Anas bin Malik r.a. berkata: Iblis telah
bertanya pada Allah, katanya : "Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan
anak Adam tempat kediaman untuk mereka berteduh dan berzikir kepadaMu, oleh itu
tunjukkanlah padaku tempat kediaman untukku."
Firman Allah: "Tempat kediamanmu adalah di
dalam tandas."
Iblis bertanya lagi: "Wahai Tuhanku,
Engkau telah berikan anak Adam berkumpul di masjid, di manakah pula tempatku
berkumpul?"
Firman Allah: "Tempatmu berkumpul ialah di
pasar-pasar, pesta, pusat membeli belah, kelab malam, tempat hiburan serta
majlis-majlis maksiat."
Iblis bertanya: "Wahai Tuhanku, Engkau
berikan anak Adam itu kitab (al-Quran) untuk mereka membacanya, tunjukkanlah
apa pula bahan bacaanku?"
Firman Allah: "Bacaan untukmu ialah syair
dan sajak yang melalaikan."
Iblis bertanya: "Wahai Tuhanku, Engkau
telah berikan kepada mereka cerita-cerita benar, apakah pula cerita
bagiku?"
Firman Allah: "Cerita bagimu ialah
kata-kata kesat dan dusta."
Iblis bertanya:"Wahai Tuhanku, Engkau
telah berikan azan kepada anak Adam untuk mereka memanggil orang sembahyang,
apa pula azan untukku?"
Firman Allah: "Azan untukmu ialah
seruling."
Iblis bertanya: "Wahai Tuhanku, Engkau
telah menghantar utusan-Mu dari para rasul dan juga nabi, siapakah yang menjadi
utusanku?"
Firman Allah: "Para utusan mu terdiri
daripada bomoh, tabib dan dukun yang menduakan Aku."
Iblis Bertanya: "Wahai Tuhanku, Engkau
berikan kitab suci al-Quran yang bertulis kepada mereka, apakah pula tulisan
bagiku?"
Firman Allah: "Tulisanmu ialah tatu, gincu
serta lukisan di badan."
Iblis bertanya:"Ya Tuhanku, Engkau berikan
anak Adam perangkap, apakah pula perangkap bagiku?"
Firman Allah: "Perangkap bagimu ialah
wanita."
Iblis bertanya: "Ya Tuhanku, Engkau
berikan mereka minuman yang halal yang disebutkan nama-Mu, apakah pula minuman
untukku?"
Firman Allah: "Minumanmu ialah sesuatu
yang memabukkan serta tidak disebutkan nama-Ku padanya."
Sabda Rasulullah saw : " Wahai manusia,
laksanakanlah amalan-amalan menurut kemampuan kamu. Sesungguhnya Allah tidak
akan bosan sebelum kamu merasa bosan. Sesungguhnya amalan yang paling disukai
Allah ialah amalan yang ringan namun berterusan."
(Hadis Riwayat Muslim)
No comments:
Post a Comment