Friday, May 17, 2013

PEMASARAN SMS TERBARU

KETAHUI LAH DENGAN LEBIH LANJUT:
DI SINI


Mengapa Perlu Berdoa Dengan Tepat?

Assalamualaikum dan salam kebahagiaan, 
 
Alhamdulillah ke hadrat Ilahi yang memberi ilham pada hari ini untuk terus berkongsi. Antara adab berdoa yang dimakbul Allah, adalah yakin. Adapun antara kita, yang juga termasuk saya, sering tidak berdoa secara tepat.
Muslim Praying
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, apa yang ada dalam isi hati hamba-Nya. Meskipun kita tidak meminta tetapi pasti Allah sudah pun tahu apa yang kita mahukan. Namun begitu, kita tidak seharusnya mengambil remeh untuk berdoa dengan tepat.
Dengan mengetahui Allah Maha Mengetahui, kita tidak mengambil inisiatif untuk berdoa dengan lebih spesifik. Sesungguhnya berdoa secara tepat itu adalah usaha seorang hamba untuk memohon kepada Allah dengan bersungguh-sungguh agar mengabulkan doanya.
Contoh;
Apabila kita perlukan duit daripada ibu untuk bayar sewa bernilai RM200 adakah kita hanya akan berkata begini?
“Ibu, bulan ini saya ingin meminta duit sewa”
Pastinya kita akan menyatakan nilai duit tersebut seperti ini;
“Ibu, bulan ini saya ingin minta duit sewa RM200″
Hasilnya ibu tahu dan jelas berapa nilai yang kita perlukan untuk membayar duit sewa pada bulan itu dan kita dapat nilai yang kita perlukan dengan tepat.
Begitu juga dengan Allah. Kita perlu menyatakan secara spesifik apa yang kita minta agar doa kita jelas atau nanti kita menyalahkan Allah kerana mengabulkan permohonan yang salah.
Contoh;
“Ya Allah aku mohon dapat pergi Seminar Baitul Muslim”
Allah kabulkan tetapi Dia buat kita berhutang. Kemudian kita pula salah Allah kerana terpaksa meminjam duit orang lain untuk menyertai seminar tersebut. Sebaiknya berdoa secara tepat.
Contoh;
“Ya Allah aku mohon dapat pergi ke Seminar Baitul Muslim dengan mudah dan tanpa berhutang secara percuma”
Sesungguhnya Allah itu Maha Kaya, tidak mustahil ada orang bayarkan kita pergi ke seminar itu.
Saya pernah mohon dapat pergi satu program bernilai RM60. Saya berdoa secara tepat dapat pergi secara percuma, hasilnya saya dapat pergi secara percuma. Ya, ini kisah benar, saya dapat pergi secara percuma. Selain itu, saya berdoa dapat pergi ke program bernilai RM1, 999 secara percuma, alhamdulillah dapat pergi secara percuma.
Saya juga pernah berdoa dapat sertai kursus perniagaan internet bernilai RM399, alhamdulillah hasilnya saya dapat masuk secara percuma! Ada orang lain yang bayarkan yuran kursus itu untuk saya. Subhanallah. Terima kasih Allah.
Itulah kuasa berdoa secara tepat. Di samping itu, Al Quran juga telah menekankan tentang doa secara tepat. Kita perhatikan Surah Al Fatihah ayat 6;
“Tunjukilah kami jalan yang lurus.”
Bagaimana jalan yang lurus itu? Ia dijawab dalam ayat 7;
“Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.”
Allah menerangkan apakah ‘jalan yang lurus’ yang dimaksudkan dalam Surah Al Fatihah ayat 6 dengan menspesifikkan lagi dalam ayat 7. Hasilnya kita faham, apakah sebenarnya maksud ‘jalan yang lurus’ itu.
Sungguh Allah itu Maha Mengetahui tetapi itu bukan alasan untuk kita tidak berdoa dengan tepat. Jika ingin dimurah rezeki, spesifikkan rezeki yang murah yang bagaimana?
Sebab itu, Allah kabulkan dapat tembikai lepas keluar solat Jumaat, lepas itu dapat makanan percuma kemudian dapat kuih untuk makan petang percuma tetapi semua makanan tidak dapat dihabiskan.
Di samping itu, pasti antara kita mahu hutang dilangsaikan, Jadi berdoa kepada Allah agar Allah langsaikan hutang kita;
Contoh;
“Ya Allah aku mohon agar langsaikan hutangku dan keluargaku, agar kami mampu menunaikan haji kerana sesungguhnya, orang yang menunaikan haji itu adalah orang yang mampu iaitu orang yang telah langsai hutangnya dan berkemampuan pergi menunaikan haji”
Tidak mustahil hutang kita dilangsaikan oleh orang lain. Pemergian kita menunaikan haji dibayar oleh orang lain sebagai contoh dapat tajaan 100%. Subhanallah.

sumber dari:

tip2 jaga kesihatan kita

PETUA RAHSIA AWEK MUDA

Sihat Segar
Anda tidak berupaya untuk mengurangkan jumlah umur yang bertambah saban tahun. Sebaliknya, anda mampu melakukan sesuatu untuk mengawet usia.

1. Makan Buah Dan Sayur
Kandungan vitamin C dan beta karotena di dalam buah dan sayur sangat bagus untuk mengekalkan kesegaran wajah. Kedua-dua sumber penting ini berfungsi sebagai antioksidan yang dapat melindungi sel-sel tubuh daripada radikal bebas. Walau bagaimanapun, anda disarankan untuk memasak sayur hanya dalam tempoh yang singkat agar khasiatnya tidak hilang. Manakala, buah pula lebih enak dimakan segar.

2. Amal Ulam-ulaman
Ulam-ulaman kaya dengan vitamin dan kandungan galian seperti kalsium, fosforus, zat besi, natrium, kalium. Selain itu, ulam juga membekalkan serat yang amat diperlukan oleh sistem penghadaman manusia. Malah, ia turut mempunyai bahan anti-bakteria dan antioksidan.

3. Ambil Vitamin C
Sumber vitamin C boleh anda peroleh daripada Gluta Collage Berrys atau buah-buahan segar terutamanya oren, sayur-sayuran berwarna hijau seperti brokoli atau suplemen sebanyak 1000mg sehari. Vitamin C terbukti dapat meningkatkan daya tahan tubuh, mengurangkan risiko kanser dan melindungi tubuh daripada kesan yang ditimbulkan oleh masalah pencemaran.

4. Jaga Kesihatan Kulit
Retinoids dapat mengurangkan kedutan! Jadi, banyakkan mengambil makanan yang mengandungi retinoids seperti lobak merah. Menerusi cara ini, ia membantu pH permukaan kulit seimbang dan mengurangkan tahap keasidannya. Selain itu, coklat dapat membantu anda Mamemperbaiki tekstur, ketebalan, kadar air, dan aliran darah pada kulit anda.

5. Makan Antioksidan
Antioksidan merupakan makanan anti penuaan. Semua jenis makanan berwarna gelap memiliki zat antioksidan. Antaranya, tomato dan brokoli. Oleh itu, anda disarankan mengambil lima jenis makanan yang mengandungi antioksidan setiap hari.


6. Banyakkan Serat
Menjaga kesihatan sistem pencernaan merupakan salah satu kunci untuk awet muda. Untuk itu, anda memerlukan 25g serat setiap hari. Serat bertindak sebagai penjaga zat pemakanan yang anda ambil di dalam tubuh dan ia hanya melepaskan zat-zat itu apabila diperlukan. Serat boleh diperoleh daripada buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin.

7. Minum Air Kosong
Minum enam hingga lapan gelas sehari agar kulit terhindar daripada masalah dehidrasi. Ia baik untuk melancarkan aliran darah yang membawa oksigen dan sumber tenaga ke seluruh organ-organ tubuh. Dengan meminum air kosong yang mencukupi juga, anda berupaya untuk mengurangkan tekanan dan menyegarkan kulit.

8. Diet Seimbang
Kalori berlebihan akan menjejaskan metabolisme tubuh. Maka dengan itu, ambillah diet kalori seimbang dengan jumlah karbohidrat kira-kira 50 hingga 60 peratus, protein 10 hingga 20 peratus dan lemak 20 hingga 30 peratus Jadi, jumlah kalori keseluruhan yang diperlukan setiap hari adalah sekitar 1,500 kalori.

9. Makan Sedikit Tetapi Kerap
Amalan mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil setiap empat hingga lima jam dapat memperbaiki tahap metabolisme. Melalui amalan ini juga, organ dalam tubuh dapat berfungsi dengan lebih efektif agar ia tidak mudah rosak dan menjejaskan kesihatan anda.

10. Rajin Makan Ikan
Ikan laut kaya dengan kandungan lemak omega 3 yang berupaya menurunkan kadar lemak. Ia secara tidak langsung dapat mencegah komplikasi pembuluh darah sempit. Untuk itu, anda digalakkan untuk mengambil ikan laut 3 kali seminggu.

11. Minum Susu
Susu merupakan sumber kalsium terbaik yang bermanfaat menguatkan tulang agar tidak mudah rapuh. Asid lemak susu pula berperanan menjaga kelembapan dan menghaluskan kulit.

12. Kurangkan Daging
Daging merah mengandungi radikal bebas yang berpotensi merosakkan sel tubuh. Jadi, ambil daging hanya seminggu sekali atau dalam kuantiti yang tidak berlebihan.

13. Bersenam Secara Teratur
Kadang kala agak sukar untuk anda meluangkan waktu untuk bersenam setelah seharian bekerja. Namun, anda tetap disyorkan untuk berusaha melakukan senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu agar kesihatan anda tetap terjaga. Anda boleh berbasikal, berenang mahupun joging. Dengan bersenam, bukan sahaja otot dan tulang menjadi kuat. Lebih daripada itu, kulit mampu menjadi tegang.

14. Cukup Tidur
Tidur yang cukup membantu tubuh memperbaiki sel-sel yang rosak. Maka, usahakan untuk tidur minimum 8 jam sehari. Dengan itu, ia dapat menghindarkan masalah lebam bawah mata, kulit berkedut dan wajah kusam.

15. Gunakan Pelembap
Agar kulit anda kekal segar dan lembap, gunakan pelembap kulit di wajah dan tubuh. Pilih pelembap yang bersesuaian dengan mengolesnya dua kali sehari secara rutin, pagi dan malam setelah mandi.

16. Gunakan Pelindung Matahari
Sinaran UV pada matahari boleh mengakibatkan proses penuaan seperti menyebabkan kulit wajah berkedut. Jadi, lindungi wajah dengan menggunakan losen pelindung matahari secara teratur setiap kali perlu melakukan aktiviti di luar kawasan rumah.

17. Pilih Kosmetik
Akibat salah memilih produk kecantikan, ia boleh memberi kesan buruk pada wajah anda. Jadi, kenali dahulu jenis kulit dan gunakan produk yang sesuai. Jangan terpengaruh dengan iklan tertentu. Hanya gunakan produk kosmetik yang benar-benar sesuai dengan jenis kulit anda.

18. Berfikiran Positif
Fikiran yang tenang dan positif sangat berpengaruh dalam memastikan anda kekal muda. Hal ini kerana tekanan boleh menyebabkan wajah anda kelihatan lebih tua daripada usia sebenar. Maka dengan itu, sentiasalah berfikiran positif dalam mengatasi apa jua masalah yang dihadapi.

19. Bersosial
Aktiviti sosial adalah salah satu cara untuk mengurangkan tekanan yang dihadapi. Jadi, jangan hanya duduk memerap di rumah. Sebaliknya, luaskan jaringan sosial anda dengan menghabiskan waktu terluang melakukan pelbagai jenis aktiviti riadah yang berfaedah untuk kesihatan tubuh dan minda juga.

20. Selalu Bahagia
Berasa bahagia akan membuatkan anda kelihatan muda. Dalam apa jua aktiviti yang dilakukan, usahakan untuk menghindari diri daripada tekanan agar wajah lebih berseri-seri dan lebih muda daripada usia sebenar.

TIPS MENURUNKAN BERAT BADAN

Cara Menurunkan   Berat Badan
Tips untuk menurunkan berat badan lalu mencapai berat badan yang ideal. Seperti yang kita tahu, semakin ramai rakyat Malaysia yang telah mencapai tahap obesiti.
Berdasarkan statistik yang dihasilkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), seramai 29% penduduk dewasa mempunyai berat badan yang lebih dan 14% mengalami obesiti di Malaysia pada tahun 2006. Berikut merupakan beberapa cara yang boleh digunakan untuk menurunkan berat badan dengan cepat dan juga sihat.
  1. Kunyah makanan lebih lama dari biasa. Ini akan membuatkan anda berasa cepat kenyang lantas akan mengurangkan pengambilan makanan.
  2. Kurangkan pengambilan makanan yang tidak sihat sedikit demi sedikit. Makan makanan yang kurang lemak. Kurangkan makanan yang mengandungi jumlah gula yang tinggi seperti air bergas, kuih muih, dan makanan ringan.
  3. Jika anda terasa lapar, makan hanya sedikit sahaja nasi dan banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk menghilangkan rasa lapar. 
  4. Jangan makan lewat malam. Jika anda tergolong dalam golongan ini, kurangkan pengambilan sedikit demi sedikit dan makan selewat-lewatnya 3 jam sebelum masuk tidur. 
  5. Jika anda terbangun dari tidur pada waktu malam dan terasa lapar, minum air kosong atau makan sebiji buah seperti epal atau pisang.
  6. Jangan terlepas atau sengaja melepaskan waktu makan anda dengan tujuan untuk menurunkan berat badan. Anda hanya akan berjaya menurunkan metabolisme badan sahaja dengan cara ini. Langkah terbaik adalah makan 5-7 hidangan sederhana sehari. 
  7. Kawal nafsu makan anda kerana ia akan membuatkan anda makan lebih dari yang sepatutnya. Inilah sebabnya anda perlu makan 5-7 kali hidangan sehari demi untuk mengawal nafsu makan anda.




  8. Jika anda masih gagal mengawal nafsu makan, anda boleh membeli 'protein shakes' dan memakannya di antara hidangan dua kali sehari iaitu antara sarapan dan makan tengahari serta antara makan tengahari dan makan malam.
  9. Anda boleh menggunakan pil diet untuk mempercepatkan lagi proses menurunkan berat badan. Tetapi ia akan menjadi sia-sia jika anda tidak mengamalkan cara pemakanan yang betul dan sihat.
  10. Tingkatkan aktiviti fizikal anda. Latih diri berjalan sekurang-kurangnya 400 meter sehari. Anda tidak semestinya perlu pergi ke gym atau berjogging di padang permainan. Objektif utama adalah untuk membakar lebih banyak kalori. Lakukan aktiviti seperti park kereta anda lebih jauh dari destinasi yang hendak dituju dan pilih untuk menggunakan tangga daripada menggunakan lif.
  11. Buat senaman 'sit up' dan 'push up' setiap kali bangun tidur pada waktu pagi dan pada waktu petang  selepas balik kerja. Lakukan sebanyak 20 kali setiap set. Tambah jumlah 'sit up' dan 'push up' dari hari ke hari sehingga mampu untuk membuat 100 kali setiap set. Dengan cara ini, anda bukan sahaja boleh menurunkan berat badan dengan cepat, malah berpotensi untuk mendapat abs yang cantik berketul-ketul.

Thursday, May 16, 2013

AZAN & IQAMAH


 

AZAN :


Azan disebut juga dengan Bang yakni seruan atau laungan yang dilakukan untuk memberitahu kepada orang-orang muslim bahawa sudah masuk waktu sembahyang. Azan dilakukan di setiap tiba waktu sembahyang, yang boleh melakukan laungan azan hanya orang lelaki sahaja, orang perempuan tidak boleh melaungkan seruan azan. Kalimah-kalimah Seruan Azan atau Bang ialah:-

 
 

Allahu Akbar Allahu Akbar. (2X)
Asyhadu alla illahaillallah. (2X)
Asyhadu anna Muhammadar rasulullah. (2X)
Haiyaalas solah (2X)
Haiyaalal falah. (2X)
Allahu Akbar Allahu Akbar.
La ilahaillallah.
 
Maksudnya:
 
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar.
Aku menyaksikan bahawa Tiada Tuhan melainkan Allah.
Aku menyaksikan bahawa Muhammad itu pesuruh Allah.
Marilah Sembahyang.
Marilah kepada kejayaan.
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar.
Tiada Tuhan melainkan Allah.




Tambahkan "Assolaatu khairun minan naum" (2X) maksudnya "Sembahyang itu lebih baik dari Tidur" pada Azan Subuh selepas "Haiyaalal falah" (2X)
 


Sunat Di Waktu Menyeru/Melaungkan Azan

1. Berwudhu'
2. Menghadap ke arah Kiblat
3. Berdiri sewaktu menyeru Azan atau Qamat
4. Dilakukan di tempat yang tinggi.
5. Muadzin hendaklah menyaring dan mengeluarkan suaranya.
6. Mengulang-ulang lafaz syahadatain
7. Muadzin menutup kedua telinganya dengan jari telunjuk ketika mengucapkan "Haiyaalas solah" sambil memalingkan muka kearah kanan, dan ketika mengucapkan "Haiyaalal falah" berpaling ke arah kiri.

 
Menjawab seruan Azan:
 
Jika kita mendengar seruan Azan yang dilaungkan muadzin (tukang azan @ bilal), hendaklah kita menyahut, mengikut atau menjawab apa yang diucapkan dalam Azan yang diserukan oleh muadzin dengan perlahan-lahan, cuma pada bacaan:-
 
"Haiyaalas solah" dan "Haiyaalal falah" maka kita ucapkan "Laa haulawala quwwata illa billa hil alyyil aadzim" maksudnya "Tiada daya upaya dan kekuatan ku kecuali dengan pertolongan Allah".
 
"Assolaatu khairun minan naum" maka kita ucapkan "Syadaqta wa barirta waana mina syaahidiin" maksudnya " Benarlah dan mendapat kebaikanlah engkau dan aku adalah daripada yang menyaksikan".

 
 

IQAMAH :


Qamat disebut juga dengan Iqamah yakni ucapan atau bacaan yang dilakukan ketika sudah hampir melakukan serta memulakan sembahyang.
 

Allahu Akbar Allahu Akbar. Asyhadu alla illahaillallah. Asyhadu anna Muhammadar rasulullah. Haiyaalas solah Haiyaalal falah. Qadqamatis solah Qadqamatis solah. Allahu Akbar Allahu Akbar. La ilahaillallah.
 
Maksudnya:
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar.
Aku menyaksikan bahawa Tiada Tuhan melainkan Allah.
Aku menyaksikan bahawa Muhammad itu pesuruh Allah.
Marilah Sembahyang.
Marilah kepada kejayaan.
Sesungguhnya sudah hampir mengerjakan sembahyang.
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar.
Tiada Tuhan melainkan Allah.

 


Menjawab bacaan Qamat:
 
Jika kita sembahyang berjemaah, maka yang membacakan Qamat itu cuma seorang sahaja contohnya muadzin (tukang azan @ bilal), tidak perlu lagi kita Qamat. Bagaimanapun untuk beroleh pahala hendaklah kita menyahut, mengikut atau menjawab apa yang diucapkan dalam Qamat yang dibacakan oleh muadzin dengan perlahan-lahan, cuma pada bacaan:-
 


 
"Haiyaalas solah Haiyaalal falah" maka kita ucapkan "Laa haulawala quwwata illa billa hil alyyil aadzim" maksudnya "Tiada daya upaya dan kekuatan ku kecuali dengan pertolongan Allah".
 
"Qadqamatis solah Qadqamatis solah" maka kita ucapkan "Aqaamahallahu wa adaamahaa" maksudnya "Semoga Allah menjadikan Solat ini berdiri terus dan kekal"




Selepas habis sahaja azan dan iqamah, kita di sunatkan membaca doa selepas azan sebagai mendoakan selamat sejahtera atas junjungan kami Muhammad dan keluarganya dan sahabat-sahabat baginda.


 

DO'A SELEPAS AZAN DAN IQAMAH



 


 

Allahumma rabba hazihid da' watittamah. Wassolatil qaimah. Ati saiyidana Muhammadanil wasilata wal fadhilah. Wassyarafa waddarajatal 'aliatar rafi'ah. Wab'athhul maqamal mahmudal lazi wa'adtah. Innaka laatukhliful mi'ad. Rabbighfirli waliwalidaiya (3X). Warhamhuma kama rabbayani saghira. Wasollallahu 'ala saiyidini Muhammadiw wa'alihi wasahbihi wassallam.

 


  Maksudnya:
 
Ya Allah, Wahai Tuhan yang telah mensyariatkan seruan azan dan sembahyang yang akan didirikan. Kurniakanlah kedudukan yang tinggi dan terpuji yang engkau telah janjikan kepada junjungan kami Nabi Muhammad dan kehormatan, sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji. Ya Allah ampunilah aku serta ibubapaku dan kurniakanlah rahmat kepada keduanya sebagaimana kedua mereka memelirara akan daku. Dan selamat sejahtera atas junjungan kami Muhammad dan keluarganya dan sahabat-sahabat baginda.



Wednesday, May 15, 2013

KITA DIWAJIBKAN UNTUK MENGQADA’KAN (menggantikan) SEMBAHYANG KITA.



Rasulullah bersabda: “Sampaikan dari ku walaupun sepotong ayat." Hadith Riwayat Bukhari






Soal Jawab Agama Berkaitan..


niat qada sembahyang dan waktu bilakah kita patut menqadanya sebelum atau selepas waktu yang wajib.


Antara soalan yang diajukan:

1.    Asalamualaikum. bagaimanakah caranya saya perlu membayar  sembahyang yang telah saya tinggalkan sejak saya berumur 15 tahun hingga kini 46 tahun? saya tidak tahu jumlah yang telah tertinggal .Selepas masuk islam tiada siapa yang menyedarkan saya tentang perkara ini, kini saya dah kahwin dan mempunyai 3 orang anak. walaupun saya bahagia di dunia ini, saya amat sangat ingin mencari bekalan untuk hari mati..

 2.   Asalamualaikum Ustaz soalan saya bagaimanakah cara nya menqadakan sembahyang yang telah lama tertinggal ,bolehkah pihak tuan menerangkan bagaimana cara dan waktu untuk membuat qada’ solat dan berikan contohnya seperti solat isyak?

3.    Assalamualaikum,Tolong jelaskan cara untuk sembahyang qadha’, waktunya(selepas atau sebelum sembahyang waktu) & niatnya ?. Ada waktu yang tidak boleh sembahyang qadha?. Terima kasih.

Qadha solat boleh dilakukan oleh seseorang yang :

1. Terlupa
2. Tertidur
3. Hilang akal.

Solat qadha’ boleh dilakukan pada bila-bila masa termasuk dalam waktu yang diharamkan solat dan seeloknya-eloknya dilakukan selepas selesai menunaikan solat fardhu.
 Contohnya: Solat Qadha Zohor dilakukan sebaik sahaja selesai menunaikan solat fardhu Zohor dan seterusnya.

Niat solat qadha’ ialah Sahaja Aku qadha’ solat Zohor 4 rakaat kerana AllahS.W.T.
Begitulah seterusnya bagi qadha’ solat fardhu yang lain..

1.         Solat fardu yang tertinggal atau tidak didirikan pada waktunya perlu diganti (qadha’). Cara melakukannya adalah sama seperti solat fardu yang telah ditinggalkan. Sebagai contohnya, jika tertinggal Solat Zuhur yang mempunyai 4 raka’at, maka solat qadha’ bagi Solat Zuhur tersebut juga mestilah sama seperti Solat Zuhur yang didirikan dalam waktunya. Apa yang membezakan di antara kedua solat ini hanyalah pada niatnya sahaja (di dalam takbir; Ada’an/Qadha’an).

2.         Niat Qadha’ bagi solat fardu lima waktu:

1.   Solat maghrib:

“Sahaja aku solat fardu maghrib tiga rakaat qadha’ kerana Allah Ta’ala”

2.   Solat Isyak:

“Sahaja aku solat fardu Isyak empat rakaat qadha’ kerana Allah Ta’ala”

3.  Solat Subuh:

“Sahaja aku Solat Fardu Subuh dua rakaat qadha’ kerana Allah Ta'ala”

 4. Solat Zuhur:

“Sahaja aku solat fardu Zuhur empat rakaat qadha’ kerana Allah Ta'ala”

5. Solat Asar:


“Sahaja aku solat fardu Asar empat rakaat qadha’ kerana Allah Ta'ala”

3.         Jika anda tertinggal Solat Fardu Subuh, anda sudah boleh meengerjakan solat qadha’ untuknya sebaik sahaja matahari telah terbit. Ringkasnya, ia sudah boleh dikerjakan sebaik sahaja telah tamat waktunya.

Selamat beribadat. Wallahu 'alam

Sumber: