :



Ulamak-ulamak fiqh bersalahan pendapat tentang makna “tidak boleh dirosakkannya oleh syaitan buat selama-lamanya.” Ada di antara mereka berpendapat, bahawa syaitan tidak mampu hendak merosakkan akidah anak yang akan dilahirkan nanti. Ertinya syaitan tidak boleh menggoda agama kanak-kanak ini, hingga dia menjadi kafir. Pendapat ini memberi artikulasi masa depan anak yang akan dilahirkan ke dunia. Yang mana dia telah ditulis di masa dia masih di dalam kandungan lagi, bahawa dia akan mati kelak di dalam keimanan. Golongan ulamak yang lain pula berpendapat, bahawa yang dikehendaki dengan hadis tadi, iaitu dengan berkat doa ini, anak yang akan dilahirkan nanti akan menjadi hamba Allah yang ikhlas.



Apabila hampir mengeluarkan mani (inzal), maka katakan di dalam hati tanpa menggerakkan dua bibirmu:

- Kemudian dia mengelakkan diri dari mengadap qiblat. Dia tidak mengadap ke arah qiblat kerana dia seorang yang berjunub, sebagai menghormati qiblat.

- Kemudian apabila si suami mahu menamatkan persetubuhan itu, hendaklah dia perlambatkan sedikit untuk memberi peluang kepada isterinya sampai ke puncaknya, kerana inzal atau pancutan mani si isteri mungkin terlewat dan merbahaya kepada syahwatnya …

- Kemudian jika terlalu lambat mungkin menyakitkan isterinya pula. Ketidaksamaan di segi tabiat inzal ini akan menimbulkan kegelisahan, sekalipun suami mendahului, isterinya, sebaliknya persamaan masa inzal lebih melazatkan. Kalau suami berdiam diri selepas inzal, mungkin isterinya malu walaupun dia (isteri) belum sampai ke peringkat tersebut.

- Persetubuhan patut dilakukan empat malam sekali, jika suami mampu berbuat demikian. Itu lebih adil, difahamkan daripada bilangan isteri yang dibenarkan kahwin seramai empat orang. Boleh pula dikurangkan dari kadar tersebut. Ya, sebenarnya boleh ditambah atau dikurangkan mengikut kadar keperluan dalam menjaga diri melalui perkahwinan, kerana menjaga diri melalui perkahwinan itu menjadi kewajipan.

- Memberi penghargaan – Suami isteri digalakkan mengucap syukur pada Allah S.w.t kerana diberi nikmat dan kepuasan dalam melakukan hubungan kelamin. Suami isteri juga harus saling berterima kasih kepada pasangan dengan ucapan, ciuman dan pelukan. Penghargaan yang diberi akan menyuburkan kasih sayang dan meningkatkan kendiri (self esteem).

- Bersederhana – Hubungan kelamin @ jima’ yang baik ialah yang dilakukan dalam keadaan sederhana mengikut keperluan dan kemampuan suami isteri sama ada dari segi kekerapan ataupun teknik yang digunakan.

- Suami isteri dilarang melakukan hubungan kelamin yang boleh memudaratkan kesihatan dan emosi seperti menyiksa dan memukul pasangan sebelum melakukan jima’. Pasangan suami isteri dinasihatkan tidak menonton video lucah atau meniru aksi yang bertentangan dengan nilai kemanusiaan.

- Tidak menyebarkan rahsia – Suami isteri haram menyebarkan rahsia hubungan kelamin kepada orang lain walau dengan apa cara sekalipun.

Rasulullah S.a.w bersabda yang maksudnya,

“Sesungguhnya sejahat-jahat manusia di sisi Allah pada hari Kiamat ialah seorang lelaki yang melepaskan hajatnya kepada isterinya dan isterinya melepaskan hajatnya kepadanya kemudian dia menyebarkan rahsia itu.” (Hadith Riwayat Muslim)



Sunat-sunat [ Cara Bersetubuh Dalam Islam ]

1. Suci daripada hadas kecil, tegasnya sunat terlebih dahulu mengambil air sembahyang.

2. Mandi dan memakai wangi-wangian.

“Sesungguhnya Allah itu baik dan menyukai kebaikan, bersih dan menyukai kebersihan”. (Hadith Riwayat Tirmizi)

3. Memakai pakaian yang mengghairahkan tegasnya pakaian menimbulkan nafsu syawat (lelaki atau perempuan).

4. Sunat melakukan persetubuhan pada hari Jumaat atau malamnya, malam Khamis dan malam Isnin.

5. Sunat bersetubuh diwaktu sihat, jangan waktu terlalu lapar atau terlalu kenyang.

6. Sunat bersetubuh dengan bersenda gurau dan bermain-main terlebih dahulu supaya dapat membangkitkan syawat seterusnya jika memperolehi anak, insyaAllah akan cerdik (berakal). Kemesraan mesti ada, dan proses ini penting untuk mengurangkan kesakitan, perasaan gemuruh, gementar, malu, takut dan rasa tertekan.

7. Sunat bersetubuh dalam satu selimut dan di atas satu hamparan elakan daripada telanjangbogel tanpa penutup kain.

8. Sunat membaca bismillah dan doa sebelum dan sesudah bersetubuh.

9. Selesai bersetubuh sunat disegerakan mandi junub jika tidak dapat dilakukan atas sebab-sebab tertentu sunat membasuh kemaluan dan mengambil air sembahyang (wuduk).

Imam Al-Ghazali berkata :

“Setengah ulamak menyatakan sunat bersetubuh pada hari Jumaat dan Malamnya, berpandukan salah satu ta’wil daripada sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud “Allah merahmati orang yang mandi dan memandikan isteri (Pada hari Jumaat)”.



Perkara yang haram [ Cara Bersetubuh Dalam Islam ]

1. Haram jima’ ketika isteri haid, nifas dan wiladah. Jika bersetubuh pastikan putus haid, nifas dan wiladah dan selepas mandi hadas besar.

“Mereka bertanya kepadamu tentang haidh, katakanlah: “Haidh itu adalah suatu kotoran”, oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari wanita di waktu haidh, dan janganlah kamu mendekati mereka, sebelum mereka suci, apabila mereka telah suci, maka campurilah mereka itu di tempat yang diperintahkan Allah kepadamu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang taubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri.” (Surah Al-Baqarah : Ayat 222)

Dari Masruuq b.Ajda’i berkata:

“Aku telah bertanya kepada ‘Aisyah tentang sesuatu yang boleh dilakukan seorang suami terhadap isterinya yang sedang Haid.” ‘Aisyah menjawab, Apa saja boleh, kecuali kemaluannya (bersetubuh). (Riwayat Bukhari)

2. Haram jima’ melalui jalan belakang (melalui dubur) walaupun isteri. “Terkutuklah orang yang menyetubuhi isteri diduburnya.” (Hadits Riwayat Abu Dawud dan an-Nasa’i dari Abu Hurairah.)

3. Haram jima’ membawa ayat-ayat Al-Quran nama-nama Allah, Nabi. Malaikat dan lain lain seperti azimat.

4. Haram jima’ dalam masjid / surau.

5. Haram jima’ sedang berpuasa di bulan Ramadhan.

6. Haram jima’ sedang dalam ihram haji atau ihram umrah.

7. Haram jima’ di tempat terbuka (tempat awam).


Tambahan Cara Bersetubuh Dalam Islam.

Boleh mendatangi dari arah mana pun untuk bersetubuh, tidak kira depan, tepi atau belakang, asalkan sasarannnya ialah lubang faraj, dan bukannya lubang dubur.

Dari Jabir b. Abdulah berkata, bahawa orang-orang Yahudi (beranggapan) berkata, Apabila seseorang menyetubuhi isterinya pada kemaluannya melalui belakang maka mata anaknya (yang lahir) akan menjadi juling. Lalu turunlah ayat suci demikian:

“Isteri-isteri kamu adalah ladang bagimu maka datangilah ladangmu itu dari arah mana saja yang kamu sukai”. (Surah Al Baqarah – ayat 223)

Bersetubuh @ berjima’ dengan isteri adalah satu ibadah dan mendapat pahala jika melakukannya. Rasulullah s.a.w. bersabda: “…..dan apabila engkau menyetubuhi isterimu, engkau mendapat pahala”.

Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, adakah seseorang dari kami mendapat pahala dalam melampiaskan syahwat?


Nabi menjawab: “Bukankah kalau dia meletakkan (syahwatnya) di tempat yang haram dia akan berdosa? Demikian pula kalau dia meletakkan (syahwatnya) pada jalan yang halal maka dia mendapat pahala.” (Hadits Riwayat Muslim).

Dan jika mahu mengulangi jima’ , hendaklah dibasuh dahulu zakar. Seperti mana sabda Rasulullah S.a.w yang bermaksud, “Apabila di antara kamu telah mencampuri isterinya kemudian dia akan mengulangi persetubuhannya itu maka hendaklah dia mencuci zakarnya terlebih dahulu.” (Hadits Riwayat Baihaqi)

copyright

Tolonglah …. saya merayu kepada anda.



Tolonglah.
Saya merayu kepada anda, ye, anda yang sedang membaca post ini, agar :-
1. jangan give up
2. jangan salahkan orang lain
3. jangan takut

Allah kan ada.
Allah kan ada.
Allah kan ada.

Berdoalah supaya Allah :-
1. jadikan kita berada di jalan yang betul, bukan jalan yang salah, di mana, dah jauh kita berjalan, baru sedar kita salah jalan
2. temukan kita dengan orang yang betul dan bukan mereka yang nak ambil kesempatan kepada kita
3. bukakan pintu hati kita, mempelajari ilmu yang patut kita belajar, bukan ilmu mengarut yang membinasakan diri dan paling teruk akidah kita
4. tetapkan hati kita dalam penuh keimanan, setelah mana DIA berikan kita nikmat Islam yang mulia ini.

Allahummaghfirlana.
Ampunkan kami, Ampunkan Ummat Muhammad ini.

Saksikanlah ya Allah, aku telah sampaikan secebis pesanan ini keranaMu. Ampunkan daku.

Copyright from:
Bottom of my heart;
Raja Kamil
Source : Perniagaan Internet

Sunday, February 24, 2013

Jika anda seorang peniaga Online, anda perlukan ini..



Tak perlu mahir IT pun untuk bina sendiri MINISITE kerana dengan menggunakan Word Press anda boleh membinanya dengan mudah cuma anda kena tahu bagaimana sahaja…
Jika anda serius ingin tahu bagaimana untuk melakukannya dengan mudah saya sarankan supaya anda teruskan bacaan anda…
Sahabat,
MINISITE banyak digunakan di internet sebagai satu laman jualan yang mampu melakukan jualan secaraAUTOMATIK jika kena dengan sistemnya.

Ianya sudah lumrah dimana setiap perniagaan yang melakukan jualan di internet tidak boleh lari dari menggunakan MINISITE Jualan. Usahawan-usawan internet tidak kiralah samada ia menjual :

…memerlukan sebuah MINISITE untuk menjual apa yang mereka ingin pasarkan. Saya boleh katakan bahawa sesebuah MINISITE itu adalah :
TINGKAP kepada duit untuk masuk ke dalam akaun peniaga.
dengan harga murah, dengan respon pengguna.. sangat sesuai buat kita..
Dapatkan sekarang sebelum harga dinaikkan.

Jom klik disini untuk milikinya

Jadi usahawan online berjaya dan berketerampilan..

Panduan mudah menukarkan pemasaran emel



Panduan mudah menukarkan pemasaran emel menjadi
mesin wang
Dibawah khas untuk anda oleh
 – Autoresponder Percuma!


Mesra Pengguna!

Emelmatik merupakan autoresponder tempatan yang pertama menyediakan pilihan penggunaan bahasa dalam Bahasa Malaysia.
Auto Pilot
Dengan Emelmatik, kini segalanya adalah auto pilot dalam menolong anda membuat balasan emel segera, menghantar emel follo-up dan emel pukal dengan berkesan dan sistematik.
Tiada Lagi SPAM
Jangan bimbang anda dituntu spammer lagi. Emelmatik akan sentiasa memastikan setiap lead yang berdaftar melalui sistem Emelmatik adalah 100% mematuhi undang-undang siber.
99% Dijamin Sampai
Kini segala pemasaran emel anda sekarang adalah mudah dan berkesan dengan ada sistem Emelmatik yang dapat menjamin setiap emel yang dihantar akan sampai ke inbox subscriber.
Direka khas untuk newbies
Kita tahu masalah anda. Dengan adanya Emelmatik, anda tidak perlu lagi menanggung kos langganan bulan autoresponder yang mahal.

Lihat sekarang


Wednesday, February 20, 2013

KALAU BETUL POWER,, CUBA YG INI.. 2 MINGGU USD8,000/RM25K




Pergghh... SIAPA KATA STIFORP TAK BOLEH BUAT SIDE INCOME..
 CUBA TENGOK NI..
siapa kata stiforp ni tak boleh buat duit!!
STIFORP tiba2 jadi buruan networker seluruh dunia selepas berita
David KOMSI berjaya menerima lebih USD8000 hanya dalam tempoh 2minggu dalam Stiforp kerna beliau menaja lebih dari 329 ahli baru..kawan2 yg dah jumpa projek Stiforp ni sejak tahun 2012 ramai yg masih beralasan dan skeptikal sedangkan David Komsi baru temui peluang ni 2minggu lepas, terus BERTINDAK menaja seramai mungkin org yg dia kenal..
hasilnya dalam tempoh 2 minggu penyertaan nama David menjadi Legenda dalam Stiforp... 329 tajaan x USD25 = USD8225 x RM3.2 = RM26,320 perghhh!!!! 
Takkan nak tengok je orang lain BUAT DUIT????

So tunggu apa lagi.. 13 tool yg setiap hari digunakan oleh para internet marketer.
hanya usd9.95 sahaja sebulan/RM32 sahaja dengan 13 tools marketing..
jika sewa satu-satu, beribu nak kena bayar bro.. apa lagi.. boleh ke orang kita buat mcm David Komsi dlm tempoh 2 minggu sahaja.. Jika anda kata anda hebat sebagai INTERNET MAKERTER/NETWORKER, INI SATU CABARAN... 
BUKTIKAN..JANGAN SELALU KATA POWER.. 
TAPI HANYA DENTAM DENTUM JER..
SAHUT CABARAN INI...
TENGOK WEBNAR NI..

Rahsia Menjana Kekayaan Dgn PayPal





Masih Tidak Menggunakan PayPal?
Tahu tak anda kunci kejayaan perniagaan Internet yang sebenar? Ianya tak ada kaitan dengan membuat website, membeli domain, setup hosting atau benda-benda teknikal yang lain. Malah, ia tiada kaitan langsung dengan produk atau idea anda.
Kunci kejayaan perniagaan Internet adalah PayPal. Kalau anda masih tidak mempunyai akaun PayPal, jangan berani bermimpi nak berjaya dalam perniagaan online, terutama sekali dalam arena global!
Jom lihat rahsia seterusnya:

RAHSIA MENJANA ON9



Salam Mesra,
 Adakah anda ingin menjana wang dari rumah atau mana-mana jua, menggunakan komputer dan talian Internet sahaja? Apa kata anda mengaut keuntungan besar dalam matawang US Dolar dan belanja dalam Ringgit?
Saya gemar menjadi usahawan Internet kerana kos permulaan adalah rendah, kos bulanan juga rendah, saya tiada inventori untuk disimpan (semua produk saya adalah digital) dan yang paling best... pulangan pelaburan adalah teramat tinggi!
Jika anda berpendapat sedemikian, saya harap mendapat kebenaran anda untuk berkongsi pengalaman.
Mai klik kat link dibawah:

Sunday, February 3, 2013

RAHSIA OTAI IM TERBONGKAR




"Pendedahan Trik dan Teknik RAHSIA Jana Pendapatan ONLINE!"
Dengan Panduan 5 Langkah UsdBlaster Yang Mudah Difahami..
.Buntu Mencari Wang??..
Sekarang Anda Mampu Menghasilkan Wang Dengan Mudah Dan Berterusan Di Internet !

Sistem Bisnes Yang Mudah Dan Berkesan. 100% AUTOMATIK Dan Akan Memberi Keuntungan 100% Terus Kepada Anda...
.
Saya bercadang untuk memberikan "access" kepada sistem bisnes hebat ini dan berkongsi peluang menjana pendapatan yang lumayan ini bersama anda sekarang juga !!..

Sistem bisnes ini membuktikan kepada anda, bahawa anda mampu menjana pendapatan walaupun tiada produk dan laman web sendiri. Malah anda berupaya menjana pendapatan berterusan di pasaran antarabangsa tanpa perlu melakukan promosi melalui mana-mana web pengiklanan berbayar.

Jom lihat info..