Surah Yassin
Ramai yang sudah
mengetahui kelebihan Surah
Yassin yang terkandung di
dalam al-Quran merupakan sebuah surah yang selalu dibaca oleh umat
Islam terutama pada malam
Jumaat. Tetapi tahukah
kita bahawa dengan mengamalkan membaca Surah Yassin tidak kira masa, kita akan memperolehi pelbagai khasiat dan kebaikan.
Mengikut
sebuah hadis, Surah Yassin dinamakan Mub’mah (pemberi berita baik) di dalam kitab Taurat kerana ia
mengandungi manafa’at kepada pembacanya dikehidupandunia
juga akhirat, seperti menghindari penderitaan dunia akhirat dan juga menjauhkan
kedahsyatan kehidupan akhirat.
.
Surah
ini juga dikenali sebagai ‘Rafi’ah
Khafidah’, iaitu yang mengangkat darjat orang-orang yang beriman dan menurunkan darjat
orang-orang yang ingkar (tidak beriman).
Allah
SWT membacakan Surah Yassin dan Taha seribu tahun lamanya sebelum terciptanya langit dan bumi dan mendengarkan
ini, para malaikat pun berkata,“Umat dimana Al-Quran diturunkan akan dirahmati,
hati-hati yang memikulnya, iaitu yang menghafalnya akan
dirahmati dan lidah-lidah yang membacanya akan juga dirahmati.”
Rasulullah
SAW bersabda, “Hatiku
menghendaki supaya Surah Yassin berada disetiap hati Ummatku.”
KEBERKATAN SURAH YASSIN
Rasulullah SAW telah bersabda: “Bacalah Surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan.“
Berikut adalah beberapa keberkatan dan kebaikan yang dimaksudkan:
- Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.
- Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
- Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
- Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
- Jika terpenjara akan dibebaskan.
- Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
- Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
- Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
- Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
- Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
- Rasulullah S.A.W bersabda: “Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yasin. Sesiapa membaca surah Yasin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.”
- Sabda Rasulullah S.A.W lagi: “Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yasin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya.”
- Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
- Rasulullah S.A.W bersabda selanjutnya: “Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.
FADHILAT DAN KHASIAT SURAH YASIN
Banyak
kelebihan-kelebihan daripada surah Yassin yang disebutkan di dalam banyak
hadis. Antaranya:
Rasulullah SAW
bersabda;
1. “Sesiapa yang
membaca Surah Yassin dipermulaan
hari, segala hajatnya bagi hari itu akan dipenuhi“.
2. “Sesungguhnya
setiap sesuatu mempunyai hati dan hati Al-Quran itu ialah Surah
Yassin.”
3.
“ Sesiapa membaca Surah Yassin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti
pahala membaca Al-Quran sebanyak 10 kali.”
4. “Sesiapa yang
membaca Surah Yassin semata mata kerana Allah, segala dosa-dosanya
yang dahulu akan diampunkan. Oleh itu jadikanlah
sebagai amalan untuk dibaca ke atas orang yang mati.”
5. “Jika
seseorang itu membaca Surah Yassin pada setiap malam dan kemudiannya
meninggal dunia, ia akan mati sebagai mati syahid.”
6. “Sesiapa
membaca Surah Yassin, ia akan diampunkan, siapa sahaja yang
membaca semasa kelaparan, akan dihilangkan
kelaparannya itu, siapa membacanya dikala sesat jalan,
akan menjumpai jalannya semula,
siapa membaca kehilangan binatang akan mendapatkannya semula, dan bila
seseorang itu membacanya kerana bimbangkan kekurangan makanan, makanan itu
akan mencukupi. Dan jika membaca
kepada orang yang menghadapi penderitaan maut, akan dimudahkan baginya. Dan
jika seseorang itu membaca ke atas perempuan yang sukar untuk melahirkan anak akan dimudahkan
juga baginya.”
7. Maqri
rahmatullah ‘alaih berkata, “Jikalau Surah
Yassin dibaca oleh seorang yang takut pemerintah atau musuh, ia akan dihilangkan akan ketakutan itu.”
8. “Jikalau
seseorang itu membaca Surah Yassin dan Surah
Was-Saffat pada hari Jumaat dan memohon kepada
Allah sesuatu, doanya akan diterima.”
9. “Sesiapa
bersolat sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama Surah
Yassin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya dihadapannya
pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya
ditangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli
rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang
yang munafik.”
10. “Apabila
datang ajal orang yang suka membaca Surah Yassin pada setiap hari, turunlah
beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut.
Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika
mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya”.
11. “Malaikat Maut
tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yassin sehingga
datang Malaikat Redwan dari syurga
membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat
perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya
diambil.”
12.
“Sesiapa yang membaca Surah Yassin kerana Allah Azza wa
Jalla, Allah akan mengampuni dosanya dan memberinya pahala
seperti membaca Al-Qur’an 12 kali. JikaSurah
Yassin dibacakan di dekat orang yang sedang sakit, Allah menurunkan
untuknya setiap satu huruf 10 malaikat. Para malaikat itu
berdiri dan berbaris di depannya, memohonkan ampunan untuknya,
menyaksikan saat ruhnya dicabut, mengantarkan jenazahnya, bershalawat untuknya, menyaksikan saat
penguburannya. Jika surat ini dibacakan saat sakaratul maut atau menjelang
sakaratul maut, maka datanglah padanya malaikat Ridhwan penjaga surga
dengan membawa minuman dari surga, kemudian
memberinya minum ketika ia masih berada di katilnya, setelah minum ia mati
dalam keadaan tidak haus, sehingga ia tidak
memerlukan telaga para nabi sampai masuk ke surga dalam keadaan tidak haus.” (Tafsir Nur
Ats-Tsaqalayn).
13. Anas bin
Malik berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang mengunjungi perkuburan lalu
membaca Surah Yassin, maka pada hari itu Allah meringankan seksaan mereka dan bagi yang membacanya
mendapat kebaikan sebanyak penghuni kubur di perkuburan itu.” (Tafsir
Nur Ats-Tsaqalayn).
14. Imam Ja’far
Ash-Shadiq: “Sesungguhnya
setiap sesuatu mempunyai hati, dan hati Al-Qur’an adalah Surah Yassin.
Sesiapa yang membacanya sebelum tidur atau di siang hari sebelum keluar rumah, maka hari itu sampai ke
petang, ia tergolong pada orang-orang yang terjaga dan dikurniakan rezeki. Sesiapa yang membaca di malam harisebelum tidur, Allah mengutus 1,000 malaikat untuk menjaganya dari keburukan semua syaitan
yang terkutuk dan dari setiap penyakit; jika ia meninggal pada hari itu, Allah
akan memasukkannya ke syurga, 3,000 malaikat hadir untuk memandikannya, memohonkan
ampunan untuknya, mengantarkan ke kuburnya sambil memohonkan ampunanuntuknya; ketika ia dimasukkan ke
liang lahatnya para malaikat itu beribadah kepada Allah di dalam liang
lahatnya dan pahalanya dihadiahkan kepadanya, kuburnya diluaskansejauh mata memandang, diselamatkan dari siksa kubur, dan
dipancarkan ke dalam kuburnya cahaya dari langit sehingga Allah
membangkitkannya dari kuburnya kelak.” (Kitab Tsawabul A’mal).
Berikut ini
disenaraikan fadhilat dan kelebihan-kelebihan ayat ayat Surah Yassin…Semoga
kita semua dapat amal insyaAllah.
Rahsia
Kelebihan Ayat 1 - 9 :
Untuk keselamatan diri
Rahsia
Kelebihan Ayat 9 :
Orang jahat tak nampak kita
especially orang kafir. Tapi janganlah digunakan utk elak daripada
Kastam/polis. Tu dah niat lain.
Rahsia
Kelebihan Ayat 12 :
Merupakan Jantung Yaasiin -
Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini di hafal oleh setiap mukmin dan mukminat.
Rahsia
Kelebihan Ayat 13 - 35 :
Mengisahkan orang-orang yang mati
syahid.
Rahsia
Kelebihan Ayat 22 - 23 :
Untuk menjaga aqidah Memberi hidayah
kepada anak.
Rahsia
Kelebihan Ayat 29 :
Sebagai amalan untuk mengelakkan
diri dari di fitnah dan kejahatan mulut & juga utk digunakan jika kita
rasa orang nak fitnah or aniaya kita. Lebih elok selepas baca di semburkan ke
muka orang tsbt.
Rahsia
Kelebihan Ayat 30 :
Untuk keinsafan - Supaya dapat
dipertemukan dengan Allah s.w.t. (harus sentiasa berada dihati - beramal
dengannya).
Rahsia
Kelebihan Ayat 32 :
Untuk menginsafkan orang lain supaya
menjadi baik.
Caranya: Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t. Kita
umat Muhammad & kita orang Islam
Rahsia
Kelebihan Ayat 33 - 35 :
Elok dijadikan amalan bagi sesiapa
yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur
Rahsia
Kelebihan Ayat 36 :
Menerangkan yang kehidupan ataupun
kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan
bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh.
Caranya: Baca dan berdoa. Hembus dan sapu pada muka setiap pagi
sebelum keluar rumah.
Rahsia
Kelebihan Ayat 37 :
Adalah untuk menetapkan aqidah diri
sendiri. Hati yang kering akan hidup semula.
Rahsia
Kelebihan Ayat 38 :
Mengisahkan yang bulan dan matahari
pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu.
Rahsia
Kelebihan Ayat 39 :
Mengisahkan ilmu falak.
Rahsia
Kelebihan Ayat 40 :
Merupakan kenyataan Allah s.w.t.
yang satu.
Rahsia
Kelebihan Ayat 41 :
Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal
- Elok di baca sewaktu menaiki kenderaan.
Rahsia
Kelebihan Ayat 44 :
Mengisahkan keseronokan hidup di
dunia - Di baca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.
Rahsia
Kelebihan Ayat 45 - 48 :
Merupakan kedegilan orang kafir
kepada Allah s.w.t.
Rahsia
Kelebihan Ayat 49 :
Menceritakan hari akhirat dan
kehidupannya.
Tiupan 1 - Datang dengan tiba-tiba
Tiupan 11 - Hancur
Tiupan 111 - Semua orang di hidupkan
semula dan hadir dipadang Mahsyar.
Rahsia
Kelebihan Ayat 50 :
Setiap orang akan dihisap mengikut
amalannya.
Rahsia
Kelebihan Ayat 58 :
Merupakan salam daripada Allah. Jika
rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3x.
Rahsia
Kelebihan Ayat 76 :
Dibaca untuk mententeramkan diri
dari fitnah orang. Dijadikan amalan & jika hati rasa sedih, sebak atau
pun kecewa.Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tsbt.
Rahsia
Kelebihan Ayat 78 - 79 :
Dikhaskan untuk sakit urat, tulang
dan badan.Untuk doa ayat 78. “dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan
tulang belulang padahal telah hancur?. Juga bacalah jika sakit tulang, urat
atau tulang patah berikan ayat ini.
Rahsia
Kelebihan Ayat 79 :
Katakanlah, Yang akan
menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui
tentang segala makhluk.”
Rahsia
Kelebihan Ayat 82 :
Untuk Hajat - Jika berhajat sesuatu
bacalah 100x.
Dibaca pada air dan minum selama 40
hari boleh menjadi penawar.
Jika air habis ulang bacaan tsbt
sehingga 40 hari.
Caranya: Sembahyang Tahajjud (3x) berturut-turut pastu baca pada air
100x & berdoa apa sahaja hajat
- Buah-buahan
yang diceritakan dari dalam Al-Quran adalah:
Buah Zaiton - Elok untuk kulit
Kurma - Berkhasiat (memberi tenaga)
Delima - Dalam sebiji buah ada sebutir biji yang menjadi
penawar ubat yang mujarab
Ad Tin - Memberi kekuatan - tenaga, fikiran lemah, tidak
boleh beranak.
Seelok-eloknya dibaca :
1.
Selepas sembahyang subuh
2.
3 Jumaat berturut-turut
3.
Ayat 1 - Yassin baca 7x
4.
Ayat 38 - 12x
5.
Ayat 58 - 7x
6.
Ayat 82 - 14x
7.
Habis, diulang semula step 3 hingga
6. Kesemuanya Surah Yassin dibaca sebanyak 3x.
8.
Habis baca surah Yassin, baca Al-
Fatihah, bacalah hajat yg dihajati dan selepas hajat dibaca semula Al- Fatihah.
9.
Perlu yakin, insyallah dgn berkat
Allah ianya termakbul.
Selamat Beramal!
.
Surah Yassin ini hendaklah dibacakan
selalu ketika orang sakit, tengah nazak, sedang koma atau sudah meninggal
dunia. Baca di sisi mereka (terutama ayat 12), supaya orang tersebut berada
dalam kesenangan dan orang yang masih hidup insaf bahawa esok, lusa kita pula
akan menyusul.
.
Begitu banyak kelebihan dan kebaikan yang bakal kita perolehi melalui amalan
pembacaan Surah Yassin seperti yang telah disebut di atas. Sudah semestinya
salah satu cara untuk mendekatkan diri kepada seseorang melalui hatinya seperti
juga Surah Yassin hati kepada Al-Quran; Oleh kerana itu marilah kita sama-sama
mendekatkan diri kita kepada Allah SWT melalui ibadah dan bacaan Surah Yassin
yang banyak manfaatnya ini. InsyaAllah.
Amal
Terus Menerus
Nabi sallallahu `alaihi wa
sallam bersabda,
"Amal yang paling dicintai oleh Allah adalah yang dikerjakan terus menerus
walaupun sidikit.". (HR Bukhari dan Muslim)
Imam Nawawi rahimahullah mengatakan amal yang sedikit tetapi dikerjakan dengan terus menerus dan rutin adalah lebih baik daripada amal yang banyak tetapi terhenti-henti atau dilakukan sekali-sekala sahaja.
No comments:
Post a Comment