Thursday, May 29, 2014

Subhaanallah, hikmah disebalik janggut lelaki

Hikmah menyimpan Janggut (wajib baca!)

Kajian oleh saintis dari Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikatyang berjudul The Amazing Fact of Human Body mendapati janggut lelaki mengandungi hormon testosteron yang amat diperlukan bagi kesuburan wanita. Ia mampu menstabilkan kitaran haid selain menggalakkan pertumbuhan telur wanita.

Unsur-unsur dan bentuk hormon testosteron

Dalam kata yang lain, janggut lelaki juga boleh meningkatkan tahap kegalakan pasangannya.

Bagaimana Caranya?

Hanya melalui sentuhan. Jadi kepada sesiapa yang belum mempunyai anak kerana mengalami masalah kesuburan, mintalah suami menyimpan janggut, dan belailah selalu janggut suami.

Kata Dr Jamnul Azhar, kajian itu beberapa kali diulang tayang oleh National Geographic. Ini sekali gus menjadi bukti apa yang disarankan oleh Islam sejak zaman silam, boleh dibuktikan secara saintifik akan hikmah dan kelebihannya.



Hukum Memelihara Janggut

Berjanggut telah diperintahkan oleh Nabi Muhammad saw dan bukan persoalan yang interim. Terdapat banyak hadis sahih menyuruh memelihara janggut dan berulang kali pula melarang mencukurnya dengan larangan yang keras.

Berjanggut dan berjambang amalan yang tidak pernah ditinggalkan oleh para sahabat, para tabiin dan Salaf as-Soleh. Tidak sepatutnya individu yang mengaku dirinya beriman kepada Nabi Muhammad saw mengabaikan suruhan baginda yang diulang berkali-kali. Ingatlah, menentang suatu kewajiban yang ditetapkan oleh syara’ seperti memelihara janggut adalah suatu bentuk perbuatan yang membawa kepada fasiq.

Sikap tidak memperdulikan larangan Allah swt adalah perbuatan keji. Dianggap keji kerana meremehkan hukum-ahkam syara’. Perbuatan seperti ini adalah berdosa dan fasiq. Inilah hakikat yang berlaku kepada orang-orang Islam masa kini apabila diajukan persoalan hukum berjanggut.

Seseorang itu tidak dianggap beriman sebelum mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih dari mencintai dirinya sendiri dan ia sewajarnya komited dalam hal ini.

Persoalannya, di manakah tanda pembuktian cinta seseorang jika tidak mentaati dan tidak merealisasikan seruan kekasihnya. Tidak benar pengakuan seseorang yang mengaku mencintai Allah dan Rasul-Nya jika hanya mementingkan hawa nafsunya tanpa membuktikannya dengan ketaatan walaupun ketaatan tersebut disangka perkara kecil.

Rasulullah saw telah menegah para sahabatnya daripada mencukur janggut dengan beberapa alasan. Baginda Saw telah mengisyaratkan setiap lelaki beriman supaya memelihara janggut atau jambang mereka. 
sumber dari usrahonline.com
 ------------------------------------------------------------------------------------

Rasulullah menyarankan lelaki memelihara janggut


Pensyari'atan janggut dalam Islam adalah khusus bagi laki-laki (bukan pada wanita) dan bagi mereka yang memang Allah dikurniakan janggut yang tumbuh di pipi dan dagunya. Jika memang seseorang yang "dari sananya" tidak tumbuh janggut, tentu tidak dikenakan kewajiban (memelihara) janggut. Allah telah berfirman: "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya," [QS. Al-Baqarah: 286].

Ada begitu banyak hadis Nabi yang menyuruh lelaki untuk memelihara janggut.

"Potong pendeklah misai dan biarkanlah (peliharalah) janggut." (HR. Muslim no. 623)

"Selisilah orang-orang musyrik. Potong pendeklah misai dan biarkanlah janggut. "(HR. Muslim no. 625)

"Beliau shallallahu 'alaihi wa sallam memerintahkan untuk memotong pendek misai dan membiarkan (memelihara) janggut." (HR. Muslim no. 624)

"Pendekkanlah misai dan biarkanlah (perihalah) janggut dan selisilah Majusi." (HR. Muslim no. 626)

Selain dalil-dalil di atas, Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam juga sangat tidak suka melihat orang yang janggutnya dalam keadaan tercukur.

Ketika Kisro (penguasa Persia) mengutus dua orang untuk menemui Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam. Mereka menemui beliau dalam keadaan janggut yang tercukur dan misai yang lebat. Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam tidak suka melihat kedua-duanya. Beliau bertanya, "Celaka kalian! Siapa yang memerintahkan kamu seperti ini? "Keduanya berkata," Tuan kami (iaitu Kisra) memerintahkan kami seperti ini. "Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda," Akan tetapi, Rabb-ku memerintahkanku untuk memelihara janggutku dan menggunting kumisku. "(HR . Thabrani, Hasan. Dinukil dari Minal Hadin Nabawi I'faul Liha)

Lihatlah saudaraku, dalam hadis yang telah kami bawakan di atas menunjukkan bahawa memelihara janggut adalah suatu perintah. Memangkasnya dicela oleh Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam. Menurut kaedah dalam Ilmu Ushul Fiqh, "Al Amru lil wujub" iaitu setiap perintah menunjukkan suatu kewajipan. Sehingga memelihara janggut yang tepat bukan hanya sekadar anjuran, namun suatu kewajipan. Di samping itu, maksud memelihara janggut adalah untuk menyelisihi orang-orang musyrik dan Majusi serta perbuatan ini adalah fithrah manusia yang dilarang untuk diubah.

Melalui hadis-hadis di atas, memelihara janggut tidak selalu Nabi kaitkan dengan menyelisihi orang kafir. Hanya dalam beberapa hadits namun tidak semua, Nabi kaitkan dengan menyelisihi Musyrikin dan Majusi. Sehingga tidaklah benar anggapan bahawa perintah memelihara janggut dikaitkan dengan menyelisihi Yahudi.

Maka sudah sewajarnya setiap muslim memperhatikan perintah Nabi dan celaan beliau terhadap orang-orang yang menggunting janggutnya. Jadi yang lebih tepat dilakukan adalah memelihara janggut dan memendekkan misai.
Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com
 

No comments: