Lindungi jantung anda daripada serangan musuh,
dengan sentiasa melakukan zikir setiap masa mengingati Allah swt
dengan sentiasa melakukan zikir setiap masa mengingati Allah swt
PERTAMA DI DUNIA RAKYAT
MALAYSIA HARUS BANGGA
RASA SAKIT HILANG SERTA MERTA
RASA SAKIT HILANG SERTA MERTA
TERKINI DAN MENAKJUBKAN
MELALUI TEKNOLOGI AL-QURAN
KENALI
GEJALA SIHIR
Sihir
diterjemahkan dengan terjemahan yang pelbagai oleh para pengkaji Timur dan
Barat. Namun, secara keseluruhannya sihir bolehlah diertikan sebagai satu ilmu
jahat yang diamalkan atau digunakan dengan bantuan jin bagi menghasilkan satu
tindakan yang sukar diterima oleh akal manusia. Firman Allah dalam surah al-Jin
ayat 6 yang bermaksud:-
"Dan
bahawasanya ada beberapa orang lelaki diantara manusia meminta perlindungan
kepada beberapa lelaki kalangan jin. Maka jin itu menambahkan mereka dosa dan
kesalahan".
Sihir telah difirmankan oleh Allah s.w.t. di dalam kitab suci Al Quran di mana ia wujud sejak zaman Nabi Musa a.s. Sihir juga ada diriwayatkan di zaman Nabi s.a.w.
ADAKAH NABI PERNAH TERKENA SIHIR
Persoalan
sama ada nabi pernah disihir atau pun tidak telah menjadi pertikaian dikalangan
para ulama Islam. Sebahagian ulama' menolaknya kerana merasakan kejadian
sedemikian mengaibkan martabat nabi yang merupakan hamba yang terpelihara.
Manakala sebahagian ulama' pula tidak menafikan malah membenarkan kenyataan
nabi disihir, Maka dalam hal ini kita merujuk sepertimana hadis sahih yang
diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud:
Dari
Aisyah: “Nabi pernah disihirkan sehinggalah Baginda menyangkakan bahawa ia
telah mendatangi mereka (isteri-isteri) sedangkan ia tidak mendatangi mereka”
Ulama-ulama
yang menafikan hal ini memberi alasan bahawa ini merupakan sesuatuyang
mengaibkan martabat Ar-Rasul s.a.w., akan tetapi menurut Qadhi Iyadh,
katanya”(kejadian sihir) ini tidak mencacatkan kebenaran Baginda kerana telah
jimak bahawa Nabi dipelihara dari sudut itu. Cuma yang berlaku hanyalah di
bidang yang harus berlaku di atasnya, di bidang duniawi semata-mata”.Juga Qadhi
“Iyadh menegaskan: “Dan sihir adalah merupakan satu daripada penyakitpenyakit”.
Dengan ini jelas bahawa adalah tidak mustahil bagi seseorang itu ditimpa penyakit yang disebabkan oleh sihir, akan tetapi hendaklah diingat bahawa ia berlaku atas keizinan Allah s.w.t. Sihir adalah sejenis ilmu yang dikuasai oleh golongan jin dan syaitan. Oleh itu bagi manusia yang mengamalkan ilmu bererti mereka akan memperalatkan dan bekerjasama dengan syaitan bagi tujuan-tujuan tersebut
Dengan ini jelas bahawa adalah tidak mustahil bagi seseorang itu ditimpa penyakit yang disebabkan oleh sihir, akan tetapi hendaklah diingat bahawa ia berlaku atas keizinan Allah s.w.t. Sihir adalah sejenis ilmu yang dikuasai oleh golongan jin dan syaitan. Oleh itu bagi manusia yang mengamalkan ilmu bererti mereka akan memperalatkan dan bekerjasama dengan syaitan bagi tujuan-tujuan tersebut
CARA MENGHADAPI SIHIR
Orang-orang
yang beriman dengan Allah mempunyai banyak kelebihan di dalam menghadapi sihir.
Pertamanya mereka mempunyai tempat pergantungan dan tempat berlindung yang Maha
Kuat lagi Maha Perkasa iaitu Allah “Azza Wajalla”. Imam Ibnu Qaiyim
telah berkata, Ubat yang paling bermanfaat untuk penyakit sihir ialah Al
Adahihiyah Al Ailahiyah (penawar Ketuhanan) iaitu dengan banyak berzikir,
membaca Al-Quran dan berdoa.
Seseorang yang beriman itu menganggap bahawa sihir yang menimpanya sebagai satu ujian dari Allah. Sekiranya ia melalui ujian ini dengan cara yang betul sepertimana yang dikehendaki oleh Allah maka Insya Allah bertambahlah imannya. Kaifiat penghadang sihir ini seperti yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. telahpun dijelaskan di dalam tajuk Tibb Nabawi.
Orang-orang yang beriman hendaklah meyakini bahawa kuasa Allah S.WT. mengatasi segala-galanya baik yang ada di langit mahupun yang ada di bumi dan bahawa interaksi dengan Ayat-Ayat Allah (Al-Quran) itu sebesar-besar penawar; oleh itu mereka tidak perlu berubat dengan cara-cara yang memudaratkan aqidah seseorang seperti dengan berlindung dengan jin dan syaitan melalui perantaraan bomoh atau dukun dan jin-jin yang tidak beramal dengan petunjuk Allah S.WT.
Imam As Syafie mengharuskan penggunaan jin (Jin Islam-pen) di dalam perkara melawan sihir sahaja. Manakala Imam Hanafi, Hambali dan Maliki tidak mengharuskannya sama sekali. Oleh yang demikian kita dapati di Nusantara Melayu yang rata-rata bermazhab Syafie ramai sekali kedapatan amalan ini. Akan tetapi perlu diingatkan seperti yang dijelaskan dalam tajuk yang terdahulu (Masalah Berubat Dengan Perantaraan Jin), terdapat bahaya-bahaya yang banyak terutama bagi mereka yang jahil apabila meminta pertolongan dengan jin seperti pandangan Syeikhul Islam Ibnu Taymiyah.
KERASUKAN
Satu lagi ciri-ciri sihir ini ialah yang menyebabkan si penghidap dirasuk oleh satu kuasa hingga tidak sedarkan diri, mungkin menjerit-jerit, meronta-ronta dan lain-lain. Kuasa di sebalik kejadian itu ialah daripada golongan jin dan syaitan. Imam At-Tabrani telah meriwayatkan hadis dengan asnad yang Hassan bahawa Nabi SAW. bersabda yang maksudnya:
“Jin itu ada tiga golongan, satu golongan yang mempunyai sayap yang boleh terbang di angkasa, satu golongan berupa ular dan satu lagi golongan yang bertempat dan berpindah randah”.
Di dalam Al-Quran juga disebut jin dalam bangsa-bangsa yang disebut jin, ifrit dan syaitan. Bangsa-bangsa jin yang memegang peranan penting itu amatlah banyak, diantaranya:-
- Iblis - Bapa segala jin
- As Syaitan – Syaitan
- Al Muraddah - Peragu (pewas-was)
- Al Afariit - Ifrit (penipu-penipu)
- Al A”wan - Penolong-penolong (khadam)
- Al-Ghawasuum- Penyelam-penyelam
- Atthiaruun - Penerbang-penerbang
- Attawabi’ - Pengikut-pengikut
- Al Qarna’ - Pengawan-pengawan
- Al ‘Ammar – Pemaa’mur-pemaa’mur
GEJALA GANGGUAN SIHIR TERHADAP MANUSIA
FIZIKAL
1)
Kaki dan tangan kesejukan
2)
Pening kepala disebahagian atau
keseluruhan
3)
Tekak / leher terasa keperitan
(sakit)
4)
Terasa gatal-gatal disekitar
bahagian kemaluan
5)
Bulu roma tiba-tiba meremang
6)
Dada terasa sakit dan jantung
berdegub kencang.
7)
Kurang pendengaran / pekak
8)
Telingga berdesing / bising
berkeruk-kerak
9)
Tengkok terasa sakit bangun dari
tidur
10)
Tardapat kesan lebam di tubuh badan
11)
Ngeri / panas / sakit pada bahagian
kemaluan
12)
Terasa bahang / kepanasan
dimana-mana anggota badan
13)
Kaki kekejangan ketika sedang tidur
14)
Terasa mengantuk yang amat sangat
(bukan diwaktu tidur)
15)
Sakit gatal-gatal berpanjangan
16)
Sakit dada atau sesak nafas atau
panas atau rasa mencucuk
17)
Gangguan dipangkal rahim / prostate
/ ginjal
18)
Mata menjadi kabur secara tiba tiba
19)
Putih mata betukar merah
berpanjangan
20)
Sakit perut atau pedih diulu hati
21)
Pangkal hidung sering gatal-gatal
22)
Sukar bangun atau duduk
23)
Sukar bergerak atau berjalan
24)
Perut semakin hari semakin membesar
(Busung)
25)
Sering termuntah-muntah
26)
Batuk yang berpanjangan (berbulan-bulan)
27)
Terdengar letusan / ledakan dirumah
(seperti di bumbung rumah atau di dapur)
28)
Melihat kelibat keputihan melintas
didalam rumah
29)
Mendengar orang bercakap-cakap
30)
Ketawa,dan menangis, menjerit tanpa
sebab
31)
Kulit bertampuk keputihan
32)
Rambut gugur dengan banyak
33)
Bisul merata tempat pada tubuh badan
34)
Badan terasa bias-bisa
35)
Badan terasa mencucuk-cucuk
36)
Mengigau / berjalan-jalan semasa
tidur
37)
Merintih atau mendengkur ketika
tidur
38)
Air liur basi meleleh semasa tidur
39)
Gigi geraham bergeselkan ketika
tidur
40)
Gigi cepat reput
41)
Memiliki kekuatan fisikal melebihi
tenaga manusia biasa
42)
Terasa pening apabila mencukur
rambut
FIKIRAN / JIWA
1)
Selalu sakit kepala (migraine)
2)
Sering terlupa dan terleka
3)
Sukar melelapkan mata ketika hendak
tidur
4)
Kebingungan / termanggu-mangu
5)
Fikiran sering tertekan
6)
Berbicara bersendirian
7)
Suka bersendirian
8)
Anak-anak menjadi degil / garang
9)
Anak kecil sering menanggis sehingga
kejang
10)
Anak kecil sering terkejut semasa
tidur
11)
Anak kecil menangis tak mahu hisap
susu ibunya
12)
Anak kecil sering manangis
berpanjangan tengah malam
13)
Anak berumur 2 tahun keatas masih
belum bercakap
14)
Sering marah-marah / bengis tanpa
sebab
15)
Isteri mengongkong suami, jika tidak
ikut katanya ia akan melenting
16)
Bersikap kasar dan biadap terhadap
orang tua
17)
Ketindihan (terasa seuatu yang berat
menghempap ketika tidur)
18)
Selalu bermimpi yang menakutkan /
mengerikan / mengerunkan.
19)
Sering buruk sangka, was was
terhadap sesuatu perbuatan
20)
Dapat melihat makhluk halus (sering
terjadi pada keturunan SAKA)
21)
Terdengar ada bisikan didalam hati /
telinga
22)
Berbau busuk atau hanyir
23)
Tidak mendapat zuriat setelah lama
berkahwin (Mandul)
24)
Mudah naik marah / berang /
tersinggung / suka melenting (SAKA)
25)
Boleh meneka sesuatu kejadian yang
akan terjadi
26)
Sering terlihat penyamaran jin atau
hantu, orang lain tak kelihatan
PERALATAN
RUMAH
1)
Peralatan letrik TV, mesin basuh,
seterika, mentol lampu dan lain-lain mudah rosak
2)
Lampu terpadam dengan sendiri
3)
Peralatan letronik cepat rosak
(seperti telifon bimbit & dll)
4)
Nada dering bertukar secara
tiba-tiba
5)
Menerima pesanan yang menakutkan
6)
Peralatan perabut mudah patah atau
pecah
7)
Pintu bilik dirumah terkunci dari
dalam dan tebuka sendiri
8)
Pintu atau tingkat berdentum
(seperti terhempas)
MAKANAN
DAN MINUMAN
1)
Masakan mudah basi
2)
Makanan melompat atau berdiri dengan
sendirinya
3)
Air minuman diats sejuk dibawah
terasa panas
4)
Air minuman cepat basi
5)
Makan yang di beli cepat basi
6)
Makanan / minuman tertumpah atau
terjatuh ketika hendak menjamah makan
7)
Pinggan atau gelas pecah ketika
hendak makan / minum
8)
Gelas minuman meletup dan pecah
berderai
IBADAH
1)
Selalu terlupa raka'at dalam solat
atau ragu bilangan raka'atnya
2)
Fikiran sering terganggu
3)
Selalu was was dalam solat
4)
Sukar bangun (pagi) subuh
5)
Sering mengantuk, mata berat ketika
berzikir atau ketika membaca Al-Qur'an
6)
Sering batal ketika wudhu atau mandi
junub
7)
Mendengar membaca ayat Al-Qu’an dada
terasa sakit atau berdebar-debar atau gelisah
8)
Sering meninggalkan solat fardhu
9)
Membaca surah Al-Falaq, An-Nas,
Al-Ikhlas, Yasin / Ayat Kursi tidak hafal atau selalu terlupa.
PERLAKUAN
SIHIR TERHADAP MANUSIA
1)
Menyamar diri masuk ketubuh perawat
semasa pesakit mendapatkan rawatan dengan membuat bisikan kepada hati perawat
tanpa disedari (perawat kurang mahir akan berkata - si polan / anak kamu /
engkau ni ada keistimewaan tertentu) berbuat sedemikian adalah bertujuan untuk
kekal lebih lama dalam tubuh orang tersebut.
2)
Menghasut dengan cara membisik
kedalam hati dan fikiran pesakit atau keluarga pesakit supaya membangkitkan
suasana tidak percaya mempercayai kerana terasa terancam bila berhadapan dengan
perawat yang mahir supaya mereka terselamat dan dapat mendiami tubuh pesakit
hingga keakhir hayat, agar cita-citanya untuk menyesatkan manusia tercapai dan
terlaksana.
3)
Menyembur benda yang kotor kedalam
makanan atau minuman (air longkang / air limbah / kencing / najis / tanah kubur
dan sebagainya)
4)
Meletakkan pelbagai racun berbisa
kedalam makanan dan minuman
5)
Membawa masuk pelbagai racun berbisa
ketubuh manusia
6)
Meletak mengadakan penjaganya untuk
mengaktifkan dan menunggu racun dalam tubuh
7)
Sentiasa berada / berlegar-legar
didalam dan luar rumah
8)
Merasuk manusia supaya membuat
kerja-kerja jahat
9)
Sentiasa memerhati dan berada
disetiap tempat dan sudut didalam rumah
10)
Menganggu aktiviti ibadah manusia
11)
Menganggu anak dalam kandungan
12)
Anak dalam kandungan keguguran
13)
Anak cacat anggota semasa dilahirkan
14)
Anak yang dilahirkan pekak dan bisu
15)
Anak kecil sering memandang keatas
dan ada kalanya tersenyum
16)
Mengambil / menghilangkan anak dalam
kandungan
17)
Memasuki rumah ke rumah pada waktu
magrib (mencari darah wanita ketika haid)
18)
Mengutip / menyedut darah manusia
melalui (tuala wanita yang masih berdarah)
19)
Mengambil / memakan janin atau darah
manusia
20)
Menyamar sebagai orang alim
berserban
21)
Mengistiharkan / mendakwa dirinya
adalah penjaga sipolan-sipolan
22)
Menyamar anggota / ahli keluarga
(suami / isteri / anak / datuk / nenek / moyang)
23)
Menyamar kehadiran sebagai haiwan
atau serangga
24)
Merosakkan fungsi organ atau anggota
badan
25)
Penyakit yang sama berlaku / menular
dalam ahli keluarga
26)
Mengawal hati dan perasaan serta
fikiran manusia
GEJALA
GANGGUAN MKHLUK HALUS / SIHIR / SANTAU
Sihir
yang diistilahkan sebagai keturunan atau Saka Baka dalam sesebuah keluarga itu
diantaranya :
1)
Mandul (bukan sebab beradat seperti
kemalangan yang teruk jatuh yang kuat bersukan)
2)
Sentiasa berlaku keguguran anak
dalam kandungan.
3)
Anak hilang dalam kandungan bila sampai
umur enam bulan keatas.
4)
Melahirkan anak yang cacat anggota
atau fikiran atau kedua-duanya sekali.
5)
Melahirkan anak yang buruk akhlak
ada seperti dibawah ini:
i.
Iri hati ayang amat sangat
ii.
Cekas marah atau panas baran
iii. Cemburu
iv. Buruk
sangka
v. Mimpi
yang menyeronokkan yang tidak menjadi kenyataan
6)
Susah tidur malam kecuali setelah
bersusah payah
7)
Mimpi buruk yang menakutkan
8)
Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
9)
Mimpi melihat makhluk halus.
10)
Mimpi melihat binatang seperti
ular,kucing,tikus dan sebagainya.
PENJAGAAN
KEPADA PEMILIK SIHIR
1)
Mengaku isteri yang ghaib iaitu
orang bunian (syaitan)
2)
Mengaku anak yang ghaib (anak
syaitan – bunian)
3)
Membelai tuannya setiap malam
4)
Memeluk tuannya ketika sedang tidur
lena
5)
Sentiasa berada diatas bumbung rumah
6)
Sentiasa bersama menemani tuanya
kemana saja
7)
Sentiasa patuh kepada arahan tuannya
8)
Menunggu barangan milik tuannya
9)
Mengarahkan rakan-rakannya menunggu
harta milik tuannya
PENYAMARAN
SIHIR TERMASUK SIHIR SAKA KETURUNAN
1)
Menyamar kehadiran sebagai panglima,
pendekar, pahlawan, permaisuri, puteri cantik, perempuan cantik, orang bunian,
orang tua, ulamak berserban, berjubah, nenek kebayan, penjual ikan, ahli
keluarga dan mengaku sebagai penjaga.
2)
Menyamar sebagai tikus, harimau
putih, kucing putih, beruang putih, anjing hitam, ikan duyung, mawas. Ular,
katak, serigala, belalang, rama-rama, anai-anai dan burung.
3)
Menjelma sebagai pocong, hantu
tinggi, hantu raya, puntianak, langsuir, bajang, polong, toyol, jerangkong,
jembalang, sialang, puteri bunian, hantu kopek, lembaga hitam, nenek kebayan,
penanggal, pelesit. hantu tinggi, hantu galah, hantu bungkus dan sebagainya.
4)
Menunjukkan diri dengan wajah yang
buruk dan hodoh, kuku yang kotor dan panjang, muka yang berkedut-kedut, kulit
kedut seibu, rambut menghurai, menunjukkan taring, berbadan besar berbulu,
bertanduk satu, mata merah menyala, berkepala botak, bermata satu, bongkok
bertungkat, memakai tudung atau selendang, pakaian putih bersih/kotor dan koyak
rabak, berbaju kebaya, dan pakaian compang comping
PERUBAHAN
YANG KETARA
1)
Seseorang yang baru berkahwin tidak
mempunyai nafsu terhadap isteri / suaminya.
2)
Seseorang itu merasa kadangkala
terlalu panas dan kadangkala terlalu sejuk sehingga ia sanggup meminum air yang
mendidih.
3)
Suami dan isteri secara tiba-tiba
tidak merasa aman dalam perhubungan, benci-membenci diantara satu dengan yang
lain walau pun sebelum itu mereka sangat berkasih-kasihan.
4)
Kebiasaannya gejala penyakit yang
disebabkan oleh sihir lebih menonjol sewaktu senja.
5)
Penyakit-penyakit samada fizikal
atau kejiwaan yang tidak dapat disahkan PUNCAnya oleh doctor-doktor yang pakar.
TINDAK
BALAS SIHIR
1)
Dada terasa sakit tiba-tiba
2)
Tepi kiri dada merasa kesakitan
3)
Jantung terasa mencuck dan
menyakitkan
4)
Nafas terlalu pantas
5)
Tiba-tiba pitam (bukan kerana
berjemur/terkena panas matahari)
6)
Sering pitam tidak tentu masa
7)
Kesakitan didada secara mengejut
8)
Dada terasa mencucuk-cucuk
9)
Kepala sakit yang amat sangat
10)
Kaki atau tangan mengeletar
11)
Sukar atau tidak dapat kencing
12)
Terasa seperti kena tolak
13)
Tidak sedar diri apa yang berlaku
14)
Pangkal ari terasa sakit
15)
Buah zakar besar sebelah
16)
Tengkok merasa sakit
17)
Pinggang merasa sakit
18)
Tiba-tiba pening
19)
Merasa sakit dibahagian sendi-sendi
20)
Terdapat bekas lebam-lebam pada
tubuh
21)
Jari jemari tangan atau kaki kebas
22)
Kesakitan yang mencucuk-cucuk
23)
Gatal-gatal secara mendadak
24)
Mata semakin kabur
25)
Perut semakin membesar
26)
Jari kaki atau tangan terasa
mencucuk-cucuk
27)
Anggota badan menjadi bengkak,
bonjolan atau membesar
28)
Mata menjadi merah
29)
Kerap termuntah-muntah
30)
Kaki dan tangan kesejukan
31)
Terasa sesuatu memasuki tubuh
32)
Kekejangan otot-otot
33)
Mengeluarkan bunyi - mengilai
34)
Setiap sihir akan memusnahkan ahli
keluarga tuannya terlebih dahulu
35)
Setiap sihir akan memakan tuannya
kembali hingga binasa
KETAHANAN
DIRI
1)
Sentiasa mengingat Allah SWT
(berzikir) setiap waktu
2)
Membaca Al-Qur’an dan tahu ertinya,
selepas solat maghrib
3)
Menguasai Ilmu Hadis dan hukum-hukum
Islam.
4)
Tekun melakukan ibadah
5)
Bergaul atau berkumpul dengan orang
Soleh
6)
Memakan makanan yang halal
7)
Berpuasa setiap isnin dan kamis yang
semuanya kerana Allah SWT
8)
Jangan sekali-sekali membawa ke
bomoh/dukun kerana perbuatan itu termasuk syirik.
CARA
MENGATASI GEJALA SIHIR
Apabila
telah disahkan seseorang itu terkena sihir samada dari segi fizikal, mental
atau spiritual, maka dalam dalam konsep Islam, tiap-tiap yang bermasalah ada
penyelesaiannya. Tiap-tiap penyakit ada penawarnya. Islam telah membuat
beberapa peraturan untuk mengatasi penyakit disebabkan sihir. Terutamanya
setelah kita melihat fakta yang jelas bahawa Nabi Muhammad s.a.w. pernah
terkena sihir dalam kisah yang terkenal dengan Labid bin A'sam. Peristiwa ini
berlaku untuk memberitahu kita bahawa terdapat ayat Al-Qur'an yang dinamakan
Al-Mu'awwizat, iaitu beramal bersungguh-sungguh dan yakin dengan ayat-ayat itu
sehingga ia menjadi penawar.
Begitu juga dengan ayat Kursi dan memang dari kaedahnya ayat tersebut adalah pengubat dan penyembuh sihir. Malah Nabi Muhammad s.a.w. telah menyebut secara terperinci bahawa sihir itu boleh diubati dengan membaca enam ayat pertama surah Al-Baqarah, tiga ayat daripada surah Al-Baqarah iaitu ayat 255, 256 dan 257 dan tiga ayat terakhir daripada surah tersebut. Ayat-ayat ini hendaklah diamalkan dengan penuh yakin bahawa Allah S.W.T. boleh menyembuhkan sihir.
Ayat-ayat tersebut adalah seperti berikut :-
a)
Surah Al-Baqarah ayat : 1-6
b)
Surah Al-Baqarah ayat: 255-257
c)
Surah Al-Baqarah ayat: 284-286
SIHIR
DALAM MASYARAKAT MELAYU
Dalam
masyarakat melayu memang terkenal mengenai Ilmu Sihir. Ilmu Sihir ini selalu
dikaitkan dengan Bomoh dan Dukun. Ia sering dirujuk dalam masyarakat kita
sebagai perbuatan orang atau kemasukan syaitan.
Bahan yang sering digunakan oleh tukang sihir di kalangan masyarakat Melayu bergantung kepada keperluan tukang sihir itu sendiri. Lazimnya air sihir, keris, darah, telur, jarum dan patung merupakan bahan yang popular digunakan di kalangan bomoh atau tukang sihir Melayu. Di samping itu ia turut dibantu beberapa jenis jin atau hantu bagi mencapai apa saja yang dihajatinya. Antara jin atau hantu tersebut dikenali sebagai berikut :-
a)
Hantu Bungkus : Mempunyai kuasa dan
boleh meresap dalam tubuh manusia,
b)
Langsuir : Perempuan yang mati
ketika melahirkan anak, boleh digunakan bagi tujuan mengganggu,
c)
Polong : Bagi menghisap darah mangsa
d)
Jembalang : Tukang sihir akan
membuat perjanjian dengan jembalang sebagai pengawal apabila sesuatu tapak atau
kawasan diganggu oleh orang lain.
Kesemua
ini diperolehi tukang sihir sama ada secara warisan keturunan nenek moyang kita
atau dipelajari oleh seorang guru sihir. Dalam hubungan ini syaitanlah yang
memainkankan peranan yang paling besar.
CARA
PAGAR DIRI DARI TERKENA SIHIR???
Dari
Abu Hurairah ra, dari Nabi saw, bahawa Baginda bersabda: “Aku tinggalkan
dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak akan sesat selagi kamu
berpegang teguh kepada keduanya, iaitu kitab Allah dan sunnah Rasulullah saw”.
(Imam Malik)
PAGAR
DIRI DARI TERKENA SIHIR
Cara
memagar diri dari ilmu hitam (sihir) di bawah ini di nyatakan cara-cara atau
amalan yang boleh di lakukan untuk memagar diri anda dari perbuatan jahat
tukang sihir atau pengamal ilmu hitam.Sihir mungkin tidak mengenal siapa anda.Ia
boleh menyerang anda pada bila-bila masa saja. ketahuilah cara memagari diri
anda dari sihir dan gangguan syaitan.
PAGAR DIRI PERTAMA
Makan
Tamar ‘Ajwah dan Tamar Madinah.
Amalkan
memakan tamar (kurma) ‘Ajwah dan jika boleh makan bersama dengan Tamar Madinah.
Sekiranya anda tidak boleh mendapatkan kedua-dua jenis tamar tersebut, makanlah
apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabda Rasulullah S.A.W. yang
berbunyi:
“Barangsiapa yang memakan tujuh biji tamar ‘Ajwah,dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu”.
Riwayat al Bukhari.
PAGAR DIRI KEDUA
Berwuduk
sebelum tidur
Sihir
tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang mempunyai wuduk.
Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal ketat oleh para Malaikat
sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T. kepada mereka.
Sabda Rasulullah S.A.W.:
Ertinya:
“Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu. Kerana
sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih dahulu sebelum
tidur, melainkan ada bersamanya seorang Malaikat. Malaikat tersebut tidak akan
pernah terlalai walau pun sedetik untuk mengucapkan doa: ‘Ya Allah! Ampunilah
dosa hambaMu ini kerana dia telah tidur dalam keadaan bersuci”
Riwayat at Tabraaniy dengan sanad yang baik.
PAGAR DIRI KETIGA
Mengambil
berat tentang solat berjemaah
Mengambil
berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim bebas serta aman
dari gangguan syaitan.Bersikap sambil lewa terhadap solat berjemaah menyebabkan
syaitan akan mengambil peluang untuk mendampingi mereka.
Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan berjaya merasuk, menyihir atau melakukan kejahatan lain.
Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a.,Rasulullah S.A.W. telah bersabda :
Ertinya:
“Mana-mana kampung mahupun kawasan kawasan hulu yang tidak mendirikan solat
berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya akan didampingi oleh
syaltan. Oleh itu hendaklah dirikan solat berjemaah. Sesungguhnya serigala akan
memakan kambing-kambing yang menyendiri dari puaknya”.
Riwayat Abu Daud dengan sanad yang baik.
PAGAR
DIRI KEEMPAT
Rajin
melalukan dan mendirikan Solat Tahajjud ditengah malam untuk memagarkan diri
dari sihir. Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah
mempermudah-mudahkannya.Sifat mempermudah-mudahkan bangun bersolat malam boleh
memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri seseorang itu. Apabila
syaitan telah mampu menguasai diri seseorang, maka dirinya adalah tak ubah
seperti bumi yang ketandusan akibat kesan tindakbalas hasil perlakuan syaitan
tersebut.
Ibnu Mas’ud r.a. telah berkata:
Rasulullah
S.A.W. pernah diberitahu tentang perihal seorang lelaki yang tidur ingga ke
Subuh dengan tidak mengerjakan solat malam, maka Rasulullah S.A.W. pun
bersabda: Ertinya: “Sesungguhnya syaitan telah kencing di dalam telinganya”
Riwayat al Bukhari dan Muslim.
PAGAR DIRI KELIMA
Membaca
doa perlindungan apabila masuk di dalam tandas.
Tandas adalah tempat kotor dan merupakan rumah bagi syaitan. Oleh itu ia akan cuba sedaya upaya menggunakan kesempatan yang ada untuk menguasai seseorang muslim setiap kali orang itu masuk ke tandas. Di dalam sebuah buku seorang mangsa sihir telah melapurkan bahawa dia pernah memasuki tandas dengan tidak membaca doa perlindungan. Seketika kemudian dia telah dirasuk oleh syaitan.
Apabila Rasulullah S.A.W mahu memasuki tandas, baginda akan membaca doa perlindungan dengan berkata :
Ertinya: “Dengan nama Allah. Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari sebarang kekotoran dan gangguan syaitan”.
Riwayat al Bukhari dan Muslim.
Maksudnya
adalah berlindung dari gangguan syaitan-syaitan jantan atau betina.
PAGAR DIRI KEENAM
Memagar
isteri selepas selesai akad nikah
Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum memulakan adab-adab berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan kanannya di atas ubun-ubun kepala isterinya sambil berdoa :
“Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan yang telah Engkau selubungi keatasnya, dan aku berlindung dari keburukannya dan keburukan yang telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah berkatilah isteriku ini ke atasku dan lindungilah dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki, dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya”
Riwayat Abu Daud dan menurut al Albaaniy sanadnya baik.
PAGAR
DIRI KETUJUH
Berwuduk
sebelum tidur, dengan membaca Bimillah 21x, Al-fatihah, 4 Qul. al Kursi dan
berzikir kepada Allah sehingga terlelap.
Dalam satu hadis sahih telah menceritakan bahawa syaitan telah berkata kepada Abu Hurairah:
“Barangsiapa yang membaca ayat-ayat al Kursi sebelum tidur,dirinya sentiasa di dalam peliharaan Allah manakala syaitan sekali-kali tidak mampu mendekatinya sehinggalah ke waktu pagi”.
Rasulullah S.A.W. telah bersetuju dengan cerita Abu Hurairah tersebut sambil berkata:
“Ia telah bercakap benar kepada engkau, walhal ía sendiri sememangnya penipu”.Riwayat al Bukhari.
"SETIAP PENYAKIT PASTI ADA PUNCA DAN PENAWAR KECUALI TUA DAN MAUT"
"MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA KE SERATA DUNIA MELALUI
RAWATAN PENYAKIT"
No comments:
Post a Comment