Alam
roh merupakan titik bermulanya pengembaraan manusia sebelum menempuh
alam-alam yang seterusnya. Masih ramai dalam kalangan kita yang tidak pernah
ambil tahu akan kewujudan alam roh. Oleh itu, rahsia disebaliknya akan
didedahkan untuk kesedaran kita semua. Alam roh merupakan tempat berkumpulnya
roh-roh di mana manusia tidak mempunyai jasad. Tidak ada jantina lelaki ataupun
perempuan. Bagaimana keadaan kita pada masa itu? Sangat sedikit yang kita ketahui
berkenaan dengan alam roh itu. Firman Allah S.W.T:
وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الرُّوحِ قُلِ
الرُّوحُ مِنْ أَمْرِ رَبِّي وَمَا أُوتِيتُم مِّن الْعِلْمِ إِلاَّ قَلِيلاً
Maksudnya: "Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: "Roh itu dari perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja." [Surah Al-Isra' ayat 85].
Tetapi apa yang pasti
semasa berada di alam roh, manusia sangat rapat dengan Tuhan. Sehinggakan
pengakuan ini dicatat di dalam Al-Qur'an. Firman Allah S.W.T:
وَإِذْ أَخَذَ رَبُّكَ مِن بَنِي
آدَمَ مِن ظُهُورِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ عَلَى أَنفُسِهِمْ أَلَسْتَ
بِرَبِّكُمْ قَالُواْ بَلَى شَهِدْنَا أَن تَقُولُواْ
يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هَذَا غَافِلِينَ
يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هَذَا غَافِلِينَ
Maksudnya: "Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi." Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini." [Surah Al-A'raf ayat 172].
Pada ketika itu, roh sangat kenal dan mengakui akan keesaan Allah S.W.T sebagai Robb (Tuhan yang menciptanya). Pada ketika itu juga roh telah berjanji untuk menjadi hamba Allah yang patuh. Perjanjian ini termeterai di antara manusia dengan Allah sehinggakan manusia sanggup memikul amanah sebagai khalifah di muka bumi.
"Walaupun semua makhluk lain menolak untuk memikul amanah ini, tetapi manusia pula sebaliknya dengan menyatakan kesanggupannya untuk memikul amanah tersebut."
Dan kesediaan inilah menyebabkan manusia menjadi pelakar sejarah dalam kehidupan di muka bumi dan memberi impak yang besar serta memberi kesan kepada kehidupannya sendiri. Firman Allah S.W.T:
إِنَّا عَرَضْنَا الْأَمَانَةَ عَلَى
السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَالْجِبَالِ فَأَبَيْنَ أَن يَحْمِلْنَهَا
وَأَشْفَقْنَ مِنْهَا وَحَمَلَهَا الْإِنسَانُ إِنَّهُ كَانَ
ظَلُوماً جَهُولاً
ظَلُوماً جَهُولاً
Maksudnya: "Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan (jahil)." [Surah Al-Ahzab ayat 72].
Tidak diketahui berapa lama tempoh manusia berada di alam roh. Namun yang pastinya, setiap manusia mengambil giliran masing-masing untuk diturunkan ke alam dunia. Kita pun datang ke bumi dari generasi ke generasi. Sayangnya, pengakuan, perjanjian, kesanggupan dan segala-gala yang berlaku di alam roh seolah-olah sudah dilupakan oleh manusia. Mengapa boleh terjadi hal sedemikian?
Memang logik manusia sudah lupa kerana alam roh itu sudah begitu lama manusia tinggalkan. Sedangkan hal yang berlaku setahun atau sebulan mahupun seminggu yang lalu pun manusia boleh terlupa, inikan pula entah berapa ratus atau ribu tahun sudah manusia tinggalkan alam roh tersebut? Wallahua'lam. Semoga kita dapat ambil pengajaran mengenai kehidupan kita semenjak di alam roh dahulu.
APAKAH TUJUAN
MANUSIA ITU DIJADIKAN? APAKAH JANJI KITA [ALAM ROH] DI LOH MAHFUZ?
Bismillahirrohmaanirraahim.
Selawat dan Salam Pada Junjungan
Besar Nabi Muhammad SAW, Para Malaikat, Para Wali2 Allah, Para Ambia dan juga
Cendikiawan Ilmuan Islam yang telah banyak berjasa kepada perkembangan dan
pemerkasaan Agama Islam di bumi Allah yang bertuah ini.
Marilah kita sama-sama beristighfar
dan merenung2 kembali terhadap segala apa jua yang berlaku disekeliling kita
terutamanya akan musibah yang diberikan kpd masyarakat umumnya. Kenyataan dan
apa jua yang berlaku itu adalah semata2 peringatan Allah terhadap makhluknya
agar sedar akan ketelanjuran, kesilapan dan dosa-dosa besar serta kecil yang
telah kita lakukan terhadap keengkaran tatasusila kehidupan seharian seperti
mana yang telah di ajar dan di anjur untuk kita taat dan akur pada yang Maha
Pecipta, iaitu Allah Rabbul Jalil.
Cuba kita selidiki kelalaian kita
seharian didalam usia yang semakin meningkat ini, ibarat "rumah kata pergi
dan kubur kata mari". Antaranya adalah seperti berikut :-
i.
Bagaimanakah Syahadah yang kita Ucap dan Iqtiqokkan? Adakah benar2 kita
laksanakan dan tidak sesekali kita menyekutukanNya dari sekecil2 perbuatan,
yakni melalui ucapan? Cuba fikirkan!
ii. Adakah kita
benar-benar melakukan solat dan takut serta taat akan janji kita manusia
sebagai makhluk terhadap penciptaNya?
[ LAM ALIF ]
iii. Sempurnakah Amalan
seharian yang telah disyariatkan? Bagaimana dengan solat, puasa, zakat dan
ketaatan kepada pimpinan selagi tidak menyanggah terhadap apa yang Islam
wajibkan ke atas kamu?
iv. Bagaimankah cara
kita bermuamalat/berniaga dan bermasyarakat? Adakah perniagaan kita mengikut
syariat Allah? Adakah perniagaan itu di keluarkan zakat atas keuntungan yang
kita jana? Corak kehidupan dan bermasyarakat bagaimana? Adakah masyarakat kita
berfesyen dgn menutup "Aurat" dan Gaya kehidupan yang saling-sayang
menyayangi antara Islam dan sesama makhluk? Adakah kita jauhi adu-domba, hasad
dengki, khianat, berbunuhan secara kebatinan alam mistik, berkawan dgn jin yang
memekarkan perbuatan khianat dan sebagainya?
v. Adakah
kita bermasyarakat secara ukhwah? saling berkasih-sayang, tolong menolong,
hormat-menghormati, akur kepimpinan, akur dgn apa yang Agama sarankan serta
wajibkan? Adakah kita sudah mencari semua ini, demi bekalan kita di alam
akhirat nanti sebelum bertemu kembali dengan "Rabbul Jalil" di hari
pembalasan di Padang Masyar?
Oleh itu, saya mengingatkan diri
saya dan semua muslimin serta muslimat sekelian, Jika semua di atas belum
kita laksanakan dan perolehi, maka didalam kesempatan umur yang masih ada dan
tinggal ini, marilah sama2 kita cari, mempelajari dan mengamalkannya. Pencarian
ini wajar dgn bergurukan Guru yg Mursyid, maka carilah.....
[ BISMILLAH23 ]
Agar, bila roh kita keluar dari
jasad nanti, roh kita tidak terawang-awang disebabkan ia tidak diterima
oleh ALLAH. Tidak "penerimaan" inilah yang menjadi punca
"ROH" tadi menjadi syaitan yang akan menghasut manusia agar ikut
serta dgnnya dgn hati yang selalu syak dan memungkiri segala janji terhadap
Penciptanya.
Ingat, bahawa semua "ROH"
itu adalah suci dan bersih seperti sebersih2 kain putih ketika di "ALAM
MAHFUZ" tetapi bila "ROH" tadi telah ditiupkan untuk menjadi
manusia didalam rahim seseorang ibu, maka dari peringkat itulah ia mula
mempelajari erti kehidupan dan ia terus dibuai dan jana mengikut pembawakan
diri manusia itu dari peringkat ia lahir kedunia, alam kanak-kanak,
remaja,dewasa dan matang.
[ HUWA]
Pengisian kehidpuan berperingkat
inilah yang setiap keluarga wajar jagai, agar pembentukan diri manusia ini akan
sentiasa diajari dan dibimbing kepada satu perkara asas, iaitu meng ESA
kan Allah dengan TIDAK sesekali menyekutukannya dgn sesuatu, serta melakukan
segala apa jua amalan yang di perintah dan meninggalkan apa yang ditegah.
Lupakah kita terhadap simbolik ini? Mengapakah mayat manusia itu bila
dikafankan ia wajar dibalut dan diselimutkan dengan kain putih? kenapa tidak
hitam, pink, merah, hijau dan sebagainya? PUTIH itu tandanya
bersih................. sifat ROH itu juga mulanya suci dan bersih......
Beringatlah wahai manusia ........
ingat janji2 Allah..... Hanya manusia yang lalai shj yang lupa akan janjinya!.
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.