Dimulakan dengan Indonesia yang terletak dibahagian timur dengan ratusan kepulauan-nya dan jumlah penduduknya seramai 180 juta.
Sebaik masuk waktu
Subuh, Azan mula berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan Bilal yang
akan melaungkan Ke-Agungan Allah S.W.T Dan Nabi Muhammad S.A.W.
Proses ini akan bergerak kearah barat kepulauan Indonesia. Perbezaan masa antara timur dan barat Indonesia adalah 1-1/2 jam.
Belumpun laungan Azan dimerata Indonesia selesai, ianya bermula pula di Malaysia.
Berikutnya di-Burma dan dalam masa satu jam selepas Azan dilaungkan di-Jakarta, tiba giliran Dacca di Bangladesh.
Berikutnya laungan akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar dibarat India.
Perbezaan waktu dikota-kota Pakistan adalah 40 minit jadi dalam jangka masa ini, Azan akan berkumandang diseluruh Pakistan.
Belum berakhir di-Pakistan, Azan akan bermula pula di Afghanistan dan Muscat.
Perbezaan waktu antara
Muscat dan Baghdad adalah satu jam. Dalam jangka masa ini, Azan akan
berterusan dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman, Kuwait dan Iraq.
Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik.
Jarak masa Azan mula dilaungkan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantik adalah 9-1/2 jam.
Belumpun Azan Subuh
berkumandang di pantai Timur Atlantik, Azan Zuhur kini sudah mula
dilaungkan di Indonesia. Ini berterusan bagi setiap waktu sembahyang,
tidak putus-putus.
Subhanallah, begitu hebat dan agungnya Islam!
Kalaulah setiap kawasan
boleh memasang pembesar suara (yang power habis!), akan bergegar satu
dunia dengan laungan Azan tidak putus-putus.
Allahu Akhbar!
*Sumber petikan dari isuhangat.blogspot.com
-------------------------------------------------------------------------------------
Subhanallah, rahsia azan subuh dari aspek ilmiah (1)
"Ash
shalaatu khairun minan naum". Jika kita terjemahkan, akan bererti
"Solat itu lebih baik daripada tidur". Tetapi cuba perhatikan baik baik.
Mengapa kalimat itu hanya dikumandangkan saat azan Subuh saja?
Dalam
kalimat itu Allah SWT ternyata sedang memberikan isyarat kasih
sayangnya pada kaum muslimin, sebuah isyarat yang sering kita abaikan
maknanya.
Lalu
mengapa isyarat itu justru dikumandangkan hanya pada azan solat Subuh,
tatkala kita semua sedang terlelap, dan bukan pada azan untuk solat
lain?
Pada
kajian MILIS, kajian GISSI 2 dan kajian-kajian lain di luar negeri,
yang dipercayai sebagai suatu kajian yang meyakinkan mendapati sebuah
kesimpulan jika puncak terjadinya serangan jantung sebahagian besar
bermula pada pukul 06.00 hingga pukul 12.00.
Mengapa
demikian? Kerana pada saat itu sudah terjadi perubahan pada sistem
tubuh dimana terjadi kenaikan voltan saraf simpatetik (istilah Cina:
Yang) dan penurunan voltan saraf parasimpatis (YIN).
Tegangan
simpatis yang meningkat akan menyebabkan kita siap tempur, tekanan
darah akan meningkat, denyutan jantung lebih kuat dan sebagainya.
Pada
tegangan saraf parasimpatis yang meningkat maka terjadi penurunan
tekanan darah, denyut jantung kurang kuat dan ritmenya melambat. Terjadi
peningkatan aliran darah ke perut untuk menggiling makanan dan
pengurangan aliran darah ke otak sehingga kita merasa mengantuk,
pokoknya yang cenderung kepada keadaan rehat.
Pada
permulaan waktu pagi buta (mulai pukul 3 pagi) sampai siang itulah
secara diam-diam tekanan darah beransur naik, terjadi peningkatan
adrenalin yang memberi kesan meningkatkan tekanan darah dan penyempitan
pembuluh darah (kesan vasokontriksi) dan meningkatkan sifat agregasi
trombosit (sifat saling menempel satu sama lain pada sel platelet agar
darah membeku) walaupun kita tertidur.
Aneh
bukan? Hal ini terjadi pada semua manusia. Hal seperti ini disebut
sebagai ritme Circardian atau ritme sehari-hari, yang secara kodrati
diberikan Allah SWT kepada manusia.
----------------------------------------------------------------------------------------
Subhanallah, rahsia azan subuh dari aspek ilmiah (2)
Furchgott
dan Zawadsky pada tahun 1980 dalam kajiannya mengeluarkan sekumpulan
sel dinding arteri sebelah dalam pada pembuluh darah yang sedang
diselidikinya (dikerok).
Pembuluh
darah yang normal yang tidak dibuang sel-sel yang melapisi dinding
bahagian dalamnya akan melebar bila ditetesi suatu bahan kimia iaitu
Asetilkolin.
Pada
kajian ini terjadi keanehan, dengan dikeluarkannya sel-sel daripada
dinding sebelah dalam saluran darah itu, maka pembuluh tadi tidak
melebar kalau ditetesi asetilkolin.
Penemuan
ini tentu saja menimbulkan kegemparan dalam dunia perubatan. "Jadi
inilah yang menentukan melebar atau menyempitnya pembuluh darah, suatu
penemuan baru yang sudah sekian lama, sekian puluh tahun diteliti tapi
tidak ketemu".
Kajian
itu akan diikuti penelitian yang lain di seluruh dunia untuk mengetahui
zat apa yang ada di dalam sel bahagian dalam pembuluh darah yang mampu
mengembangkan / melebarkan pembuluh itu. Dari sekian ribu penelitian
maka zat tadi ditemui oleh Ignarro dan Murad dan disebut NO / nitrik
Oksida. Ketiga penyelidik itu Furchgott dan Ignarro dan Murad mendapat
hadiah Nobel tahun 1998.
Zat
NO selalu dihasilkan, dalam keadaan rehat tidur pun selalu dihasilkan,
namun pengeluaran dapat dipertingkatkan oleh ubat golongan Nifedipin dan
nitrat dan lain-lain tetapi juga dapat ditingkatkan dengan bergerak dan
sukan.
Kesan
nitrik Oksida yang lain adalah mencegah kecenderungan membekunya darah
dengan cara mengurangkan sifat agregasi atau sifat melekat satu sama
lain dari trombosit dalam darah kita.
Jadi,
sebenarnya kalau kita kita bangun tidur pada pagi buta dan bergerak,
maka hal itu akan memberikan pengaruh baik pada pencegahan gangguan
kardiovaskular.
Menaikkan
kadar NO dalam darah kerana exercise, iaitu wudhu dan solat sunat dan
wajib, apalagi bila disertai berjalan ke masjid merupakan perlindungan
bagi pencegahan kejadian kardiovaskular, tanpa manusia menyedarinya.
Selain
itu patut dicatat bahawa pada kedudukan rukuk dan sujud terjadi proses
mengejang, kedudukan ini meningkatkan tonus parasimpatis (yang melawan
kesan tonus simpatis).
Dengan
gerakan itu, tubuh menghasilkan NO untuk melawan peningkatan kadar zat
adrenalin di atas yang memberi kesan menyempitkan pembuluh darah dan
membuat sel platelet darah kita jadi bertambah liar dan saling
merangkul.
Sejak
awal kedatangan Islam, Allah menyeru solat Subuh. Hanya saja Allah
tidak secara jelas menyatakan manfaat akan hal ini kerana tahap ilmu
pengetahuan manusia belum sampai dan masih harus mencarinya sendiri
walaupun harus melalui tempoh waktu ribuan tahun.
Petunjuk
bagi kemaslahatan umat adalah tanda kasih-Nya pada hamba-Nya. Bukti
manfaat Arahan Allah baru datang 1400 tahun kemudian. Allahu Akbar.
No comments:
Post a Comment