Bercakap
soal dunia, banyak saja perkara yang akan mengecewakan kita. Adakah saja kerana
dunia memang diciptakan untuk meremukkan hati kita?
ada
yang kecewa kerana jodohnya lambat tiba, sedangkan usianya makin lanjut,
ada
hati yang gelisah dek keampunan daripada manusia belum diterima,
ada
pula yang remuk hatinya apabila ditinggalkan kekasih,
ada
juga yang resah tidak ketahuan.
Begitulah
hidup ini, sering kali melelahkan. Namun, tidakkah kita tahu Allah itu
mendengar setiap keluhan kita, biar kita hanya memendam sendiri?
Sedikit
tips yang saya mahu kongsikan, harapnya dapat memberikan ilham untuk anda juga,
mengubati kekecewaan di hati.
1.
INGAT ALLAH
Inilah yang paling utama sekali. Biarlah jika yang belum
baik hatinya berkata, “eleh, bila dah jadi camni baru nak ingat Allah, sebelum
ni berjimba je reti. Ptuiiihhhhh!” . Ah, biarkan saja, bukankah Allah telah
berkata, ingatlah,
hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram, seperti yang telah tercatat dalam surah Ar-Rad’ , ayat
yang ke 28.
Allah
juga berfirman,
“Janganlah
kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.” ( At -Taubah : 40 )
Ingatlah
Allah, bahawa Allah tu dekat,
“Dan
Apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka katakanlah
sesungguhnya Aku dekat. Aku mengabulkan doa orang yang memohon apabila ia
memohon kepadaKu. Maka hendaklah mereka memenuhi (panggilan/perintah)Ku, dan
beriman kepadaKu agar mereka mendapat petunjuk (bimbingan)”. (Al-Baqarah: 186)
2.
Gandakan Istigfar dan Zikir
o Ia adalah zikir yang ringkas, namun, memiliki keutamaan
yang luar biasa.
لاَ هَوْلَ وَلاَ قُوَّتَ اِلاَّبِاللّهِ
(Tiada
daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah semata-mata)
o amalkan bacaan yang amat mudah ini.
حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ
(Cukuplah Allah
menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baiknya Pelindung)
3. Solat Sunat
Tahajud
Bankitlah
untuk bertahajud. Tujuan solat Tahajjud adalah untuk menguatkan jiwa dan
mendapatkan ketenangan dalam menghadapi dugaan hidup. Amalan ini adalah
antara amalan yang tidak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah dan para sahabat.
Imam
al-Mubarakfuri berkata:
“Suatu malam aku bangun dan merenungi al-Quran, lalu aku
bandingkan amalanku dengan amalan ahli syurga. Ternyata, aku dapati bahawa
amalan mereka begitu berat (mantap). Hampir tidak ada malam yang berlalu tanpa
mereka gunakan untuk beribadah. Setiap malam mereka bersujud dan berdiri di
hadapan Rabb mereka. Ku lihat diriku bukanlah termasuk di antara mereka.”
Doa terkabul di
sepertiga malam, insyaAllah! Doalah agar Allah tenangkan hatimu.
Dari Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda:
“Tuhan kita Yang Maha Berkat dan Maha Tinggi turun ke langit dunia setiap
malam, pada sepertiga malam terakhir dan berfirman, ‘Barangsiapa yang berdoa
kepadaKu pasti Aku kabulkan, barangsiapa meminta kepadaKu pasti Aku beri, dan
barangsiapa yang memohon ampunanKu pasti Aku ampuni’.”
(HR
Bukhari)
“Why
must all this happen to me””Sebab Dia””Sebab apa?””Sebab Allah sayang awak.
Dalam banyak-banyak orang, Allah chose you. There must be a reason. You must be
someone. You must be, special.”
Ini adalah
sebahagian perkara yang diajarkan untuk tenangkan hati. Apakah
anda pernah berjaya mengatasi rasa sedih dan tak tenang?
Fikir-fikirkan lah...wallahualam.
No comments:
Post a Comment