Buat isteri isteri atau bakal bakal isteri, di
sini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai konsep poligami yang
seharusnya diterima dengan hati terbuka. Perkongsian ilmu kali ini adalah hasil
tulisan Dr. Yusuf Al-Qardhawi bertajuk Sistem
Masyarakat Islam dalam Al Qur’an dan Sunnah, Cetakan Pertama
Januari 1997, Citra Islami Press . Pintaku, bacalah dengan akal yang waras lagi
rasional bersuluh iman, bukan emosi yang membutakan mata hati sehingga tak
nampak apa yang indah di dalam isi.
Poligami
Orang-orang Kristian dan
Orientalis menjadikan poligami ini seakan akan syiar dari syiar-syiar Islam,
atau salah satu perkara yang wajib yang perlu untuk dilaksanakan. Ini adalah
sesat kerana dalam kehidupan seorang Muslim itu berkahwin dengan seorang isteri
yang menjadi penenteram dan penghibur hatinya, pendidik dalam rumah tangganya
dan tempat untuk meluahkan isi hatinya. Dengan demikian terciptalah suasana
yang tenang, mawaddah dan rahmah, yang merupakan sendi-sendi kehidupan suami
isteri menurut pandangan Al Qur’an.
Oleh kerana itu ulama
mengatakan, “Dimakruhkan bagi seseorang yang mempunyai seorang isteri yang
mampu memelihara dan memuaskannya untuk berkahwin lagi. Kerana ini akan membuka
peluang bagi dirinya untuk melakukan sesuatu yang haram di sisi Islam.
Allah berfirman:
“Dan
kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri (mu),
walaupun kamu sangat ingin berbuat demikian, kerana itu janganlah kamu terlalu
cenderung (kepada yang kamu cintai), sehingga kamu biarkan yang lain terlantar”
(An-Nisa’:
129)
Rasulullah SAW bersabda:
“Barangsiapa
yang mempunnyai dua isteri, kemudian lebih mencintai kepada salah satu di
antara keduanya maka ia datang pada hari kiamat sedangkan tubuhnya miring
sebelah. ”
(HR. Al
Khamsah)
Adapun orang yang lemah
(tidak mampu) untuk mencari nafkah kepada isterinya yang kedua atau khawatir
dirinya tidak dapat berlaku adil di antara kedua isterinya, maka haram baginya
untuk berkahwin lagi, Allah SWT berfirman,
“Jika
kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kahwinilah) seorang
saja…”
(An-Nisa’:
3)
Jelas lah kepada kita
yang paling utamanya adalah berkahwin dengan seorang sahaja demi menjaga diri
di dunia dan akhirat demi kesejahteraan keluarga dan individu terbabit. Islam
memperbolehkan untuk seorang Muslim berkahwin lebih dari satu (berpoligami),
kerana Islam adalah agama yang sesuai dengan fitrah yang bersih, dan memberikan
penyelesaian yang realistik dan baik tanpa perlu lari dari permasalahan.
Poligami pada zaman
sebelum Islam dan pada zaman Islam
Sebilangan orang bercakap
mengenai poligami seolah-olah Islam merupakan agama yang pertama kali
mensyariatkan poligami. Ini adalah satu kejahilan dari mereka atau mereka
berpura-pura tidak tahu tentang sejarah. Sesungguhnya banyak tamadun dan
agama-agama sebelum Islam yang membenarkan berkahwin dengan lebih dari seorang
wanita, bahkan boleh mencapai sehingga berpulah-puluh orang atau lebih, tidak
ada persyaratan dan tanpa sebarang ikatan apa pun.
Di dalam Injil Perjanjian
Lama diceritakan bahwa Nabi Daud dan Nabi Sulaiman mempunyai beratus orang
isteri.
Ketika Islam muncul, maka
islam meletakkan beberapa syarat untuk untuk berpoligami seperti menetapkan
jumlah maksimum adalah empat. Ketika Ghailan bin Salamah memeluk Islam, Dia
memiliki sepuluh isteri, maka Nabi SAW bersabda kepadanya, “Pilihlah dari
sepuluh itu empat dan ceraikanlah yang lainnya.”
Pernikahan Rasulullah SAW
dengan sembilan wanita ini merupakan kekhususan yang Allah berikan kepadanya,
kerana dakwah dan pelbagai strategi dalam memperkuatkan agama Islam. Sebagian
besar dari usia hidupnya bersama seorang isteri sahaja.
Adil Merupakan Syarat
Poligami
Adapun syarat yang
diletakkan oleh Islam untuk berpoligami adalah kepercayaan seorang Muslim pada
dirinya untuk berlaku adil di antara isterinya, dalam persoalan makan
minum, berpakaian, tempat tinggal, dan nafkah. Maka barangsiapa yang tidak
yakin terhadap dirinya atau kemampuannya untuk memenuhi hak-hak tersebut dengan
adil, maka diharamkan baginya untuk berkahwin lebih dari satu.
Allah berfirman:
“Jika
kamu takut berlaku tidak adil maka cukuplah satu isteri”
(An-Nisa’:3)
Kecenderungan yang
diperkatakan di dalam hadis ini adalah kecenderungan terhadap hak-hak isteri,
bukan adil dalam soal hati, kerana perkara ini termasuk keadilan yang tidak
mungkin dimiliki oleh manusia dan dimaafkan oleh Allah.
Allah SWT berfirman:
“Dan
kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri(mu),
walaupun kamu sangat ingin berbuat demikian, kerana itu janganlah kamu
terlalu cenderung (kepada yang kamu cintai), sehingga kamu biarkan yang lain
terkatung-katung.”
(An-Nisa’:
129)
Oleh kerana itu,
Rasulullah SAW menggilirkan isterinya dengan adil, beliau selalu berdoa, “Ya
Allah inilah penggiliranku (pembagianku) sesuai dengan kemampuanku, maka
janganlah Engkau mencelaku terhadap apa-apa yang Engkau miliki dan yang tidak
aku miliki.” Maksud dari doa ini adalah kemampuan untuk bersikap adil di dalam
kecenderungan hati kepada salah seorang isteri Nabi.
Rasulullah SAW apabila
hendak keluar jauh, beliau membuat undian untuk isterinya, mana yang mendapat
undian itulah yang akan pergi bersama beliau. Beliau melakukan itu supaya dapat
menghilangkan keresahan hati isteri-isterinya dan untuk memperoleh kepuasan
mereka bersama.
Hikmah Diperbolehkan
Poligami
Sesungguhnya Islam adalah
risalah terakhir yang datang dengan syariat yang bersifat umum dan abadi. Yang
berlaku sepanjang masa, untuk seluruh manusia.
Sesungguhnya Islam tidak
membuat peraturan dan dasar untuk orang yang tinggal di bandar sementara
melupakan orang yang tinggal di desa, tidak pula untuk masyarakat yang tinggal
di iklim yang sejuk, sementara melupakan masyarakat yang tinggal di iklim yang
panas. Islam tidak pula membuat peraturan untuk masa tertentu, sementara
mengabaikan masa-masa dan generasi yang lainnya. Sesungguhnya Islam menekankan
kepentingan individu dan masyarakat.
Ada manusia yang kuat
keinginannya untuk mendapat keturunan, akan tetapi ia dikurniakan isteri yang
tidak dapat beranak (mandul) kerana sakit atau sebab lainnya. Apapun hak-hak
isteri pertama mestilah tidak terabai selepas suami berkahwin lain.
Ada juga di antara kaum
lelaki yang kuat keinginannya dan kuat syahwatnya, akan tetapi dia dikaruniakan
isteri yang dingin keinginannya terhadap lelaki mungkin kerana sakit atau masa
haidnya yang terlalu lama atau sebab-sebab lainnya. Sementara lelaki itu tidak
dapat menahan dalam waktu lama tanpa wanita. Sebaiknya diperbolehkan untuknya
bnerkahwin dengan wanita yang halal daripada menceraikan isterinya. Islam
memberi pilihan yang amat wajar.
Selain itu jumlah wanita
dalam sesuatu masa terbukti lebih banyak daripada jumlah lelaki, terutama
selepas peperangan yang memakan banyak korban dari kaum lelaki dan para pemuda.
Maka di sinilah letaknya kemaslahatan sosial dan kemaslahatan bagi kaum wanita
itu sendiri. Iaitu untuk menjadi bersaudara dalam naungan sebuah rumah tangga,
daripada usianya dihabiskan tanpa merasai hidup berumah tangga, merasakan
ketenteraman, cinta dan kasih sayang, serta nikmatnya menjadi seorang ibu.
Inilah fitrah manusia yang tidak boleh dinafikan lagi.
Sesungguhnya ini adalah
salah satu dari tiga pilihan yang ada di tangan para wanita yang jumlahnya
lebih besar daripada jumlah kaum lelaki. Tiga pilihan itu adalah:
1.
Menghabiskan usianya
dalam kepahitan kerana tidak pernah merasakan kehidupan berkeluarga dan menjadi
ibu.
2. Menjadi
bebas (melacur, untuk menjadi umpan dan permainan kaum laki-laki yang rosak).
akan berlaku pergaulan bebas yang melahirkan anak-anak haram, anak-anak yang
dibuang akan kehilangan hak-haknya dan juga moral, sehinggakan menjadi beban
sosial bagi masyarakat.
3. Berkahwin
secara baik-baik oleh lelaki yang mampu untuk memberikan nafkah dan mampu
memelihara dirinya, sebagai isteri kedua, ketiga atau keempat.
Tidak diragukan bahawa
cara yang ketiga inilah yang adil dan paling baik serta merupakan ubat yang
mujarab. Inilah hukum Islam. Allah berfirman:
“Dan
hukum siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang
yakin.”
No comments:
Post a Comment