Monday, December 21, 2015

Qarin pendamping manusia

Assalamualaikum

Qarin adalah istilah yang digunakan untuk menunjuk kepada malaikat dan jin (golongan setan) yang mendampingi setiap manusia
Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada Qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w sendiri tidak terkecuali.
Cuma bezanya, Qarin Rasulullah telah diIslamkan dengan bantuan Allah SWT.

Tugas Qarin ialah, mendorong dampingannya untuk berbuat kejahatan.Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, rasa malas ketika hendak membaca Al-Quran dan sebagainya.Dia sentiasa bekerja keras untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.

Untuk mengimbangi adanya pendamping jahat, Allah mengutuskan Malaikat Qarin yang selalu membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan.
Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh Qarinnya lemah tidak berdaya. Caranya dengan membaca “Bismillah” sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca Al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah.

Qarin akan berpisah dengan ‘kembarnya’ hanya apabila manusia itu (kembarnya) meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan Qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi Qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan yang dilakukan manusia itu.

"Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat.''
Mereka bertanya: "Engkau juga ya Rasulullah?." 
"Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan saja."


والله أعلمُ

No comments: