CARA MEMBACA QUNUT NAZILAH
“Qunut Nazilah” boleh dibaca pada setiap solat fardhu: Zohor, Asar,
Maghrib, Isyak dan Subuh. Ia dibaca pada rakaat terakhir selepas bangun dari
Ruku’ untuk ‘Itidal.
Doa dibaca ketika berdiri untuk
I’tidal. Ada tiga cara membaca doa tersebut. Imam boleh memilih salah satu dari
cara-cara berikut:
1. Membaca doa Qunut sepertimana
yang biasa dibaca ketika solat Subuh.
2. Membaca doa Qunut Nazilah sahaja sepertimana yang di dalam lampiran
3. Membaca doa Qunut subuh dan diikuti dengan doa Qunut Nazilah .
2. Membaca doa Qunut Nazilah sahaja sepertimana yang di dalam lampiran
3. Membaca doa Qunut subuh dan diikuti dengan doa Qunut Nazilah .
Peringatan:
· Jika para Imam tidak menghafal Qunut Nazilah yang dilampirkan, bolehlah membaca doa qunut sepertimana dalam solat subuh. Kemudian doa nazilah ini boleh dibaca selepas solat.
· Jika para Imam tidak menghafal Qunut Nazilah yang dilampirkan, bolehlah membaca doa qunut sepertimana dalam solat subuh. Kemudian doa nazilah ini boleh dibaca selepas solat.
· Imam hendaklah memberitahu para
jemaah bahawa qunut akan dibaca di dalam solat agar mereka meng-aminkan bersama
doa tersebut.
Sila hafal doa qunut Nazilah ini
ye..
Doa Qunut Nazilah
Pengertian
dan maksud Doa Qunut Nazilah
Maksudnya: ‘Ya Allah, sesungguhnya
kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon
petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami
memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami
melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.
Ya Allah, Engkau yang kami sembah
dan kepada Engkau kami bersolat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang
bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu
yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur
Ya Allah, Muliakanlah Islam dan
masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah
saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka
kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.
Ya Allah, selamatkanlah kami dari
segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana,
hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat
menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”
Tujuan
membaca Doa Qunut Nazilah
Doa Qunut Nazilah dibaca bertujuan membantu dan mendoakan saudara-saudara
Muslim yang terkena bencana, ancaman, penganiayaan, penindasan musuh-musuh
Allah dan musuh kaum Muslimin terutama di negara-negara Arab dan Myanmar,
Thailand dan Filipina.
Nu’man bin Bashir r.a. meriwayatkan
bahawa Rasulullah Shallallaahu’alayhi wa sallaam bersabda, “Kamu akan
melihat orang beriman saling berkasih sayang satu sama lain, mencintai satu
sama lain, bersahabat satu sama lain bagaikan satu tubuh, Ketika satu bahagian
tangan (dari tubuh) merasakan sakit maka menyebabkan keseluruhan tubuh akan
menjadi lemah dan merasa sakit “ (Misykat: 422)
Ibnu Umar r.a. meriwayatkan bahawa
Rasulullah Shallallaahu’alayhi wa sallaam bersabda,“Seorang Muslim
adalah saudara bagi Muslim yang lain, maka jangan menyusahkannya dan jangan
menyerahkannya (kepada musuh-musuh ketika ia di dalam kesusahan).” (ibid)
.Dikisahkan Amir bin Malik, ketua
Bani Sulaym meminta bantuan kepada Rasulullah SAW untuk menghadapi musuh
kaumnya. Rasulullah SAW menerima permohonannya dan mengirim 70 orang sahabat
yang mereka terdiri dari para Quraa (ahli dalam bacaan Al-Qur’an). Kaum Bani
Sulaym kemudian menawan para sahabat di sebuah tempat yang bernama Bir Ma’una
dan kemudian membunuh mereka.
Jibril AS memberitahu peristiwa ini
kepada Rasulullah SAW dan menyampaikan mesej terkini dari para Quraaa
tersebut, “Khabarkan kepada orang-orang bahawa kami telah berjumpa
Tuhan kami. Dia (Allah) redha kepada kami dan kami redha kepada-Nya”.
Kejadian ini telah menyebabkan Rasulullah SAW mengalami kesedihan yang
mendalam. Abdullah bin Mas’ud ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah
membaca Qunut Nazilah selama satu bulan “mengutuk” Bani Sulaym. (Bukhari 2:586)
.Berdasarkan riwaayat-riwayat di
atas, para Fuqaha telah menggariskan bahawa apabila ummt ini dalam krisis
mereka harus mengikuti Sunnah untuk mengamalkan Qunut Nazila dan berdoa untuk
Ummat.
Abu Musa r.a. meriwayatkan bahawa
Rasulullah Shallallaahu’alayhi wa sallaam bersabda, “Seorang
beriman dengan orang yang beriman yang lain seperti sebuah bangunan yang saling
menguatkan satu sama lain (dengan tiap batanya).” (ibid)
Qunut ini boleh dibacakan pada
tiap-tiap sembahyang fardhu jika kedatangan bala atau sebarang cubaan dari
Allah SWT.
Dari Abi Hurairah radhiyallahu `anhu
beliau berkata: “Demi Allah, sesungguhnya aku akan mendekatkan kamu cara solat
Rasulullah S.A.W. Maka Abu Hurairah melakukan qunut pada solat Zuhur, Isyak dan
Subuh. Beliau mendoakan kebaikan untuk kaum mukminin dan memintakan laknat ke
atas orang-orang kafir”.
(Hadis riwayat Imam Bukhari)
(Hadis riwayat Imam Bukhari)
Abu Hurairah radhiyallahu `anhu juga
meriwayatkan bahawa sesungguhnya Nabi S.A.W tidak membaca qunut melainkan
apabila beliau berdoa untuk kebaikan seseorang atau mendoakan kehancuran
seseorang. Apabila baginda berkata: “sami’allahu liman hamidah” Baginda berkata
“Rabbana lakalhamd dan Baginda S.A.W membaca doa”.
Qunut ini dibacakan pada waktu
iktidal selepas ruku’ pada rakaat terakhir.
Diceritakan kepada kami Asim
berkata, aku bertanya pada Anas bin Malik tentang qunut, lalu dia berkata
sememangnya qunut itu ada. Aku berkata samada sebelum rukuk atau selepasnya,
Anas berkata selepas rukuk. Aku berkata lagi, sesungguhnya seseorang telah
mengkhabarkan kepadaku bahawa engkau memberitahunya sebelum rukuk. Anas berkata
dia berdusta, sesungguhnya Rasulullah S.A.W membaca qunut selepas rukuk selama
sebulan dan diperlihatkannya ketika mengutus satu kaum yang dikatakan mereka
itu baik bacaannya seramai 70 orang kepada kaum musyrikin yang telah melakukan perjanjian
dengan Rasulullah S.A.W.
(mengikut riwayat hadis yang lain,
70 orang al-qura’ yang diutuskan oleh Rasulullah tersebut telah dibunuh). Lalu
baginda berqunut selama sebulan mendoakan kecelakaan ke atas
mereka. (Hadis riwayat Imam Bukhari)
** Aku kongsikan apa yang aku jumpa.
Tak ubah satu perkataan pun. Bila aku tahu tentang Doa Qunut Nazilah
ni dulu, memang aku tak berapa faham dan tak tahu apa fungsinya. Patutlah dulu
ustaz-ustaz aku selalu baca Qunut Nazilah pada waktu subuh. Aku pelik gak masa
tu sebab tiba-tiba doa qunut jadi panjang dari biasa. Sejak tu..aku cuba hafal
dan alhamdulillah..berjaya menghafalnya. Waktu muda, adalah waktu yang sesuai
untuk menghafal. Jadi, jangan sia-siakan waktu muda korang dengan hafal benda
yang bukan-bukan.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.