Tengah
hari, ketika saya tidak bekerja dan tinggal di rumah, sayup-sayup
terdengar suara azan. Sejenak saya termenung. Sudah bertahun-tahun saya
tinggal di Belanda dan tidak pernah sebelumnya mendengar suara azan di
sini.
Beberapa
bulan lalu saya pindah rumah ke bandar Utrecht, kota pelajar di
Belanda. Saya tinggal di kawasan yang diberi nama Lombok. Daerah ini
terkenal sebagai tempat berkumpulnya kaum pendatang. Kedai-kedai Turki
dan Maghribi berjejer di jalan utama, semuanya ada dari sayur, buah
sampai baju-baju.
Uniknya
nama-nama jalan di sana diberi nama berdasarkan nama-nama pulau di
Indonesia. Ada jalan Bali, Jawa, Sumatra, Riau. Di daerah Lombok anda
serasa tidak di Belanda kerana suasana islam sangatlah kental.
Ketika
pertama kali mendengar suara azan di Lombok, saya sempat berfikir
mungkin saya sedang ketiduran dan mimpi sedang berada kampung tempat
saya dibesarkan. Suara azan yang sering saya dengar itu memang tidak
sekeras yang biasa terdengar di Indonesia. Tapi cukup jelas.
Azan
berasal dari sebuah masjid yang letaknya di pojokan jalan, kira-kira
100 meter dari rumah saya. Masjid Turki itu bernama Ulu Jami. Walau
sering lewat di depan masjid, saya sendiri belum pernah masuk ke sana.
Dari
luar, masjid itu sama sekali tidak kelihatan seperti masjid. Bentuknya
sama seperti bangunan-bangunan lain, cuma ada tulisan nama masjid. Saya
baca di internet, gedung ini dulunya tempat pemandian umum.
"Masjid
itu sudah lama di situ," kata jiran saya yang berasal dari Turki. Dia
sudah hampir sepuluh tahun membuka kedai runcit di Lombok. Sebagai
muslim dia sendiri kadang-kadang ke sana kalau punya masa.
Di
Belanda semakin banyak penduduk Muslim, jumlahnya mencapai jutaan.
Tidak hairan kalau semakin banyak masjid ditubuhkan di negara kincir
angin ini. Saya beberapa kali membaca di media tentang keluhan warga
yang tinggal di dekat masjid kerana merasa terganggu dengan suara azan.
Sampai ada debat parlimen segala tentang boleh tidaknya masjid
mengumandangkan suara azan.
Tetangga
Turki saya yang ramah dan murah senyum itu mengatakan, memang pernah
ada beberapa warga yang protes. "Makanya pemerintah kota menetapkan
suara azan tidak boleh dilaungkan malam hari dan pagi-pagi." Ini
menjelaskan kenapa saya hanya mendengar suara azan pada siang hari, saat
azan Zuhur.
Walau
terkenal sebagai daerah Turki dan Maghribi, banyak warga Belanda asli
yang tinggal di sana. Lombok tergolong wilayah yang sangat diminati
kerana letaknya yang strategik, berhampiran stesen kereta.
Di
sebelah rumah saya tinggal pasangan muda Evelien dan Peipen. Mereka
baru saja tinggal bersama. Evelien sudah lama tinggal di Lombok.
"Biasanya Jumaat siang saya dengar suara azan, kalau saya pergi ke
supermarket dekat masjid," kata Evelien ketika saya tanya apa dia juga
pernah mendengar suara azan.
Pasangan
muda ini menyatakan sama sekali tidak terganggu dengan suara azan yang
kadang-kadang mereka dengar. "Suara dari masjid itu sesuai untuk wilayah
Lombok ini," kata Evelien. Ia tentu saja merujuk pada banyaknya warga
Muslim di Lombok.
"Sayang
ya, kita tidak tahu lirik lagu itu," kata Peipen menimpali. "Bukan
lagu, itu kan ayat-ayat yang diulang-ulang. Allahu Akbar," sanggah
Evelien. Mereka kemudian terlibat dalam perbincangan tentang apa itu
azan.
Dua-duanya
tidak begitu tahu apa makna azan. Saya kemudian menjelaskan kepada
mereka. "Mungkin azan itu sebaiknya diterjemahkan dalam Bahasa Belanda,
jadi kan kita tahu ertinya," usul Peipen.
Mendengar
suara azan di sebuah tempat yang letaknya ribuan kilometer dari tanah
kelahiran saya sangat mengesankan. Perasaan haru kadang hinggap kerana
kerinduan pada kampung halaman datang bersama alunan suara azan yang
mengingatkan saya pada masa kecil, pada rumah, rakan-rakan dan keluarga
di Indonesia.
Di
depan masjid ada lahan kosong yang sekarang sedang dibina masjid baru.
Nampaknya akan menjadi masjid yang besar dengan dua menara tinggi. Saya
ingin tahu apakah dengan datangnya masjid baru nanti suara azan akan
lebih sering terdengar di Lombok. Yang jelas, untuk sekarang saya sudah
gembira dengan suara azan yang kadang-kadang sayup terdengar di rumah
kecil saya yang letaknya ribuan kilometer dari tanah air.
sumber dari republika.co.id
--------------------------------------------------------------------------------------
Kerana tidak menghormati Azan
Pelbagai pengalaman
misteri menguji keimanan insan yang sering terlalai ketika seruan azan
berkumandang. Cerita ini adalah cerita yang agak lama juga. Tapi jika
dibaca artikel yang menarik juga yang dikongsikan kepada saya ini
berkenaan perkara-perkara pelik di padang golf kerana tidak menghormati
azan.
Sebenarnya apa yang
lebih penting? Solatkah atau azan itu sendiri. Apa gunanya berhenti
sebentar untuk memberi laluan kepada azan tetapi selepas itu permainan
diteruskan tetapi tidak juga mengerjakan solat.
Permainan golf bagi
mereka yang ketagih dengan sukan boleh menenangkan jiwa, kadang-kala
berdepan dengan pelbagai kejadian pelik tetapi benar-benar berlaku di
padang golf di negara kita ini.
Pernah satu hari,
seorang teman bersama tiga rakannya bermain golf hingga berlarutan pada
waktu malam dan ketika menghampiri dua lubang terakhir, mereka terpaksa
berhenti agak lama kerana ada orang lain sedang putting di atas green,
kira-kira 100 meter di hadapan mereka.
Dalam permainan golf,
pemain boleh membuat aduan kepada marsyal jika permainan pemain di
hadapan terlalu lambat. Selepas menunggu begitu lama, empat pemain yang
kelihatan seperti warga Korea itu, masih melakukan putting berkali-kali
sehingga tempohnya tidak boleh diterima akal. Berikutan itu, lelaki yang
bergelar Datuk tadi menghubungi rumah kelab dan mengadu kepada marsyal
untuk menegur empat ‘warga Korea’ itu supaya bermain dengan laju.
Marsyal itu menjawab:
“Datuk, flight (sepasukan empat orang) Datuk adalah flight terakhir, tak
ada orang lain dah kat fairway (padang) waktu ini.” Mendengar jawapan
itu, mereka terus bergegas masuk ke dalam buggy dan segera pulang ke
kelab, dengan tidak lagi meneruskan permainan.
Rupa-rupanya empat
‘warga Korea’ itu bukan manusia. Di kelab itu kemudian heboh mengenai
kejadian aneh itu. Kapten kelab datang dan bertanya secara lembut, sama
ada mereka berhenti menghayun kayu golf apabila terdengar azan Maghrib
berkumandang dari masjid di pinggir kelab golf eksklusif itu.
Semuanya tergamam dan
saling memandang antara satu sama lain. Bayangkan, jika waktu di padang
golf itu, mereka menghampiri ‘pemain Korea’ di atas green, entah apa
akan terjadi.
Penolong Pengarah
Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Syeikh Zamihan Al-Ghari ketika
diminta mengulas berkata, kemungkinan yang dilihat itu adalah malaikat
atau jin Islam kerana syaitan akan lari sejauh mungkin hingga ke hujung
dunia sehingga dia tidak lagi mendengar bunyi azan.
“Seruan Allah mengajak
kepada kebaikan dan begitu juga dengan seruan azan yang mengingatkan
kepada tanggungjawab menunaikan solat. Oleh itu kejadian pelik yang
berlaku kepada pemain golf ini boleh dilihat sebagai bonus daripada
Allah ta'ala untuk menyedarkan mereka supaya berhenti sebentar untuk
mendengar azan dan solat sebelum menyambung permainan.
“Bagi manusia biasa,
hatta yang banyak melakukan dosa juga tidak mustahil menemui kejadian
pelik ini untuk diberi kesedaran dan ini menunjukkan kekuasaan serta
kasih sayang Allah,” katanya.
Malah, apa saja kegiatan
termasuk ketika seseorang sedang berucap di khalayak ramai perlu
berhenti seketika sewaktu azan berkumandang. Namun, banyak lagi cerita
pelik berlaku, kebanyakannya menjurus kepada sikap pemain golf yang
tidak berhenti seketika apabila terdengar azan sama ada apabila masuk
waktu Zuhur, Asar, Maghrib atau Isyak, bagi yang bermain golf pada waktu
malam. Sesetengah padang golf di sekitar Lembah Klang, memang ada
menyediakan tempat solat di tepi padang golf.
Di padang golf yang lain
pula, tidak berapa lama dulu, seorang rakan bersama kawannya ‘sesat’
apabila tidak terjumpa tempat tee-off (pukulan pertama untuk setiap
lubang) seterusnya selepas selesai bermain di lubang ke-12.
“Seminggu sebelum itu,
saya juga bermain di tempat sama, tiada masalah dan memang mustahil
untuk tidak menemui tempat tee-off seterusnya. Tetapi kali ini, saya
mendapati laluan untuk ke lubang ke-13 itu bagaikan tertutup…. saya
pergi ke kiri, nampak semak… ke kanan pun semak dan ke depan lagi semak.
”Jalan keluar ialah
berpatah balik dan waktu itu jam sudah melewati 1.30 petang,” katanya
yang nyata juga tidak berhenti bermain ketika azan Zuhur. Sehingga kini,
beliau masih tertanya-tanya insiden itu.
Baru minggu lalu,
kejadian aneh turut berlaku di sebuah padang golf lain di kawasan Subang
Jaya apabila seorang rakan yang melakukan pukulan kedua melungsurkan
bola jauh tetapi menuju ke arah pokok sawit, hingga seakan menyeberang
ke fairway di sebelah, memungkinkan bola itu jadi ‘OB’ (out-bound).
Apabila buggy yang
dinaikinya bersama rakan yang juga seorang Datuk berhenti di atas track
berdekatan pokok sawit, bola tidak kelihatan, hilang. Tetapi kira-kira
lima minit kemudian, tiba-tiba bola golf melantun balik ke arah fairway,
bagaikan dilambung atau dicampak oleh seseorang.
“Saya tengok di
celah-celah pokok, kemungkinan ada pekerja yang mencampak bola tetapi
tiada seorang manusia pun di situ,” katanya yang terselamat daripada
dikenakan penalti dua strok kerana bola hilang.
Penulis sendiri yang
menaiki satu lagi buggy di belakang mereka turut hairan tetapi saya
tidak nampak bola itu apabila ia ‘tercampak’ semula ke arah fairway.
Banyak lagi kisah pelik
seperti bola beralih tempat atau tiba-tiba 18 biji bola berada di atas
green yang sepatutnya cuma empat biji selepas empat pemain mahu
melakukan putting, memberi pengajaran berguna.
Di sini, kita perhatikan
satu alkisah. Diriwayatkan bahawa Siti Zubaidah adalah seorang wanita
bangsawan yang kaya, hobinya suka mendengar muzik. Dia memiliki
pentasnya sendiri serta beberapa penyanyi yang menjadi penghiburnya.
Apa yang menjadi
kelebihannya ialah apabila terdengar saja seruan azan, dia akan segera
memerintahkan penyanyi dan pemuziknya berhenti untuk seketika bagi
menghormati azan.
Selepas selesai dan
menjawab azan, barulah disambung semula, hanya itulah amalan yang
sentiasa dijaganya. Selepas dia meninggal, ramai di kalangan orang salih
bermimpi bertemu dengannya; tanya mereka, “Ibadat apakah yang
menyebabkan Allah mengampunkan dosamu, adakah kerana kamu menggali
sebuah kolam air antara Makkah dan Madinah?
Jawab Zubaidah, “Allah
mengampunkan dosaku dengan banyak mengucapkan syukur. Sebenarnya aku
tidak banyak beribadah kecuali satu, ketika hayatku dulu iaitu apabila
terdengar saja azan sedangkan waktu itu aku sedang berhibur dan
mendengar nyanyian, maka dengan serta- merta aku menyuruh mereka
memberhentikannya bagi menghormati seruan azan.
“Itulah ibadat yang aku
benar-benar menjaganya. Sebagai balasan, Allah berfirman, “Kamu dilarang
menyeksanya, jika tidak kerana iman yang ada di dadanya masakan ia mahu
menyebutKu dalam keadaan leka.”
Penulis menerima banyak
e-mel, khidmat pesanan ringkas (SMS) dan panggilan telefon daripada
pembaca termasuk rakan serta mereka yang tidak dikenali mengenai tulisan
saya di kolum ini minggu lalu bertajuk ‘Kisah misteri alam roh beri
pengajaran berguna.’
Ramai juga pembaca
memberi maklum balas menyatakan mereka atau ahli keluarga mahupun kawan
pernah mengalami kejadian misteri yang serupa apabila koma.
Antara maklum balas
paling menarik ialah cerita berikut: “Seorang kawan saya bukan saja mat
rempit, malah kaki judi, minum arak dan suka berfoya. Suatu malam, dia
terbabit dalam kemalangan hingga patah tulang rusuk dan kaki kanan serta
keretakan tukang belakang. Beberapa hari dia koma di hospital.
Pendekkan cerita, apabila sudah keluar hospital kemudian, maka dia
bercerita mengenai kejadian misteri. ”
Dia mendakwa melihat
alam neraka, ditunjukkan kepada dia, menyebabkannya rasa takut yang amat
sangat apabila disebut perkataan neraka. Sejak itu, dia sudah bertukar
menjadi seorang manusia yang sempurna, tidak pernah tinggal sembahyang
dan meninggalkan semua kegiatan tidak berfaedah sebelum ini,” katanya.
Demikian beberapa kesah yang elok kita jadikan ingatan.
*Sumber dari dirihamba.blogspot.com
-----------------------------------------------------------------------------------------
Ketika masjid tak mengumandangkan Azan
Ibu negara Kanada, Ottawa, mempunyai lapan masjid. Dari kejauhan, tidak terdengar suara azan dari kelapan masjid tersebut.
Muslim Kanada maklum dengan keadaan itu walaupun sebenarnya merindukan kumandang azan yang bergema hingga ke rumah mereka
Pengarah
Eksekutif Islam Care Center, Omar Mahfoudhi, mengakui suara azan hanya
kedengaran pada sekitar lingkungan masjid sahaja. Bagi Muslim yang
bertempat tinggal jauh dari masjid tentu tidak akan mendengar azan.
"Jika
suara azan terdengar hingga ke luar lingkungan masjid, tentu harus
menggunakan medium pembesar suara. Kalau diizinkan, tentu itu lebih
baik," kata dia seperti dikutip Ottawa Citizen, Selasa (4/9).
Mahfoudhi
mengakui suara azan yang terdengar meluas akan membantu umat Islam yang
tersebar di Ottawa akan mendatangi masjid dalam waktu bersamaan. Namun,
undang-undang yang ada tidak membolehkan hal itu.
sumber republika.co.id
No comments:
Post a Comment