Mak Macam Mana Awak Ini?
Tahukah anda, terdapat banyak jenis ibu di muka bumi ini. Sekiranya anda sudah beranak, ibu jenis mana yang lebih seperti diri anda? Sekiranya anda belum beranak, ibu anda pula ikut ciri mana? Tepuk dada, tanya selera!
Hot Momma
Ibu
yang biarpun sudah beranak tiga masih berbadan langsing kalah anak
dara. Kebiasaannya ibu seperti ini memang suami tidak akan pandang lain.
Malah suami orang lain juga ikut sama memandang! Hot Momma adalah ibu
yang bijak menjaga penampilan diri, rajin bersenam untuk kekal langsing
dan jaga permakanan. Gaya pakaian dan dandanan juga dititikberatkan.
Menjadi ibu bukan alasan untuk lepaskan diri dan tidak cantik. Ikut
sahaja contoh Hot Momma terkenal seperti Erra Fazira, Jasmin Hamid,
Sazzy Falak dan Daphne Iking.
Ibu Bekerjaya
Ibu
bekerjaya sentiasa sibuk. Pagi-pagi lagi sudah terkejar dengan sarapan,
uruskan anak dan suami dan bersiap untuk mesyuarat di pejabat. Biasa
dilihat memandu anak ke sekolah dan terkejar ke pejabat. Kami juga biasa
melihat ibu bekerjaya multitasking dalam kereta, sambil menunggu lampu
isyarat bertukar menjadi hijau sambil membaca dokumen pejabat, menelefon
klien atau memakai gincu di bibir. Ibu bekerjaya merupakan Superwoman
yang menjadi idola setiap gadis yang baru tamat pengajian tinggi. Ingin
suatu hari nanti bijak uruskan masa antara pejabat dan keluarga seperti
si ibu bekerjaya.
Suri Rumah Sepanjang Masa
Kalau
suami kaya, memang seronoklah suri rumah sepanjang masa. Kerja jaga
anak dan tidur sahaja. Salah itu. Jaga anak bukan tugas yang mudah.
Tambah lagi kalau tiada pembantu rumah. Itulah menduga setiap wanita
yang bergelar suri rumah, apabila perlu masak, kemas rumah dan layan
anak. Ingat boleh tidur sampai ke petang? Oh tidak. Perlu bangun tidur
sebelum suami untuk pastikan sarapan keluarga tersedia, kemudian hantar
anak ke sekolah dan ambil anak dari sekolah. Jangan sekali memandang
mudah kerja seorang suri rumah ya.
Ibu yang garang
Dragon
mom. Ibu yang garang, sangat prihatin tentang tugasan kerja sekolah dan
kawan anak. Waktu remaja dahulu hati cepat memberontak, semua tak
boleh. Kawan semua tak kena di mata ibu. Nak lepak lepas sekolah pun tak
boleh namun dewasa ini kita sedar mengapa ibu begitu garang. Semua
untuk kebaikan diri sendiri.
Tidak kira anda ibu bagaimana yang penting, pastikan tunjukkan penghargaan bagi kaum ibu Hari Ibu ini!
Kredit: news.mylaunchpad.com.my
No comments:
Post a Comment