Visi kami adalah mudah tertipu. Sebagai contoh, lukisan menakjubkan
realistik, bermain dengan perspektif dan warna, dan regangan ke dalam
unsur-unsur seni bina jarak dan mewujudkan ilusi . Kesan optik juga
digunakan dalam fotografi. Kadang-kadang walaupun yang amatur pun boleh
membuat "memperdaya" gambar.
JUTAAN TERIMA KASIH SAYA UCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI MELAWAT BLOG INI,SANTAPAN ZAHIR BATIN JUGA DISEDIAKAN DISAMPING PELUANG BERNIAGA YG MUNGKIN SESUAI BUAT ANDA...HAKIKATNYA TAK KIRA SIAPAPUN ANDA. INGATLAH, ORANG YANG BERUSAHA & MENGHARGAI MASA ADALAH ORANG-ORANG YANG BERJAYA..INSYAALLAH..
Saturday, May 31, 2014
15 Sebab Kenapa Lelaki Selalu Gembira
1 – Tak perlu mengandung.
2 – Boleh kencing merata-rata.
3 – Kerjanya sama, tapi gaji lebih.
4 – Kedut dan boroi lambang kejantanan.
5 – Orang tak pandang ke dada bila bercakap dengan mereka.
6 – Berbual di telefon 30 saat aja.
7 – Boleh pakai sepasang baju dan seluar untuk cuti selama lima hari.
8 – Dipuji sebab keluarkan satu idea ciput.
9 – Boleh pakai seluar dalam RM 9.90 sekotak (ada tiga helai)
10 – Boleh pakai baju berkedut.
11 – Apa yang ada di muka semuanya ori.
12 – Stail rambut sama aja selama bertahun-tahun, mungkin berdekad.
13 – Boleh pakai sepasang kasut dan stokin sampai terkoyak.
14 – Boleh pakai seluar pendek walaupun kaki macam….!!!
15 – Misai berserabut? No halllah.
GAMBAR KEJATUHAN MASJID AL-AQSA TAHUN 1967
KEBAKARAN MASJID AL-AQSA PADA TAHUN 1967
KERETA KEBAL YAHUDI DI MERATA TEMPAT DI AL-QUDS- 1967
TENTERA YAHUDI DI DINDING TANGISAN SUCI 1967
TENTERA ZIONIS MENCEROBOH MASJID AL-AQSA – 1967
TENTERA YAHUDI DI HADAPAN KUBAH KUNING 1967
ZIONIS MERAYAKAN KEMENANGAN MEREKA DI MASJID AL-AQSA
TENTERA ZIONIS BERGAMBAR KENANGAN DI MASJID AL-AQSA TAHUN 1967
Hukum Puasa Sunat Pada Hari Jumaat dan Sabtu
Hadis: Puasa Jumaat
Daripada Abu Hurairah RA, Nabi
Muhammad SAW berkata yang bermaksud: “Jangan kamu khaskan malam Jumaat dengan
solat yang berbeza daripada malam-malam yang lain dan jangan kamu khaskan hari
Jumaat dengan puasa yang berbeza daripada hari yang lain kecuali jika ia jatuh
pada hari yang seseorang kamu berpuasa padanya.” (Riwayat Muslim)
Daripada Abu Hurairah RA, Nabi
Muhammad SAW bersabda yang bemaksud: “Janganlah seseorang kamu berpuasa pada
hari Jumaat kecuali dengan berpuasa sehari sebelum atau sehari selepasnya.”
(Riwayat Bukhari & Muslim)
Daripada Abdullah bin Amru, Nabi
Muhammad SAW pergi ke rumah Juwairiyah binti Al-Harith dan mendapati dia
berpuasa pada Jumaat. Maka Baginda SAW bertanya: “Adakah engkau berpuasa
semalam?” Jawabnya: Tidak. Baginda SAW bertanya lagi: “Adakah engkau mahu
berpuasa esok?” Jawabnya: Tidak. Baginda SAW pun berkata, “Kalau begitu
berbukalah.” (Riwayat Bukhari)
Hadis: puasa Sabtu
Daripada Abdullah bin Busr daripada
kakaknya Al-Samma’, Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: “Jangan kamu
berpuasa pada hari Sabtu kecuali dalam apa yang difardukan (diwajibkan) atas
kamu, dan jika sekiranya seseorang kamu hanya mempunyai kerak anggur atau
tangkai pokok maka hendaklah ia mengunyahnya.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud,
Tirmizi, IbnuMajahdan Al-Darimi. Imam Al-Tirmizi menghasankannya manakala
Syeikh Al-Albani mensahihkannya dalam Irwaa’ Al-Ghalil hadis no. 960)
Daripada Umm Salamah, Rasulullah SAW
berpuasa pada Sabtu dan Ahad lebih daripada hari yang lain dan Baginda SAW
berkata: “Kedua-duanya adalah hari raya orang Musyrikin, maka saya suka
menyelisihkan mereka.” (Riwayat Ahmad dan didaifkan oleh Syeikh Al-Albani dalam
Silsilah Dha’ifah hadis no. 1099)
Kesimpulannya, dapat dikatakan
berpuasa pada Jumaat adalah dilarang kecuali:
Dengan berpuasa sehari sebelumnya
(Khamis); atau, Sekiranya ia menepati adat puasa seseorang itu.
Perbincangan puasa Sabtu
Terdapat perbezaan pendapat ulama
tentangnya. Ada yang mengatakan: Ia harus, sama seperti puasa Selasa dan Rabu.
(Pendapat Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah)
Harus, dengan syarat ia tidak
dilakukan secara ifrad (dengan berpuasa pada Sabtu sahaja) dan hendaklah dengan
berpuasa sehari sebelum (Jumaat) atau sehari selepasnya (Ahad).
Ia dilarang kecuali dalam puasa
fardu. (Pendapat Syeikh Al-Albani rahimahullah)
Syeikh Al-Albani rahimahullah, ulama
dalam bidang hadis secara khasnya di dalam kitabnya berjudul Tamam Al-Minnah
(halaman 405-408) menyimpulkan, hadis yang menyebut larangan berpuasa pada
Sabtu (hadis nombor 4) adalah sahih.
Walaupun ada ulama yang
mendaifkannya, tetapi jalan riwayatnya saling menguatkan antara satu sama lain
sehingga menjadikannya sahih tanpa keraguan padanya.
Adapun alasan berpuasa pada Sabtu
hanya dilarang jika ia dilakukan secara ifrad (dengan berpuasa pada Sabtu
sahaja), Syeikh Al-Albani rahimahullah melihat alasan ini tertolak dengan sabda
Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: “Kecuali dalam apa yang difardukan atas kamu”
dalam hadis nombor 4 di atas.
Sepertimana dijelaskan oleh Ibnu
Al-Qayyim dalam Tahziib Al-Sunan, larangan berpuasa pada Sabtu meliputi semua
jenis puasa sunat pada hari tersebut tidak kira sama ada puasa sunat itu
dilakukan pada Sabtu sahaja atau dilakukan dengan disertai dengan berpuasa
sehari sebelum atau selepasnya.
Kalaulah benar yang dilarang adalah
puasa Sabtu secara ifrad sahaja pasti Nabi Muhammad SAW menyatakan, jangan
berpuasa pada hari Sabtu kecuali dengan berpuasa sehari sebelum atau sehari
selepasnya seperti mana yang dinyatakan dalam puasa hari Jumaat (hadis no. 2).
Bagaimanapun, bagi menghimpunkan
antara hadis larangan berpuasa pada Sabtu (hadis no. 4) dan hadis yang
mengharuskannya (hadis no. 2 dan 3), Ibnu Al-Qayyim menyimpulkan apa yang
dilarang adalah berpuasa pada Sabtu secara ifrad.
Dalam hal ini, Syeikh Al-Albani
rahimahullah melihat kesimpulan ini tidak mungkin kerana:
Ia jelas menyalahi hadis larangan
berpuasa pada Sabtu (hadis no. 4) yang hanya memberi pengecualian pada puasa
fardu.
Terdapat cara lain yang boleh
digunakan bagi menghimpunkan hadis ini iaitu dengan menggunakan kaedah-kaedah
usul fiqh yang telah digariskan oleh golongan ulama. Antaranya:
Sekiranya satu dalil yang melarang
bertembung dengan dalil yang mengharuskan; dalil yang melarang akan
didahulukan.
Sekiranya satu dalil kata-kata Nabi
Muhammad SAW bertembung dengan dalil perbuatan Baginda SAW; Dalil kata-kata
Baginda SAW akan didahulukan.
Berdasarkan kaedah ini, hadis
larangan berpuasa pada Sabtu (hadis no. 4) perlu didahulukan kerana ia larangan
manakala hadis nombor 2 dan 3 adalah pengharusan.
Begitu juga dengan hadis perbuatan
Nabi Muhammad SAW yang banyak berpuasa pada Sabtu dan Ahad (hadis no. 5),
sekiranya hadisnya sahih, dalil kata-kata Baginda SAW yang melarang berpuasa
pada Sabtu juga perlu didahulukan berdasarkan kaedah usul fiqh: dalil kata-kata
perlu didahulukan atas dalil perbuatan.
Bagaimanapun, sepertimana yang
dijelaskan Syeikh Al-Albani rahimahullah, hadis nombor 5 ini adalah lemah.
Kesimpulan puasa Sabtu
Kesimpulannya, Syeikh Al-Albani
rahimahullah, berpuasa hari Sabtu dilarang sama ada dilakukan secara ifrad mahu
pun dengan berpuasa sehari sebelum atau selepasnya. Tetap dilarang walaupun
Sabtu itu adalah Hari Arafah (9 Zulhijjah) atau Asyura’ (10 Muharram) kerana
jelas keduanya bukan puasa fardu.
Hal ini sama dengan larangan
berpuasa pada Isnin dan Khamis sekiranya Hari Raya Aidilfitri jatuh pada satu
daripada hari tersebut. Ini berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah RA:
“Baginda SAW melarang berpuasa pada dua hari iaitu; Hari Raya Aidilfitri dan
Aidiladha.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Ustaz Idris Sulaiman
( Ahli Syura Ilmuwan Malaysia)
Sumber: billyinfo.blogspot.com
Kisah Di Sebalik Penutupan Mimaland
Bagi yang lahir pada tahun 80-an mungkin mengingati sebuah taman
rekreasi yang cukup popular suatu ketika dahulu. Taman rekreasi yang
terkenal pada era 1980-an ini dikenali sebagaiMimaland mula dibina dalam
tahun 1971.. Nama Mimaland yang agak unik itu sebenarnya adalah
singkatan daripada gabungan perkataan Malaysia In Miniature Land. Ia
dibina di sebuah kawasan berbukit seluas 300 ekar di Ulu Gombak tidak
jauh dari Kuala Lumpur. Pembinaan Mimaland dibuat dalam beberapa fasa
dan dibuka secara berperingkat.
Fasa pertama Mimaland yang siap dalam tahun 1970-an mengandungi 24 buah
motel dan 5 buah chalet serta sebuah kolam renang. Antara tarikan utama
Mimaland pada peringkat awalnya ialah ‘taman haiwan prasejarah‘ yang
mengandungi binaan model-model dinosaur bersaiz besar yang begitu
mengagumkan para pengunjung ketika itu. Beberapa buah filem tempatan
pernah membuat penggambaran di situ.
Pada 1984 Mimaland memperkenalkan pula satu lagi tarikan terbarunya
iaitu kolam renang yang dikatakan terbesar di Asia Tenggara, dan
semestinya papan luncur air gergasi yang sangat tinggi yang begitu
digemari oleh ramai pengunjung. Selain itu Mimaland juga mempunyai
beberapa lagi bahagian lain, antaranya ialah sebuah tasik untuk aktiviti
bersampan dan memancing, kawasan ‘giant maze’, serta kawasan untuk
merentas rimba.
Setelah bertahun-tahun Mimaland menceriakan hidup ramai orang, sesuatu
yang tidak diingini berlaku juga. Satu kemalangan telah terjadi di
kawasan papan luncur air gergasi Mimaland pada Januari 1993 yang
menyebabkan kematian seorang warganegara Singapura berusia 27 tahun.
Kejadian malang itu mengejutkan orang ramai hingga memaksa pihak
Mimaland menutup sementara kawasan yang terlibat iaitu kolam renang dan
papan luncurnya bagi dilakukan kerja-kerja penambahbaikan. Pada Mei 1994
pula, berlaku kerosakan pada dinding kolam renang yang sama yang
berpunca daripada kejadian kecil tanah runtuh hingga menyebabkan air
lumpur memasuki kolam renang tersebut. Sekali lagi, kawasan tersebut
ditutup kepada orang ramai.
Pihak pengurusan Mimaland kemudiannya telah diseret ke mahkamah oleh
beberapa pihak termasuk agensi kerajaan di atas beberapa dakwaan
kesalahan, antaranya ialah kelemahan dalam kawalan keselamatan, serta
menjadi punca kepada beberapa masalah alam sekitar. Sepanjang pendakwaan
kes tersebut pihak mahkamah telah menghalang Mimaland daripada
meneruskan operasinya. Akibat tidak dapat lagi bertahan tanpa
beroperasi, Mimaland akhirnya terpaksa menutup terus pintunya buat
selama-lamanya pada 1994.
Kesan peninggalan Mimaland masih wujud hingga kini.
Dahulunya pintu masuk ke taman rekreasi yang indah..
Antara petikan angker dari forum Cari
salam.. sy SR kat sini.. saya amat teruja mengenai group korang nih..
tak mo cakap banyak.. MIMALAND.. tu adalah kampung saya.. sedara mara
saya banyak duduk kat area mimaland.. dan saya pun memang la selalu dok
sana.. ulang alik dari umah.. kalo nak tau.. tempat tuh mmg keras sgt2..
pkcik n mkcik saya penah keja kat situ ms zaman kegemilangannya.. masa
tutup tuh pun, saya bru drjah 2 or 3..hehehe
jangan kata mimaland je, sebelum mimaland, kat simpang batu 10-11,
simpang palembang, kat situh pun byk kejadian n cik ponti berkeliaran..
termasuk pkcik, macit n sepupu sy penah kena.. dia melekat je kat cermin
keta smpai cousin sy hmpir exsiden langgar lori.. kebetulan dia bawak
baby dia.. mmg truk la dia nanes…
berbalik area mimaland tuh mmg keras giler la.. uma macit2 n arwah atuk
sy pun area situ, kira2 100m dr mimaland pun slu mende2 dtg kaco..
kadang2 ponti la, antu kaki 3 la, SWeet pun ada, pling angker antu
penanggal.. kua dok lepak dpn uma pun kene kaco.. de je nmpk mende tuh
ats pokok durian.. kekadang si sweet ni men lompat2 tgh jalan.. dlm uma
lagik la.. mcam2 ada.. oleh sebab sy di besarkn di sana.. n most of my
family member mmg asal gombak.. jadi da bese la..
..tetapi kini pintu masuk ke alam angker
Basikal air kini tinggal kenangan..
Van company
Suatu ketika dahulu merupakan ofis taman rekreasi
Dahulunya tempat ini sesak dengan orang ramai yang menunggu bas
Jalan ke Mimaland ini dahulunya sibuk, sekarang sunyi sepi dan menyeramkan
Friday, May 30, 2014
Maklumat yang bakal mengubah hidup anda
Mulai hari ini... segala masalah anda akan selesai... sesiapa sahaja boleh lakukannya!...
Apa yang saya cerita ini hanya dari pengalaman saya sendiri yang hidup "low profile"
tanpa mengambil apa-apa risiko di dalam hidup ini. Saya capai semua ini
dengan meneruskan hidup saya sama seperti biasa yang sebelum ini.
e-book atau memasuki program Internet yang tidak mendatangkan sebarang hasil sebelum ini.
Apa yang saya ingin nyatakan ialah maklumat yang ingin saya kongsi ini adalah lain dan jauh berbeza sekali dari apa yang anda pernah baca atau program yang anda pernah masuk sebelum ini.
Beri peluang kepada saya untuk bercerita sedikit mengenai peluang untuk menyelesaikan masalah kewangan anda ini, saya yakin ia dapat membantu anda.
Tiada apa-apa rugi pun, sekadar mengambil beberapa minit sahaja membaca maklumat di laman ini sahaja sudah cukup.
http://selesaimasalah.com/?ref=easy2u
Subscribe to:
Posts (Atom)