Monday, December 21, 2015

6 CARA BERKESAN UNTUK KELUAR DARI HUTANG YANG ANDA BOLEH MULAKAN HARI INI

Kita ada mendengar berbagai cara yang boleh kita lakukan untuk keluar daripada masalah hutang kita.Selalunya ia tidaklah semudah yang dijangkakan tetapi dengan maklumat yang saya ingin kongsikan di sini, mungkin ia boleh membantu anda. Anda juga mungkin tidak memerlukan pertolongan daripada mana-mana pihak.
Di sini saya ingin terangkan 5 cara berkesan untuk keluar dari hutang.
Siapkan satu senarai hutang-hutang anda, jumlahnya dan kadar pinjaman tersebut. Utamakan untuk membayar hutang-hutang yang mempunyai kadar faedah yang tinggi dahulu.

ketika anda di dalam proses untuk mengawal keadaan kewangan anda jangan lagi menambah hutang anda kerana ini akan memburukkan lagi keadaan.
Anda mesti menyenaraikan semua perbelanjaan-perbelanjaan anda itu. Tujuannya adalah untuk mengetahui di mana berlakunya pembaziran. Mungkin anda masih membayar bil handphone pada harga yang tinggi walaupun ada kadar yang lebih menjimatkan. Mungkin anda terpaksa menghentikan langganan Astro sebagai contoh. Walaupun anda fikir anda cuma berbelanja RM80 sebulan untuk Astro tetapi jika anda berhenti anda akan jimat RM960.00 setahun! Mungkin anda boleh jimat dengan membeli barang-barang keperluan di Mydin daripada berbelanja Giant contohnya. Semua penjimatan ini anda boleh masukkan ke dalam tabung khas untuk membayar hutang-hutang anda itu.
Kepada sebahagian besar masyarakat akibat menggunakan kad kreditlah menjadi penyebab utama mereka jatuh ke dalam lembah berhutang. Dengan kad kredit amat mudah untuk kita berbelanja tanpa mengambil kira samada kita mampu untuk membayar pembelian tersebut. Membayar pada kadar minima tiap-tiap bulan membuatkan bunga pada pembelian kad kredit anda itu bertambah-tambah. Jadi mulai dengan menutup semua akaun-akaun kad kredit anda itu yang anda tahu akan menyusahkan hidup anda. Percayai dengan slogan “Cash is King”.
Menabung adalah satu kemestian. Mulakan walaupun dengan amaun yang kecil tetapi mesti konsisten. Siapkan 3 tabung khas di atas meja sebelah katil anda. Satu untuk membayar hutang, satu untuk tabungan dan satu untuk bersuka-ria. Tentukan kadar-kadar bagi tiap-tiap satunya, contoh 10% untuk membayar hutang, 10% untuk tabungan dan 5% untuk bersuka-ria. Jadi apabila anda mendapat apa-apa bayaran atau gaji, bayar kepada tabung-tabung ini dahulu.
Tidak mudah untuk kita membayar balik hutang kita dengan menggunakan gaji atau pendapatan yang kita dapat tiap-tiap bulan. Lebih-lebih lagi kepada anda yang makan gaji dan menerima pendapatan yang tetap tiap-tiap bulan. Jadi untuk kita menambahkan lagi pendapatan kita haruslah mencari punca pendapatan yang lain. Ramai yang berniaga atau bekerja pada hari cuti. Ramai juga yang berkecimpung di dalam perniagaan secara online. Ini adalah kerana, berniaga secara online tidak memerlukan anda untuk sentiasa di situ. Pasaran di internet juga berkembang dengan amat pesat. Ramai pembeli sekarang konfiden untuk membuat pembelian di internet.
Selamat mencuba langkah-langkah ini!

No comments: