Tuesday, August 30, 2016

DUIT PANAS TERKINI

DUIT PANAS TERKINI

Senang difahami, terlalu mudah... Hanya muat turun ke dalam handphone dan klik sahaja!

JOM REBUT PELUANG HEBAT INI:

Selepas anda memperolehi aplikasi Android ajaib saya, muat turun dan install ke dalam hand phone Android anda, anda akan mula menjana pendapatan tak henti-henti setiap hari sebanyakRM2,000 atau lebih DI JAMIN 100%. Saya berani memberikan jaminan ini kepada anda kerana ia begitu ajaib sekali.

penyelesaian untuk anda dengan hanya satu APLIKASI AJAIB sahaja...




Saturday, August 6, 2016

TEKNIK RUQYAH MENGUBATI GANGGUAN JIWA (GILA)

Assalamu’alaikum wwt.

Kita semua pasti mempunyai gangguan emosi dalam menjalani liku-liku hidup ini tetapi mampu mengatasinya mengikut arus masa. Kerana beberapa sebab tertentu, sebilangan daripada kita tidak mampu berbuat demikian dan ini akan memberi kesan terhadap kefungsian sosial di tempat kerja atau di rumah. Jika ini berlanjutan, golongan ini memerlukan bantuan dan mungkin menghidapi sejenis penyakit jiwa. Penyakit jiwa adalah satu istilah yang merangkumi gangguan-gangguan jiwa yang mengakibatkan perubahan ragam, tingkah laku dan pemikiran seseorang. Perkataan ‘gila’ adalah satu ungkapan hodoh dan tidak sesuai digunakan untuk pesakit-pesakit jiwa dan memberi gambaran seorang yang ganas dan merbahaya. Walhal keganasan lebih kerap dilakukan oleh orang mabuk jika dibandingkan dengan pesakit jiwa. Anggapan-anggapan salah terhadap penyakit jiwa yang disimpan oleh orang ramai harus dikikis; kami berharap yang anda akan meneroka dengan lebih jauh mengenai penyakit jiwa.

Saya pernah menempuh pengalaman merawat pesakit yang mengalami gangguan jiwa. Memang penyakit gangguan jiwa ini mengambil masa untuk pulih.

Gangguan jiwa


PUNCA PENYAKIT JIWA

Lazimnya tidak ada suatu punca khusus yang menyebabkan penyakit jiwa. Biasanya sebab-sebab penyakit ini berpelbagai dan saling berkaitan. Antara lain mungkin :-

Sebab-sebab fizikal
Contoh-contoh termasuk meminum terlalu banyak arak, salah guna najis dadah, kemalangan dan ketidakseimbangan biokimia dalam otak kita.

Keturunan
Sebahagian penyakit jiwa mungkin diwarisi misalnya; terdapat 1:100 peluang untuk mengidap penyakit skizofrenia dalam masyarakat umum dibandingkan dengan nisbah 1:10 peluang jika salah seorang daripada orang tua anda mempunyai skizofrenia.

Gangguan jin  atau syaitan
Ada juga penyakit gila yang disebabkan oleh pengaruh gangguan jin atau syaitan. Hal ini boleh berlaku terutamanya kepada orang yang sering mengamalkan ilmu tanpa berguru (gila isim), atau menyakiti jin atau tempat tinggal jin yang mengakibatkan jin tersebut marah dan mengganggunya.

JENIS-JENIS PENYAKIT JIWA

Terdapat beberapa jenis penyakit jiwa dengan kelangsungan masing-masing. Ada yang boleh sembuh seperti sediakala dan ada yang memerlukan rawatan sepanjang hayat.

Kegelisahan (Neurosis)
Rasa mudah naik darah, tidak boleh menumpukan perhatian, tidak dapat tidur, merasa takut atau fobia, resah, gentar, sejuk tangan dan gejala-gejala badan yang lain.

Penyakit kepiluan (Depression)
Kadangkala kita merasa sedih, tidak berminat dalam aktiviti-aktiviti biasa, merasa lemah, sukar tidur dan tidak lalu makan, menangis tanpa sebab dan mungkin menyimpan rasa hendak bunuh diri terutama apabila mengalami kegagalan yang teruk atau kehilangan (misalnya kematian orang yang disayangi). Jika ini berlaku keterlaluan atau muncul tanpa sebab dan memberi kesan terhadap kefungsian harian kita, kita memerlukan bantuan.

Psikosis
Ini merupakan yang paling teruk. Walaubagaimanapun ianya jarang berlaku jika dibandingkan dengan jenis-jenis penyakit jiwa yang lain. Dalam kes ini, pesakit hilang perhubungan dengan alam nyata dan hidup di dalam alamnya yang tersendiri serta berkelakuan ganjil. Misalnya, dia mungkin mempunyai kepercayaan-kepercayaan yang tidak berasas, mendengar suara-suara yang tidak wujud, bersikap mundur atau bertutur tidak menentu. Biasanya pesakit tidak sedar bahawa dia sakit dan tidak mungkin mencari bantuan secara persendirian.

HADAPI TANDA-TANDA MASALAH EMOSI

Pertama, hadapilah sendiri masalah berkenaan, cuba cari puncanya. Jika ianya masalah yang dapat diatasi sendiri, teruskan. Jika tidak, jangan merasa malu. Dapatkan pertolongan daripada seseorang yang sanggup mendengar seperti rakan, ahli keluarga, ahli agama atau perunding cara. Dengan meluahkan masalah sudah dapat mengurangkan sebahagian bebannya. Jika ini gagal atau anda merasakan bahawa masalah berkenaan adalah di luar keupayaan anda, mungkin doktor keluarga nada boleh membantu. Jika dia merasa bahawa anda memerlukan bantuan lanjut anda mungkin akan dirujuk kepada Pakar Sakit Jiwa. Rawatan mungkin di dalam bentuk kaunseling, terapi rundingan, pengubatan, terapi gerakan elektrik atau tinggal buat seketika di hospital sehingga tanda-tanda sakit beransur hilang.

Pada pendapat saya, yang terutama sekali usaha yang perlu kita lakukan ialah kembali kepada Islam (Al-Quran dan Sunnah Nabi). Mulakan dahulu ikhtiar penyembuhan melalui terapi ruqyah ayat-ayat suci Al-Quran. Bukankah Al-Quran itu penawar yang paling mujarab untuk merawat sebarang penyakit termasuk penyakit gangguan jiwa? Jika tidak boleh meruqyah diri sendiri, carilah perawat Islam yang berkelayakan untuk membantu..

RAWATAN SECARA ISLAM

Pangkal dari segala faktor penyebab gangguan jiwa adalah HATI YANG TIDAK TENTERAM sehingga menyebabkan KEKOSONGAN JIWA. Maka dalam hal ini setiap orang perlu sentiasa memelihara ketenangan dan tanamlan iman pada diri dan keluarga.
QS-13:Ar Ra’ad ayat 28 “..(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi TENTERAM dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi TENTERAM.”.

Pengubatan Gangguan Jiwa dengan Ruqyah

Rasulullah pernah mencontohkan pengubatan ruqyah untuk penyakit gila.

Diriwayatkan mengenai terapi ruqyah untuk mengubati gangguan kejiwaan bahawa Ubay ibn Ka’ab berkata: Ketika aku berada di dekat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam datanglah seorang Arab Badui menemui beliau seraya berkata,: Wahai nabi Allah! Sesungguhnya saudaraku sedang sakit.”Apa sakitnya” balas Beliau. Ia menjawab,”Ia mengalami gangguan jiwa wahai Nabi Allah.”Kata Rasulullah lagi,”Bawa saudaramu itu kesini!” Maka orang itu pun membawakan saudaranya itu ke hadapan beliau. Maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam meminta perlindungan kepada Allah untuk diri saudaranya itu dengan membacakan surah al-Fatihah, empat ayat pertama dari surah al-Baqarah, dua ayat pertengahan darinya, yaitu ayat yang ke-163 dan ke-164, ayat Kursi, dan tiga ayat yang terakhir dari surat al-Baqarah tersebut. Kemudian ayat yang ke-18 dari surah Ali ‘Imram, ayat yang ke-54 dari surah al-A’araf, ayat yang ke-116 dari surah al-Mu’minun, ayat yang ketiga dari surah al-Jin, sepuluh ayat pertama dari surah ash-Shaffat, ayat yang ke-18 dari surah Ali ‘Imran, tiga ayat terakhir dari surah al-Hasyr, surah al-Ikhlas, dan mu’awwidzatain (surah al-Falaq dan an-Nas).”

Ubay ibn ka’ab menambahkan,”Andai kata Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak mengajarkan hal itu kepada kita, niscaya binasalah kita. Maka, segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam, yang telah mengutus Rasul-Nya sebagai rahmat bagi sekalian alam.”

Khusus ruqyah untuk gangguan jiwa seorang penerapi diharuskan menyentuh ubun-ubun dan dada penderita sembari membaca ayat ruqyah diatas.

Meruqyah Orang Gila dengan Al Fatehah

Musnad Ahmad 20834: Telah bercerita kepada kami Muhammad bin Ja'far telah bercerita kepada kami Syu'bah dari Abdulah bin Abu As Safar dari Sya'bi dari Kharijah bin Ash Shalt dari pamannya, ia berkata: kami pulang dari majlis Nabi Shallallahu'alaihiwasallam, kemudian kami mendatangi sebuah perkampungan Arab, mereka berkata: “Kami diberitahu bahawa kalian baru saja mendatangi orang itu dengan membawa kebaikan, lalu apa kalian punya doa atau ruqyah, kami punya orang gila yang tengah dirantai. Aku berkata: 'Ya.' Mereka pun membawa orang gila yang dirantai itu di hadapannya. Kemudian saya membaca surat Al Fatihah selama tiga hari di pagi dan petang hari, saya kumpulkan ludah saya kemudian saya meludahkannya lalu seolah-olah ia sembuh dari penyakit gila. Kemudian mereka memberi saya hadiah, saya berkata: 'Nanti dulu, hingga saya bertanya kepada Nabi Shallallahu'alaihiwasallam.' Saya pun bertanya kepada beliau lalu beliau bersabda: " Sungguh ada orang yang memakan dari hasil ruqyah batil, tapi engkau memakan dari hasil ruqyah yang benar."

Ruqyah + Herbal Ginseng (ginseng Asia atau Panax ginseng)

Menurut penelitian ginseng Asia atau Panax ginseng berpotensi mengatasi gejala schizophrenia (gangguan kejiwaan/gila) sejenis penyakit otak yang sanggup merusak dan menghancurkan emosi.
Dalam sebuah penelitian kecil, para ahli dari University of Western Ontario, Kanada, berhasil membuktikan bahwa ginseng Asia atau Panax ginseng mampu meringankan gejala penderita schizophrenia yang disebut Flat Affect. Gejala ini termasuk gejala negatif yang ditandai kurangnya motivasi dan menurun drastisnya ekspresi emosional.

Dalam schizophrenia, dikenal istilah gejala negatif dan gejala positif. Gejala negatif berupa tindakan yang tak memberi dampak merugikan bagi lingkungannya, seperti mengurung diri di kamar, melamun, menarik diri dari pergaulan, dan sebagainya. Sementara gejala positif adalah tindakan yang mulai membawa dampak bagi lingkungannya, seperti mengamuk dan berteriak-teriak. Herba ginseng Asia atau Panax ginseng diakui para dokter efektif dalam menurunkan atau mengurangi gejala positif schizophrenia seperti — halusinasi, berkhayal, dan gangguan berpikir.

Ruqyah + Madu

“Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia.” (QS. An Nahl : 69)
Madu mengandung zat anti depresan (anti depresi) yang membuat tenang dan nyaman penderita gangguan jiwa. Saya sarankan belilah madu khusus dari bunga habbatussauda yang sudah diruqyah ayat-ayat ruqyah di atas lalu campurkan 3 sudu madu ke dalam jus ginseng untuk diminumkan pada penderita.

Untuk mempercepat kesembuhan penderita secara psikologis dan fisiologis, hindarkan dari penggunaan ubat-ubatan kimia sebab dapat membuat kerosakan syaraf otak. Insya Allah, penyakit gangguan jiwanya akan sembuh, dengan izin Allah Subhanahu wa ta`ala.


cnp

IKRAR PEMUTUS PERJANJIAN JIN-MANUSIA (SAKA)

Assalamu’alaikum wwt.
Saudara pembaca yang dihormati sekalian.

Pemasalahan gangguan jin ke atas manusia sering berlaku sejak dahulu lagi. Gangguan jin ini mudah dikategorikan kepada DUA jenis iaitu gangguan jin saka dan gangguan bukan jin saka.


JIN SAKA

Fokus perbincangan pada kali ini ialah mengenai gangguan jin saka dan bagaimana cara untuk memutuskan kontrak perjanjian tersebut. Biasanya gangguan jin saka akan terus diwarisi daripada generasi terdahulu hinggalah sekarang. Kontrak perjanjian tersebut terlalu mistik dan kadang-kala tidak disedari oleh seseorang itu. Bahana yang menimpa biasanya si pewaris saka itu sukar untuk menghembuskan nafas terakhir jika saka tersebut tidak diperturunkan kepada generasi seterusnya.

Ikhtiar untuk memutuskan ikatan perjanjian jin-jin saka ini perlu dilakukan secara jelas dan ada kesungguhan dari diri pewaris saka. Maksudnya, si pewaris saka perlu secara sedar dan faham bahawa dirinya tidak mahu lagi dibelenggu oleh jin-jin saka ini. Nampak macam mudah sahaja usaha ini, tetapi percayalah kaedah ini merupakan usaha awal untuk menyatakan kepada jin-jin saka tersebut bahawa kita tidak memerlukan lagi khidmatnya..

Biasanya apabila saya menerima pesakit yang disyaki ada gangguan jin saka, saya akan memulakan sesi ikrar pemutus saka terlebih dahulu. Hal ini membantu memudahkan sesi ruqyah dan teknik mengeluarkan jin saka daripada badan pesakit..insya-Allah.

Perlunya mengucapkan ikrar ini kerana  banyaknya Jin yang dicuci otak atau  terprogram otaknya untuk taat dengan perjanjian yang telah dibuat oleh manusia. Bahkan ikrar perjanjian antara jin dan manusia ini kadang diikat dengan mentera khusus, diikat dengan darah dan sebagainya.

Ketaatan jin pada tuannya bahkan sampai ke anak cucunya sebab ada kontrak ikatan perjanjian (pesugihan, ilmu khodam/prewangan, tenaga dalam, ilmu kesaktian) . Maka kita harus memutuskan program ikrar perjanjian diri diri kita sendiri atau pesakit atau nenek moyang terdahulu dengan khodam jin.

Jin yang terikat dengan perjanjian akan mentaati perintah secara membuta tuli dan sanggup untuk bertahan bahkan mereka rela untuk mati daripada pergi dari manusia yang diikutinya.

Sudah ramai orang yang terbebas dari ikatan perjanjian dengan jin dengan mengucapkan ikrar "talaq" ini dengan sungguh-sungguh. Sudah banyak jin juga yang berterima kasih kepada para perawat sebab setelah pesakit kita bimbing untuk mengucapkan ikrar ini, bangsa jin terputus ikatan perjanjiannya dan mereka merasa bebas untuk pergi dari tubuh manusia yang dirasukinya. Ada antara jin-jin tersebut  terpaksa ikut sampai TUJUH KETURUNAN ke anak cucunya akibat perjanjian yang bangsa jin lakukan dengan keturunan terdahulu manusia.

PERINGATAN

Ikrar ini bukanlah  mentera sakti yang memerlukan amalan khusus . Ikrar ini cukup di ucapkan sekali atau beberapa kali saja atau Ikrar ini boleh dibuat sendiri sesukanya yang intinya menjatukan TALAK TIGA kepada jin. Talak tiga bererti tidak boleh rujuk kembali. Pergi buat selama-lamanya dari kehidupan manusia.

Mengucap Ikrar ini bukan kewajiban atau keharusan dan tidak boleh menggantikan doa ruqyah dengan ikrar ini!

LAFAZ IKRAR PEMUTUS PERJANJIAN

Bismillahirahhmanirahim

Ya Allah , sesungguhnya AKU & mewakili keluarga AKU dengan penuh kesadaran dan pertaubatan dengan ini mengikrarkan :

Memutuskan semua perjanjian atau ikatan yang kami atau orang sebelum kami atau keluarga besar kami yang perjanjian itu pernah dilakukan secara sadar atau tidak sedar dengan segolongan jin

Mengharamkan tubuh kami dari dimasuki atau dijadikan sebagai tempat tinggal apapun juga jenis jin

Menegaskan bahawa kami hanya bergantung kepada perlindungan dan pertolongan Allah bukan kepada jin.

Ya Allah mulai dari saat ini :

AKU haramkan semua makananku, minumanku, seluruh anggota tubuhku dari semua jin di dalam dan di luar tubuhku atau yang mengganguku.
Sekiranya Ya Allah Mereka makan , minum , jadikanlah Ya Allah semua pemberian dan milikMu itu Ya Allah sebagai racun,racun yang amat panas, racun yang amat berbisa, racun yang membakar, racun yang membunuh Semua jin-jin itu Ya Allah Ya Rabbal A’lamin .

REAKSI YANG BIASA TERJADI

Biasanya setelah ikrar pemutus ini diucapkan, pesakit yang ada gangguan jin saka akan mengalami beberapa simpton atau tanda seperti;

1. Muntah-muntah, sendawa
2. keluar beragam cahaya dari tubuh
3. Pengsan.
4, Tubuh bergetar
5. Berasa ada aliran elektrik yang berjalan ditubuh lalu keluar dari tubuh
6. Dada berdebar-debar  dan sebagainya..

Selepas selesai mengucapkan sesi ikrar pemutus saka tersebut, barulah perawat akan meneruskan dengan sesi ruqyah jika perlu atau terpulanglah atas kebijaksanaan perawat untuk memastikan jin-jin saka in mematuhi arahan untuk keluar daripada pesakit. Namun ingatlah kadang-kadang mudah dan kadang-kadang amat meletihkan usaha merawat gangguan jin-jin saka ini..

Hikmah dan kebijaksanaan perawat amat perlu agar wujud situasi MENANG-MENANG dengan golongan jin ini.

Rujukan dan ubah suai bahasa:

cnp

KAEDAH BUANG SAKA

Untuk Perawat dan Merawat Diri Sendiri.


Assalamu’alaikum wwt
Saudara pembaca yang dihormati;

Persoalan saka  atau pusaka yang terdiri daripada kalangan jin (syaitan), memang selalu diperkatakan. Keberadaan saka dalam kehidupan kita sukar untuk dikesan. Lazimnya, urusan seharian dalam kehidupan kita  serba tidak kena dan menimbulkan masalah. Hal ini tidak pelik kerana memang tugas jin (syaitan) untuk menyesatkan dan menyusahkan manusia. Persoalannya, sejauh manakah kita dapat membuang atau memutuskan saka ini daripada terus bermaharajalela dalam kalangan keturunan kita. Ya, saka ini ibarat barah yang perlu dibuang, agar kehidupan kita sentiasa harmoni dan mudah beribadah kepada Allah.

Tulisan kali ini ingin berkongsi kaedah membuang saka yang saya petik daripada tulisan Ustaz Hasan daripada Darul Mualij. Mungkin kaedah ini berguna bagi sesiapa yang merasakan dirinya mempunyai saka dan ingin memutuskannya. InsyaAllah...


Pertama : 
Dirikan Solat Hajat 2 raka'at kerana Allah Taala.
Raka'at pertama baca Ayat Kursi, raka'at kedua baca surah ketiga-tiga ayat 3 Qul yakni Al-Ikhlas, Al-Falaq  dan An-Nas. Selesai solat, wirid “La ilaha illallah”  seberapa banyak yang mungkin dan akhir sekali baca Al-Fatihah 21 kali. Kemudian berdoa iaitu Doa Pengisytiharan contohnya:

"Bahawasanya Ya Allah, aku tiada hubungan lagi dengan makhluk ghaib, jin mahupun khadam yang berada bersamaku dan harta bendaku. Hanya kepadamu Ya Allah aku memohon pertolongan dan kepadaMu jua aku kembali."

Kedua:
Ikrar Pengumuman Pemutus Saka
Ini penting kerana ada setengah kes, pemilik barangan berkhadam sentiasa berubah hati atau sayang khadam. Kalau jenis yang seperti ini, maka kalau nak tolong pun sudah tidak boleh kerana diri sendiri yang berhajat. Lakukan pengumuman berikut dengan suara yang jelas:

"Saya, mewakili diri saya, ahli keluarga saya, dan nenek moyang saya, ingin membuat pengumuman bahawa, kami memutuskan dan membatalkan segala kontrak dan perjanjian di antara kami dan kamu jin-jin saka dan juga di antara kami dan khadam-khadam ilmu yang diwariskan/diberikan/diijazahkan kepada kami. Janganlah kamu semua menghuni atau mengganggu kami lagi. Sekiranya kamu berbuat begitu, maka kami layak membunuh kamu, dan jika begitu kamu akan mati. Pergilah kamu pulang ke alam kamu dan jika kamu tiada tempat untuk di tuju, pergilah ke penempatan Serambi Madinah. Di sana kedatangan kamu di alu-alukan. Pergilah kamu. Kami membuang kamu."

Ketiga:
Melepaskan khadam pada barangan
Kebanyakan kes khadam barangan ini diikat atau dipasung pada barang tersebut. Ambil kayu/besi sebatang dan garis-gariskan pada barang tersebut sambil  niatkan untuk membuka kunci ikatan. Ayat yang perlu disarankan untuk dibaca ialah;

Ayat Bismillah 5
Surah Al-Furqan : 23
Surah al-Fath: 1-3

Keempat:
Isyarat Buang
Baca ayat surah Al-Naml ayat 30-31 dan tiup di tapak tangan. Kemudian buat isyarat mengambil sesuatu dari badan atau barang dan buang sambil bertakbir “Allahu Akbar”.

Kelima:
Kesan-kesan selepas membuat pengumuman
Pada kebiasaanya, setelah pesakit membuat pengumuman, maka dengan izin Allah kan berlaku perkara berikut;

a) Jin atau khadam akan keluar dan pergi ke Serambi Madinah. Atau
b) Mereka akan keluar dan pulang ke alam mereka atau ke tempat lain. Atau
c) Mereka akan keluar dan mencari waris yang lain untuk dihuni. Atau
d) Mereka mengganggu tuan empunya barang.

Keenam:
Rawatan Susulan
Sekiranya keadaan (d) berlaku, dapatkan rawatan dari perawat Islam. Kebiasaannya rawatan akan menjadi mudah selepas membuat pengumuman. InsyaAllah.

Bertawakal dan berusaha, insya Allah pasti berjaya.


Sumber dan ubah suai bahasa;
kopidepasta..