Al-Quran merupakan petunjuk dan ubat
bagi mereka yang benar-benar yakin dan beriman dengannya. Tidak semua ilmu
al-Quran ini dikuasai oleh seseorang. Tetapi mendalami ilmu-ilmu al-Quran akan
dapat meningkatkan lagi kekuatan iman seseorang. Al-Quran adalah mukjizat. Ia
juga mengandungi pelbagai hikmah yang hanya diketahui secara
keseluruhannya oleh Yang Maha Pencipta. Sesiapa yang Allah kurniakan sebahagian
hikmah ini kepadanya maka dia telah dibekalkan dengan bekalan yang terbaik.
“Bacaan al-Quran adalah suatu
ibadah. Setiap huruf akan diganjarkan dengan 10 kebajikan. Bukannya Alif
Lam Mim (الم) itu satu huruf kata Nabi SAW, tetapi Alif itu satu huruf, Lam itu
satu huruf dan Mim itu satu huruf. Surah Yaasin pula diganjarkan sebagaimana
yang diniatkan oleh pembacanya.”
(al-Hadith).
.
Bacaan Surah Yasin tidak tertakluk
pada malam Jumaat sahaja. Bila-bila masa pun boleh dibaca sekiranya inginkan
pada pahala dan berkahnya, apatah lagi jika ada sesuatu permasalahan, kesusahan
dan musibah yang perlu di atasi segera.
.
.
Yasin
7 Mubin
Kali ini kita fokaskan pada bacaan ‘Yasin
7 Mubin’. Dalam Surah Yaasin terdapat tujuh tempat perkataan “mubin”
iatu pada ayat;
1) Ayat 12 = Mubin
Pertama
Sesungguhnya Kami
menghidupkan orang-orang yang mati, dan Kami tuliskan segala yang mereka telah
kerjakan serta segala kesan perkataan dan perbuatan yang mereka tinggalkan. Dan
(ingatlah) tiap-tiap sesuatu kami catitkan satu persatu dalam Kitab (ibu
Suratan) yang jelas nyata.
.
2) Ayat 17 = Mubin Kedua
“Dan tugas Kami hanyalah menyampaikan
perintah-perintahNya dengan cara yang jelas nyata”.
.
3) Ayat 24 = Mubin
Ketiga
“Sesungguhnya aku (kalau
melakukan syirik) tentulah aku pada ketika itu berada dalam kesesatan yang
nyata.
.
4) Ayat 47 = Mubin
Keempat
Dan apabila dikatakan
kepada mereka:” Dermakanlah sebahagian dari rezeki yang dikurniakan Allah
kepada kamu”, berkatalah orang-orang yang kafir itu kepada orang-orang yang
beriman (secara mengejek-ejek): ” Patutkah kami memberi makan kepada orang yang
jika Allah kehendaki tentulah Ia akan memberinya makan? Kamu ini hanyalah
berada dalam kesesatan yang nyata”.
.
5) Ayat 60 = Mubin
Kelima
“Bukankah Aku telah
perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan?
Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu!
.
6) Ayat 69 = Mubin
Keenam
(Nabi Muhammad bukanlah
penyair) dan Kami tidak mengajarkan syair kepadanya, dan kepandaian bersyair
itu pula tidak sesuai baginya. Yang Kami wahyukan kepadanya itu tidak lain
melainkan nasihat pengajaran dan Kitab Suci yang memberi penerangan;
.
7) Ayat 77 = Mubin
Ketujuh
Tidakkah manusia itu
melihat dan mengetahui, bahawa Kami telah menciptakan dia dari (setitis) air
benih? Dalam pada itu (setelah Kami sempurnakan kejadiannya dan tenaga
kekuatannya) maka dengan tidak semena-mena menjadilah ia seorang pembantah yang
terang jelas bantahannya (mengenai kekuasaan Kami menghidupkan semula
orang-orang yang mati),
.
.
Cara
membaca Surah Yassin
Yasin ada beberapa kaedah dan cara
pembacaannya, bergantung kepada tujuan khususnya. Ada Yasin
Tunggal (biasa), Yasin Wirid (untuk rezeki) dan ada yang
membaca Yasin 7 Mubin untuk sesuatu hajat.
.
Yasin 7 Mubin ini dibaca untuk mendapatkan
semula barangan berharga yang telah dicuri atau hilang. Barang dalam
hal ini perlulah barang yang berharga seperti anak, kenderaan, barang kemas dan
sebagainya. Tidak boleh dibaca bagi barang kurang berharga ataupun barang yang
boleh luput seperti buah durian atau yang sejenis dengannya.
.
.
Kaedah
Membaca Yasin 7 Mubin
Kaedah yang dinyatakan ini adalah
satu ikhtiar yang boleh diamalkan bagi bermohon kepada Allah SWT agar barang
yang hilang atau dicuri dijumpai semula. Yasin 7 Mubin perlu dibaca dengan
kadar yang segera iaitu dalam tempoh 24 jam dari kehilangannya.
.
A. Langkahnya adalah seperti
berikut:-
- Lakukan Solat Hajat sekurang-kurangnya 2 rakaat dengan bermohon supaya Allah SWT mengembalikan barang yang hilang atau dicuri.
- Boleh juga dibaca Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali secara bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Ta’ala, ketika dalam sujud yang terakhir.
- “Tidak ada Tuhan selain Dikau. Maha Suci Dikau Ya Allah, sesungguhnya daku adalah termasuk orang-orang yang aniaya.”
- Selesai Solat Hajat,mulakan bacaan Surah Yasin mengikut kaedah seperti berikut;
- Membaca Surah Yasin, apabila sampai pada setiap perkataan ‘Mubin’ (مبين), hendaklah wakaf (berhenti) dan berdoalah supaya Allah SWT mengembalikan barang yang hilang, kemudian ulangi semula bacaan Yasin daripada permulaan surah.
.
.
B. Cara-cara untuk membacanya
ialah :
- Bacaan Yasin dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah dan Selawat 11 kali.
- Baca Yasin sehingga di Mubin (مبين) pertama (ayat ke 12) dan berdoa.
- Baca semula dari awal sehingga Mubin yang kedua (ayat ke 17) dan berdoa.
- Baca semula dari awal sehingga Mubin yang ketiga (ayat ke 24) dan berdoa.
- Baca semula dari awal sehingga Mubin yang keempat (ayat ke 47) dan berdoa.
- Baca semula dari awal sehingga Mubin yang kelima (ayat ke 60) dan berdoa.
- Baca semula dari awal sehingga Mubin yang keenam (ayat ke 69)dan berdoa.
- Ulang semula dari awal sehingga Mubin yang ketujuh (ayat ke 77), berdoa .
- Lengkapkan bacaan Yasin sehingga habis ke penghujung surah dan disudahi dengan bacaan penutup (صدق الله العظيم).
.
Setelah selesai bermakna anda telah
berdoa sebanyak 28 kali.
Untuk mendapatkan kesan yang lebih
mujarab, lakukan amalan ini selama tiga malam berturut-turut sebaik sahaja
mengetahui kehilangan barang tersebut.
.
.
Fadhilat
Lain Yasin 7 Mubin
Dari kajian, kaedah di atas juga
boleh digunakan untuk:
1. Pendinding dari gangguan jin dan
syaitan.
2. Memanggil anak-anak yang lari dari rumah.
3. Melindungi diri dari difitnah atau dizalimi manusia.
4. Dibaca bagi pesakit yang sedang tenat (baca pada air untuk diminum).
2. Memanggil anak-anak yang lari dari rumah.
3. Melindungi diri dari difitnah atau dizalimi manusia.
4. Dibaca bagi pesakit yang sedang tenat (baca pada air untuk diminum).
.
Perlu ditegaskan, ini adalah satu
kaedah zikir, janganlah meletakkan pergantungan kepada ayat, jaga iktikad anda
dan berserahlah hanya kepada Allah SWT semata.
Selamat mencuba…
Semoga ini dapat memberikan manfaat
untuk kita semua .. Insya-Allah …
No comments:
Post a Comment