Wednesday, July 17, 2013

Kafir


Sebahagian dari siri Islam &
Iman
Individu
• Mukmin — orang beriman
• Muslim — orang Islam
• Fasiq — orang yang ingkar
• Fajir — orang suka berbuat maksiat
• Munafiq — hipokrit
• Murtad — keluar Islam
• Kafir — bukan Islam
Kumpulan
• Ahli Kitab
• Ahlul Bait
Istilah
• Ad-Din
Kafir (bahasa Arab كافر kāfir; plural كفّار kuffār) secara harfiah bermaksud orang yang menyembunyikan atau
mengingkari kebenaran. Dalam terminologi kultural perkataan ini digunakan dalam agama Islam untuk merujuk
kepada orang-orang yang mengingkari nikmat Tuhan (Allah) (sebagai lawan dari kata syakir, yang bermaksud orang
yang bersyukur). [1]
Kafir berasal dari perkataan kufur yang bermaksud ingkar atau menolak.
Etimologi
Kalimat kafir berakar kata dari K-F-R (Kaf-Fa-Ra) yang bermaksud "menutup". Pada zaman sebelum Islam istilah
tersebut digunakan untuk para petani yang sedang menanam benih diladang, menutup/mengubur dengan tanah.
Sehingga kalimat kāfir dapat dimplikasikan menjadi "seseorang yang bersembunyi atau menutup diri". Dalam bahasa
Islam, kāfir sebuah kata yang digunakan untuk mejabarkan seseorang yang menolak/ tidak memeluk agama Islam.
Jadi menurut ajaran Islam, manusia kafir terdiri dari beberapa maksud, iaitu:
• Orang yang tidak beragama Islam atau orang yang tidak mahu membaca syahadat,
• Orang Islam yang tidak ingin solat,
• Orang Islam yang tidak ingin puasa,
• Orang Islam yang tidak ingin berzakat.
Kata Kafir dalam Al-Qur'an
Di dalam Al-Qur'an, kitab suci agama Islam, kata kafir dan variasinya digunakan dalam beberapa penggunaan yang
berbeza [2]:
• Kufur at-tauhid (Menolak tauhid): Dialamatkan kepada mereka yang menolak bahawa Tuhan itu satu.
Sungguh orang-orang kafir (yang tak akan beriman), sama sahaja bagi mereka. Samada kamu memberi
amaran kepadanya atau tak kamu beri amaran kepadanya, mereka tetap tak pula akan beriman. (Al-Baqarah
ayat 6)
• Kufur al-ni`mah (mengingkari nikmat): Dialamatkan kepada mereka yang tidak mahu bersyukur kepadaTuhan
Kafir 2
Kerana itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan
janganlah kamu mengingkari (nikmat)-Ku (la takfurun). (Surah Al-Baqarah ayat 152)
• Kufur at-tabarri (melepaskan diri)
Sesungguhnya telah ada suri tauladan yang baik bagimu pada Ibrahim dan orang-orang yang bersama
dengan dia; ketika mereka berkata kepada kaum mereka: "Sesungguhnya kami berlepas diri daripada kamu
dan daripada apa yang kamu sembah selain Allah, kami ingkari (kekafiran)mu (kafarna bikum)..." (Surah
Al-Mumtahanah ayat 4)
• Kufur al-juhud: Mengingkari sesuatu
..maka setelah datang kepada mereka apa yang telah mereka ketahui, mereka lalu ingkar (kafaru) kepadanya.
(Surah Al-Baqarah ayat 89)
• Kufur at-taghtiyah: (menanam/mengubur sesuatu)
Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan,
perhiasan dan bermegah- megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak,
seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani (kuffar)(Surah Al-Hadid 20)
Rujukan
[1] IslamOnline.net, Shariah, Life Fatwa (http:/ / www. islamonline. net/ livefatwa/ english/ Browse. asp?hGuestID=8zOFOr)
[2] IslamOnline.net Defining the Kafirs (http:/ / www. islamonline. net/ servlet/ Satellite?pagename=IslamOnline-English-AAbout_Islam/
AskAboutIslamE/ AskAboutIslamE& cid=1123996016352)

No comments: