Monday, December 23, 2013

Panduan dan kelebihan Doa Qunut Nazilah.


Qunut ertinya membaca doa kerana sesuatu bala bencana supaya kita dilindungi Allah dari bahaya.

CARA MEMBACA QUNUT NAZILAH

“Qunut Nazilah” boleh dibaca pada setiap solat fardhu: Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh. Ia dibaca pada rakaat terakhir selepas bangun dari Ruku’ untuk ‘Itidal.

Doa dibaca ketika berdiri untuk I’tidal. Ada tiga cara membaca doa tersebut. Imam boleh memilih salah satu dari cara-cara berikut:

1. Membaca doa Qunut sepertimana yang biasa dibaca ketika solat Subuh.
2. Membaca doa Qunut Nazilah sahaja sepertimana yang di dalam lampiran
3. Membaca doa Qunut subuh dan diikuti dengan doa Qunut Nazilah .

Peringatan:
· Jika para Imam tidak menghafal Qunut Nazilah yang dilampirkan, bolehlah membaca doa qunut sepertimana dalam solat subuh. Kemudian doa nazilah ini boleh dibaca selepas solat.

· Imam hendaklah memberitahu para jemaah bahawa qunut akan dibaca di dalam solat agar mereka meng-aminkan bersama doa tersebut.

Sila hafal doa qunut Nazilah ini ye..


Doa Qunut Nazilah

Pengertian dan maksud Doa Qunut Nazilah

Maksudnya: ‘Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.

Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersolat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur

Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.

Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”

Korang dah hafal lom?
Tujuan membaca Doa Qunut Nazilah

Doa Qunut Nazilah dibaca bertujuan membantu dan mendoakan saudara-saudara Muslim yang terkena bencana, ancaman, penganiayaan, penindasan musuh-musuh Allah dan musuh kaum Muslimin terutama di negara-negara Arab dan Myanmar, Thailand dan Filipina.

Nu’man bin Bashir r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah Shallallaahu’alayhi wa sallaam bersabda, “Kamu akan melihat orang beriman saling berkasih sayang satu sama lain, mencintai satu sama lain, bersahabat satu sama lain bagaikan satu tubuh, Ketika satu bahagian tangan (dari tubuh) merasakan sakit maka menyebabkan keseluruhan tubuh akan menjadi lemah dan merasa sakit “ (Misykat: 422)

Ibnu Umar r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah Shallallaahu’alayhi wa sallaam bersabda,“Seorang Muslim adalah saudara bagi Muslim yang lain, maka jangan menyusahkannya dan jangan menyerahkannya (kepada musuh-musuh ketika ia di dalam kesusahan).”  (ibid)

.Dikisahkan Amir bin Malik, ketua Bani Sulaym meminta bantuan kepada Rasulullah SAW untuk menghadapi musuh kaumnya. Rasulullah SAW menerima permohonannya dan mengirim 70 orang sahabat yang mereka terdiri dari para Quraa (ahli dalam bacaan Al-Qur’an). Kaum Bani Sulaym kemudian menawan para sahabat di sebuah tempat yang bernama Bir Ma’una dan kemudian membunuh mereka.

Jibril AS memberitahu peristiwa ini kepada Rasulullah SAW dan menyampaikan mesej terkini dari para Quraaa tersebut, “Khabarkan kepada orang-orang bahawa kami telah berjumpa Tuhan kami. Dia (Allah) redha kepada kami dan kami redha kepada-Nya”. Kejadian ini telah menyebabkan Rasulullah SAW mengalami kesedihan yang mendalam. Abdullah bin Mas’ud ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah membaca Qunut Nazilah selama satu bulan “mengutuk” Bani Sulaym. (Bukhari 2:586)

.Berdasarkan riwaayat-riwayat di atas, para Fuqaha telah menggariskan bahawa apabila ummt ini dalam krisis mereka harus mengikuti Sunnah untuk mengamalkan Qunut Nazila dan berdoa untuk Ummat.

Abu Musa r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah Shallallaahu’alayhi wa sallaam bersabda, “Seorang beriman dengan orang yang beriman yang lain seperti sebuah bangunan yang saling menguatkan satu sama lain (dengan tiap batanya).” (ibid)

Qunut ini boleh dibacakan pada tiap-tiap sembahyang fardhu jika kedatangan bala atau sebarang cubaan dari Allah SWT.

Dari Abi Hurairah radhiyallahu `anhu beliau berkata: “Demi Allah, sesungguhnya aku akan mendekatkan kamu cara solat Rasulullah S.A.W. Maka Abu Hurairah melakukan qunut pada solat Zuhur, Isyak dan Subuh. Beliau mendoakan kebaikan untuk kaum mukminin dan memintakan laknat ke atas orang-orang kafir”.
(Hadis riwayat Imam Bukhari)

Abu Hurairah radhiyallahu `anhu juga meriwayatkan bahawa sesungguhnya Nabi S.A.W tidak membaca qunut melainkan apabila beliau berdoa untuk kebaikan seseorang atau mendoakan kehancuran seseorang. Apabila baginda berkata: “sami’allahu liman hamidah” Baginda berkata “Rabbana lakalhamd dan Baginda S.A.W membaca doa”.

Qunut ini dibacakan pada waktu iktidal selepas ruku’ pada rakaat terakhir.

Diceritakan kepada kami Asim berkata, aku bertanya pada Anas bin Malik tentang qunut, lalu dia berkata sememangnya qunut itu ada. Aku berkata samada sebelum rukuk atau selepasnya, Anas berkata selepas rukuk. Aku berkata lagi, sesungguhnya seseorang telah mengkhabarkan kepadaku bahawa engkau memberitahunya sebelum rukuk. Anas berkata dia berdusta, sesungguhnya Rasulullah S.A.W membaca qunut selepas rukuk selama sebulan dan diperlihatkannya ketika mengutus satu kaum yang dikatakan mereka itu baik bacaannya seramai 70 orang kepada kaum musyrikin yang telah melakukan perjanjian dengan Rasulullah S.A.W.

(mengikut riwayat hadis yang lain, 70 orang al-qura’ yang diutuskan oleh Rasulullah tersebut telah dibunuh). Lalu baginda berqunut selama sebulan mendoakan kecelakaan ke atas mereka. (Hadis riwayat Imam Bukhari)

** Aku kongsikan apa yang aku jumpa. Tak ubah satu perkataan pun. Bila aku tahu tentang Doa Qunut Nazilah ni dulu, memang aku tak berapa faham dan tak tahu apa fungsinya. Patutlah dulu ustaz-ustaz aku selalu baca Qunut Nazilah pada waktu subuh. Aku pelik gak masa tu sebab tiba-tiba doa qunut jadi panjang dari biasa. Sejak tu..aku cuba hafal dan alhamdulillah..berjaya menghafalnya. Waktu muda, adalah waktu yang sesuai untuk menghafal. Jadi, jangan sia-siakan waktu muda korang dengan hafal benda yang bukan-bukan.

Ps: Ada sesiapa yang masih belum hafal Doa Qunut Nazilah ni? 


Flag Counter
 


No comments: