Monday, December 21, 2015

Sejarah penciptaan Adam dengan tanah di bumi


Pada suatu ketika Allah s.w.t. memerintahkan Malaikat supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya yang akan dijadikan bahan untuk mencipta Adam.

Allah perintahkan Malaikat..

Malaikat Jibril
Bumi enggan benarkan tanahnya diambil untuk penciptaan Adam, sehingga bumi bersumpah, demi Allah,aku tidak rela sebahagian tanahku diambil untuk dijadikan Adam kerana aku bimbang suatu hari nanti anak Adam akan melakukan maksiat kepada Allah.
Malaikat Jibril kembali semula kepada Allah semula.

Allah perintahkan Malaikat Mikail pula turun ke bumi.

Malaikat Mikail
Bumi mengatakan hal yang sama seperti Malaikat Jibril.Malaikat Mikail kembali dengan hampa dan tangan kosong.

Allah memerintahkan Malaikat Israfil untuk turun ke bumi dengan maksud yang sama. 

Malaikat Israfil
Setelah Malaikat Israfil mendengar sumpah bumi itu,Malaikat Israfil juga tidak dapat berbuat apa-apa.Malaikat Israfil kembali pada yang Esa dengan perasaan hampa.

Akhirnya,Allah perintahkan Malaikat Izra'il turun ke bumi untuk mengambil tanah.
Allah berfirman: "Hai Izra'il, engkau  kutugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah dengan ucapannya, janganlah engkau berputus asa,katakan bahawa kerjakan atas perintah dan atas namaKu."


Malaikat Izrail
Hai bumi, ketahuilah kedatanganku ke mari atas perintah Allah dan atas nama Allah. Jika engkau membantah atas permintaanku ini, bererti engkau telah membantah perintah Allah,dan sudah tentu engkau tidak mahu menjadi makhluk yang derhaka kepada Allah bukan?"

Mendengar kata-kata Izrail, bumi tidak dapat berkata apa-apa kecuali membiarkan Izrail mengambil tanahnya tanpa reaksi. Kemudian, Malaikat Izrail kembali kepada Allah.

Allah berkata "Wahai Izra'il, pertama engkau yang Ku tugaskan untuk mengambil tanah di bumi, kemudian di satu hari kelak engkau pula yang Ku tugaskan untuk mencabut roh manusia."

"
Jika demikian maka hamba khuatir yang hamba ini akan dibenci oleh anak Adam kerana pekerjaan yang akan hamba lakukan ini." Kata Izra'il.

"
Tidak." Allah berfirman. " Mereka tidak akan memusuhi engkau. Aku yang mengatur semuanya. Akan Aku jadikan sebab-sebab untuk mendatangkan kematian mereka seperti terbunuh,terbakar,dari sakit dan sebagainya.'' 
Menurut Ibnu Abbas 

 
Tanah tempat yang akan  berdirinya Baitul Muqaddis.
Kepala Adam daripada tanah Baitul Muqaddis, kerana di situlah adanya otak manusia dan di situlah tempat akal fikiran.
Tanah Bukit Tursina.
Telinga dari tanah Bukit Tursina, kerana ia adalah alat untuk mendengar dan tempat menerima nasihat.
Tulang dari tanah Bukit Tursina, alat untuk peneguh tubuh.
Tanah Iraq.
Dahi dari tanah Iraq, kerana di situlah tempat untuk sujud kepada Allah.
Tanah Aden.
Muka dari tanah Aden,kerana di situlah tempat berhias dan tempat kecantikan.
Tanah Al-kautsar.
Mata daripada tanah di telaga Al-kautsar, tempat untuk menarik perhatian.
Gigi dari tanah Al-kautsar, tempat bermanis-manis.
Tanah tempat yang akan  berdirinya Baitullah.
Tangan kanan dari tanah Kaa'bah, untuk mencari nafkah serta bekerjasama sesama manusia.
Tanah Paris.
Tangan kiri daripada tanah Paris,tempat beristinjak'.
Tanah Khurasan.
Perut dari tanah Khurasan, tempat lapar serta dahaga.
Tanah Babylon.
Kemaluan dari tanah Babylon, kerana di situ tempat berahi dari tipu daya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.
Tanah India.
Kedua kakinya  dari tanah India, tempat berdiri dan berjalan.
Tanah syurga.
Hati dari tanah Syurga, kerana di situ tempat iman,keyakinan,ilmu, kemahuan dan sebagainya.
Tanah Tha'if.
Lidah dari tanah Thaif, tempat mengucap kalimah syahadah, bersyukur dan berdoa kepada Allah.


No comments: