Dengan nama Allah yang Maha Pemurah,
lagi Maha Mengasihani
Hamzah bin Abdul Muttalib lahir
diperkirakan hampir bersamaan dengan Nabi Muhammad S.A.W. Beliau merupakan anak
kepada pasangan Abdul Muttalib dan Haulah binti Wuhaib dari Bani Zuhrah.
Menurut riwayat, pernikahan Abdul
Muttalib dan Abdullah bin Abdul Mutallib terjadi bersamaan waktunya, dan ibu
dari Nabi, Aminah binti Wahab, adalah sepupu kepada Haulah binti Wuhaib.
Tubuhnya tegap dan suka memakai bulu burung di topi kepalanya.
Hamzah merupakan seorang ahli sukan,
pakar memanah dan pakar menunggang kuda. Kerana karismanya, beliau begitu
dihormati di kota Makkah termasuk salah seorang kawan rapatnya yang juga
saudaranya Abu Jahal. Dia juga dikenali sebagai Asadullah atau Singa Allah kerana
keberaniannya.
Hamzah terlibat dalam dua peperangan
iaitu Perang Badar dan Perang Uhud. Ketika peperangan di Badar, Hamzah berjaya
membunuh dua orang bangsawan Quraisy. Salah seorang daripadanya bapa kepada
Hendon, isteri Abu Sufian.
Pada waktu peperangan di Uhud,
Hamzah terkorban syahid akibat rejaman lembing yang dilemparkan oleh Wahsyi,
seorang hamba berkulit hitam. Wahsyi telah diupah oleh Hendon untuk mebunuh
Saidina Hamzah demi membalas dendam atas kematian ayahnya dalam Peperangan
Badar. Dadanya telah dirobek oleh Hendon lalu hatinya dikunyah. Namun Hendon
tidak dapat menelan hati Saidina Hamzah.
Kita sebagai umat Islam HARUS
SEMESTINYA mengambil pegajaran terhadap PENGORBANAN yang telah ditunjukkan oleh
Saidina Hamzah yang sanggup berkorban. Beliau sanggup menggadai nyawanya demi
merelakan Islam tertegak di muka bumi ini….
Perang
Uhud
Perang Uhud ini berlaku pada tahun
ketiga Hijrah antara tentera Islam dengan tentera kafir Quraisy. Perang Uhud
adalah platform untuk orang Quraisy membalas dendam terhadap kekalahan mereka
ketika Perang Badar. Dinamakan Perang Uhud kerana ia berlaku di sebuah tempat
yang dikelilingi Bukit Uhud.
Pihak Quraisy keluar dari Makkah
dengan gerombolan tentera seramai 3000 orang termasuk para penyokongnya. Pihak
Muslim pula keluar dari Madinah di bawah seliaan Nabi Muhammad s.a.w seramai
seribu orang sahaja. Walau bagaimanapun, Abdulah bin Ubai (ketua suku Khazraj)
bersama tiga ratus orang yang lain telah menarik diri di tengah perjalanan
mereka.
Di Bukit Uhud, 50 orang yang terdiri
daripada pasukan memanah telah diperintahkan untuk mengadakan kubu pertahanan
di atas bukit dan diperintahkan agar tidak meninggalkan bukit itu sama ada
kalah atau menang sehingga diberitahu kelak.
Pertempuran bermula dan mula
menyaksikan kegoyahan tentera Quraisy. Tentera musyrik mula berundur dan
tentera Muslim mula nampak kejayaan mereka dan ketika itu, tentera yang
bertahan di atas bukit mula meninggalkan tempat itu untuk memungut harta yang
tertinggal dan menguasai medan kemenangan. Sebaik mereka meninggalkan bukit
tersebut, Khalid al-Walid bersama tentera berkudanya serta beberapa pimpinan
perang untuk mula menyerang dari belakang iaitu menerusi bukit tersebut.
Serangan tersebut memecah-belahkan
tentera Muslim dan melemahkan pertahanan mereka. Ketika itulah muncul pelbagai
dakwaan dan propaganda yang turut mengatakan bahawa Muhammad telah terkorban.
Itu menyebabkan kebanyakan tentera Muslim menjadi lemah dan tidak bersemangat
sehingga berpecah kepada kumpulan yang ingin meneruskan perang dan yang ingin
lari. Walau bagaimanapun, Muhammad s.a.w. bersama Abu Bakr as-Siddiq, Umar ibni
al-Khattab dan Ali bin Abi Thalib masih selamat. Ubai bin Khalaf ketika itu
muncul untuk membunuh baginda dan baginda mengambil lembing terus menikam Ubai
sehingga mati. Ini merupakan pembunuhan yang pertama dilakukan baginda.
Baginda turut jatuh ke dalam lubang
yang digali oleh Abu Amar Ar-Rahab dan dikurung baginda di dalamnya. Ia
menyebabkan kedua-dua belah lutut baginda tercedera, cedera pipi, gigi patah
dan baginda turut pitam di dalamnya. Kemudian, muncul Fatimah bersama Ali
membasuh luka baginda. Tidak kurang juga tentera Muslim yang lain. Jika tidak
terkorban, kebanyakannya tercedera dengan hebat. Serangan bertubi-tubi
dilakukan oleh tentera Quraisy dengan penuh dendam.
Lebih 70 orang tentera Muslim
terkorban manakala hanya 23 orang tentera Quraisy yang terkorban. Hamzah bin
Abdul Mutalib iaitu salah seorang panglima Islam turut dibunuh oleh lelaki
Habsyi bernama Wahsyi. Dadanya pula kelihatan telah ditebuk dan hatinya telah
dikunyah oleh Hind iaitu isteri Abu Sufyan. Baginda memerintahkan agar mereka
yang syahid itu dikebumikan bersama pakaian mereka.
Setelah pulang ke Madinah, tentera
Muslim mendapat penangan yang hebat apabila diejek oleh Yahudi dan Munafik
Madinah dengan mengatakan yang mereka pasti terselamat jika tidak bersama
berperang. Peristiwa ini memberi pengajaran kepada para sahabat dan umat Islam
seluruhnya bahawa kita perlu taat kepada ketua selain Allah dan rasul-Nya.
Ketika terjadi perang Uhud ,
mayat-mayat bergelimpangan di segenap penjuru . Tidak ada satu pun yang hidup .
Di pihak syuhada Muslimin, korban-korban mirip bangkai-bangkai yang dimakan
binatang buas . Sungguh mengerikan.
Pihak musih dipimpin dua panglima Quraisy yang gagah perkasa, Khalid bin Walid dan Ikrimah bin Abi Jalal yang mengamuk bagaikan harimau-harimau gurun yang dahagakan darah. Rasullulah telah terluka . Saidina Hamzah, bapa saudara rasullulah saw telah ditikam oleh Wasya. Wasya bukan hanya telah membunuh pahlawan utama kaum muslimin itu, bahkan mengorek jantung Saidina Hamzah untuk diberikan kepada majikannya, Hindun . Jantung Saidina Hamzah telah dikunyah mentah-mentah oleh Hindun demi membalas dendam lama atas kematian Abu Sufian .
Saidina Ali bin Abi Talib dalam pertarungan dengan seorang panglima musyrik yang kuat . Dia seorang yang cekap dan pandai menggunakan pedang, baik di atas kuda maupun di atas padang yang pansa terik .
Darah Saidina Ali telah membasahi sekujur tubuhnya . Pakaiannya telah koyak rabak, perisainya terlempar jauh . Kehebatan pedang lawan menyambar-nyambar bagaikan kilat mahu mengancam jiwanya. Saidina Ali benar-benar dalam bahaya yang sangat genting .
Dalam suatu kesempatan, Saidina Ali berjaya menangkis pedang lawan yang mengarah ke lehernya, dan dengan cepat dia berjaya memotong kaki panglima musyrik itu .
Orang kafir itu menjadi terkejut dia tidak menduga akan mendapat serang macam itu, maka dia terguling jatuh dan pedangnya terlepas segera ditendangg jauh oleh Saidina Ali . Kemudian panglima muslim muda itu dengan pantas melompat ke atas tubuh lawannya . Dicabutnya pisau pendek di pinggangnya, serta tangannya terangkat tinggi siap untuk menghunjamkan pisaunya ke jantung musuh yang sudah tidak berdaya .
Namun tiba-tiba tatkala dalam beberapa detik lagi pisau Saidina Ali yang berkilat-kilat ditimpa sinar matahari untuk menghabiskan nyawa panglima musyrik itu . Panglima Musyrik itu meludah muka Saidina Ali tepat mengenai mata,hidung dan mulutnya .
Saidina Ali menghentikan niatnya . Tangannya yang memegang pisau di turunkan kembali . Dia sangat jijik dan marah, wajahnya merah padam dadanya nyaris meledak kerana marah . Ludah orang musyrik itu bukan main busuknya, sehingga hampir menyebabkan Saidina Ali muntah .
Yang menghairankan , dalam keadaan darahnya yang bergolak panas kerana merasa dihina dan direndahkan, Saidina Ali justeru melemparkan pisaunya lalu dia segera berdiri dan menyuruh lawannya pergi. Orang musyrik itu menjadi hairan dan kebingungan.
"Mengapa engkau melepaskan diriku? Kenapa engkau tidak jadi membunuhku? Gilakah dirimu , padahal seandainya tadi kedudukanku sepertimu, pasti kau sudah mati!" kata orang musyrik itu dengan nada tidak percaya.
"Untuk membunuhmu boleh diselesaikan lain kali," jawab Saidina Ali seraya mengusap debu yang menempel di bajunya. "Tetapi , kalau aku membunuhmu sekarang , itu bukan kerana Allah semata-mata, melainkan kerana aku marah kerana kau meludahiku . Berbeza dengan sebelumnya waktu aku benar-benar bertempur dengan dasar keyakinan untuk membela agama yang benar . Aku tidak mahu mengotori tangan dan perjuanganku dengan darah manusia kerana alasan hawa nafsu, betapa pun besarnya kemarahanku kerana kau hina dengan perbuatanmu meludahi wajahku tadi."
Petikan :
Himpunan Kisah Para Sufi
Halaman 13-15
Muhammad Ibrahim Salim

No comments:
Post a Comment