Sekadar hendak berkongsi , khas buat anak-anak kelahiran negeri Perak.
Sekiranya anda sedang atau baru hendak memulakan pengajian di pusat pengajian tinggi, terdapat bantuan kewangan yang boleh anda mohon daripada Yayasan Perak.
Pelajar yang terdiri daripada golongan sederhana atau berpendapatan rendah amat dialu-alukan untuk memohon bantuan tersebut.
Terdapat 3 jenis bantuan yang boleh anda perolehi, iaitu :
1) Pinjaman Pengajian Tinggi Pejabat SUK Perak
2) Yayasan Perak (Dermasiswa)
3) Bantuan Pengajian MAIPk
Untuk makluman anda, ketiga-tiga jenis bantuan ini adalah berbeza ya.
Baiklah, disini saya akan menerangkan satu persatu mengenai 3 jenis bantuan yang telah dinyatakan seperti diatas.
------------------------------------------------------------------------------------------------
1) PINJAMAN PENGAJIAN TINGGI PEJABAT SUK PERAK
Bagi pinjaman ini, anda perlu sentiasa
merajinkan diri anda mengunjungi laman web tersebut. Ia untuk memastikan anda
tidak terlepas peluang bagi memohon pinjaman ini.
Untuk makluman anda, saya dimaklumkan oleh pegawai yang menyemak dokumen saya, beliau mengatakan bahawa ramai anak Perak masih belum mengetahui mengenai pinjaman ini kerana rata-rata mereka berpendapat pinjaman PTPTN sahaja yang dapat membantu mereka melanjutkan pelajaran. Beliau juga mengatakan bahawa kerajaan negeri Perak sedang berusaha untuk menggalakkan semula pelajar memohon pinjaman ini. Saya juga baru tahu mengenai pinjaman ini pada akhir tahun 2013, itu pun sebab ada orang share di facebook. Huhu.
Pinjaman ini juga merupakan pinjaman yang boleh berubah menjadi biasiswa sekiranya anda memperoleh pointer 3.5 keatas semasa berada di IPT.
Pelajar yang sedang berada di peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana(Master) dan Doktor Falsafah(PhD) layak untuk memohon.
Bagi pelajar STPM yang baru keluar result STPM, dan sedang menunggu keputusan UPU, jangan risau..mohon secara online dulu kalau tarikh permohonan pinjaman ni sedang dibuka nanti..boleh mohon sebenarnya pada waktu ni..
Bagi pelajar yang sedang mengikuti pengajian diperingkat Diploma dan Ijazah, dan sudah menerima PTPTN. Jangan risau. Anda masih boleh memohon pinjaman Perak ni. Kalau anda berjaya dapat pinjaman ni, anda tidak perlu lagi menggunakan PTPTN.
Yang penting, selalulah alert ya. Rajinkan diri untuk mengunjungi laman web http://epinjaman.perak.gov.my/
UPDATE ! laman web baru pinjaman Perak di sini : http://spptp.perak.gov.my/page/main/home.php?id=0
Kadar pinjaman yang ditawarkan adalah mengikut peringkat pengajian pelajar :

Diploma : RM5 000
setahun
Ijazah Sarjana Muda(Jurusan Sains) : RM6 500 setahun
Ijazah Sarjana Muda(Jurusan Sains) : RM6 500 setahun
Ijazah Sarjana Muda(Jurusan
Sastera) : RM6 000 setahun
Sarjana: RM 10 000 setahun
Doktor Falsafah : RM15 000 setahun
Sarjana: RM 10 000 setahun
Doktor Falsafah : RM15 000 setahun
Pelajar jurusan pengajian Islam
di Jordan : RM12 000 setahun
Pelajar jurusan pengajian Islam di Mesir : RM 6 000 setahun
Pelajar jurusan pengajian Islam di Mesir : RM 6 000 setahun
Rajinkan diri anda untuk
sentiasa mengunjungi laman web http://epinjaman.perak.gov.my/ ye.
Saya tak pasti bila pula permohonan seterusnya akan dibuka.
Prosedur permohonan anda :
Prosedur pertama,
anda perlu memohon secara online apabila permohonan sudah dibuka. Permohonan boleh dibuat di laman web http://epinjaman.perak.gov.my/. Rajinkan diri anda untuk mengunjungi laman web nya ye.
Prosedur kedua,
anda akan menerima sms untuk menghadiri temuduga. anda perlu menghadiri temuduga sekiranya anda menginginkan pinjaman ini. Sekiranya anda lulus temuduga, permohonan anda akan dipertimbangkan untuk ditawarkan pinjaman. Sekiranya anda gagal temuduga, maka gagal lah anda untuk mendapat pinjaman ini. Temuduga ini selalunya banyak tanya tentang negeri Perak, isu semasa yang berlaku, dan mengapa anda inginkan pinjaman ini. Namun , ikut rezeki juga temuduga ni. Mungkin panel akan tanya soalan lain. Temuduga biasanya dilakukan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak di Ipoh.
Prosedur ketiga,
anda akan menerima sms yang mengatakan anda berjaya memperoleh pinjaman ini. Sekiranya menerima sms, anda perlu menyemak secara online di laman web http://epinjaman.perak.gov.my/ untuk memuat turun dokumen-dokumen yang berkaitan. Terdapat banyak dokumen. Kesemua dokumen ini harus lengkap diisi dan disahkan. Sekiranya tidak lengkap, anda tidak boleh menerima pinjaman.
Prosedur keempat,
Setelah dokumen dihantar, anda tidak akan terus mendapat duit ye. Macam tahun 2014 ni, 27 September 2014 baru dapat. Perlu ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak di Ipoh , ambil cek daripada YB.
Kalau dapat pinjaman ni , anda tidak boleh menerima tajaan lain ye (PTPTN, MARA, JPA dan lain-lain).
Kadar bayaran pinjaman balik :
Cara bayaran boleh dilakukan melalui pemotongan gaji, pos dan internet banking.
Pinjaman perlu dibayar balik selepas 7 bulan tamat pengajian !
Ini saja yang boleh saya cerita mengenai pinjaman ni. Untuk makluman lanjut, anda boleh mengunjungi laman web http://epinjaman.perak.gov.my/ atau tanya Encik Google.
2) YAYASAN PERAK(DERMASISWA)
Borang permohonan boleh
didapati secara percuma di Pejabat Yayasan Perak, Pejabat Pusat Khidmat
Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan masing-masing atau dicetak
terus melalui laman web http://www.yayasanperak.com.my/pelajarIPTA.php .
Kadar dermasiswa adalah RM300
(Sijil/Matrikulasi), RM500 (Diploma), RM1,000 (Ijazah Sarjana Muda) dan RM1,200
(Ijazah Sarjana Muda Profesional).
Dermasiswa ini tak perlu bayar
balik. Tapi, dermasiswa ini cuma boleh dapat sekali aje ye bagi setiap
peringkat pengajian.
3) BANTUAN PENGAJIAN MAIPk
Borang permohonan boleh diambil
di baitulmal. Atau anda boleh downloand di laman web maipk.
Pastu klik download Borang Bantuan Am Fisabilillah.
------------------------------------------------------------------------------------------------
buat
anak-anak Perak,
mohonlah
ketiga-tiga bantuan ni kalau boleh.
Mungkin
serba sedikit dapat membantu anda melanjutkan pelajaran.
Bukan
semua lahir daripada golongan senang, namun bukan semua juga dapat peluang
untuk melanjutkan pelajaran. Hargailah peluang yang anda dapat.
Syukuri
nikmat yang telah Allah beri kepada kalian. Ingat jasa ibu ayah.
Selamat berjihad di medan ilmu.
Perjuangan
harus diteruskan.
Setakat
ini sajalah perkongsian saya.
Sebarang
kesalahan, harap ditegur ye.
Peace.
Sekian,
terima kasih.
sekadar satu perkongsian info..
sekadar satu perkongsian info..
PROGRAM JUTAWAN BARU
DGN MODAL YG RENDAH..
BARU SANGAT DILANCAR 23/6/2015
Klik daftar percuma,
isikan butir2 diri anda dan klik register now
pastikan ruang sponsor
: penaja anda yg kenalkan iaitu saya: easy2u
Register Percuma:
Klik link di bawah..
http://bit.ly/1O0d2Vh
No comments:
Post a Comment