Venezuela Tempat Paling Banyak Menerima Pancaran Kilat di Dunia
Sebuah
kawasan di Venezuela mencatat nama di dalam rekod Guinness apabila
menjadi tempat paling banyak menerima pancaran kilat iaitu sebanyak
3,600 pancaran bagi setiap sejam.
Sijil
rekod terbabit diserahkan oleh wakil Guinness Book of World Records,
Johanna Hessling kepada Naib Presiden Venezuela, Jorge Arreaza.
Fenomena
semula jadi di negeri barat Zulia itu dipanggil Kilat Catatumbo, yang
menyebabkan pelbagai ribut elektrik dari April hingga November di muara
Sungai Catatumbo, penghujung bahagian selatan Tasik Maracaibo.
Bilangan
panahan kilat ini juga amat mengejutkan; dianggarkan 18 hingga 60 bagi
setiap minit, iaitu lebih 3,600 sejam dan 1.2 juta pancaran dalam tempoh
setahun di mana setiap kilat berkenaan cukup untuk menyalakan lebih 100
juta mentol lampu, kata Agencia Venezolana de Noticias.
Fenomena
terbabit dicadangkan kepada Guinness tahun lalu oleh seorang aktivis
alam sekitar Venezuela, Erick Quiroga yang memantau kilat selama 17
tahun.
Sumber: daily.uk
No comments:
Post a Comment