Rahsia solat subuh 2 rakaat
Orang yang pertama
mengerjakan solat Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda
keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang
dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat.
Apabila fajar Subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua
rakaat.
Rakaat pertama – Bersyukur baginda kerana terlepas daripada kegelapan malam.
--------------------------------------------------------------------------------------
Disebalik solat sunat subuh 2 rakaat
Diriwayatkan oleh Imam Muslim dengan sanadnya daripada Saiyidah Aishah r.a., isteri Rasulullah SAW, bahawa Baginda telah bersabda:
"Solat dua rakaat (sebelum) Solat Subuh itu lebih baik daripada dunia dan segala isi buminya".
Dan diriwayatkan oleh Saiyidah Aishah juga bahawa Rasulullah SAW bersabda lagi berkenaan solat dua rakaat ini:
"Dua rakaat ini lebih aku sukai daripada segala isi dunia."
Dan diriwayatkan lagi oleh Saiyidah Aishah r.a. bahawa Rasulullah
SAW apabila di dalam perkara Solat Sunat, Baginda mengambil berat untuk
mengerjakan Solat Sunat Subuh lebih daripada yang lain-lain.
No comments:
Post a Comment