Monday, December 21, 2015

Tentang Jin...

Assalamualaikum

  • Jin adalah suatu nama kepada satu-satu makhluk secara umum.Mereka sangat ramai sekali penduduknya, boleh dikatakan lebih ramai daripada manusia kerana umur jin panjang-panjang hingga mencecah ratusan dan ribuan tahun 

  •  Kediaman Jin ialah di lautan, daratan, di udara dan di Alam Mithal iaitu suatu alam di antara alam manusia dan alam malaikat.Makhluk jin lebih mengutamakan untuk tinggal di tempat-tempat yang sunyi dan sepi dari manusia seperti di padang pasir.  lombong, laut, tempat-tempat tinggi dan kubur. Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap belum duduk lagi, jin suka tinggal di situ. 

  • Makanannya dari Api asap kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk.Ada yang tinggal di tempat-tempat kotor (jin kafir) seperti di tempat pembuangan sampah kerana mereka memakan makanan lebihan manusia.

  • Kecepatan jin bergerak adalah melebihi gerak cahaya dalam satu saat. Memandangkan jin adalah terdiri daripada makluk yang seni dan tersembunyi, tidak zahir seperti manusia dan tidak sepenuhnya ghaib seperti malaikat, maka ruang yang kecil pun boleh di duduki oleh ramai jin dan ianya juga boleh memasuki dan menghuni tubuh badan manusia.

  • Jika di berikan oleh Allah kepada kita melihat Jin, sudah tentulah kita akan melihat jarum yang dijatuhkan dari atas tidak akan jatuh ke bumi , tetapi hanya jatuh di atas belakang Jin, disebabkan terlalu banyaknya jumlah mereka.Jarang ada suatu tempat di bumi ini yang tidak diduduki oleh jin, baik di daratan, lautan mahupun udara.

  • Antara kelebihan Jin yang telah diberikan oleh Allah ialah kemampuannya untuk mengubah dirinya dalam berbagai bentuk dan rupa.Jin tidak boleh di lihat, di sentuh dan di dengar oleh manusia dalam bentuk yang asal sebagaimana ianya diciptakan, kecuali dalam keadaan-keadaan tertentu, Jin boleh di lihat dalam rupa bentuk yang diingininya.Bentuk tubuh mereka itu ada yang pendek, ada yang terlalu tinggi dan ada bermacam-macam warna, iaitu putih, merah biru, hitam dan sebagainya

  • Jin juga seperti manusia yang inginkan keturunan dan hidup berpuak-puak. Puak dan kumpulan Jin terlalu banyak dan bercakap dalam berbagai-bagai loghat dan bahasa. Ada sesetengah ulama membahagikan Jin kepada beberapa kumpulan, antaranya kumpulan yang menunggu kubur, kumpulan yang menunggu gua, kumpulan yang menunggu mayat manusia, kumpulan yang menunggu hutan rimba, kumpulan yang menunggu bukit bukau, kumpulan yang menunggu air mata air, kumpulan yang menunggu tasik, kolam, teluk, kuala, pulau dan sebagainya.

  • Majoriti puak-puak Jin terdiri daripada golongan Jin kafir. Golongan Jin kafir ini kebanyakanya beragama Yahudi, Kristian, Komunis dan sangat sedikit daripada mereka yang beragama Buddha dan Majusi. Terdapat juga golongan Jin yang tidak beragama. Golongan Jin yang memeluk Islam hanyalah sedikit bilangannya dan terdiri daripada golongan manoriti jika di bandingkan dengan keseluruhan bilangan Jin

  • Di dunia,semua Jin boleh melihat manusia manakala manusia yang Khawas dan Khawasil-Khawas sahaja yang boleh melihat Jin selain daripada para Nabi dan Rasul. Manakala di akhirat pula semua manusia mukmin yang ahli syurga boleh melihat Jin manakala Jin yang Khawas dan Khawasil-Khawas sahaja yang boleh melihat manusia.


  •  Jin kafir suka merasuk manusia dengan berbagai-bagai cara, kerana pada pandangan mereka manusia-manusia  itu bukanlah manusia sebenarnya, sebaliknya adalah rupa seekor binatang. Manusia yang Khawas dan Khawasil-Khawas tidak dapat di rasuk oleh Jin, bahkan Jin pula akan datang kepada mereka untuk bersahabat.
                                    
    jin suka sangat asap kemenyan

Antara Jin yang paling tersohor dan dikenali ialah
  •  Iblis:
  •  Syaitan:
  •  Ifrit:
  • Bunian
  • Qarin
  • Al-Maraddah Peragu-peragu ( pewas-was )
  • Al-Afrit Penipu-penipu
  • Al-A’waan Pelayan-pelayan
  • Al-Tayyaaruun Penerbang-penerbang
  •  Al-Ghawwaasuun Penyelam-penyelam
  •  At-Tawaabi Pengikut-pengikut ( pengekor )
  • Al-Qurana Pengawan-pengawan
  •  Al-Ummaar Pemakmur.
  •  Jin islam,jin kafir
  • lain-lain

Jin Islam
  • Mempunyai rupa paras yang elok.
  • Jin itu berpakaian seperti orang-orang baik dan soleh...mungkin serba putih...serba hijau...berketayap...berserban jubah dan sebagainya.
  • Jin itu menolong manusia walau apa pun cara yang ia perlihatkan..seperti merawat...memberi panduan..mencari orang hilang dan sebagainya..
  • Taat dan soleh.Ada juga jin Islam yang suka buat maksiat sama juga seperti manusia
  • Jin yang soleh tinggal di masjid dan tempat-tempat yang baik


Jin kafir
  • Mempunyai rupa yang huduh dan menakutkan
  • Jin kafir kebanyakkannya menjadi budak suruhan Iblis dan syaitan.
  • Ahli sihir dan bomoh-bomoh kebanyakkannya menggunakan khidmat jin kafir atau syaitan untuk menjalankan kerja-kerja mereka untuk menyihir manusia atau membuat kerosakkan dimuka bumi dengan memecah-belahkan perpaduan umat Islam. mereka tinggal di bilik mandi dan tempat-tempat yang kotor. 
  • Tulang dan kotoran hewan adalah makanan jin.


Abu Bakar bin Ubaid meriwayatkan:
"Pada setiap rumah kaum muslimin ada jin Islam yang tinggal di atapnya, setiap kali makanan diletakkan, maka mereka turun dan makan bersama penghuni rumah. "

No comments: