Bagaimanakah cara kita mandi sehari-harian? Adakah masuk saja ke bilik air, bukak paip air pancuran terus mandi atau cebok air dalam kolah atau baldi, terus siram? Apakah cara kita mandi sehari-harian tersebut menepati apa yang disunnahkan oleh Rasulullah s.a.w. atau apakah kita hanya mandi kerbau? Adakah kita tahu bagaimana cara mandi yang disunnahkan dalam Islam?
Bagaimana cara mandi mengikut sunnah?
1. Mula-mula hendaklah membasuh kedua-dua tangan sebanyak 3 kali.
2. Kemudian beristinjak (bersuci) dengan menghilangkan segala najis yang ada atau melekat di badan (jika ada)
3. Seterusnya berwuduk seperti berwuduk untuk solat kecuali membasuh kedua-dua kaki (dilakukan pada akhir mandi)
4. Kemudian menyiram air di atas kepala, kemudian di atas tubuh bermula sebelah kanan seterusnya sebelah kiri.
5. Setelah selesai,
gosoklah bahagian badan yang hadapan dan belakang. Rambut dan janggut
hendaklah dicelah-celah dengan jari-jari, sehingga air dapat sampai dan
rata ke pangkal tempat tumbuhnya rambut tadi (sesuai untuk rambut lebat
atau panjang)
6. Bagi kaum wanita
tidak diperlukan untuk menghuraikan sanggul rambut kecuali kalau
diyakini air itu tidak mungkin dapat sampai di celah-celah rambut. Perlu
juga diperhatikan lipatan-lipatan yang terdapat pada tubuh badan kita.
Mandi itu menjadi wajib hukumnya kerana 4 perkara iaitu:-
1. Keluarnya air mani
2. Bertemunya 2 kemaluan (bersetubuh)
3. Haid
4. Nifas
Selain 4 perkara di
atas, maka hukumnya sunat sahaja. Sama seperti mandi untuk 2 hari raya,
mandi pada hari Jumaat, mandi untuk memakai pakaian ihram, mandi untuk
wukuf di Arafah, mandi ketika hendak masuk ke Kota Makkah dan mandi
untuk orang yang memandikan jenazah.
Rujukan: Kitab
Mau'izatul Mukminin (tulisan as-Syeikh Muhammad Jamaluddin al-Qasimi
ad-Dimasqi). Kitab ini adalah ringkasan daripada Kitab Ihya' 'Ulumuddin
tulisan Imam al-Ghazali rahimakumullah (Kitab Ihya' 'Ulumuddin adalah
sumber rujukan terbaik selepas Al-Qur'an dan al-Hadis.
*Sumber dari nasronhashim.blogspot.com
--------------------------------------------------------------------------------------
Kenapa Syaitan jadikan bilik air sebagai rumah
Sebuah hadis, Rasulullah
SAW bercerita bahawa Iblis meminta tempat tinggal kepada Allah SWT
seperti halnya Allah SWT memberikan tempat tinggal anak-anak Adam berada
di bumi.
'' Ya Allah, adam dan keturunannya Engkau beri tempat tinggal di bumi, maka berilah pula aku tempat tinggal,'' kata iblis.
Allah SWT berfirman;'' Tempat tinggalmu adalah air (bilik mandi atau jamban),'' (HR. Bukhari).
Dari situlah kemudian iblis menggoda setiap orang yang memasuki rumahnya yang berupa bilik mandi, jamban atau tandas.
Godaan iblis bermacam cara. Contohnya menggoda manusia agar;
1. Berada lama di dalam bilik mandi.
2. Bernyanyi atau berkata-kata.
3. Bermain-main air atau sesuatu yang lain (bawa ipod mendengar muzik).
4. Membisik seseorang supaya kencing sambil berdiri.
5. Membiarkan baju yang kotor tergantung dalam bilik mandi.
6. Melupakan seseorang untuk berdoa ketika akan masuk atau keluar dari bilik mandi.
7. Melakukan perkara tidak soapan.
8. Melakukan Wuduk sambil telanjang.
9. Menconteng dinding bilik mandi.
10. Merancang kejahatan.
Oleh itu berhati-hatilah
sewaktu berada di dalam bilik air atau bilik mandi. Tips yang baik
adalah dengan mandi, buang air dan lain-lain sewajarnya saja. Lebih
cepat lebih baik.
Wallahu'alam bissawab
No comments:
Post a Comment