Firman Allah Ta’ala
yang bermaksud: “Allah telah menjadikan Kaabah, rumah suci itu
sebagai pusat bagi manusia.” (Surah Maa’idah: 97)
“Neil Amstrong telah
membuktikan bahwa kota Mekah yang terletaknya Kaabah adalah pusat kepada planet
Bumi.”
Sebenarnya di dalam
Al-Quran terlebih dahulu membicarakan perkara ini, sebagai hamba Allah yang diberikan akal fikiran perlulah
meneliti dan berfikir disebalik rahsia-rahsia yang terkandung didalam ayat-ayat
suci Al-Quran Al-Karim.
Diantara Kalam-kalam
Allah Ta’ala mengenai Mekah Pusat Bumi
Firman Allah yang
bermaksud:
“Demikianlah Kami
wahyukan kepadamu al-Quran dalam bahasa Arab supaya kamu memberi peringatan
kepada Ummul Qura (penduduk Mekah) dan sekalian penduduk dunia di sekelilingnya
(negeri-negeri di sekelilingnya).” (asy-Syura:
7)
Kata “Ummul
Qura” bererti induk bagi kota-kota lain, dan kota-kota di
sekelilingnya, menunjukkan Mekah adalah pusat bagi kota-kota lain, dan yang
lain hanyalah berada di sekelilingnya.
Lebih dari itu,
kata “ummu” (ibu) mempunyai erti yang cukup penting dan luas
di dalam peradaban Islam. Sebagaimana seorang ibu adalah sumber dari keturunan,
maka Mekah juga merupakan sumber dari semua negeri lain serta keunggulan di
atas semua kota.
Allah berfirman lagi
yang bermaksud:
“Wahai jin dan
manusia, jika kamu sanggup menembusi (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka
lintasilah, kamu tidak dapat menembusinya kecuali dengan kekuatan (ilmu
pengetahuan).” (ar-Rahman: 33)
Kata “aqthar” adalah
bentuk jamak dari kata “qutr” yang bererti diameter, dan ia
mengacu pada langit dan bumi yang mempunyai banyak diameter.
Berdasarkan ayat ini
dapat difahami bahawa diameter lapisan-lapisan langit itu di atas diameter bumi
(tujuh lempengan bumi). Jika Mekah berada di tengah-tengah bumi, dengan itu
bererti bahawa Mekah juga berada di tengah-tengah lapisan-lapisan langit.
Selain itu ada hadis
yang menerangkan bahawa Masjidil Haram di Mekah, tempat kaabah berada itu ada
di tengah-tengah tujuh lapisan langit dan tujuh lapisan yang membentuk bumi.
Nabi Muhammad SAW
bersabda maksudnya: “Wahai orang-orang Mekah, wahai orang-orang Quraisy
, sesungguhnya kamu berada di bawah pertengahan langit.”
Berdasarkan penelitian
di atas, bahawa Mekah berada pada tengah-tengah bumi (pusat dunia), maka
benar-benar diyakini bahawa Kota Suci Mekah, bukan Greenwich, yang seharusnya
dijadikan rujukan waktu dunia. – (Dipetik dari Eramuslim “Makkah
Sebagai Pusat Bumi” Oleh Dr. Mohamad Daudah)
Neil Amstrong membuktikan bahwa kota Mekah yang terletaknya Kaabah
adalah pusat kepada planet Bumi, sedangkan Al-Quran sejak 1400 tahun
yang lalu telah berbicara mengenai kota Mekah dan kaabah adalah pusat bumi ini.
Ketika kali pertama
Neil Amstrong melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar planet
Bumi, dia berkata, “Planet Bumi ternyata bertumpu di area yang sangat
gelap, dan di manakah ia berpusat?.” Fakta ini telah diteliti melalui
sebuah penelitian Ilmiah.
Para angkasawan telah
menemui bahawa planet Bumi itu mengeluarkan satu radiasi, secara rasmi mereka
mengumumkannya di Internet, tetapi sayangnya 21 hari kemudian website
tersebut hilang dan seperti ada alasan tersembunyi di sebalik penghapusan lama
web tersebut.
Setelah melakukan
penelitian lebih lanjut, ternyatalah radiasi tersebut berpusat di kota Mekah,
dan tepatnya berasal daripada Kaabah. Yang mengejutkan adalah radiasi
tersebut bersifat infinite (tidak berakhir). Perkara ini terbukti ketika mereka
mengambil foto planet Mars, radiasi tersebut masih berlanjutan. Para peneliti
Muslim mempercayai bahawa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan
antara Kaabah di planet Bumi dengan Kaabah di alam akhirat.
Di tengah-tengah
antara kutub utara dan kutub selatan, terdapat suatu area yang bernama ‘Zero
Magnetism Area’, di mana apabila kita mengeluarkan kompas di kawasan tersebut,
maka jarum kompas tersebut tidak akan bergerak sama sekali kerana daya tarikan
yang sama besar antara kedua kutub .
Itulah sebabnya jika
seseorang tinggal di Mekah, maka dia akan hidup lebih lama, lebih sihat, dan
tidak banyak dipengaruhi oleh banyak kekuatan graviti. Oleh sebab itu lah
ketika kita mengelilingi Kaabah, maka seakan-akan diri kita dicas oleh suatu
tenaga misteri yang menyebabkan kita bertenaga ketika mengelilingi kaabah dan
ini adalah fakta yang telah dibuktikan secara ilmiah.
Penelitian lainnya
menyatakan bahawa batu Hajar Aswad merupakan batu tertua di dunia dan juga
boleh terapung di air. Di sebuah muzium di negara Inggeris, terdapat tiga
buah potongan batu tersebut (dari Kaabah) dan pihak muzium juga mengatakan
bahawa bongkahan batu-batu tersebut bukan berasal dari sistem suria kita.
Rasulullah SAW
bersabda:
“Hajar Aswad itu
diturunkan dari syurga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak
cucu Adamlah yang menjadikannya hitam.” (Jami’ al-Tirmidzi al-Hajj)
“Hajar Aswad dari
batu-batuan Syurga dan tidak ada suatu benda di bumi yang turunnya dari Syurga
selain batu itu.” (HR. Thabrani)
No comments:
Post a Comment