Kisah si gadis kecil berasal dari Mesir, berumur 10 tahun bernama Bara'ah. Orang tuanya bekerja sebagai doktor dan berpindah ke Arab Saudi untuk mencari kehidupan yang lebih baik. Pada usia ini, Bara'ah menghafal seluruh Al Quran dengan tajwid, dia sangat cerdik dan gurunya mengatakan bahawa dia sudah maju bagi kanak-kanak seusianya.
Keluarganya sederhana dan amat patuh pada ajaran Islam.. hingga suatu hari ibunya mula merasa sakit perut yang teruk dan setelah beberapa kali pemeriksaan dilakukan, didapati ibunya menghidap penyakit kanser, dan kanser ini sudah berada ditahap kronik. Ibu Bara'ah terfikir untuk memberitahu anaknya, terutama jika suatu hari nanti dia terjaga dari tidur, mendapati ibunya sudah tiada lagi disisinya.. dan ini kata-kata ibu Bara'ah kepadanya..
“Bara'ah, ibu akan pergi ke Syurga, tapi ibu mahu kamu selalu membaca Al Quran dan menghafalnya setiap hari kerana ia akan menjadi pelindungmu kelak..”
Gadis kecil itu tidak terlalu mengerti apa yang dikatakan ibunya, tapi dia mula merasa perubahan pada ibunya, terutama ketika si ibu dipindahkan ke hospital dalam jangka masa yang lama. Setiap hari apabila tamat sesi persekolahan, Bara'ah akan menjenguk ibunya di hospital dan membaca Al Quran untuknya hingga larut malam sampailah ayahnya datang dan membawanya pulang.
Suatu hari, pihak hospital menghubungi ayah Bara'ah dan mengatakan isterinya dalam keadaan tenat dan perlu datang cepat ke hospital. Ketika mereka tiba di hospital, ayah Bara'ah memintanya tinggal dahulu di kereta, ayahnya khuatiri Bara'ah akan terkejut seandainya ibunya meninggal dunia.
Si ayah keluar dari keretanya, dengan berjujuran air mata si ayah menyeberang jalan untuk masuk ke hospital menemui isterinya, tapi tiba-tiba datang sebuah kereta meluru laju lalu terlanggar ayah Bara'ah dan ayahnya meninggal dunia serta merta didepannya. Tak terbayang tangisan gadis kecil ini pada saat itu. Tragedi Bara'ah belum berkesudahan, berita kematian ayahnya disembunyikan dari ibu Bara'ah, namun setelah lima hari semenjak kematian suaminya, akhirnya ibu Bara'ah pula meninggal dunia..
Dan kini, gadis itu bersendirian tanpa kedua orang tuanya. Dengan bantuan kawan-kawan ayahnya, mereka mencari sebuah keluarga untuk Bara'ah di Mesir. Tidak berapa lama tinggal di Mesir, Bara'ah mula mengalami sakit seperti yang pernah dialami ibunya. Beberapa ujian dilakukan, dan disahkan Bara'ah menghidap kanser. Tapi sungguh mengejutkan dikala dia diberitahu andai dia menghidap kanser.. inilah kata-kata Bara'ah ketika itu, “Alhamdulillah.. saya akan bertemu dengan kedua orang tua saya..” Semua teman-teman dan keluarga barunya terkejut.
Gadis kecil ini sedang menghadapi musibah yang bertubi-tubi namun dia tetap sabar dan ikhlas dengan apa yang telah ditetapkan Allah untuknya ! Tersebar kisah Bara'ah hingga menjadi buah mulut orang ramai dan salah seorang dermawan dari Saudi [yang tidak ingin disebutkan namanya] memutuskan untuk mengurus dan menghantar Bara'ah ke Barat untuk dirawat. Salah satu channel TV Islam 'Al Hafiz' sempat menelefon gadis kecil ini dan memintanya membaca Al Quran.... Dan video yang sedang kita lihat inilah suara merdu dan indah yang dilantunkan oleh Bara'ah..
Saban hari, kanser mula merebak di seluruh tubuhnya, para doktor memutuskan untuk membedah kakinya, namun Bara'ah tetap bersabar dengan apa yang ditetapkan Allah untuk dirinya.. tapi beberapa hari setelah pembedahan kakinya, sekarang kanser merebak ke otak, lalu doktor mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan otak dan sekarang Bara'ah masih berada di sebuah hospital di Barat bagi menjalani rawatan...
Ya Allah.. Tabahnya hati kamu wahai anak kecil..
sumber -
No comments:
Post a Comment