"Sesungguhnya amal manusia yang pertama kali dihisab pada hari kiamat adalah solatnya" Jika solatnya baik, maka baik pula seluruh amalnya; dan kalau buruk, maka buruklah seluruh amalnya. Bagaimana mungkin seorang yang beriman mengharapkan kebaikan di akhirat, sedang pada hari kiamat bukunya kosong dari solat Subuh tepat pada masanya?
"Sesungguhnya
solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat Isya 'dan solat
Subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung di dalamnya,
nescaya mereka akan mendatangi kedua-duanya (berjemaah di masjid)
sekalipun dengan merangkak "[HR Al-Bukhari dan Muslim]
Solat Subuh memang solat wajib yang paling sedikit jumlah rakaatnya, hanya dua rakaat saja. Namun, ia menjadi standard keimanan seseorang dan ujian terhadap kejujuran, kerana waktunya sangat sempit (sampai matahari terbit)
Ada
hukuman khusus bagi yang meninggalkan solat Subuh. Rasulullah saw telah
menyebutkan hukuman berat bagi yang tidur dan meninggalkan solat wajib,
rata-rata punca utama seorang muslim meninggalkan solat Subuh adalah
tidur.
"Syaitan
melilit leher seorang di antara kamu dengan tiga lilitan ketika dia
tidur. Dengan setiap lilitan syaitan membisikkan, 'Nikmatilah malam yang
panjang ini'. Apabila dia bangun lalu mengingat Allah, maka terlepaslah
lilitan itu. Apabila dia berwudhu, lepaslah lilitan yang kedua.
Kemudian apabila dia solat, lepaslah lilitan yang ketiga, sehingga ia
menjadi bersemangat. Tetapi kalau tidak, dia akan terbawa-bawa perlahan
dan malas ".
"Berikanlah
khabar gembira kepada orang-orang yang banyak berjalan dalam kegelapan
(waktu Isya 'dan Subuh) menuju masjid dengan cahaya yang sangat terang
pada hari kiamat" [HR. Abu Daud, At-Tarmidzi dan Ibnu Majah]
Allah
akan memberi cahaya yang sangat terang pada hari kiamat nantinya kepada
mereka yang menjaga Solat Subuh berjemaah (bagi kaum lelaki di masjid),
cahaya itu ada dimana sahaja, dan tidak mengambilnya ketika melewati
Sirath Al-Mustaqim, dan akan tetap bersama mereka sampai mereka masuk
syurga, Insya Allah.
"Solat
berjemaah (bagi kaum lelaki) lebih utama dari solat salah seorang kamu
yang sendirian, berbanding dua puluh tujuh kali ganda. Malaikat penjaga
malam dan siang berkumpul pada waktu solat Subuh ". "Kemudian naiklah
para Malaikat yang menyertai kamu, pada malam harinya, lalu Tuhan mereka
bertanya kepada mereka padahal Dia lebih mengetahui keadaan mereka -
'Bagaimana hamba-2ku ketika kamu tinggalkan?' Mereka menjawab, 'Kami
tinggalkan mereka dalam keadaan solat dan kami dapati mereka dalam
keadaan solat juga '. "[HR Al-Bukhari]
Sedangkan
bagi wanita walaupun solat di masjid dibenarkan, solat di rumah adalah
lebih baik dan lebih banyak pahalanya, iaitu yang mengerjakan solat
Subuh pada saat para lelaki sedang solat di masjid. Ujian yang
membezakan antara wanita munafik dan wanita mukminah adalah solat pada
permulaan waktu.
"Barang
siapa yang menunaikan solat Subuh, maka dia berada dalam jaminan Allah.
Solat Subuh menjadikan seluruh umat berada dalam jaminan, penjagaan,
dan perlindungan Allah sepanjang hari. Barang siapa membunuh orang yang
menunaikan solat Subuh, Allah akan menuntutnya, sehingga Dia akan
membenamkan mukanya ke dalam neraka "[HR Muslim, At-Tarmidzi dan Ibnu
Majah]
Banyak
permasalahan, yang bila diurut, berpunca dari pelaksanaan solat Subuh
yang dipandang ringan. Banyak peristiwa petaka yang terjadi pada kaum
penderhaka berlaku di waktu Subuh, yang menandakan berakhirnya dominasi
jahiliyah dan munculnya cahaya tauhid. "Sesungguhnya saat jatuhnya azab
kepada mereka ialah di waktu Subuh; bukankah Subuh itu sudah dekat?"
(Surah Hud: 81)
Rutin
harian permulaan bergantung pada pelaksanaan solat Subuh. Seluruh
urusan dunia seiring dengan waktu solat, bukan waktu solat yang perlu
mengikuti urusan dunia.
"Jika kamu menolong (agama) Allah, maka ia pasti akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad: 7)
- terjemahan dari hajsmy.us
6 kebaikan mandi sebelum subuh
Menurut kajian sains,
kandungan gas ozon pada waktu pagi lebih tinggi dari waktu lain. oleh
itu, gas ozon ini juga amat penting untuk tubuh badan anda. jika anda
mandi sebelum waktu subuh, ia bukan sahaja membersihkan malah memberikan
kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan anda. antara manfaatnya ialah :
1. Kulit lebih lembut dan halus
pada waktu pagi
selalunya anda akan memasang “water heater” untuk mendapatkan air yang
hangat dan menghilangkan kesejukan. selepas ini, jika anda memiliki
lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat
mengurangkan kegelapan pada bawah mata. begitu juga dengan kuku, ia akan
menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. kulit pula menjadi
lebih lembut dan halus.
2. Melancarkan peredaran darah
jika peredaran darah
anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan
bertenaga. malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa
letih.
3. Meningkatkan kesuburan
kesihatan tubuh badan
manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu
pagi. ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon
estrogen untuk wanita.
4. Mengurangkan risiko darah tinggi
untuk anda yang memiliki
penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda
mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia
diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.
5. Mengurangkan tekanan serta tenang
air yang sejuk akan
melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. buat anda
yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik utk anda
menghilangkannya. oleh itu, ubahlah tabiat kpd mandi pagi sebelum subuh.
6. Meningkatkan sel darah putih
mandi dengan air sejuk,
ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. apabila sel
darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh
melawan virus. oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan
sebarang penyakit…
-------------------------------------------------------------------------------------
Waktu subuh lah pengantian malam dan siang bermula
Bismilahirahmanirahim,
Alhamdulillah syukur di
pagi yang mulia ini, Allah buka dan lembutkan hati kita untuk sentiasa
mencari ilmu dan mengingati Allah melalui zikir dan ibadah.
Sambungan Amalan Sunnah
Rasulullah SAW kali ini banyak menginsafkan diri saya. Jika dahulu
usahkan nak sembahyang berjemaah Solat Subuh di Masjid, nak bangun subuh
pun susah yang amat. Saya mengaku sebelum ini saya amat ketinggalan dan
jahil sekali.
Semoga kesilapan yag
lalu tidak berulangi dan saya bertaubat nasuha atas kesilapan dahulu.
Benar, tadi itu kisah di waktu saya belum mengenali diri saya sebenar
dan menganggapkan kejayaan dunia lebih penting. Sehinggakan kehidupan
yang kekal abadi tak pernah difikirkan. Saya pasti , anda bukan seperti
saya dan saya rasa anda lebih mulia dari saya.
“Solat yang paling berat
bagi orang munafik adalah solat Isyak dan solat Subuh. Sekiranya mereka
mengetahui apa yang terkandung didalamnya, mereka pasti mendatangi
keduanya, walaupun dengan merangkak.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Ramai ulama hadis
memberi penjelasan berkenaan hadis ini. Diantaranya, bagi melihat sama
ada seseorang itu beriman ataupun munafik, perhatikan solat Subuhnya.
Sekiranya kita nampak dia di saf solat Subuh, bolehlah kita katakan yang
dia benar-benar beriman.
Tetapi sekiranya
sebaliknya, hatinya sudah dijangkiti virus munafik. Salah satu
petandanya adalah seseorang ragu-ragu dengan kebenaran dan keagungan
Allah yang bernama Solat Subuh ini.
Dalam hadis juga
mengatakan , waktu subuh lah pengantian malam dan siang bermula. Pada
saat ini juga , malaikat malam dan malaikat siang berkumpul bagi
berganti tugas.
“Solat berjemaah lebih
utama daripada solat sendirian sebanyak 25 kali ganda. Malaikat penjaga
malam dan siang berkumpul pada waktu solat subuh.” (Hadis Riwayat
Bukhari)
“Kemudian naiklah para
malaikat yang menyertai kamu pada malam harinya, lalu Rabb mereka yang
sebenarnya maha mengetahui bertanya kepada mereka, ‘Bagaimana
hamba-hambaku ketika kalian meninggalkan mereka?”
Para malaikat menjawab,
‘Kami tinggalkan mereka dalam keadaan solat dan kami jumpai mereka dalam
keadaan solat juga.” (Hadis Riwayat Bukhari)
Jadi beruntunglah bagi
orang yang dapat mendirikan solat subuh berjemaah di masjid kerana ia
disaksikan oleh malaikat, baik malaikat yang bertugas pada malam hari,
mahupun siang hari.
Allah menjelaskan, “Dan
dirikanlah solat Subuh. Sesungguhnya solat Subuh itu disaksikan oleh
para malaikat,”(Surah al-Israk , ayat 78)
Bayangkanlah waktu itu
kalau malaikat melaporkan yang , kita sedang nyenyak tidur dan tidak
mengutamakan waktu solat. Di waktu ini juga lah Syaitan sedang memeluk
kita dengan erat sekali supaya kita terus lena dan tinggalkan solat
subuh.
“Dua rakaat fajar (solat sunat sebelum ataupun qabliyah Subuh) lebih baik daripada dunia dan seisinya, “(Hadis Riwayat Muslim)
Solat Qabliyah Subuh adalah solat sunat yang paling banyak pahala. Lebih baik daripada segala kebaikan isi dunia.
Cuba bayangkan, harta,
wang, pangkat jawatan, isteri , anak…semuanya tidak kekal. Yang dulu
cantik lama-lama jadi tua, bongkok, berkedut dan tidak secantik masa
muda. “Segala sesuatu akan binasa,”(Surah al-Qashash ayat 88).
Segala dunia dan isinya
tidak lebih baik dari solat sunat fajar ini. Dalam situasi apa pun ,
jangan tinggalkan solat sunat Subuh ini kerana Rasulullah sendiri
memesan dalam situasi apa pun sama ada dalam perjalanan ataupun dalam
pertempuran, jangan tinggalkan solat sunat Subuh.
Solat Subuh juga dapat
menjadi penerang pada Hari Kiamat seperti yang dinyatakan oleh
Rasulullah, “Berilah khabar gembira bagi orang yang berjalan dalam
kegelapan menuju masjid dengan cahaya yang terang benderang pertolongan
pada Hari Kiamat” (Hadis Riwayat Abu Daud, Tirmizi dan Ibnu Majah).
Cahaya ini penting
semasa melintasi titian Sirath. Sirath ini menakutkan. Waktu itu keadaan
gelap gelita dan manusia meraba-raba untuk melintasi Sirath yang
bawahnya Api Neraka Jahanam.
“Di kedua-dua belah
Sirath terdapat anjing yang terikat yang diperintahkan menyerang sesiapa
sahaja yang mendekatinya. Sesiapa yang berjalan dengan tegak, selamat
manakala yang bertatih-tatih masuk ke dalam neraka,” Nabi Muhammad SAW
berkata.
Itulah pentingnya cahaya
untuk orang yang solat subuh berjemaah di masjid dan mereka bisa
melintasi titian sirath berjalan bagaikan kilat(sekelip mata). Bukan
orang yang sembahyang subuh seorang diri ataupun berjemaah di rumah.
Hikmah solat Subuh
begitu hebat kerana ia adalah solat yang paling sukar dikerjakan pada
awal waktu. Ramai diantara kita yang memilih untuk tidur di tilam empuk
dan berselimut hangat.
Seorang pemimpin Yahudi
pernah mengatakan yang mereka tidak takut dengan orang Islam melainkan
dengan satu perkara, iaitu apabila jumlah jemaah solat subuh sama dengan
jumlah jemaah solat Jumaat.
Umat yang menjaga solat
Subuh berjemaah adalah umat yang berhak berdiri kukuh di muka bumi.
Manakala Umat yang lalai mengerjakan solat Subuh berjemaah adalah umat
yang tidak berhak mendapat kejayaan.
------------------------------------------------------------------------------------------
No comments:
Post a Comment