Tanpa disedari, banyak benda di sekitar kita yang berpotensi menjadi sarang bakteria dan tempat berpindahnya virus, bakteria dan penyakit. Diantara semua benda yang sering dipegang, ada 10 benda paling kotor yang cukup membahayakan kesihatan walaupun sebenarnya tampak bersih. Seperti sumber dari Health, berikut ini 10 benda paling kotor yang sering dijumpai dalam kehidupan sehari-hari.
1. DUIT
Semua orang suka wang, tapi pastinya tidak akan ada yang suka dengan bakteria didalamnya. Menurut Dr Darlington dari the Health Commissioner of New York, sekitar 135,000 bakteria ada pada wang, terutama wang kertas.
2. TOMBOL PINTU / BUTANG LAMPU
Biasanya orang terakhir atau pertama masuk di bilik adalah yang paling sering bersentuhan dengan butang lampu. Bakteria sangat senang hidup di kawasan yang banyak disentuh oleh banyak orang itu. Menurut ahli sanitasi, dalam setiap inci butang lampu / tombol pintu ada sekitar 217 bakteria yang boleh berpindah dari tangan ke tangan.
3. KEYBOARD KOMPUTER
Sebuah kajian di Britain pernah menyebut bahawa bakteria yang ada di keyboard komputer lebih banyak daripada bakteria yang ada di tandas. Untuk itu sebaiknya bersihkan keyboard secara rutin dengan alat khusus pembersihan keyboard atau boleh juga dengan menggunakan kain basah.
4. TELEFON BIMBIT
Telefon bimbit adalah barang yang tidak boleh lepas dari kehidupan sehari-hari. Akibat tidak lepas itulah, maka telefon dijadikan tempat kegemaran bagi ribuan bakteria untuk menetap. Bakteria suka melekat pada telefon bimbit kerana suhu yang hangat dan sesuai untuk pertumbuhannya. Untuk menghindarinya, kini sudah ada pelapis anti mikrob untuk telefon bimbit yang boleh melindungi telefon bimbit anda daripada bakteria dan mengurangkan risiko bakteria melekat pada wajah dan tangan anda.
5. MANGKUK TANDAS
Meskipun kelihatan bersih dan licin, tapi permukaan mangkuk tandas yang dibuat dari porselin sangat berpotensi sebagai tempat berpindahnya virus, bakteria dan penyakit-penyakit tertentu. Data statistik menunjukkan, terdapat 295 bakteria dalam setiap inci permukaan tempat duduk tandas.
6. TROLI MEMBELI BELAH
Berbelanja menggunakan troli memang lebih mudah dan mengasyikkan. Tapi menurut penyelidik dari University of Arizona, troli ini mengandungi bakteria, air liur, dan bahan-bahan menjijikkan yang lain yang lebih banyak daripada eskalator, telefon awam bahkan bilik mandi umum.
7. REMOTE CONTROL
Seberapa sering anda menumpahkan makanan pada remote control dan tidak membersihkannya? Maka remote control, bakteria MRSA, SARS dan bakteria lain boleh masuk ke dalam tubuh. Jangan biarkan remote control menjadi ancaman apabila anda sedang asyik menonton TV.
8. TAB MANDI
Bak mandi adalah bahagian dalam rumah yang sering tidak dilupakan. Ketika ada seseorang dalam keluarga yang terkena penyakit jangkitan staphylococcus, jangkitan saluran kencing, pneumonia, septicemia atau penyakit kulit, baru disedari bahawa tab mandi menjadi sarang bakteria. Percaya atau tidak, bakteria yang tergenang di dalam tab mandi lebih berbahaya daripada bakteria yang ada di dalam lubang tandas. Membersihkan tab mandi seminggu sekali boleh mengurangkan risiko penyakit yang tidak diingini.
9. SINKI DAPUR
Dapur adalah tempat paling kotor diantara semua bahagian rumah yang lain, terutamanya pada sinki. Ada sekitar 500,000 bakteria yang terdapat pada setiap inci sinki. Untuk mengatasinya, cubalah membersihkan sinki anda dengan setengah cawan baking soda dan setengah cawan cuka. Setelah itu, jangan lupa siram dengan air untuk memastikan singki itu bersih.
10. SPAN CUCIAN
Alat untuk mencuci pinggan ini adalah barang yang sangat berpotensi dijadikan tempat berkembangnya bakteria kerana memiliki kelembapan yang tinggi dan pori-pori yang kecil. Salah satu cara terbaik untuk menghilangkan bakteria dari barang ini adalah dengan memanaskannya dalam microwave selama 60 saat. Penemuan ini tentu saja bukan untuk menakut-nakutkan orang, tapi sekadar mengingatkan pentingnya menjaga kebersihan termasuk benda-benda kecil yang sering kali kita anggap remeh. - eberita
Anda boleh buat duit
besar untuk
raya dengan Firesale Raya.
raya dengan Firesale Raya.
Cepat klik link
dibawah:
No comments:
Post a Comment