Mengqadakan solat
bererti mengantikan solat fardhu yang ditinggalkan dengan sengaja atau
tidak sengaja pada luar waktu solat. Haruslah dielakkan daripada selalu
mengqadakan solat. Kisah benar di bawah ini boleh di jadikan sebagai
cerita iktibar kepada kita.
Seorang wanita telah
meninggal dunia. Adik lelakinya telah menghadiri upacara pengebumiannya.
Tanpa disedarinya uncangnya terjatuh ke dalam kubur ketika mengebumikan
jenazah tersebut. Dia amat bersedih setelah menyedari kehilangan
uncangnya. Dia telah membuat keputusan untuk menggali kubur itu secara
senyap-senyap untuk mengambil uncangnya. Apabila dia menggali kubur itu,
dia mendapati api memenuhi kubur itu . Dia pulang dalam keadaan
menangis dan menceritakan keadaan yang dilihatnya itu kepada ibunya
serta bertanya sebab berlaku sedemikian. Ibunya memberitahu bahawa
kakaknya itu selalu malas mengerjakan solat dan sering mengqadakan
solatnya.
Begitulah ditunjukkan
Allah balasan orang yang melewatkan solat. Persoalannya, kalau hanya
melewatkan solat, Maka bagaimana pula halnya orang yang tidak bersolat
sama sekali?
Kita bermohon kepada Allah s.w.t, semoga Dia memberikan kita taufik supaya menjadi kalangan orang yang menjaga solat.
*Sumber dari ahmadraje.blogspot.com
No comments:
Post a Comment