Friday, June 29, 2012

Mutiara Kata



Janganlah kerana kelambatan masa pemberian Tuhan kepada kamu,
padahal kamu telah bersungguh-sungguh berdoa,
membuat kamu berputus asa,
sebab Allah menjamin untuk menerima semua doa,
menurut apa yang dipilihNya untuk kamu,
tidak menurut kehendak kamu,
dan pada waktu yang ditentukanNya,
tidak pada waktu yang kamu tentukan.

Ujian ditujukan kepada rohani
bukan kepada jasad atau jiwa
tujuannya untuk mengukur tauhid
bukan sekadar untuk kesabaran
apakah nilai sabar tanpa TAUHID
bukankah sabar juga bersama si kafir.

Kawan Pendamping yang shaleh ibarat penjual minyak wangi.
Bila tidak memberimu minyak wangi, kamu akan mencium keharumannya.
Sedang kawan pendamping yang buruk ibarat tukang pandai besi
Bila kamu tidak terjilat apinya, kamu akan terkena asapnya.

Allah menyembunyikan ridha-Nya di dalam kebaikan.
Maka jangan meremehkan kebaikan sekecil apapun.
Karena kita tidak akan pernah tahu
kebaikan yang mana yang mendapat ridha Allah


Hatimu akan merasakan manisnya takdir Tuhan jika engkau mencintai-Nya.
Engkau akan mencintai-Nya jika engkau mengenal-Nya.
Semakin tinggi pengenalanmu terhadap Tuhan,
semakin tinggi pula derajatmu dan semakin terasa agung ketentuan-Nya bagimu. Dia sesungguhnya lebih mencintaimu daripada dirimu sendiri."

Tampakkan sifat-sifatmu
nescaya Dia akan membantumu dengan sifat-sifat-Nya.
Tampakkan kehinaanmu
nescaya Dia membantu dengan Kemuliaan-Nya.
Tampakkan kelemahanmu
nescaya Dia membantu dengan Kekuasaan-Nya.
Tampakkan ketidakberdayaanmu
nescaya Dia membantu dengan Daya dan Kekuatan-Nya...

Apabila semua ini mudah, maka yang malas dan tidak jujur pun akan berhasil. Sesungguhnya, kesulitan adalah ujian kesungguhan
bagi yang ingin memperbaiki diri dan kehidupannya.
Bersabarlah.
Kesulitan kita selalu lebih kecil daripada kemampuan yang ada.
Tetaplah setia kepada kebaikan asli jiwamu,
fokus mensyukuri dan menggunakan segenap kekuatan yang dimiliki…

Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu,
jika kau hilangkan agama dalam dirimu,
hilanglah cintaku padamu...

copyright..

Sunday, June 24, 2012

Allah Tidak Jauh, Doa Sentiasa Mustajab


Allah itu sentiasa hampir dengan kita, mendengar dan memperkenankan doa kita. Doa sesiapapun boleh sampai kepada-Nya. Tiada pengawal atau orang tengah yang menghalang seorang hamba untuk merintih dan merayu kepada Tuhannya. Siapapun hamba itu. Apa pun bangsanya dan apa pun bahasa doanya. Apa pun sejarah buruk dan baiknya. 


Tuhan sentiasa sudi mendengar lalu memustajabkan pemohonan mereka dengan cara yang dikehendaki-Nya. Bertambah banyak hajat dan permohonan seorang hamba, bertambah kasih dan dekat Allah kepadanya. Dia menyuruh kita berdoa dan membanyakkan doa. Ini kerana doa adalah lambang kehambaan diri kepada zat yang Maha Agung.

Amat berbeza dengan tabiat makhluk yang lemah ini. Walau bagaimana baik pun seseorang dengan kita, namun jika kita terlalu meminta, perasaan jemu dan bosan akan timbul dalam jiwanya.

Firman Allah (maksudnya):
“Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat (berdoa kepada-Ku) akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina.”
- (surah Ghafir: 60).

Seseorang kadangkala tidak perasan bahawa apabila dia berdoa kepada Allah sebenarnya dia sedang melakukan ibadah yang besar. Walaupun pada zahirnya kelihatan dia sedang memohon untuk kepentingan diri sendiri, namun hakikatnya dia sedang membuktikan keikhlasan tauhidnya kepada Allah dan ketundukan kepada Tuhan Yang Sebenar.

Maka dengan itu Nabi menyatakan: Doa itu adalah ibadah.
- (Riwayat Abu Daud dan al- Tirmizi, sahih).

Jika sepanjang malam seorang hamba berdoa kepada Allah, bererti sepanjang malam dia melakukan ibadah yang besar. Doa sentiasa diterima oleh Allah. Jika ada yang kelihatan tidak diterima, mungkin ada beberapa faktor yang mengganggu. Mungkin pemohonan itu tidak membawa kebaikan jika dimustajabkan. Allah Maha Mengetahui. Namun doa tidak sia-sia. Pahala tetap diberikan, kebaikan yang lain pula akan diganti di dunia dan di akhirat.

Sabda Nabi s.a.w.: “Tiada seorang muslim yang berdoa dengan suatu doa yang tiada dalamnya dosa, atau memutuskan silaturahim melainkan Allah akan memberikan kepadanya salah satu dari tiga perkara: sama ada disegerakan kemakbulan atau disimpan untuk diberikan pada hari akhirat, ataupun dijauhkan keburukan yang sepandan dengannya.”
- (Riwayat Ahmad, al-Bazzar dan Abu Ya‘la dengan sanad yang sahih).

Maka, ada doa kita kepada Allah diterima olehNya di dunia. Ada yang tidak diberi disebabkan hikmah yang Allah lebih mengetahuiNya, lalu disimpan doa itu di sisi-Nya untuk diberikan pada hari akhirat dengan yang lebih baik dan lebih utama untuk kita. Atau doa itu ditukar dengan kebaikan-kebaikan yang lain seperti diselamatkan kita dari pelbagai bahaya yang sebahagian besarnya tidak pernah diduga. Betapa banyak keberbahayaan yang menimpa orang lain, tetapi kita diselamatkan oleh Allah. Tidak juga kerana permohonan kita dalam perkara tersebut atau kebijaksanaan kita, namun barangkali doa kita dalam perkara yang lain, lalu diberikan gantian keselamatan untuk kita dalam perkara yang tidak diduga. Kadangkala Dia tidak memberikan kepada kita sesuatu permohonan disebabkan rahmat-Nya kepada kita. Barangkali ingin menyelamatkan kita. Dia Maha Mengetahui, jika diberikan, mungkin kita hanyut atau menempuh sesuatu yang merugikan kehidupan di dunia atau akhirat.

Kita pun demikian. Bukan bererti apabila seorang bapa tidak tunaikan kehendak anaknya tanda kebencian terhadapnya. Bahkan sebahagian besarnya kerana kasih sayang dek bimbang jika diberikan akan mendatangkan kemudaratan. Maha Suci Allah untuk dibandingkan dengan kita semua, namun yang pasti rahmat-Nya sentiasa melimpah. Jika Dia menangguhkan doa kita, tentu ada hikmah-Nya.

Di samping itu hendaklah kita faham, doa itu bermaksud permohonan. Seorang yang berdoa mestilah bersungguh-sungguh dalam doanya. Maka tidaklah dinamakan berdoa jika tidak faham apa yang kita doa.

Sebab itu saya amat hairan dengan sesetengah orang yang berdoa tanpa memahami maksud. Sesetengah mereka menghafal teks Arab kerana hendak menjadi ‘tekong’ doa dalam pelbagai majlis. Malangnya, ada yang tidak faham apa yang dibaca dan yang mengaminkan pun sama. Ada orang merungut, kata mereka, umat Arab di Masjidilharam dan Masjid Nabawi tidak baca doa selepas solat beramai-ramai. Itu menunjukkan mereka tidak kuat pegangan Islam mereka. Saya katakan: Islam tidak diturun di kampung halaman kita, ia diturunkan di Mekah dan Madinah. Mereka melakukan apa yang menjadi amalan Rasulullah. Lagipun seseorang yang bersolat disuruh berdoa ketika dalam solat dan berwirid selepasnya. Dalam hadis, kita diajar agar berdoa ketika sujud dan selepas membaca tasyahud sebelum salam. Di situlah antara waktu mustajabnya doa.

Sabda Nabi s.a.w.: “Paling dekat hamba dengan tuhannya adalah ketika sujud, maka banyakkan doa ketika sujud.”
- (Riwayat Muslim).

Nabi memberitahu tentang doa selepas tasyahud sebelum memberi salam dalam solat:
“Berdoalah pasti mustajab, mintalah pasti akan diberikan.”
- (Riwayat al-Nasai, sanadnya sahih).

Bukan bererti orang yang kita tengok tidak mengangkat tangan berdoa kuat beramai-ramai selepas solat itu tidak berdoa. Kita yang barangkali kurang faham sedangkan mungkin mereka berdoa dalam solat melebihi kita. Jika seseorang berdoa selepas memberi salam, tentulah dalam banyak hal, hajat makmum dan imam tidak sama. Maka jangan marah jika kita lihat orang berdoa bersendirian.

Nasihatilah mereka yang membaca doa tanpa faham maksudnya, atau mengaminkan tanpa mengetahui isinya. Lebih menyedihkan, kadangkala doa dibaca dengan nada dan irama yang tidak menggambarkan seorang hamba yang sedang merintih memohon kepada Allah. Sebahagian nada itu, jika seseorang bercakap kepada kita dengan menggunakannya pun, kita akan pertikaikan. Layakkah nada seperti itu sebagai doa kepada Allah yang Maha Agung?

Benarlah sabda Rasulullah s.a.w.: “Berdoalah kamu kepada Allah Taala dalam keadaan kamu yakin akan dimustajabkan. Ketahuilah sesungguhnya Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai dan alpa.”
- (Riwayat al-Tirmizi, disahihkan oleh al-Albani).

Pelajari kitab nas-nas agama tentang doa kerana ianya amat penting bagi kehidupan dunia dan akhirat kita.


Oleh: DR. MOHD. ASRI ZAINUL ABIDIN
copyright..

Kelebihan dan Fadhilat Surah AL-KAHFI, SAJDAH, YAASIN, AD-DUKHAN, AL-WAQIAH, AL-MULK, AL-HASYR


SURAH AL-KAHFI (surah yang ke-18-mengandungi 110 ayat)

Daripada Umar berkata: Nabi saw telah bersabda:
“Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat”

 SURAH AS-SAJDAH (surah yang ke-32-mengandungi 30 ayat)
Dan diriwayatkan imam Ahmad daripada jabir berkata:”Adalah Nabi SAW tidak tidur hingga dibaca surah As- Sajdah dan Al-Mulk”
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Sesiapa membaca Surah As-Sajdah, pahalanya seperti orang yang solat menepati malam al-Qadar dan dikuatkan keIslamannya, tauhidnya serta mendapat ilmu yang benar.

SURAH YAASIN (surah yang ke-36-mengandungi 83 ayat) 
Daripada Ma’qil ! Ibni Yasar berkata:
“Al-Baqarah adalah rangka Al-Quran diturunkan setiap satu ayat dengan disertakan 80 Malaikat dan Ayat Kursi khususnya diturunkan khas dari di bawah Arsy Allah swt yang tersusun di dalam surah Al-Baqarah. dan surah yaasin itu, adalah jantung hati Al-Quran”.

SURAH AD-DUKHAN (surah yang ke-44-mengandungi 59 ayat)
Daripada abi Hurairah r.a. berkata :nabi saw telah bersabda:
“Sesiapa yang membaca surah Ad-dukhan pada waktu malam, maka esoknya 70,000 malaikat akan meminta ampun baginya”.

SURAH AL-WAQIAH (surah yang ke56-mengandungi 96 ayat)
Rasulullah saw bersabda:
” Bacalah surah Al-Waqiah. Sesiapa yang membacanya tidak akan menjadi miskin selama-lamanya”

SURAH AL-MULK(surah yang ke-67-mengandungi 30 ayat)
Daripada Ibnu Abbas r.a berkata:
“Bacalah surah al-Mulk dan ajarkanlah kepada ahli keluarga kamu dan semua anak kamu dan juga kepada anak-anakmu yang belum baligh di rumahmu dan jiran tetanggamu, sesungguhnya yang menyelamatkan dan berdebat di hari kiamat di hadapan Allah swt memohon ampun kepada pembacanya supaya Allah swt menyelamatkan dia daripada api neraka dan pembacanya juga selamat dari siksaan kubur!”
Dan Nabi saw bersabda:
“saya suka kalau surah ini ada dalam hati tiap insan dari umatku”.

SURAH AL-HASYR(surah yang ke-59-mengandungi 24 ayat)
Nabi saw bersabda:
“Barangsiapa yang membaca 3 ayat terakhir surah al-Hasyr maka Allah swt mewakilkan 70 malaikat berselawat atasnya hingga petang. Begitu juga waktu petang dan jika dia meninggal pada hari itu, ia dikira mati syahid”


Kelebihan Surah Al-Mulk (Ayat 14)


Di antara kelebihan Surah ini ialah:

1. Surah ini akan menjadi penyelamat dan penegah kepada pembacanya dari seksa kubur.

2. Penyelamat seksa neraka.

3. Berada di bawah naungan sayap malaikat (mendapat rahmat Allah).

4. Di hari kiamat akan dirupakan dengan rupa Nabi Yusuf (cantik).

5. Dinamakan Surah gagah perkasa lagi pintar.



Kelebihan Surah Al-Mulk (Ayat 14)


Maksudnya:
Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedang Ia Maha Halus urusan TadbiranNya, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya!

1. Dibaca 2,012 kali untuk menolak bala yang besar.

2. Jika diamalkan menjadi wirid, zikir harian boleh meluaskan rezeki dan menghilangkan fakir.

3. Dipandang hebat dan berwibawa.

4. Jika berhajat hendak melihat orang yang melakukan jahat, pencuri, sihir, memfitnah, orang yang sudah meninggal dalam kubur dan perkara yang penting dalam peperiksaan lakukan:

a. Solat hajat.

b. Baca ayat di atas 9 kali dan diniatkan.

c. Tidur dalam keadaan berwudhu dan berdoa (apa niat kita) dan tidur mengiring dengan lembung kanan.

copyright..

Kehebatan Ayat 1 ( Pelemah Musuh Kita )


AYAT 1 DAN KEHEBATAN JIKA MENGAMALKANNYA

" Robbunaa wa robbukum lanna a'maalunaa walakum a'maalukum, laa hujjata bainanaa 
wabainakum. Allaahu yajma'u bainanaa wa illaihi'l mashiir "


ERTINYA :-
" ALLAH LAH TUHAN KAMI DAN TUHAN KAMU, BAGI KAMI AMAL-AMAL KAMI DAN BAGI KAMU AMAL-AMAL KAMU. TIDAK ADA PERETNGKARAN ANTARA KAMI DAN KAMU. ALLAH MENGHIMPUNKAN ANTARA KITA DAN KEPADANYA LAH KEMBALI KITA " - ( Asy-Ssyuura 15 )

Menurut yang diajarkan, ayat ini baik sekali diamalkan sebagai berikut:-

1. Ketika berhadapan dengan musuh atau orang yang dzalim, atau orang-orang yang ditakuti, maupun binatang buas, maka dibaca satu kali insyaAllah lepas dari aniaya dan kejahatan-kejahatannya.

2. Dibaca tiap-tiap lepas solat fardhu yang lima, seraya ma'rifatkan musuh kita itu dan ma'rifatkan Allah sebagai pendinding antara kita dengan musuh kita, yakni kalau kita kebetulan bermusuhan atau dalam sidang pengadilan.

3. Dibacakan setiap hari ini sebagai bekalan perwatakan dalaman kita agar lebih kuat dan disegani oleh orang lain, mohon dipermudahkan akan apa-apa jua urusan kita di dunia ini

4. Ayat ini juga boleh di ma'rifatkan menjadi daya tarikan kepada usaha-usaha perniagaan kita daripada pelanggan. Dengan bekalan titipan ayat ini menjadi santapan batin kita setiap hari, ia akan meresap dan menjadikan kita lebih kuat dan lebih terbuka dalam menghadapi sebarang situasi dengan pegangan kepada kekuasaan Allah sentiasa menjadi pendinding kita antara musuh-musuh kita.

* TIDAK PERLU LAH KITA BERKUNJUNG KEPADA BOMOH-BOMOH LAGI.Cukup lah dengan keyakinan dan pegangan kepada kekuasaan dan kebesaran Allah S.W.T dengan mengamalkan ayat-ayat yang berkaitan dengannya penuh penghayatan dan keyakinan.

INSYALLAH DIRI, KELUARGA, HARTA DAN SEGALA URUSAN HARIAN KITA AKAN TERLINDUNG DARIPADANYA.

" HEBAT, SESUNGGUHNYA HEBAT "

Apakah Bentuk Jin Yang Sebenarnya?


Rinsip melihat jin tidak
boleh dilakukan jika jin berada
dalam sosoknya yang hakiki,
kecuali jika jin itu
mengambil bentuk fizikal
materiil.tetapi hal itu
mudah dilakukan oleh orang
yang di anugerahi Allah dan
yang berusaha untuk
mendapatkan anugerah itu.
Bagaimana bentuk dan rupa
jin sebenarnya? Para jin
merasa prihatin terhadap
persepsi manusia yang
keliru, yang berkembang
diantara manusia bentuk jin
sangat menakutkan, wajahnya
tidak karuan dan mempunyaiekor sebagaimana binatang, semua itu tidak berasas dan hanya merupakan anggaran manusia saja. semua itu adalah kebohongan dan hanya untuk menakut nakutkan saja. Dari hasil dialog dengan jin yang dilakukan terbukti bahawa bentuk dan sosok jin itu tidaklah menakutkan. Bentuk dan sosok jin sesuai yang diciptakan Allah adalah serupa dengan sosok manusia, hanya ada beberapa perbezaan kecil sahaja iaitu: kepala sedikit lebih besar bandingannya dengan tubuh jin, jika dilihat dari bentuk kepala dan tubuh manusia. Mata jin memanjang tidak bulat seperti mata manusia, ada yang memanjang ke atas dan ada yang condong sedikit kearah dahi, mirip lazimnya orang-orang cina atau jepang dalam bentuk manusia tetapi tidak bulat dan tidak sepet seperti manusia, lazimnya lebar kalau dilihat mirip mata rusa tetapi bentuknya memanjang . Mata jin tidak merah seperti gambaran selama ini, seperti mata manusia yang pelbagai ada hitam, kuning, coklat tua persis mata manusia.hitam mata jin cenderung keputih putihan, dan jika mata jin kelihatan merah itu kerana ada sinar sinar halus dalam mata jin yang memancarkan cahaya merah, dan hal itu seharusnya tidak menakutkan tetapi justru ada keindahan disinar sinar tersebut.Telinga jin keduanya mirip telinga kuda dalm bentuknya yang runcing dan ada pula yang mirip telinga kucing, kalau di amati benar telinga kuda mirip dengan telinga kucing. Dalam perubahan bentuk dan penampakan jin lebih sering menyerupai Kuda, Kucing atau Harimau.Hudung jin terletak di tengah-tengah wajah seperti hidung manusia, hanya kebanyakan hidung jin tidak mancung tetapi leper dan bulat.tangan jin sama dengan manusia hanya lebih memanjang berbanding dengan tubuh jin itu sendiri , jari jari panjang panjang.Kaki jin berbeza dengan kaki manusia dalam hal letak tumit dan keruncingan jari jarinya. Tulang jin lebih besar berbanding dengan kulit dan dagingnya, seluruh organ tubuhnya mirip manusia tetapi dalam bentuk yang lebih kecil, semua berfungsi seperti tubuh manusia. begitu pula pencernaan jin juga berfungsi sama dengan manusia dengan lobang pembuang kotoran sama seperti manusia sekalipun kotoran jin berbeza dengan manusia.Kotoran jin tidak berbentuk kasar seperti manusia, melainkan berbentuk wap yang sangat pekat, sedang air kencing jin berbentuk gas yang sangat kuat tekanananya. Jin juga memilikai alat kelamin tetapi ukurannya lebih kecil berbanding saiz manusia dan dalam bandingan tubuh jin.Jin juga mempunyai birahi seperti manusia, bersenggama dan mengeluarkan sperma yang pasti berbeza dengan manusia.Kulit jin sangat hitam pekat lebih hitam dari kulit manusia yang paling hitam.Jin juga berpakaian layaknya manusia, kaum wanita jin juga berpakaian yang indah indah. Jin diperbuat dari api yang bersifat Gas yang sangat ringan, tetapi dalam keadaan keadaan tertentu jin boleh terlihat juga oleh manusia. Keadaan jin boleh dilihat manusia adalah saat jin tersebut menampakkan diri dalam bentuk fizikal dam materi. (Terbukti oleh ilmu pengetahuan: ether bukan sejenis material, tetapi boleh mengubah diri menjadi bahan melalui sebatian dengan unsur unsur lain. Dalam buku Watak dunia fizik oleh Sir Arthur stantley Eddington) Ada dua perbezaan antara jin syaitan dan jin muslim, jin setan kaki kirinya memakai satu terumpah kaki kanan dibiarkan telanjang, Kalau jin muslim kedua kakinya memakai terumpah. Terumpah jin diperbuat dari daun papyrus iaitu daun yang dipakai raja Fir'aun sebagai alat tulis. Nah jadi sebenarnya Jin tidak boleh dilihat pleh manusia kecuali dengan kehendak Yang Maha Kuasa semua boleh berlaku.
copyright...

Saturday, June 16, 2012

Fenomena Facebook kita


Pada hari ini, buka sahaja internet pastinya perkara pertama yang akan diakses adalah akaun Facebook.

Tidak kira bila masanya, fenomena Facebook kita
telah menular di muka bumi. Namun, tidak salahnya kita sebagai usahawan menggunakan kelebihan Facebook ini bagi memasarkan bisnes
kita kepada pasaran!

Jom kita lihat, mengapa ianya perlu?


01) Ratusan Juta Pengguna Facebook

Pengguna Facebook terus meningkat dari hari
ke hari. Manakala jumlah pengguna Facebook dari Malaysia adalah di antara yang tertinggi di dunia dan Asia. Kita tidak akan mengambil kesemua jutaan pengguna itu, sebaliknya kita boleh tentukan berapa ramai yang kita mahu sasarkan.

Pengguna-pengguna Facebook ini pula biasanya akan membuka Facebook terlebih dahulu berbanding laman web yang lain. Malah tidak salah jika dikatakan, ada sebahagian pengguna Facebook tidak berminat untuk melayari mana-mana website seperti blog dan sebagainya. Mereka hanya aktif di Facebook sahaja atau paling kurang, mereka teramat kerap melayari Facebook pada setiap hari.

02. Facebook Ads

Dengan fungsi Facebook Ads berbayar yang disediakan oleh pihak Facebook, kita boleh membuat iklan yang fokus, tepat dan menumpu kepada golongan yang tertentu sahaja seperti umur, minat, tempat tinggal dan jantina. Fungsi ini tiada di mana-mana laman web pengiklanan yang lain.

Walaupun FB Ads adalah memerlukan kos (berbayar), namun dengan wujudnya beberapa panduan dan kursus berkaitan pengiklanan ini, kita boleh mengelak kerugian dan kegagalan.

03. Facebook Mobile

Semakin banyak gajet yang dilengkapkan dengan aplikasi media sosial seperti Facebook. Pihak pengeluar gajet seperti Apple, Samsung, Nokia dan banyak lagi, kini memasukkan aplikasi media sosial ke dalam produk keluaran mereka.

Daripada jumlah pengguna Facebook, sebahagian mereka mengakses Internet dengan menggunakan gajet elektronik. Bermaksud, mereka akan terus menerus online di Facebook walaupun tidak berada di rumah ataupun di pejabat (tempat bekerja).

Ini adalah satu peluang untuk usahawan dan perniagaan, di mana usaha promosi kita begitu mudah dibaca dan sampai kepada pengguna-pengguna Facebook pada bila-bila masa.

04) Facebook Bersifat Viral

Aspek viral adalah salah satu ciri yang ada pada Facebook. Apa yang seseorang buat di Facebookia boleh diketahui oleh rakan-rakannya yang lain. Contohnya jika seorang pengguna FB klik Like satu Page bisnes, rakan lain akan tahu mengenainya. Lantas rakan-rakannya juga akan klik Like.

Sifat viral ini juga dipanggil sebagai 'promosi dari mulut ke mulut'. Selain Facebook itu sendiri bersifat viral, pengguna-pengguna FB juga suka dan kerap berkongsi mengenai perkara yang mereka suka dan tidak. Jadi, apabila kita memaksimumkan teknik pemasaran di Facebook, mesej pemasaran kita akan menjadi semakin viral dan sampai kepada ribuan pengguna Facebook yang lain.

05) Pengguna Facebook Lebih Percayakan Rakan Mereka

Pelanggan baru amat sukar mempercayai kita, tetapi apabila rakan mereka mengatakan kita adalah usahawan yang boleh dipercayai, dari situ mereka akan mula yakin untuk membeli daripada kita. Mereka mungkin akan bertanya rakan-rakan mereka dahulu, bertanya di Group yang mereka sertai ataupun membaca tulisan rakan-rakan FB mereka.

Selain daripada itu, apabila mereka melihat rakan-rakan lain berinteraksi di Fan Page kita, ia akan menyebabkan mereka juga mahu turut serta dan ambil tahu mengenai kita.

 Jom klik untuk info seterusnya:

Monday, June 11, 2012

KETAHUI LAH KEBAIKAN SUSU KAMBING…(hi goat)


KETAHUI LAH KEBAIKAN SUSU KAMBING…

 

 

Susu Kambing Mudah Hadam

Susu kambing mempunyai molekul protin dan lemak yang sangat halus, lembut, serta mudah hadam berbanding susu lembu. Ianya sangat baik untuk diet bayi dan juga orang dewasa yang mempunyai masalah penghadaman. Disebabkan zarahnya yang halus serta sifatnya yang menyah acid, maka sangat sesuai digunakan bagi rawatan ulcer dan gastrik.

Sifat susu kambing yang mudah hadam membolehkan laktosa melalui usus dengan mudah Susu kambing mempunyai kandung laktosa 7% lebih rendah berbanding susu lembu. Ianya sangat baik untuk kanak-kanak yang cirit birit dan alahan kepada susu lembu dan susu tepung.

Ianya mempunyai kandungan pH beralkali. Maka ianya tidak menjana acid dalam darah atau usus. Ianya bertindak meneutralkan acid dalam badan. Kandungan acid berlebihan dalam badan menyebabkan kepada penyakit sakit kepala, sakit badan dan otot, penurunan berat badan, kandungan gula dalam badan yang tidak seimbang, keletihan dan tekanan darah tinggi.

Susu kambing mengandungi asid lemak baik (asid kaprik dan kaprilik) yang mencegah kesan jangkitan kulat. Asid ini juga membantu sistem pertahanan badan dan meningkatkan tenaga manusia.

Susu kambing tidak membentuk lender sebagaimana susu lembu dan tiada menimbulkan alahan kepada manusia.

Kandungan Mineral Selenium yang kaya dalam susu kambing bertindak sebagai bahan bagi membantu sistem ketahanan sel badan manusia dan bahan anti oksida. Selain itu ianya melawan virus secara semulajadi dan mencegahnya dari membiak.

Susu kambing didapati mengandungi Kandungan Bioorganic Sodium yang tinggi. Bioorganic Sodium dikenali dalam rawatan naturopathic sebagai elemen anti penuaan. Bioorganic Sodium didapati mengurangkan masalah Rheumatoid Arthritis (inflamasi sendi).

Susu kambing secara semulajadi mencegah pembiakan organism yang merbahaya dlm badan manusia sekaligus menjadikan kita sihat. Kandungan potassium dan kalsium yang tinggi dalam susu kambing serta kandungan sodium yang rendah dlm susu kambing sangat penting bagi membentuk tekanan darah yang normal dan mengawal fungsi hati yang normal. Susu kambing mengandungi bahan riboflavin untuk tenaga dan juga boleh merawat simpton penyakit lelah, eczema, colic, insomnia dan demam kuning. Kandungan silicon dan fluorine yang tinggi dalam susu kambing dapat mencegah penyakit diabetes (kencing manis). Susu kambing juga mengandungi factor anti barah

BAGI SESIAPA YANG BERMINAT UNTUK MEMASARKAN PRODUK HI GOAT (agen/stokis) SILA PM SAYA..
CONTACT PERSON:
  ZAMANI                    JOHARI
012-5651220               012-5319830

Friday, June 8, 2012




Kaedah Al-Quran Pertama Seumpamanya Di Malaysia


10 Cara Mengambil Kesempatan Sempena Musim Perayaan Untuk Membuat Duit.


Panduan formula rahsia kejayaan untuk pelajar-pelajar di universiti. Teknik rahsia mencapai status pelajar KEPUJIAN DEKAN.


Atasi masalah-masalah utama menggunakan PayPal dan automatikkan perniagaan Internet anda. Rahsia PayPal terbongkar dengan panduan video eksklusif.


Video tutorial lengkap langkah demi langkah membangunkan sebuah blogshop dengan platform wordpress


Effective Acne and Sinus Treatment. Do it at Home, Do it Yourself. Step by step instruction that are easy to follow.


Cara-Cara Membina Laman Web Shopping Cart


Rahsia menawan dan memihat hati seseorang seperti pakar.


Panduan Seks Hebat yang akan membuat anda menjadi pasangan romantik dan menikmati seks hebat dalam masa 30 hari!

Ebook yang membongkar punca-punca yang boleh berlakunya perceraian rumahtangga anda serta langkah-langkah dan cara untuk mengatasinya.



Video latihan teknikal memudahkan anda menjadi pakar cPanel dan web hosting dalam 48 jam sahaja.

Panduan Cara Mengawal Jerawat yang sistematik dari Doktor Perubatan yang berpengalaman merawat pesakit jerawat selama lebih 6 tahun dan merawat lebih 1200 pesakit jerawat.


Strategi pemasaran emel dan teknik menjana duit online secara automatik melalui autresponder dan email marketing.

Ketahui rahsia saya menjana keuntungan RM2000 dan membeli 3 unit IPad 2 dengan hanya menjual coklat buatan tangan dari rumah!


KEDAI BUKU 1MALAYSIA




Trend bekerja dari rumah adalah trend terkini untuk masa hadapan. Jangan biarkan diri anda kepenatan dan terpinga-pinga di kemudian hari melihat bagaimana orang lain boleh hidup bahagia dan bebas walaupun hanya duduk di rumah. 


Ebook yang penuh dengan kisah, pengalaman , nasihat serta tips-tips berkenaan dunia keusahawanan. 


Cara Sebenar Membeli Hartanah Lelong Dan Teknik Menjana Keuntungan Menerusinya. 


Ebook ini bertujuan untuk memberikan panduan yang sebenar "Mengapa anda perlu kaya?" , "Kaya yang bagaimanakah yang sebenarnya disarankan oleh islam?." dan "Bagaimanakah kuasa minda itu boleh mempengaruhi usaha kekayaan kita?" 


Rancang Perkahwinan? Dapatkan Panduan Lengkap Persediaan Perkahwinan Ini Segera! 


Ketahui Kaedah Pembenihan & Penternakan Ikan Keli yang mudah dilakukan di mana - mana sahaja. 


Panduan mendidik remaja anda dalam masa yang singkat. 


Ketahui Panduan & Tips Perlaksanaan Haji & Umrah Yang Menyentuh Dimensi Pendidikan, Motivasi dan Pengetahuan Bahasa Arab. 


Pendedahan Rahsia Perniagaan, Lengkap Dengan Teknik Pemasaran dan Resipi Rahsia Untuk Menjana Pendapatan Dengan Kuih Raya 


Rahsia dan Strategi Berkesan Bagi Memaksimumkan Keuntungan Pelaburan Unit Trust. 



Rahsia Mudah Hamil Adalah Ebook Yang Mendedahkan Tips Kesuburan, Rawatan, Petua dan Doa Untuk Mudah Dapat Zuriat. Niche Kesuburan Seperti Ini Adalah Antara Niche Yang Paling 'Hot' Di Clickbank 


Rahsia menarik kekayaan, kejayaan, kesenangan, kebahagiaan, perhubungan dan apa sahaja keinginan anda! 


Ketahui Bagaimana Anda Boleh Menguasai Bahasa Inggeris Dengan Menggunakan 3 Strategi Yang Dijamin Berkesan. 


Ketahui Rahsia serta Teknik Praktikal dan Berkesan Untuk Menguasai Bahasa Arab. 


Rahsia mendapatkan pekerjaan dengan mudah terbongkar. 


Kurangkan Berat Badan Dan Miliki Bentuk Tubuh Yang Ideal Dalam Masa Hanya 25 Hari Sahaja! 


Belajar Gitar Cara Solo Dengan Pantas Hanya Di Rumah Tanpa Perlu Ke Kelas Muzik Atau Minta Tunjuk Ajar Dari Orang Lain 


Panduan pengiklanan menerusi Google Adwords khususnya mereka yang terlibat dalam pemasaran affiliate ataupun produk sendiri. 


Panduan lengkap langkah demi langkah dan bergambar yang menerangkan asas renang. 


Koleksi ebook terbaik terbitan klikjer.com 


ILMU UNTUK SEMUA




Memongkar Rahsia Keajaiban Bersedekah.


Ketahuilah Teknik Pengurusan Masa Yang Sebenar Dan Jimatkan Masa Anda Sekurang-kurangnya 10 Jam Seminggu.


Teknik Sebenar Di Dalam Mendidik Anak. Jadikan Anak Anda Seorang Anak Yang Sihat, Ceria & Mendengar Kata!


Panduan Lulus Peperiksaan MUET Dengan Cemerlang.


Panduan Analisa Jual Beli Saham Yang Menguntungkan.


Uruskan dan Turunkan Bil Elektrik Anda Dengan Mudah, Tanpa Menggunakan Sebarang Alat Penjimatan Elektrik!


Ketahui Teknik Menghias Kediaman Untuk Kelihatan Lebih Menarik & Memukau Sesiapa Sahaja Yang Mengunjungi Rumah Anda.


Panduan Mendidik dan Membesarkan Anak Yang Soleh dan Solehah.


Sebuah Panduan Yang Dapat Membantu Anda Menguasai Asas Perakaunan Dalam Masa Yang Pantas Dan Berkesan.


Adakah Anda "BENAR-BENAR" Mengetahui Personaliti Sebenar Pasangan Anda?


INFO EBOOK ANDA




Rahsia Herba

Membongkar Rahsia Herba Bernilai Tinggi Yang Mungkin Tumbuh Di Rumah Anda!
Link: http://shuth.jomniaga.com/go/27/matkaya

Terbongkar... Kecurangan Pasangan Anda!

Lindungi rumahtangga anda daripada gangguan pihak ketiga.
Link: http://curang.jomniaga.com/go/matkaya

Pertolongan Cemas

Panduan Menyelamatkan Nyawa Insan Tersayang.
Link: http://shuth.jomniaga.com/go/26/matkaya

Jom Berhenti Merokok

Panduan Berhenti Merokok Dalam 3 Minggu.
Link: http://shuth.jomniaga.com/go/25/matkaya

Rahsia Rezeki

Rahsia Memperolehi Rezeki Melimpah Ruah dan Di Berkati.
Link: http://shuth.jomniaga.com/go/23/matkaya

Super Motivasi

Melahirkan Superhero Dalam Diri Anda.
Link: http://shuth.jomniaga.com/go/22/matkaya

Kucing Comel

Tip-tips Serta Panduan, Bagaimana Menjadikan Kucing Peliharaan Anda Sihat, Ceria Dan Menggembirakan Di Dalam Hidup Anda
Link: http://shuth.jomniaga.com/go/21/matkaya

Ikan Tilapia

Ketahui Cara Bagaimana Memulakan Penternakan Ikan Tilapia Di Dalam Kolam Tanah Dengan Mudah Dan Menjimatkan.
Link: http://shuth.jomniaga.com/go/20/matkaya

Rahsia Hati

Rahsia Memikat Hati Lelaki Idaman Anda.
Link: http://shuth.jomniaga.com/go/18/matkaya

Jom Langsing

Bagaimana Menguruskan Badan Dengan Mudah & Selamat TANPA Perlu Mengambil Sebarang Pil Mahupun Menjalani Rawatan Pelangsingan Yang Mahal.
Link: http://shuth.jomniaga.com/go/17/matkaya


Lagi stok ebook terbaik



Belajar teknik menjahit baju kurung tradisional, panduan langkah demi langkah. 


25 Rahsia Mengambil Gambar Fotografi Perkahwinan di bongkar oleh Fotografer Perkahwinan Antarabangsa Hafiz Ismail 


Panduan 4 Angka Sebulan Dengan eBay Walaupun Secara Part-time | Perniagaan eBay | Bisnes eBay 


Ketahui fakta dan sejarah emas dan perak beserta cara-cara untuk membuat pelaburan dengan keuntungan lumayan. 


Panduan Pelaburan Silver dan Kajian Kes Teknik Tukar Ganda. Terbukti boleh menambahkan stok silver dengan harga MURAH, Diskaun 75%! 


Pelajari kaedah mudah cetak tshirt dengan kaedah tutorial belajar cara cetak melalui teknik SilkScreen dengan menggunakan rubber dye. 


Rahsia Merampas Trafik Percuma Dan Tanpa Had Dari FaceBook Menggunakan Teknik Samseng. 


Panduan Melabur Melalui Akaun Emas Yang Menguntungkan! 


Rahsia Perniagaan Coklat Buatan Tangan Dari Rumah Kini Terbongkar. Ketahui Bagaimana Untuk Bermula Dengan Kos Yang Minimum! 


Anyam kraftangan rotan sendiri dengan modal yang rendah bagi mengisi masa lapang supaya anda dapat meraih pendapatan tambahan hanya dengan menjual produk berasaskan rotan! 


Ebook dari Otai2 IM







Senarai Yang Bakal Mengubah Hidup Anda Menjadi Seorang Usahawan.




Pembongkaran Tips, Teknik Service Dan Skrip Semudah ‘Copy N Paste’ Yang Mampu Mencegah Bisnes Ebay Anda Hilang Banyak Jualan Kerana Feedback Negatif.



Panduan Fanpage3.0 Menggunakan SSL Certificate Percuma.



Pakej ini merangkumi semua aspek yang diperlukan dalam pembinaan laman web yang lengkap meliputi daftar domain hosting, grafik, autoresponder, bina borang, produk dan banyak lagi.



Rahsia Bagaimana Saya Menjana Lebih RM5100.00 Dalam Masa 48JAM Sahaja Dengan Domain Name!


Rahsia menjana wang online sehingga RM30,000 sebulan mengunakan teknik "membership site". Jana pendapatan pasif dan automatik dari Internet.


Panduan Terbaik Untuk Mengatasi Masalah Rumah Tangga Atau Percintaan Anda. Cuba Dahulu Sebelum Berserah.


Rahsia Sulit Membina Minda Berkapasiti Tinggi.



Rasai sendiri kemanisan bercinta dalam masa 30 hari