Cara Solat Sunat Taubat
Rasulullah SAW. telah bersabda: “Sesiapa yang pernah melakukan perbuatan dosa, bersegeralah berwuduk kemudian dirikan solat dan mohonlah keampunan kepada Allah SWT., Allah pasti akan menerima permohonannya itu. Kemudian bacalah ayat ini:“Mereka yang pernah mengerjakan perbuatan dosa atau telah berbuat dosa terhadap dirinya sendiri lalu mereka bersegera mengingati Allah dengan memohon keampunan Ilahi terhadap dosa yang dilakukan itu. Siapakah yang akan mengampuni segala dosa, selain Allah? Kemudian itu mereka berasa insaf dan sedar serta tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi, maka mereka akan diberi pahala dan ganjaran syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai dan disitulah tempat mereka selamanya.” (HR Abu Daud, Nasa’I, Ibnu Majah dan Baihaqi.)
Solat
Taubat boleh dilakukan dua, empat atau enam rakaat pada bila-bila masa
yang dikehendaki, tetapi lebih afdal pada waktu tengah malam dimana
suasananya lebih sunyi dan tenang.
Fadhilat Taubat :
Cara Solat Sunat Taubat
1. Niat solat sunat taubat
2. Membaca surah Al-Fatihah dan membaca surah-surah seperti dibawah:
Rakaat pertama: Surah Al-Kafirun
Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas
3. Semasa sujud terakhir pada rakaat kedua (sebelum duduk Tahiyyat Akhir) iaitu selepas membaca tasbih biasa, bacalah Tasbih berikut 40 kali:
Tiada tuhan melainkan Dikau(ALLAH) Maha Suci Dikau!Sesungguhnya daku ini termasuk daripada golongan yang aniaya (zalim).
4. Setelah memberi salam hendaklah memperbanyakkan beristighfar :
a. Bacalah istighfar berikut sebanyak 10 / 100 kali
“As-tagh-fi-rul-Laa-hil ‘A-ziym, al-la-dziy laa i-la-ha il-laa hu-wal hai-yul qoi-yuum wa-a-tuu-bu i-laih.”
Daku mohon ampun kepada Allah yang Maha Agung, yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus dan daku bertaubat kepada-Nya.
b. Sambung baca Istighfar Tauhid berikut sebanyak 10 / 100 kali
“As-tagh-fi-rul-Laa-hil
‘A-ziym, al-la-zii laa i-la-ha il-laa hu-wal hai-yul qoi-yuum
wa-a-tuu-bu i-laih. Tau-ba-ta ‘Ab-di zhoo-li-mi laa yam-li-ku
li-naf-si-hi dhor-raa, wa-laa naf-‘an wa-laa mau-tan wa-laa ha-yaa-tan
wa-laa nu-syuu-raa.”
Daku
memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung yang tiada Tuhan melainkan
Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus! Daku bertaubat kepada-Nya selaku
taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tiada menguasai akan
dirinya dan tidak mampu membuat, menolak mudharat dan manfaat serta
tidak dapat menguasai kematian, hidup dan kebangkitan.
c. Kemudian bacalah Penghulu Istighfar sebanyak 3 Kali
“AL-Laa-Hum-ma an-ta rab-bi Laa
i-la-ha il-laa an-ta kho-laq-ta-ni wa-a-naa ‘ab-du-ka wa-a-naa ‘a-laa
‘ah-di-ka wa-wa’-di-ka mas-ta-th0′-tu, a-‘uu-dzu-bi-ka min syar-ri-maa
sha-na’-tu, a-buu u-la-ka bi-ni’-ma-ti-ka ‘a-lay-ya wa-a-bu-u bi-dzan-bi
fagh-fir-lii, fa-in-na-hu laa yagh-fi-rudz dzu-nuu-ba il-laa an-ta.”
Ya
Allah! Dikaulah Tuhanku, Tiada Tuhan melainkan Dikau; Dikau yang
menciptakan daku dan daku adalah hamba-Mu. Dan sedaya mampuku, daku
berpegang dengan janji dan sumpah setiaku terhadap-Mu. Daku memohon
perlindungan-Mu daripada segala kejahatan yang telah dilakukan; Daku
mengakui akan segala nikmat yang Dikau berikan kepadaku dan daku
mengakui akan dosa-dosaku. Maka ampunilah daku kerana tiada yang
mengampuni dosa-dosa kecuali Dikau.
5. Baca Doa Taubat
Daku memohon ampun kepada Allah, Daku mohon ampun kepada Allah, Daku mohon ampun kepada Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus!
Daku
bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa
yang tidak berdaya untuk menolak mudharat atau berbuat manfaat dan tidak
mampu mematikan atau menghidupkan mahupun membangkitkan (di Padang
Mahsyar kelak).
Daku mohon perlindungan-Mu daripada dosa, kemalasan, dugaan kubur dan seksanya. Daku mohon perlindungan-Mu daripada segala kesalahan dan hukuman.
Ya
Allah! Bersihkanlah diriku daripada dosa-dosa sebagaimana kain putih
dibersihkan daripada kekotoran. Ya Allah! Sesungguhnya daku bertaubat
kepada-Mu di atas segala dosaku, dan daku berjanji tidak akan
mengulanginya.
Ya
Allah! Pengampunan-Mu adalah lebih luas daripada dosa-dosaku dan
pengampunan-Mu terhadapku adalah lebih tertunai daripada amalan baikku.
Ya Allah! Sesungguhnya daku telah banyak sekali menganiaya diriku
sendiri, tiada yang dapat mengampuni dosaku itu kecuali Dikau; Maka
berikanlah daku keampunan-Mu, kasihanilah daku.
Ya
Allah, Ya Tuhanku! Terimalah taubatku, suci bersihkanlah segala dosaku
dan kabulkanlah permohonanku. Sesungguhnya Dikau Maha Pengampun lagi
Maha Penyayang!
Semoga dengan tutorial solat ni dapat membantu sahabat-sahabat dalam meningkatkan mutu ibadah kepada Allah In Shaa Allah..tapi jangan bertaubat sekali jer lepas tu dah tak buat..kena faham solat taubat ni dilakukan apa bila kita telah berbuat salah atau dosa..Wallahualam.. (^____^)
وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه
Sumber rujukan disini
No comments:
Post a Comment