Keutamaan Dua Ayat Akhir
Surah Al-Baqarah
Daripada Ibni Mas’ud, berkata Ia : Bersabda Junjungan Nabi
s.a.w.:
“Barangsiapa yang membaca
dua ayat daripada akhir surah Al-Baqarah pada malam hari nescaya mencukupi
keduanya akan dia.”
Adapun dua ayat tersebut ialah :
1. Firman Allah
Ta’ala : ( Aamanar rasuulu bimaa unzila llaihi mir rabbihi wal muminuun. Kullun
aamana billaahi wamalaaikatihi wakutubihii warusulihii laa nufarriqu baina
ahadim mir rusulihii waqaaluu sami’naa wa atha’naa ghufraanaka rabbanaa wailaikal
mashiir).
285. Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya
dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada
Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya”.
Mereka berkata lagi: “Kami dengar dan kami ta’at. (Kami pohonkan) keampunanMu
wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali”.
2. ( Laa
yukallifullaahu nafsan illaa wus’ahaa lahaa maa kasabat wa’alaihaa maktasabat.
Rabbanaa laa tu aakhiznaa in nasiinaa au akhtha-naa, rabbanaa walaa tahmil
‘alainaa ishran kamaa hamal tahuu ‘alal ladziina min qablinaa. Rabbanaa walaa
tuhammilnaa maa laa thaaqata lanaa bih. Wa’fu ‘annaa waghfir lanaa warhamnaa,
anta maulanaa fanshurnaa alal qaumil kaafiriin.)
286. Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya
olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang di usahakannya, dan ia juga
menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdo’a dengan berkata):
“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami terlupa atau
kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan
yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang
terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada
kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan ma’afkanlah kesalahan kami,
serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong
kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum
yang kafir”.
Surah Al-Baqarah (Ayat
285-286)
Makna
mencukupi keduanya bagi sesiapa yang membacanya ialah mencukupi kepadanya
daripada melakukan ibadah pada malam hari, atau daripada melakukan bacaan
Al-Qur’an, ataupun dapat menolak keduanya kejahatan dan bencana syaitan atau
manusia dan jin, atau mencukupi untuk menambah kekuatan iqtikadnya, kerana dua
ayat itu ada mengandungi makna iman dan amal secara ringkas.