.
Kadar bayaran zakat fitrah Tahun
2013/1434H yang telah ditentukan mengikut negeri di seluruh Malaysia
masih sama sebagaimana kadar zakat fitrah pada tahun lalu (2012/1433H).
Kadar zakat fitrah Tahun 2013/1434H tersebut boleh dilihat pada jadual
berikut:
.
*Bagi negeri Johor dan Terengganu, kadar berbeza mengikut jenis dan gred beras.
*Kadar yang ditetapkan adalah berdasarkan harga beras gred super tempatan 15%, 10% dan 5% hancur (Beras Nasional)
Umat Islam yang mahu membayar fitrah
dengan beras pula, kadar yang ditetapkan ialah 2.97 cupak Malaysia atau
2.60kg bagi tiap seorang,
.
.
Zakat Fitrah
.
Zakat Fitrah mempunyai maksud dan hikmah
yang tersendiri. Islam mensyariatkan zakat fitrah, agar setiap orang
yang berpuasa dapat menghayati watak sebenar manusia yang mahu kembali
kepada fitrah.
.
Apabila berpuasa, maka umat Islam dididik
untuk menghayati erti kesusahan, kelaparan dan menginsafi kehidupan dan
zakat fitrah seolah-olah menjadi kemuncak kepada menghayati kesusahan
dan erti kelaparan itu.
.
Ramadhan wajib dilunasi dengan memberikan
sedikit kekayaan yang dimiliki kepada orang miskin yang hakikatnya
sentiasa merasai keperitan, dan itulah namanya zakat fitrah.
.
Sebab itulah, orang yang berpuasa dengan
sepenuh hati, maka mereka akan benar-benar memahami kewajipan zakat
fitrah ini dan akan segera menunaikannya, demi mendapat ganjaran besar
di sisi Allah سبحانه وتعالى.
.
Ibnu Abbas menyatakan: “Rasulullah ﷺ
telah mewajibkan zakat fitrah, untuk membersihkan orang yang berpuasa
daripada ucapan yang tidak ada manfaatnya dan kata-kata yang kotor,
serta untuk memberikan makanan kepada orang-orang miskin.” (riwayat Abu Daud).
.
Selamat menunaikan tanggungjawab wajib kepada Allah سبحانه وتعالى
dan sesama insan. Semoga entery dan info ini dapat membantu dan
memudahkan antum untuk menunaikan kewajipan membayar zakat tahun ini.
.
والله أعلم بالصوابWallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
No comments:
Post a Comment