Zaman tidak lama sebelum kedatangan Nabi Muhammad s.a.w, dikenali sebagai zaman
jahiliyyah. Ini kerana ajaran para nabi yang sebenar sudah jauh menyimpang dan
terseleweng dari yang asal.
Dan malangnya, di zaman yang serba canggih dan
maju dengan alat telekomunikasi dan media massa ini pun masih ramai lagi orang
Islam yang amat jahil dengan agama, walaupun sudah begitu banyak tersebar
buku-buku agama, ceramah-ceramah dan tulisan-tulisan melalui pelbagai medium.
Daripada Anas r.a berkata: Bersabda Rasulullah
s.a.w: “Selagi akan ada di akhir zaman ahli ibadah yang jahil dan ulama
yang fasik.” (Hadis
riwayat Ibnu Adi)
Saidina Umar r.a pun pernah berbicara tentang
hal ini dan dia juga takut akan kemunculan ulama suu’ (ulama’ jahat / ulama’
dunia) dan ahli ibadah yang jahil ini.
Amat banyak kesan buruk akibat menjadi jahil
agama, dan di sini saya hanya kemukakan 10 darinya sahaja untuk difikir-fikir
dan direnung-renungkan bersama.
1 – Yang benar dikatakan salah, yang salah
dikatakan benar.
Apabila sudah tidak diketahui mana yang disuruh
agama, mana yang dilarang agama, maka akan terjadilah satu keadaan dimana yang
salah dikatakan benar, dan yang benar dikatakan salah. Manusia akan hanya mengikut
logik akal sendiri untuk menentukan mana yang baik dan mana yang buruk TANPA
panduan dari wahyu Allah melalui AlQuran dan AlHadith.
Mereka akan menjadi sesat dan akan menyesatkan
orang lain pula , terutamanya orang-orang yang jahil sepertinya juga. Mereka
tidak akan rasa bahawa mereka salah, dan mereka akan mempertahankan pendapat
mereka dengan sekeras-kerasnya kerana itulah yang mereka rasa betul, walhal
bercanggah dengan syara’.
Dari Abdurrahman Al-Anshari r.a bahawa
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sebahagian dari tanda-tanda dekatnya Hari
Kiamat adalah banyaknya bacaan (ramai yang pandai membaca) dan sedikit di
antara mereka yang mengerti agama, banyak umara’ (pemimpin) tetapi ketenteraman
berkurang.” (Hadith Riwayat
Thabrani).
2 – Mudah mengutuk dan menghina ulama’.
Akibat kejahilan, maka orang-orang jahil akan
dengan mudahnya mengutuk para ulama’ jika mereka mendengar suatu ucapan ulama’
yang tidak memenuhi selera dan ideologi mereka. Walaupun ulama’ itu menyebutkan
sesuatu yang berlandaskan kepada AlQuran dan AlHadith, tetapi kerana sijahil
tidak ada ilmu sebenar tentang agama, maka dengan mudah saja dia memandaikan
dirinya sendiri dan menyanggah ulama’.
Kita bukan disuruh ta’asub kepada seseorang
ulama’, tetapi berpada-padalah dan jangan sampai menghina ulama’ yang
memperjuangkan Islam. Ulama-ulama yang ada sekarang pun bukannya nabi,
mereka bukan maksum (tidak ada dosa). Jangan kerana tersilap kata atau ucapan
sedikit kita terus menghukum dengan berat dan menghinanya.
Daripada Sahl bin Saad as-Saaidi r.a. berkata:
Rasulullah s.a.w bersabda; “Ya Allah! Jangan kau temukan aku dan
mudah-mudahan kamu (sahabat) tidak bertemu dengan suatu masa di mana para ulama
sudah tidak diikut lagi, dan orang yang penyantun sudah tidak disegani lagi.
Hati mereka seperti hati orang Ajam (pada fasiqnya), lidah mereka seperti lidah
orang Arab (pada fasihnya).” (Hadith Riwayat Ahmad).
3 – Membela orang-orang yang jahil sepertinya
juga.
Apabila mereka sudah tidak mengenali mana yang
benar dan mana yang bathil, maka mereka akan menyokong dan mempertahankan
pendapat golongan yang mereka rasakan betul mengikut fikiran mereka.
Walaupun mereka sebenarnya telah mempertahankan kebathilan dan
kemungkaran.
Sebagai contohnya golongan gay yang menyokong
sesuatu yang dibuat oleh golongan gay lain. Mereka merasakan kononnya kasih
sayang itu tanpa batasan, dan manusia tidak patut disekat untuk berkasih sayang
walaupun sesama jantina. Itulah yang dirasakan terbaik oleh akal pemikiran
mereka, sedangkan ianya bercanggah dan menyeleweng dari apa yang diperintah dan
dilarang oleh Tuhan.
Memang nampak seperti bagus, kerana mereka
melaung-laungkan kasih sayang. Tetapi mereka tidak sedar akibat melepaskan
nafsu sesama jantina, kesannya amat lah buruk kepada diri manusia sendiri dan
generasi masa depan. Penyakit-penyakit yang merbahaya dan berjangkit pun akan
mudah dijangkiti sesama mereka, dan membawa masalah kepada orang-orang lain
pula nanti.
Dan bayangkan jika semua manusia menjadi gay
dan lesbian, siapa yang akan melahirkan anak nanti dan akan meneruskan zuriat
manusia? Tidakkah usaha untuk membela puak gay dan lesbian ini adalah
salah satu usaha untuk memupuskan manusia?
4 – Mudah mempercayai tuduhan dan hasutan.
Apabila mereka sudah mempercayai sesuatu pihak,
maka dengan mudahlah mereka akan terpengaruh dan mempercayai apa saja yang
dibawa dan dikatakan oleh pihak itu. Tidak kira ianya ternyata salah dan
merupakan fitnah, tetap akan dipercaya kerana keta’asuban dan pihak itu
memenuhi selera mereka dan mungkin telah memberikan banyak nikmat kepada
mereka. Sehingga mereka lupa, bahawa nikmat adalah kurniaan Tuhan, bukannya
kurniaan manusia.
Ditambah lagi dengan antara taktik Illuminati
untuk membrainwash / mempengaruhi manusia ialah melalui media massa seperti
televisyen, radio, dan akhbar. Sehinggakan ramai yang merasakan bahawa
segala yang dilaporkan dalam televisyen dan radio itu adalah benar belaka,
langsung tidak ada salah. Adakah radio dan televisyen itu maksum?
Dan tidak ketinggalan, ada pihak yang mengambil
kesempatan untuk mengawal radio dan televisyen utama sebagai alat untuk
menjayakan misi politik mereka dan kekal berkuasa.
5 – AlQuran hanya menjadi bahan bacaan semata.
Ramai yang membaca AlQuran setiap hari, siap
dengan lagu-lagu dan suara yang merdu. Tetapi berapa ramaikah yang membaca
sambil memikirkan dan menghayati isi kandungannya? Adakah Allah Ta’ala
menurunkan AlQuran agar kita membaca dengan berlagu dan bertajwid semata-mata
TANPA menghiraukan apakah kandungan isinya dan apa yang Allah nak beritahu pada
kita?
6 – Hukum-hakam Allah akan direndahkan
martabatnya dan dihina
Undang-undang dari Allah yang termaktub dalam
AlQuran dan AlHadith akan diperlekehkan dan direndahkan martabatnya. Ini sudah
berlaku dari zaman penjajah dulu lagi, kerana asalnya Undang-undang Islam sudah diamalkan sebelum kedatangan penjajah.
Tetapi selepas kedatangan penjajah, Undang-undang
Islam dibuang,
dan digantikan dengan Undang-undang British, yang sampai sekarang sebahagian
besarnya masih digunakan lagi. Undang-undang Islam direndahkan kepada masalah-masalah
nikah kahwin dan seumpamanya sahaja. Kedudukan Mahkamah Syariah yang
menjalankan Undang-undang Islam terletak di bawah Mahkamah Majistret. Ini
bermakna Undang-undang Allah diletakkan lebih rendah dari Undang-undang
British. Begitu sedih sekali.
Nabi Muhammad s.a.w telah memberi peringatan
tentang akan tiba masa Hukum Islam dicabut, seperti dalam hadis, “Tali yang disimpul
untuk mengikat ajaran Islam dirungkai satu persatu. Maka setiap kali
dirungkai, orang ramai berpegang dengan simpulan yang masih ada. Yang pertama
dirungkai ialah Hukum-hakam, dan yang paling akhir ialah solat”. (Hadith Riwayat
Ahmad)
Hinggakan sekarang ini pun ada orang Islam yang
mengatakan Hukum Hudud sudah tidak relevan lagi dipakai, tidak sesuai dengan
keadaan zaman moden ini. Sedangkan Hukum Hudud adalah Hukum yang terkandung
dalam AlQuranul Karim dan WAJIB dijalankan oleh pemerintah hingga lah ke Hari
Kiamat.
7 – Amal ibadah tidak diterima oleh Allah
s.w.t
Ini antara yang paling sedih didengar, kerana
jika suatu amal ibadah itu dilakukan tidak menepati apa yang disuruh oleh
Tuhan, maka amalan itu tidak akan diterima. Apa yang kita dapat hanyalah penat
dan lelah semata-mata dan ianya menjadi sia-sia. Inilah akibat jika tidak ada
ilmu tetapi berlagak pandai dan mengambil inisiatif sendiri tanpa panduan dari
sumber-sumber yang betul.
Firman Allah S.w.t yang bermaksud ;”Dan janganlah kamu
mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya,
sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati semuanya itu akan diminta
pertanggung-jawabnya.” (Surat Al-Israa’ : Ayat 36)
Rasulullah S.a.w bersabda yang bermaksud , “Sesiapa yang melakukan
sesuatu amalan yang tidak berasas kepada Sunnahku maka amalan itu ditolak
(tidak diterima oleh ALlah Subhanahu wa Ta’ala).” (Hadith Riwayat Bukhari dan
Muslim)
Syaitan-syaitan juga akan sentiasa menyuruh
ahli ibadah yang jahil agar melakukan ibadah kerana mereka tahu amal-amal itu
akan menjadi sia-sia dan memenatkan ahli badah itu semata-mata. Sebaliknya,
kepada orang-orang alim, syaitan akan berusaha untuk membuat mereka malas
beramal pula.
8 – Maksiat dan jenayah semakin berleluasa.
Apabila sudah jahil, yang mana satu dosa dan
yang mana satu pahala pun sudah tidak dikenali. Begitulah juga akibat dari
membiarkan pemerintah / pemimpin tidak melaksanakan Undang-undang Islam, maka jenayah dan maksiat akan semakin
berleluasa.
Jika anda mahu tahu, wanita-wanita seksi yang
bukan beragama Islam pun merasakan keseksiannya itu adalah perkara baik. Ada di
antaranya yang merasakan dia telah memberi KEPUASAN kepada ramai lelaki, dengan
kata lain dia telah membuat baik kepada ramai orang.
Kejahatan baginya hanyalah jika dia merompak,
membunuh dan menyakiti orang lain. Sedangkan jika dia memakai pakaian seksi,
itu bukannya satu kejahatan dan dia tidak mengkhianati sesiapa. Ini lah
akibatnya jika kita hanya mengikut kepala otak sendiri tanpa panduan dari
Tuhan. Sehinggakan kita lupa bahawa kesan dari seksi itu AMAT BURUK bagi diri
seorang lelaki lain yang melihatnya.
Seseorang lelaki akan dirangsang nafsu seksnya
jika terdedah kepada aurat-aurat wanita terutamanya yang meliuk lintuk dan
seksi. Kesan yang lebih buruk akan berlaku pada lelaki yang belum
berumahtangga, akan merasa tertekan dan ingin melepaskan nafsu syahwatnya. Maka
jika seseorang itu lemah dan tidak ada iman, boleh mengundang kepada berlaku
gejala seks bebas, merogol , seks dengan haiwan dan sebagainya.
9 – Akan terjadi perpecahan dan peperangan
sesama sendiri
Sudah tentulah kesan dari tidak menjalankan
Undang-undang Islam , akibat orang-orang Islam sendiri yang jahil tentang
hukum-hakam agama, akan menyebabkan terjadinya perpecahan dan peperangan sesama
sendiri.
“.……Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak
melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam al-Quran dan tidak mahu
menjadikannya sebagai pilihan, maka (di saat ini) Allah akan menjadikan
peperangan di kalangan mereka sendiri “. (Hadith Riwayat Ibnu Majah)
Ramai yang bersuara agar kita semua bersatu
padu, jangan berpecah-belah dan sebagainya, tetapi hanya sekadar memberi
nasihat mengikut teori sendiri. Tetapi langsung tidak mahu menghayati dan
mengambil pelajaran dari maksud hadith di atas.
Bagaimana mahu bersatu padu dan tidak berpecah
belah jika pemimpin kita masih mengamalkan Undang-undang ciptaan manusia dan
bukan Undang-undang Allah? Adakah Nabi Muhammad s.a.w pun sembang kosong
dalam hadith di atas?
“Hai orang-orang yang beriman, ta’atilah Allah
dan ta’atilah Rasul(Nya), dan ulil amri di antara kamu, kemudian jika
kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah
(Al-Qur’an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah
dan hari kemudian, yang demikian itu adalah lebih utama (bagimu) dan
lebih baik akibatnya.” (Surah An-Nisaa’ : Ayat 59)
10 – Generasi akan datang akan terdidik dalam
keadaan jahil.
Kesan dari wujudnya orang-orang jahil, dia
mungkin akan mengajar anak-cucunya dengan kejahilan juga sedikit sebanyak. Apa
lagi jika dia tidak menghantar anak-anaknya untuk belajar agama dengan
secukupnya.
Jika sekadar mengharapkan matapelajaran Agama
Islam yang dipelajari di sekolah rendah dan menengah, itu sebenarnya sangat
tidak mencukupi. Lagi pun ianya telah banyak ditapis dan asas pun belum cukup.
Apa lagi anak-anak pun bukan semuanya belajar dan menghayati betul-betul
matapelajaran Agama Islam di sekolah.
Kesimpulan
Maka ilmu agama WAJIB dipelajari kerana ia
termasuk dalam Fardhu Ain. Usahkan ilmu agama, ilmu tentang mengetahui keadaan
musuh pun digalakkan dipelajari dan dikaji. Kerana jika keadaan musuh
diketahui, maka kita boleh bersedia untuk menghadapinya dan tahu bila musuh
bertindak. Jika kita tidak tahu, maka akan senang-senang lah kita akan
ditipu dan diserang oleh musuh.
Menurut Al-Atsar (kata sahabat-sahabat dan
orang terkemuka), antara lainnya ialah Ali r.a berkata, “Barangsiapa
mengumpulkan padanya enam perkara, nescaya dia tidak meninggalkan dari mencari
syurga dan lari dari neraka, iaitu;
1 – Dia mengenal Allah, lalu mentaatinya.
2 – Dia mengenal syaitan, lalu mendurhakainya.
3 – Dia mengenal kebenaran, lalu mengikutinya.
4 – Dia mengenal kebathilan, lalu menjaga diri darinya.
5 – Dia mengenal dunia, lalu menolaknya.
6 – Dia mengenal akhirat, lalu mencarinya.
2 – Dia mengenal syaitan, lalu mendurhakainya.
3 – Dia mengenal kebenaran, lalu mengikutinya.
4 – Dia mengenal kebathilan, lalu menjaga diri darinya.
5 – Dia mengenal dunia, lalu menolaknya.
6 – Dia mengenal akhirat, lalu mencarinya.
Abu Umamah Al-Bahili r.a berkata, “Tatkala
Muhammad s.a.w diutuskan, lalu Iblis mendatangi tenteranya. Tentera itu lalu
berkata, “Sesungguhnya telah diutus seorang nabi dan telah muncul suatu umat.”
Iblis itu bertanya, “Adakah mereka itu mencintai dunia?” Tentera itu
menjawab, “Ya”.
No comments:
Post a Comment