Ramai yang sudah mengetahui
kelebihan Surah Yassin yang terkandung di
dalam al-Quran merupakan sebuah surah yang selalu dibaca oleh umat
Islam terutama pada malam Jumaat. Tetapi tahukah kita bahawa dengan
mengamalkan membaca Surah Yassin tidak kira masa, kita akan memperolehi
pelbagai khasiat dan kebaikan.
Mengikut sebuah hadis, Surah Yassin
dinamakan Mub’mah (pemberi berita baik) di dalam kitab Taurat
kerana ia mengandungi manafa’at kepada pembacanya dikehidupan
dunia juga akhirat, seperti menghindari penderitaan dunia akhirat dan juga
menjauhkan kedahsyatan kehidupan akhirat.
Surah ini juga dikenali sebagai ‘Rafi’ah
Khafidah’, iaitu yang mengangkat darjat orang-orang yang beriman
dan menurunkan darjat orang-orang yang ingkar (tidak beriman).
Allah SWT membacakan Surah Yassin
dan Taha seribu tahun lamanya sebelum terciptanya langit dan bumi dan
mendengarkan ini, para malaikat pun berkata,“Umat dimana Al-Quran
diturunkan akan dirahmati, hati-hati yang memikulnya, iaitu yang menghafalnya
akan dirahmati dan lidah-lidah yang membacanya akan juga dirahmati.”
Rasulullah SAW bersabda, “Hatiku
menghendaki supaya Surah Yassin berada disetiap hati Ummatku.”
KEBERKATAN SURAH YASSIN
Rasulullah SAW telah bersabda: “Bacalah
Surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan.“
Berikut adalah beberapa keberkatan
dan kebaikan yang dimaksudkan:
1. Apabila orang lapar membaca surah
Yassin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan
siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan
siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
.
FADHILAT DAN KHASIAT SURAH YASIN
Banyak kelebihan-kelebihan daripada
surah Yassin yang disebutkan di dalam banyak hadis. Antaranya:
Rasulullah SAW bersabda;
1. “Sesiapa yang membaca Surah
Yassin dipermulaan hari, segala hajatnya
bagi hari itu akan dipenuhi“.
2. “Sesungguhnya setiap
sesuatu mempunyai hati dan hati Al-Quran itu ialah Surah Yassin.”
3. “ Sesiapa membaca Surah
Yassin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca Al-Quran
sebanyak 10 kali.”
4. “Sesiapa yang membaca Surah
Yassin semata mata kerana Allah, segala dosa-dosanya yang dahulu akan diampunkan.
Oleh itu jadikanlah sebagai amalan untuk dibaca ke atas orang yang mati.”
5. “Jika seseorang itu membaca
Surah Yassin pada setiap malam dan kemudiannya meninggal dunia, ia akan mati sebagai
mati syahid.”
6. “Sesiapa membaca Surah
Yassin, ia akan diampunkan, siapa sahaja yang membaca semasa kelaparan,
akan dihilangkan kelaparannya itu, siapa membacanya dikala sesat jalan,
akan menjumpai jalannya semula, siapa membaca kehilangan binatang akan mendapatkannya
semula, dan bila seseorang itu membacanya kerana bimbangkan kekurangan makanan,
makanan itu akan mencukupi. Dan jika membaca kepada orang yang
menghadapi penderitaan maut, akan dimudahkan baginya. Dan jika seseorang
itu membaca ke atas perempuan yang sukar untuk melahirkan anak
akan dimudahkan juga baginya.”
7. Maqri rahmatullah ‘alaih
berkata, “Jikalau Surah Yassin dibaca oleh seorang yang takut pemerintah
atau musuh, ia akan dihilangkan akan ketakutan itu.”
8. “Jikalau seseorang itu
membaca Surah Yassin dan Surah Was-Saffat pada hari Jumaat dan
memohon kepada Allah sesuatu, doanya akan diterima.”
9. “Sesiapa bersolat sunat dua
rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama Surah Yassin dan rakaat
kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya dihadapannya pada hari
kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya ditangan kanan dan
diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa
yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.”
10. “Apabila datang ajal orang
yang suka membaca Surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat
berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan
Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan
jenazahnya”.
11. “Malaikat Maut tidak mahu
memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yassin sehingga datang Malaikat
Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya
alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia
dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.”
12. “Sesiapa yang membaca Surah
Yassin kerana Allah Azza wa Jalla, Allah akan mengampuni dosanya dan
memberinya pahala seperti membaca Al-Qur’an 12 kali. Jika Surah
Yassin dibacakan di dekat orang yang sedang sakit, Allah menurunkan
untuknya setiap satu huruf 10 malaikat. Para malaikat itu berdiri dan
berbaris di depannya, memohonkan ampunan untuknya, menyaksikan saat ruhnya
dicabut, mengantarkan jenazahnya, bershalawat untuknya, menyaksikan
saat penguburannya. Jika surat ini dibacakan saat sakaratul maut atau
menjelang sakaratul maut, maka datanglah padanya malaikat Ridhwan
penjaga surga dengan membawa minuman dari surga, kemudian memberinya minum
ketika ia masih berada di katilnya, setelah minum ia mati dalam keadaan tidak
haus, sehingga ia tidak memerlukan telaga para nabi sampai masuk ke surga
dalam keadaan tidak haus.” (Tafsir
Nur Ats-Tsaqalayn).
13. Anas bin Malik berkata
bahwa Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang mengunjungi perkuburan lalu
membaca Surah Yassin, maka pada hari itu Allah meringankan seksaan
mereka dan bagi yang membacanya mendapat kebaikan sebanyak penghuni
kubur di perkuburan itu.” (Tafsir Nur Ats-Tsaqalayn).
14. Imam Ja’far Ash-Shadiq: “Sesungguhnya
setiap sesuatu mempunyai hati, dan hati Al-Qur’an adalah Surah Yassin. Sesiapa
yang membacanya sebelum tidur atau di siang hari sebelum keluar rumah,
maka hari itu sampai ke petang, ia tergolong pada orang-orang yang terjaga
dan dikurniakan rezeki. Sesiapa yang membaca di malam hari sebelum tidur,
Allah mengutus 1,000 malaikat untuk menjaganya dari keburukan
semua syaitan yang terkutuk dan dari setiap penyakit; jika ia meninggal pada
hari itu, Allah akan memasukkannya ke syurga, 3,000 malaikat hadir untuk
memandikannya, memohonkan ampunan untuknya, mengantarkan ke kuburnya sambil
memohonkan ampunan untuknya; ketika ia dimasukkan ke liang lahatnya para
malaikat itu beribadah kepada Allah di dalam liang lahatnya dan
pahalanya dihadiahkan kepadanya, kuburnya diluaskan sejauh mata
memandang, diselamatkan dari siksa kubur, dan dipancarkan ke dalam
kuburnya cahaya dari langit sehingga Allah membangkitkannya dari kuburnya
kelak.” (Kitab Tsawabul A’mal).
Surah Yassin ini hendaklah dibacakan
selalu ketika orang sakit, tengah nazak, sedang koma atau sudah meninggal
dunia. Baca di sisi mereka (terutama ayat 12), supaya orang tersebut berada
dalam kesenangan dan orang yang masih hidup insaf bahawa esok, lusa kita pula
akan menyusul.
Begitu banyak kelebihan dan
kebaikan yang bakal kita perolehi melalui amalan pembacaan Surah Yassin seperti
yang telah disebut di atas. Sudah semestinya salah satu cara untuk mendekatkan
diri kepada seseorang melalui hatinya seperti juga Surah Yassin hati kepada
Al-Quran; Oleh kerana itu marilah kita sama-sama mendekatkan diri kita kepada
Allah SWT melalui ibadah dan bacaan Surah Yassin yang banyak manfaatnya ini.
InsyaAllah..
Wallahu A’alam Bissowab
No comments:
Post a Comment