Monday, December 21, 2015

Siapa Malaikat Jibril..


Assalamualaikum

Malaikat Jibril merupakan malaikat yang menyampaikan wahyu kepada para Nabi dan para Rasul. Berdasarkan Al-Quran, Malaikat Jibril adalah ketua kepada keseluruhan para Malaikat.
Allah SWT menciptakan Malaikat Jibril dengan bentuk,rupa yang cantik, iaitu:
600 sayapnya yang sangat panjang , sayap itu jaraknya menutupi ufuk diantara timur dan barat.
Di setiap sayapnya, berjatuhan permata dan yakut yang berwarna warni.
Sekiranya seluruh air sungai dan laut di muka bumi ini dicurahkan ke Jibril, maka tidak akan jatuh walau setitis pun.

Malaikat Jibril a.s. mampu terbang dalam keadaan yang sangat pantas. Contoh,sekiranya ada pertanyaan sesuatu kemusykilan agama kepada Rasulullah s.a.w., belum pun sempat selesai bertanya, Malaikat Jibril a.s. telah pun sampai dengan jawapan iaitu wahyu dari Allah s.w.t. Padahal jarak di antara setiap lapisan langit adalah jauhnya lima ratus tahun perjalanan.

Malaikat Jibril telah menampakkan bentuk rupanya kepada baginda Nabi Muhammad s.a.w. sebanyak dua kali iaitu:
1.Ketika turunnya wahyu pertama di gua Hira'
2.Ketika Isra' dan Mikraj

Tetapi secara keseluruhannya, Malaikat Jibril turun kepada bagindaMuhammad s.a.w. sebanyak 124,000 kali, Nabi Isa a.s. hanya ditemui sebanyak 10 kali oleh Malaikat Jibril manakala Nabi Musa a.s. beberapa puluh kali sahaja. Jibril jugalah malaikat yang telah menyampaikan berita kelahiran Nabi Isa kepada ibunya Siti Maryam 

Malaikat Jibril sering turun ke muka bumi dan berubah bentuk menyerupai manusia (lazimnya lelaki) untuk mudah  baginya bertemu  para nabi. Di antaranya ketika peristiwa Jibril bertanyakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. tentang Islam,Iman dan ihsan serta tanda-tanda hari kiamat. Malaikat Jibril juga pernah mengiringi Nabi Muhammad s.a.w. dalam peristiwa  Isra’ dan Mikraj iaitu perjalanan malam dari Mekah ke Baitul Maqdis lalu naik ke langit sebelum Nabi Muhammad sendiri menemui Allah Swt di Sidratul Muntaha.

Nama Malaikat Jibril disebut didalam Al-Quran iaitu:

"Katakanlah (wahai Muhammad): Sesiapa memusuhi Jibril maka sebabnya ialah kerana Jibril itu menurunkan Al-Quran ke dalam hatimu dengan izin Allah, Jibril yang mengesahkan kebenaran Kitab-kitab yang ada di hadapannya (yang diturunkan sebelumnya), serta menjadi petunjuk dan memberi khabar gembira kepada orang-orang yang beriman." – (Surah Al-Baqarah: 97)

"Sesiapa memusuhi Allah (dengan mengingkari segala petunjuk dan perintahNya) dan memusuhi Malaikat-malaikatNya dan Rasul-rasulNya, terutama Malaikat Jibril dan Mikail, (maka dia akan disiksa oleh Allah) kerana sesungguhnya Allah adalah musuh bagi orang-orang kafir." – (Surah Al-Baqarah: 98)

"Jika kamu berdua bertaubat kepada Allah (wahai isteri Nabi, maka itulah yang sewajibnya), kerana sesungguhnya hati kamu berdua telah cenderung (kepada perkara yang menyusahkan Nabi) dan jika kamu berdua saling membantu untuk (melakukan sesuatu yang) menyusahkannya, (maka yang demikian itu tidak akan berjaya) kerana sesungguhnya Allah adalah Pembelanya dan selain dari itu Jibril serta orang-orang yang soleh dari kalangan orang-orang yang beriman dan malaikat-malaikat juga menjadi penolongnya" – (Surah At-Tahrim: 4)

Sabda Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: "Jibril a.s. sentiasa berharap hendak menjadi manusia kerana tujuh perkara :-

1. Dapat sembahyang lima waktu secara berjemaah.
2. duduk bersama para ulamak
3. menziariahi orang sakit
4. menghantar jenazah
5. memberi air minum
6. mendamaikan di antara 2 orang yang bermusuh-musuhan
7. memuliakan jiran dan anak-anak yatim

No comments: