Untuk
renungan bersama..
1..
Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, ampunilah dosa mulut
dan lidahku ini".
2..
Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka
ku di akhirat kelak. Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
3..
Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah,
berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".
4..
Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, janganlah
Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".
5..
Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, lindunganlah
daku dari terik matahari di padang Mahsyar dengan Arasy Mu".
6..
Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, ampunilah dosa
telinga ku ini".
7..
Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah,
permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".
8..
Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, bawakanlah
daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat".
Maksud
Tersirat:
Penjelasan
nombor 1 : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.
Penjelasan
nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.
Penjelasan
nombor 3 : Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan.
Penjelasan
nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri.
Penjelasan
nombor 5 : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.
Penjelasan
nombor 6 : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll.
Penjelasan
nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.
Penjelasan
nombor 8 : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah.
Ramai
di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam
Islam mempunyai hikmahnya yang tersendiri. Pernahkah kita terfikir mengapa kita
mengambil wuduk sedemikian rupa?. Pernahkah kita terfikir segala hikmah yang
kita perolehi dalam menghayati Islam?. Pernahkah kita terfikir mengapa Allah
lahirkan kita sebagai umat Islam? Bersyukurlah dan bertaubat selalu.
No comments:
Post a Comment