"Kal-El" @ Superman yang bermakna "Tuhan" dalam bahasa Hebrew. |
KOMIK pertama Superman keluaran jun 1938 |
INI hanya sebahagian simbol kekuatan bangsa Yahudi |
Jerry Siegel dan Joseph Shuster pencipta watak Superman |
6- Kita jangan lupa bidang penulisan mengetengahkan nama-nama seperti Isaac Asimov, Saul Bellow, Leon Uris, Franz Kafka dan Alberto Moravia; bidang psikonalisis yang memperkenalkan kita pada Sigmund Freud; dunia penerbitan yang menonjolkan Katherine Graham; dunia fizik dengan Otto Frisch; juga dalam bidang pengarahan filem dengan nama-nama seperti Steven Spielberg, Roman Polanski, Oliver Stone dan Woody Allen dan bidang lakonan yang memperkenalkan Paul Newman, Debra Winger, Dustin Hoffman dan Michael Douglas.
JUGA ciptaan bangsa Yahudi |
8- Bagaimanakah sebuah negara kecil yang bernama Israel yang penduduknya tidak lebih enam juta orang mempunyai pengaruh yang begitu besar ke atas dasar negara sehebat dan sebesar Amerika Syarikat (AS)? Kita semua tahu dasar luar AS terutamanya terhadap Asia Barat ditentukan oleh Israel dan bangsa Yahudi yang amat kecil bilangan mereka di AS.
9- Salah satu kekuatan Yahudi di AS ialah Kongres Yahudi Sedunia yang sejak sekian lama amat ditakuti oleh ahli-ahli politik arus perdana AS. Pengaruh mereka disokong oleh penguasaan media oleh kaum Yahudi. Boleh dikatakan semua akhbar utama dan stesen TV di AS hari ini di tangan pemilik Yahudi. Maka itu akhbar-akhbar ini memainkan peranan yang cukup besar dalam mencorakkan pendirian pro-Israel dan anti Arab di AS.
10- Israel yang dilindungi oleh AS juga membina kekuatan kerana pendekatan strategik mereka. Israel hanya berukuran 21,946 kilometer persegi di tengah lautan negara Arab. Dasar pertahanan dan ketenteraan Israel unik. Doktrin Israel ialah untuk berperang di tempat orang. Kekuatan perisikan dan pasukan serangan balas menjadi kuncinya. "Pre-emptive strike" mendasari doktrin itu. Maka itu sebarang bentuk "serangan" ke atas Israel akan menyebabkan tindak balas yang pantas, tepat dan berkesan.
11- Israel mencatatkan pendapatan per kapita sebanyak AS15,979 atau kira-kira RM60,000. Hanya Qatar dan United Arab Emirates (UAE) yang mencatatkan pendapatan per kapita melebihi Israel (setiap satunya AS18,703 atau RM71,071 dan AS18,455 atau RM70,129). Kuwait mempunyai pendapatan per kapita RM53,534, Iraq RM4,500 dan Yemen hanya RM1,159. Dari segi Keluaran Dalam Negara Kasar, hanya Saudi Arabia yang mengalahkan Israel dengan AS132,000 juta atau RM501,000 juta (KDNK Israel ialah AS95,400 juta atau RM 362,520 juta).
12- Di AS, orang Yahudi dalam pelbagai disiplin melanjutkan suara Israel. Media arus perdana AS mempunyai editor, kolumnis dan wartawan yang pro-Isreal. Pemimpin politik AS amat sedar kekuatan dan pengaruh lobi Yahudi. Kira-kira sedekad dulu, Paul Findley menulis buku yang amat memeranjatkan. Buku itu berjudul They Dare to Speak Out: People and Institutions Confronting Israel's Lobby. Buku itu memberikan contoh bagaimana berpengaruhnya lobi Yahudi di AS hingga banyak ahli politik AS yang menjadi mangsa sekiranya mereka dilihat atau ditafsir menyuarakan pendirian yang anti Yahudi atau Israel. Findley patut tahu. Beliau juga bekas ahli politik.
Living History |
14- Pada 1973, telah muncul sebuah buku berjudul The End of Intelligent Writing: Literary Politics in America oleh Richard Kostelanetz. Buku ini mengetengahkan bagaimana penguasaan hampir menyeluruh penulis, pengkritik dan penerbit Yahudi dalam dunia sastera di AS. Buku ini mengingatkan kita bahawa industri perbukuan AS, juga kegiatan sasteranya, sebenarnya dicorakkan oleh struktur kuasa dan amalan tidak adil yang memenangkan satu-satu kelompok di negara itu. Akibatnya yang lain "terpinggir."
15- Kaum Yahudi yang menguasai industri hiburan di AS juga menggunakan "Holocaust" sebagai imej dan senjata yang kuat. Kita semua tahu Adolp Hitler telah melaksanakan dasar "penyelesaian terakhir" (final solution) untuk mengumpul, memenjara dan membunuh kaum Yahudi secara sistematik sewaktu Perang Dunia Kedua. Tidak ada siapa yang boleh mempertahankan tindakan Hitler itu. Tetapi Holocaust telah digunakan sebagai senjata yang berkesan bagi mengingatkan sesiapa sahaja bahawa sebarang kritikan, kecaman dan kutukan terhadap kaum Yahudi menunjukkan sikap "anti-Semitic", label yang menggerunkan sesiapa sahaja.
FILEM Schindler's List |
FILEM The Pianist |
19- Pada waktu yang sama Holocaust digunakan sebagai penanda bagi mewajarkan apapun tindakan kaum Yahudi hari ini. Seperti yang dihujahkan oleh Norman G. Finkelstein dalam bukunya The Holocaust Industry: Reflections on the Exploitation of Jewish Suffering, industri hiburan hanya memperkukuh keyakinan dunia bahawa kaum Yahudi pernah dianiaya dan mereka wajar bertindak untuk mengelak peristiwa itu berulang.
20- Menggunakan sejarah dan mengeksploit nasib malang mereka rupanya menjadi senjata untuk memperkuat bangsa dan identiti kaum Yahudi di mana-mana mereka berada di dunia ini.
-By : Johan Jaaffar-
No comments:
Post a Comment