Thursday, January 15, 2015

Ketahui 40 tips perolehi ketenangan dan kebahagiaan

Daku Amat Menyintai Mu

SEMUA manusia waras pasti inginkan ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup mereka. Kerana apabila telah memperolehi kebahagiaan dan ketenangan maka keseluruhan tubuh seseorang itu akan turut merasa bahagia. Jiwanya akan tenang dan merasa sentiasa lapang. 

Semua orang inginkan hidup tenang dan bahagia
Ketahui 40 tips perolehi ketenangan dan kebahagiaan

Ketenangan dan kebahagiaan yang diperolehi akan terpancar pada wajah dan tindakan. Sebaliknya jika tidak memperolehi kebahagiaan dan ketenangan, jiwa dan fikirannya akan sentiasa dilanda keluh kesah, merasa kekosongan dan bagaikan tidak mempunyai apa-apa walaupun pada zahirnya hidup dalam serba kemewahan. Namun setiap masalah yang menimpa adalah ujian Allah Taala jua, jadi kena bermuhasabah dan kembali kepada-Nya. 

Berikut 40 tips yang anda boleh lakukan untuk hidup tenang dan bahagia : 

KESIHATAN 

1. Peruntukan masa untuk bersolat (fardhu mahupun sunat) dan baca al Quran. 
2. Minum banyak air. Sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. 
3. Bersarapan bagaikan seorang Raja, makan tengah hari seperti seorang Putera dan makan malam umpama seorang pengemis. Maskudnya, utamakan sarapan, bersederhana ketika makan tengah hari dan makan sedikit ketika makan malam. 
4. Lebihkan makanan daripada sayur-sayuran dan kurangkan mengambil makanan yang diproses. 
5. Hidup dengan prinsip 3E iaitu : energyenthusiasm dan empathy
6. Lebihkan permainan yang membina minda. 
7. Banyak membaca (lebih banyak berbanding tahun lalu). 
8. Duduk diam dan bertenang sekurang-kurangnya 10 minit setiap hari. 
9. Ambil masa 10 sehingga 30 minit untuk berjalan setiap hari. Pastikan anda tersenyum ketika berjalan. 
10. Tidur selama 7 jam. 

PERSONALITI 

1. Jangan bandingkan diri anda dengan orang lain. Anda sebenarnya tidak tahu mengenai kehidupan orang lain. 
2. Jangan buat anggapan negatif mengenai perkara yang berada di luar kawalan. Sebaliknya jana tenaga dalam kehidupan sekarang. 
3. Jangan melakukan sesuatu berlebih-lebihan. Ketahui had anda. 
4. Jangan terlalu memberikan tekanan pada diri sendiri. 
5. Jangan bazirkan masa berharga anda untuk bergosip. 
6. Bina impian ketika anda sedang berjaga, maka anda akan berusaha untuk merealisasikannya. 
7. Cemburu adalah perbuatan buang masa. Sedarlah bahawa anda sudah ada apa yang anda perlukan. 
8. Lupakan kisah silam yang menyakitkan. Jangan ungkit kesilapan yang telah dilakukan oleh pasangan. Itu akan memusnahkan kebahagiaan anda sekarang. 
9. Hidup ini terlalu singkat untuk anda bazirkan dengan menyakitkan hati orang lain. Jadi jangan membenci sesiapa pun. 
10. Berdamailah dengan masa lalu anda, jadi anda tidak merosakkan masa sekarang anda. 
11. Tidak ada orang yang boleh menggugat kebahagiaan anda kecuali diri anda sendiri. 
12. Ingatlah bahawa kehidupan ini adalah ‘sekolah’ untuk anda dan di sini anda harus belajar. Masalah adalah sebahagian daripada kurikulum pembelajaran yang akan datang dan pergi, tetapi proses pembelajarannya berlangsung sepanjang hayat. 
13. Banyakkan senyuman dan tertawa yang kena pada situasinya. 
14. Anda tidak perlu memenangi semua perdebatan. Bersetujulah untuk tidak bersetuju. 

KOMUNITI 

1. Selalulah berhubungan dengan keluarga anda. 
2. Berikan sesuatu yang baik pada orang lain setiap hari. 
3. Maafkan semua orang di atas segala kesalahan. 
4. Luangkan masa bersama orang yang berusia lebih 70 tahun dan yang berusia bawah enam tahun (ibu bapa, orang tua dan anak-anak yang masih kecil). 
5. Setiap hari cubalah untuk membuatkan sekurang-kurangnya tiga orang tersenyum. 
6. Apa yang orang lain fikirkan mengenai anda, itu bukan masalah anda. 
7. Kerjaya anda tidak akan menjaga anda ketika anda sakit. Sebaliknya keluarga dan rakan-rakan yang akan menjaga anda. Oleh itu, selalunya ingat mereka. 

HIDUP 

1. Lakukan perkara yang betul. 
2. Singkirkan semua yang tidak berguna, yang tidak cantik dan yang tidak mengembirakan.
3. Ingatlah bahawa Allah akan menyembuhkan segala-galanya. 
4. Apa pun, sama ada perkara baik atau jahat ia akan berubah. 
5. Tidak kira apapun perasaan anda bangunlah, bersiap dan bersedia. 
6. Yakinlah perkara yang baik pasti akan datang. 
7. Apabila anda bangun pagi dan anda masih hidup, maka ungkapkanlah Alhamdullilah (bersyukur kepada Allah). 
8. Suara hati anda sentiasa inginkan kegembiraan, kebahagian dan kedamaian. Maka bergembiralah, carilah kebahagiaan dan ungkaplah kedamaian. 
9. Akhir sekali. Zahirkan kebaikan kepada orang yang anda sayang dan juga orang lain. 

sumber 

No comments: