Saturday, July 11, 2015

10 Pesanan Rasulullah SAW kepada Lelaki

Duhai Wanita…Hargailah Lelaki Jujur…
10 Ciri-ciri lelaki jujur.
1. Lelaki jujur tidak suka jika dirinya dicurigai. Tidak suka dikatakan sedang menyembunyikan sesuatu. Mereka juga cemerlang dalam pelajaran ataupun pekerjaan.
2. Dia juga tidak punya masa untuk main sembunyi-sembunyi. Sebaliknya berterus-terang dan mahu anda mempercayai kata-katanya. Sekiranya dicurigai dia kecewa dan boleh bertindak. Contohnya seorang suami yang sejujurnya tidak ada skandal di luar tetapi jika isterinya tidak habis-habis mencurigai, dia boleh bertindak seperti apa yang dikatakan isterinya.
3. Dia seorang yang cemerlang dalam apa yang dilakukannya. Tidak semestinya betul tetapi percayalah lelaki yang sibuk membina kecemerlangan diri memang tidak sempat untuk membina cinta-cinta palsu. Mana mungkin seorang yang sibuk menguruskan perniagaan ataupun tekun melakukan kerjanya ataupun seorang pelajar yang sibuk menelaah ada masa untuk mempermainkan wanita.
4. Dia seorang yang kuat pegangan agamnya. Tidak dinafikan lelaki yang kuat beribadat tidak terlepas daripada godaan syaitan. Namun lelaki ini lebih baik berbanding yang tidak peduli dengan agamanya.
5. Seorang yang mengambil berat tentang keluarganya. Lelaki yang baik pastinya seorang yang amat disenangi seluruh ahli keluarganya. Tumpuanya juga kepada kerjaya, keluarga dan Allah. Gabungan ketiga-tiganya menjadikan dia seorang lelaki sempurna dan tidak ada masa untuk melakukan perkara yang bukan-bukan.
6. Lelaki yang jujur juga tidak semestinya yang pandai menguruskan rumah tangga. Namun dia miliki kelebihan lain seperti pandai berjenaka dan membuatkan rumah tangga anda meriah dan gembira. Itu sudah cukup.
7. Tidak semestinya dia seorang yang menghadiahkan anda bunga tetapi selalu berbelanja untuk anda dan anak-anak seperti makan di luar.
8. Lelaki yang jujur tidak semestinya pandai memujuk tetapi bijak bertoleransi apabila diminta membantu.
9. Wahai wanita, ketepikanlah segala kekurangan lelaki sebaliknya ambillah kelebihannya. Pasti anda akan sentiasa bersyukur dan bertuah memiliki seorang suami seperti itu.
10. Janganlah mengharapkan yang terlalu berlebihan daripada seorang lelaki kerana lelaki tetap lelaki dan Allah menjadikan mereka dengan sebegitu dan tidaklah perlu dipersoalkan mengenai kejadian mereka. Terimalah lelaki selayaknya dan seadanya.
Lelaki dan wanita dijadikan berpasang-pasang. Saling memerlukan di antara satu sama lain. Tidak hairanlah apabila wanita dikatakan dijadikan daripada tulang rusuk lelaki. Rasulullah S.A.W bersabda:
“Aku berwasiat kepada kamu supaya menjaga wanita dengan sebaik-baiknua kerana mereka dijadikan daripada tulang rusuk dan sebengkok-bengkok tulang rusuk adalah bahagian teratas. Sekiranya kamu cuba meluruskannya, kamu akan mematahkannya dan sekiranya kamu membiarkannya akan terus bengkok selama-lamanya. Justeru, berpesan-pesanlah tentang wanita (dengan kebaikan).”
-Hadis riwayat Bukhari dan Muslim-
Kutemukan Engkau Disetiap Tahajudku

PESANAN ROH KEPADA MANUSIA


PESAN ROH KEPADA MANUSIA

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut". Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".

Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :"Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh" . Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.

Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian Menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya" . Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.

Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: " Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku". "Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku" . "Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".

Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku".

Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.

Baginda Rasullullah S.A.W berkata:
Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:
"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. "Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelahkiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut rohorang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada AllahS.W.T.dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.

Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T . maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dariarah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah,tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan. " Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan enghadiri majlis-majli! s ilmu." Apabila gagal malaikat maut,mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian AllahS.W.T. berfirman yang bermaksud:"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah AllahS.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan AsmaAllah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada AllahS.W.T maka keluarl! ah roh tersebut dari arah m ulut dengan tenang.

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat:-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.

2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.

3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.

5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.

6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.

7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.

2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.

3. Orang berpuasa di hari Arafah.

Sekian untuk ingatan kita bersama.

Kalau rajin. Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

Sila panjangkan kisah ini kepada semua saudara islam kita.

Monday, July 6, 2015

6 Amalan Kesukaan Nabi Muhammad S.A.W. Dalam Bulan Ramadhan


Syukur Alhamdulillah, kita masih lagi diberi peluang untuk merasai Ramadhan untuk tahun ini. Seperti yang kita tahu, Bulan Ramadhan adalah bulan yang istimewa.

Pelbagai fadhilat yang dapat dikutip dalam bulan yang penuh berkat ini. Malah Nabi kesayangan kita juga turut gemar melakukan amalan-amalan seperti dibawah. Semoga kita semua menjadikan ia juga sebagai amalan.


1. Membaca al-Quran


Disunatkan memperbanyakkan bacaan al-Quran pada bulan Ramadan kerana ia bulan al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud: “… bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.” (Surah al-Baqarah, ayat 185)

Malaikat Jibril sentiasa bertadarus al-Quran dengan Nabi SAW setiap hari sepanjang Ramadan. Para salaf mendahulukan bacaan al-Quran daripada ibadah lain. Sebahagian salaf khatam al-Quran dalam masa tiga hari, sebahagiannya tujuh hari dan 10 hari pada Ramadan.

Saidina Uthman bin Affan khatam al-Quran setiap hari pada Ramadan. Imam Zuhri berkata apabila tiba Ramadan, “Sesungguhnya Ramadan itu bulan membaca al-Quran dan menyediakan makanan untuk orang berpuasa.”


2. Memberikan makan kepada orang yang berbuka puasa


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang memberikan makan kepada orang yang berpuasa, maka baginya seperti pahala (orang yang berpuasa) dalam keadaan tidak berkurung sedikitpun dari pahala orang yang berpuasa itu.” (Hadis riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibn Majah dan ad-Darimi)


3. Qiamullail


Disunatkan berjaga malam secara berjemaah pada bulan Ramadan iaitu solat terawih dan waktunya di antara solat Isyak hinggalah terbitnya fajar. Nabi sangat gemar mendirikan malam pada bulan Ramadan.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa menghidupkan Ramadan dengan keimanan dan pengharapan pahala daripada Allah Taala, maka akan diampunkan segala dosanya yang terdahulu.” (Hadis riwayat Bukhari)


4. Solat tarawih


Solat tarawih adalah solat khusus yang hanya dilakukan pada Ramadan. Solat tarawih, walaupun dapat dilaksanakan bersendirian, umumnya dilakukan secara berjemaah di masjid. Di sesetengah tempat, sebelum solat tarawih, diadakan ceramah singkat bagi menasihati jemaah.


5. Mengerjakan umrah


Perkara disunatkan pada Ramadan adalah mengerjakan umrah berdasarkan sabda Baginda SAW yang bermaksud: “Umrah pada Ramadan (pahalanya) sama dengan (pahala) mengerjakan haji atau mengerjakan haji bersamaku.” (Hadis riwayat Bukhari)


6. Zakat fitrah


Zakat fitrah dikeluarkan khusus pada Ramadan atau paling lambat sebelum selesainya solat sunat hari raya. Setiap Individu Muslim yang berkemampuan wajib membayar zakat fitrah. Nilai zakat fitrah adalah satu gantang makanan ruji atau setara dengan 2.7 kilogram beras. Di Malaysia, nilai zakat fitrah ditentukan oleh pihak berkuasa agama negeri.

Amalan yang menghidupkan Ramadan ialah memperbanyakkan sedekah kerana sikap bermurah hati pada Ramadan adalah dituntut. Ibn Abbas melaporkan: “Rasulullah adalah orang yang paling dermawan dan beliau lebih dermawan lagi pada Ramadan ketika Jibril menemuinya lalu membacakan padanya al-Quran.” (Hadis riwayat Bukhari) - ohmedia

Inilah 10 Benda Paling Kotor Yang Sering Kita Guna


Tanpa disedari, banyak benda di sekitar kita yang berpotensi menjadi sarang bakteria dan tempat berpindahnya virus, bakteria dan penyakit. Diantara semua benda yang sering dipegang, ada 10 benda paling kotor yang cukup membahayakan kesihatan walaupun sebenarnya tampak bersih. Seperti sumber dari Health, berikut ini 10 benda paling kotor yang sering dijumpai dalam kehidupan sehari-hari.

1. DUIT


Semua orang suka wang, tapi pastinya tidak akan ada yang suka dengan bakteria didalamnya. Menurut Dr Darlington dari the Health Commissioner of New York, sekitar 135,000 bakteria ada pada wang, terutama wang kertas.

2. TOMBOL PINTU / BUTANG LAMPU


Biasanya orang terakhir atau pertama masuk di bilik adalah yang paling sering bersentuhan dengan butang lampu. Bakteria sangat senang hidup di kawasan yang banyak disentuh oleh banyak orang itu. Menurut ahli sanitasi, dalam setiap inci butang lampu / tombol pintu ada sekitar 217 bakteria yang boleh berpindah dari tangan ke tangan.

3. KEYBOARD KOMPUTER


Sebuah kajian di Britain pernah menyebut bahawa bakteria yang ada di keyboard komputer lebih banyak daripada bakteria yang ada di tandas. Untuk itu sebaiknya bersihkan keyboard secara rutin dengan alat khusus pembersihan keyboard atau boleh juga dengan menggunakan kain basah.

4. TELEFON BIMBIT


Telefon bimbit adalah barang yang tidak boleh lepas dari kehidupan sehari-hari. Akibat tidak lepas itulah, maka telefon dijadikan tempat kegemaran bagi ribuan bakteria untuk menetap. Bakteria suka melekat pada telefon bimbit kerana suhu yang hangat dan sesuai untuk pertumbuhannya. Untuk menghindarinya, kini sudah ada pelapis anti mikrob untuk telefon bimbit yang boleh melindungi telefon bimbit anda daripada bakteria dan mengurangkan risiko bakteria melekat pada wajah dan tangan anda.

5. MANGKUK TANDAS


Meskipun kelihatan bersih dan licin, tapi permukaan mangkuk tandas yang dibuat dari porselin sangat berpotensi sebagai tempat berpindahnya virus, bakteria dan penyakit-penyakit tertentu. Data statistik menunjukkan, terdapat 295 bakteria dalam setiap inci permukaan tempat duduk tandas.

6. TROLI MEMBELI BELAH


Berbelanja menggunakan troli memang lebih mudah dan mengasyikkan. Tapi menurut penyelidik dari University of Arizona, troli ini mengandungi bakteria, air liur, dan bahan-bahan menjijikkan yang lain yang lebih banyak daripada eskalator, telefon awam bahkan bilik mandi umum.

7. REMOTE CONTROL


Seberapa sering anda menumpahkan makanan pada remote control dan tidak membersihkannya? Maka remote control, bakteria MRSA, SARS dan bakteria lain boleh masuk ke dalam tubuh. Jangan biarkan remote control menjadi ancaman apabila anda sedang asyik menonton TV.

8. TAB MANDI


Bak mandi adalah bahagian dalam rumah yang sering tidak dilupakan. Ketika ada seseorang dalam keluarga yang terkena penyakit jangkitan staphylococcus, jangkitan saluran kencing, pneumonia, septicemia atau penyakit kulit, baru disedari bahawa tab mandi menjadi sarang bakteria. Percaya atau tidak, bakteria yang tergenang di dalam tab mandi lebih berbahaya daripada bakteria yang ada di dalam lubang tandas. Membersihkan tab mandi seminggu sekali boleh mengurangkan risiko penyakit yang tidak diingini.

9. SINKI DAPUR


Dapur adalah tempat paling kotor diantara semua bahagian rumah yang lain, terutamanya pada sinki. Ada sekitar 500,000 bakteria yang terdapat pada setiap inci sinki. Untuk mengatasinya, cubalah membersihkan sinki anda dengan setengah cawan baking soda dan setengah cawan cuka. Setelah itu, jangan lupa siram dengan air untuk memastikan singki itu bersih.

10. SPAN CUCIAN


Alat untuk mencuci pinggan ini adalah barang yang sangat berpotensi dijadikan tempat berkembangnya bakteria kerana memiliki kelembapan yang tinggi dan pori-pori yang kecil. Salah satu cara terbaik untuk menghilangkan bakteria dari barang ini adalah dengan memanaskannya dalam microwave selama 60 saat. Penemuan ini tentu saja bukan untuk menakut-nakutkan orang, tapi sekadar mengingatkan pentingnya menjaga kebersihan termasuk benda-benda kecil yang sering kali kita anggap remeh. - eberita


Anda boleh buat duit besar untuk
raya dengan Firesale Raya.
Cepat klik link dibawah:

10 Tips Untuk Didik Anak Menjadi Soleh

Anak yang soleh bukan sahaja anak yang bersopan-santun dan taat kepada ibu-bapa sebagaimana yang disangka oleh kebanyakan kita, tetapi yang lebih utama dari itu ialah anak yang menjaga agamanya. Anak yang soleh ialah anak yang ta’at kepada Allah, yang tahu kewajipannya sebagai hamba Allah dan tahu tanggungjawabnya kepada agamanya. Apabila seorang anak dididik dengan taat kepada Allah dan patuh kepada suruhan agama, Insya’Allah anak itu secara automatik akan taat kepada ibu-bapanya dan akan menjaga akhlaknya di mana-mana sahaja ia berada.



Berikut adalah perkara-perkara yang mesti kita lakukan untuk melahirkan anak-anak yang soleh;


1. Didiklah anak-anak kita mengenali Allah


Kita selalu mendengar ungkapan dari para ulama’ yang menyebutkan;

“Asas agama ialah mengenal Allah”.

Perkara pertama yang wajib kita ajarkan kepada anak-anak kita ialah kalimah Syahadah. Mengajar kalimah Syahadah bukan hanya mengajar menutur atau mengucapkannya sahaja sebagaimana yang dilakukan oleh kebanyakan orang hari ini, tetapi juga mengajar apa pengertian kalimah tersebut?, apa yang tuntut olehnya? dan apa perkara-perkara yang bertentangan dengan kalimah tersebut yang mesti dijauhi dari melakukannya?.

Kita perlu memberitahu anak-anak kita –dari semasa ke semasa- bahawa dengan mengucapkan kalimah tersebut mereka telah mengisytiharkan diri mereka beriman kepada Allah. Oleh demikian, mereka wajib mentaati Allah pada setiap ketika dan dalam setiap gerak-geri serta tingkah-laku mereka. Pada masa yang sama, mereka wajib menolak segala yang bertentangan dengan kehendak Allah sama ada yang berupa agama (yang lain dari Islam), fahaman, ideologi, budaya, gaya hidup, tingkah-laku, peraturan, undang-undang dan sebagainya. Inilah tuntutan kalimah Syahadah yang dapat kita fahami dari firman Allah:


“Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”. (al-Baqarah: 256)

Menurut Imam Sa’id bin Jubair dan Imam ad-Dhahhak; yang dimaksudkan dengan ‘simpulan yang teguh’ dalam ayat di atas ialah kalimah 'Lailahaillallah' Adapun thagut, maknanya ialah ‘segala yang menyesatkan manusia’ sama ada Iblis, Syaitan dan sebagainya.


2. Pastikan anak-anak kita sentiasa mendirikan solat dan menjaga ibadah-ibadah wajib yang lain


Rasulullah s.a.w. sendiri telah berpesan kepada kita supaya mengambil berat perihal solat anak-anak kita, di mana baginda bersabda;

“Suruhlah anak kamu mengerjakan solat apabila ia telah berumur tujuh tahun dan pukullah mereka jika enggan mengerjakan solat sedangkan mereka telah berumur sepuluh tahun”. (Riwayat Imam Ahmad, Abu Daud dan al-Hakim dari Abdullah bin Amru r.a.)

Solat adalah tiang agama. Menunaikan solat bererti menegakkan agama dan meninggalkannya bererti mengabaikan agama. Dalam pendidikan, solat mempunyai rahsia didikan yang amat hebat kepada anak-anak kita. Di samping mendidik anak-anak kita agar sentiasa ingat kepada Allah, solat menjadi benteng kepada mereka dari keruntuhan ahklak dan gejala sosial. Ini melihat kepada kekuatan yang ada pada solat dalam mencegah manusia dari melakukan dosa dan munkar sebagaimana yang ditegaskan oleh Allah sendiri;


“Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.”. (al-Ankabut: 45)

Adalah mustahil jika kita hendak mengekori anak-anak kita ke mana saja mereka pergi untuk memastikan mereka berbuat baik di mana-mana sahaja mereka berada. Namun jika kita berjaya mendidik anak kita dengan solat sehingga solat itu melekat dalam jiwa mereka, yakinlah bahawa sekalipun tanpa kehadiran kita, mereka akan tetap istiqamah dengan kebaikan kerana solat akan membenteng mereka dari melakukan kejahatan dan maksiat.

Selain dari solat, kita juga wajib mengasuh mereka menjaga ibadah-ibadah wajib yang lain seperti puasa, zakat, haji dan sebagainya.


3. Bekalkan ilmu agama yang secukupnya kepada anak-anak kita


Menuntut ilmu agama diwajibkan oleh Allah ke atas setiap orang Islam sama ada lelaki atau perempuan. Sabda Rasulullah s.a.w:

“Menuntut ilmu (agama) adalah fardhu ke atas setiap orang Islam”. (Riwayat Imam al-Baihaqi dan at-Thabrani dari Anas r.a. dan al-Hasan bin Ali r.a.)

Bagi anak-anak, tanggungjawab mengajar ilmu agama kepada mereka asalnya adalah kewajipan ibu-bapa. Namun jika ibu-bapa tidak mampu mengajar sendiri anak-anak mereka, mereka wajib mencari seorang guru/ustaz yang dapat mengajar anak-anak mereka segala hal yang wajib diketahui tentang agama merangkumi;

a) Ilmu aqidah

b) Ilmu Ibadah

c) Ilmu halal dan haram (dalam makanan, percakapan, tindakan, pergaulan dan sebagainya)

d) Ilmu tentang hati dan rohani

e) Ilmu tentang kewajipan sebagai seorang muslim

f) Ilmu untuk membaca al-Quran

g) Ilmu tentang adab-adab sebagai seorang muslim

Kita melihat hari ini ramai ibu-bapa mengabaikan pengajian ilmu agama kepada anak-anak mereka. Mereka lebih menekankan ilmu-ilmu duniawi seperti sains, matematik dan sebagainya. Mereka sanggup menghabiskan wang yang banyak bagi memastikan anak-anak mereka lulus dengan cemerlang dalam ilmu-ilmu tersebut. Namun ilmu agama mereka abaikan. Mereka tidak pernah risau anak-anak mereka jahil tentang agama asalkan pandai ilmu-ilmu lainnya. Kerana itu tidak hairanlah jika kita dapati hari ini ramai anak-anak orang Islam yang semakin liar dari agama; meninggalkan solat, tidak tahu membaca al-Quran, tidak menutup aurat dan mudah terjebak dengan maksiat dan munkar. Semua gejala ini puncanya tidak lain dari pengabaian terhadap didikan agama oleh ibu-bapa.


4. Hidupkan dalam rumah kita Biah Islamiyyah (suasana keislaman)


Anak-anak memerlukan qudwah (yakni contoh/tauladan) untuk menjadi anak-anak yang soleh. Qudwah ini seharusnya bermula dari ibu-bapa dan juga suasana di rumah. Biah atau suasana di rumah mempunyai peranan yang besar dalam membentuk anak-anak. Oleh demikian, suasana keislaman di dalam rumah hendaklah dihidupkan. Pada masa yang sama, elakkanlah sebarang bentuk maksiat dan munkar dari rumah kita. Selain itu, menghidupkan sunah Nabi di dalam rumah juga memberi kesan besar dalam mewujudkan biah/suasasa keislaman di dalam rumah. Antara sunnah Nabi s.a.w. yang perlu kita praktikkan di rumah ialah;

a) Membaca al-Quran di rumah

Seboleh-bolehnya, ibu-bapa hendaklah menunjukkan minat mereka terhadap al-Quran dengan selalu membacanya di rumah di hadapan anak-anak mereka. Dalam satu hadis, Rasulullah mengibaratkan rumah yang tidak dibacakan al-Quran di dalamnya umpama kubur-kubur. Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda;

“Jangan kamu jadikan rumah-rumah kamu sebagai kubur. Sesungguhnya syaitan melarikan diri dari rumah yang dibacakan di dalamnya surah al-Baqarah”. (Riwayat Imam Muslim)

Bagi ibu-bapa yang tidak berkesempatan membaca al-Quran di rumah atau tidak berkemampuan membacanya, maka sebagai alternatif lain untuk menghidupkan suasana al-Quran di rumah ialah dengan memutarkan kaset-kaset atau cd-cd al-Quran di dalam rumah pada setiap hari terutamanya di waktu pagi dan pada masa anak-anak berhimpun di rumah.

b) Mengerjakan solat-solat sunat di rumah

Sabda Rasulullah s.a.w.;

“Kerjakanlah solat –wahai manusia- di rumah-rumah kamu. Sesungguhnya solat yang paling afdhal ialah seseorang mengerjakan solat di rumahnya kecuali solat yang fardhu”. (Riwayat Bukhari dan Muslim dari Zaid bin Thabit r.a.)

Dalam hadis yang lain Rasulullah s.a.w. bersabda; “Kerjakanlah sebahagian solat kamu dirumah kamu. Janganlah kamu jadikan rumah-rumah kamu ibarat kubur”. (Riwayat Imam Muslim dari Jabir r.a.)

Antara solat sunat yang digalakkan untuk dikerjakan di rumah ialah solat dhuha, solat tahajjud, solat hajat, solat taubat, solat tasbih, solat witir, solat sunat yang mengiringi solat fardhu dan sebagainya. Ibu-bapa yang selalu mengerjakan solat-solat sunat di rumah akan memberi qudwah kepada anak-anak dalam menanamkan sikap suka beribadah dan meningkatkan kesedaran rohani mereka.

Lebih baik lagi jika anak-anak turut diajak bersama-sama mengerjakan ibadah-ibadah tersebut. Adalah harus –sebagai latihan- pada selang-selang waktu tertentu solat-solat sunat tersebut (khususnya solat malam atau qiyamullail) dilakukan secara berjamaah bersama ahli keluarga dengan diimankan sendiri oleh bapa sebagai ketua keluarga. Sabda Rasulullah s.a.w.:

“Jika seorang lelaki mengejutkan ahli keluarganya pada waktu malam, lalu mereka mengerjakan solat dua rakaat bersama-sama, nescaya mereka berdua akan ditulis/disenaraikan di kalangan lelaki-lelaki yang banyak berzikir dan perempuan-perempuan yang banyak berzikir”. (Riwayat Imam Abu Daud dari Abi Said r.a.)

Dalam hadis yang lain, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Allah mengasihi seorang lelaki yang bangun menunaikan solat malam, kemudian ia mengejutkan isterinya…Begitu juga, Allah mengasihi seorang perempuan yang bangun menunaikan solat malam, kemudian ia mengejutkan suaminya…”. (Riwayat Abu Daud dari Abu Hurairah r.a.)

c) Hidupkan budaya memberi salam

Anas r.a. menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda kepadanya;

“Wahai anakku! Jika kamu masuk menemui ahli keluargamu (di rumah kamu) maka berilah salam kepada mereka, nescaya akan dilimpahi keberkatan ke atas kamu serta ahli rumah kamu”. (Riwayat Imam at-Tirmizi dari Anas r.a.)

Memberi salam bermakna kita mendoakan keselamatan dan kesejahteraan kepada orang yang kita ucapkan salam kepadanya. Apabila ibu-bapa mengucapkan salam kepada anak-anak mereka (tatkala baru sampai di rumah atau tatkala ingin keluar dari rumah atau ingin berpisah dengan mereka) maka ia telah mendoakan keselamatan dan kesejahteraan untuk mereka. Apabila mereka menjawabnya, maka mereka mendoakan pula keselamatan dan kesejahteraan untuk bapa atau ibu mereka. Fenomena saling doa-mendoakan ini pastinya akan mewujudkan suasana harmoni dan kasih-sayang di dalam keluarga.

Rasulullah s.a.w. pernah bertanya para sahabat baginda; “Mahukah aku tunjukkan kepada kamu suatu amalan yang jika kamu lakukan nescaya kamu akan saling berkasih-sayang?”. Jawab mereka; “Ya”. Lalu baginda bersabda;

“Hidupkan budaya memberi salam antara sesama kamu”. (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

d) Praktikkan adab-adab Islam di dalam rumah.

Antara adab-adab Islam yang perlu dipraktikkan oleh ibu-bapa serta ahli keluarga di rumah ialah adab ketika makan, adab ketika masuk dan keluar tandas, adab berpakaian, adab anak-anak ketika hendak masuk ke bilik ibu-bapa (terutamanya apabila anak-anak telah mumayyiz), adab keluar dan masuk rumah, adab tidur dan bangun dari tidur dan sebagainya. Adab-adab ini amat penting kerana ia melibatkan amalan dan rutin harian yang boleh memberi contoh berkesan kepada anak-anak dalam meningkatkan roh keislaman mereka.


5. Dekatkan anak-anak kita dengan masjid, mushalla atau surau


Dalam hal ini, terdapat hadis Rasulullah s.a.w. menyebutkan;

“Jika kamu lihat seorang lelaki selalu berulang-alik ke masjid, maka saksikanlah untuknya dengan iman (yakni akuilah bahawa ia sememangnya seorang yang benar beriman)”. (Riwayat Imam Ahmad, at-Tirmizi dan Ibnu Majah dari Abi Sa’id r.a.)

Masjid adalah rumah Allah. Orang yang hatinya terikat dengan masjid menunjukkan bahawa jiwanya dekat dengan Allah. Alangkah bertuahnya kita jika anak-anak kita memiliki hati dan jiwa sedemikian. Oleh itu, perlulah kita berusaha bersungguh-sungguh mendekatkan anak-anak kita dengan masjid, atau sekurang-kurangnya surau atau mushalla. Dalam satu hadis, Rasulullah s.a.w. menceritakan tujuh orang yang akan mendapat perlindungan Allah di akhirat, antara mereka ialah ‘seorang pemuda yang membesar dalam ibadah kepada Allah dan seorang lelaki yang hatinya terikat dengan masjid’. (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Abu hurairah r.a.)


6. Tanamkan semangat jihad dan perjuangan Islam ke dalam jiwa anak-anak kita


Semangat jihad yang kita maksudkan ialah semangat cintakan agama dan kesedaran untuk berkorban demi agama. Ramai di kalangan kita menganggap anak-anak belum tiba masanya untuk didedahkan dengan semangat jihad kerana mereka masih kecil. Anggapan ini ternyata salah. Sebenarnya dari kecillah kita perlu tanamkan semangat jihad ke dalam diri anak-anak kita supaya mereka akan terbiasa dengan semangat ini sejak awal mereka mengenali dunia dan kehidupan lagi. Lebih-lebih lagi apa yang disemai ketika kecil akan melekat kukuh dalam jiwa manusia sebagaimana kata hikmah;

‘Pengajaran semasa kecil umpama memahat di atas batu”.

Untuk menyemai semangat jihad dan perjuangan Islam ini, antara usaha yang perlu kita lakukan ialah dengan menceritakan kepada anak-anak kita –dari masa ke semasa- sejarah/sirah perjuangan Nabi kita Muhammad s.a.w. dan juga tokoh-tokoh pejuang Islam terdahulu terdiri dari para Nabi dan Rasul, para sahabat, para alim-ulama’, para Syuhada’ dan sebagainya.

Amat menyedihkan kita apabila melihat anak-anak umat Islam hari ini di mana mereka lebih mengenali artis-artis dan pelakon-pelakon dari mengenali para Nabi dan Rasul, tokoh-tokoh Islam, ulama’-ulama’ dan para pejuang Islam. Keadaan ini memerlukan usaha bersungguh-sungguh dari kita sebagai ibu-bapa untuk mengubahnya.


7. Tanamkan kepada anak-anak kita sikap cintakan ilmu dan majlis ilmu


Antara perkara yang perlu kita tanamkan sungguh-sungguh ke dalam jiwa anak-anak kita dalam usaha kita mendidik mereka menjadi anak-anak yang soleh ialah sikap cintakan ilmu dan sukakan majlis-majlis ilmu. Dengan adanya semangat cintakan ilmu dan majlis ilmu akan timbullah keinginan dalam diri anak-anak kita untuk menuntut ilmu agama secara berterusan hingga ke akhir hayat mereka tanpa had umur atau batasan waktu.

Jika kita perhatikan majlis-majlis ilmu hari ini, boleh dikatakan keseluruhan yang hadir ialah golongan dewasa dan juga orang-orang tua. Di mana anak-anak atau kanak-kanak? Kenapa mereka tidak dibawa bersama oleh ibu-bapa mereka untuk sama-sama menuntut ilmu? Demi masa depan anak-anak kita, marilah kita ubah keadaan ini. Marilah kita bawa bersama anak-anak untuk sama-sama berada di dalam majlis ilmu yang diibaratkan oleh Rasulullah s.a.w. sebagai taman syurga. Baginda bersabda;

“Apabila kamu berjalan melalui taman syurga, maka singgahlah di situ”. Lalu sahabat bertanya; “Apa itu taman syurga, ya Rasulullah?”. Jawab Rasulullah; “Iaitulah majlis-majlis ilmu””. (Riwayat Imam at-Thabrani dari Ibnu ‘Abbas r.a.)


8. Perhatikan dengan siapa anak-anak kita berkawan


Kita tidak boleh mengongkong anak-anak kita dari berkawan. Namun apa yang kita perlu lakukan ialah memastikan anak-anak kita memilih kawan-kawan atau teman-teman yang baik supaya ia tidak terjebak ke dalam kejahatan dan maksiat kerana pengaruh kawan. Hal ini merupakan pesanan Rasulullah s.a.w. di mana baginda bersabda;

“Seseorang itu berada di atas agama temannya. Oleh itu, hendaklah setiap dari kamu memerhatikan dengan siapa ia berteman”. (Riwayat Imam Abu Daud dari Abu Hurairah r.a.)

Di dalam hadis di atas, Rasulullah s.a.w. berpesan kepada kita agar pandai memilih kawan/teman kerana kawan boleh mempengaruhi pengamalan agama kita. Maka sebagai ibu atau bapa, pesanan yang sama perlu kita sampaikan kepada anak-anak kita kerana mereka adalah tanggungjawab kita.


9. Mohonlah sentiasa dari Allah agar dikurniakan anak yang soleh


Doa adalah senjata kita orang-orang beriman. Dengan doa kita boleh memohon apa sahaja hajat kita dari Allah. Malah Allah amat suka hamba-hambanya yang banyak berdoa dan bermohon dariNya. Salah satu perkara yang perlu selalu kita pohonkan dari Allah ialah anak-anak yang soleh. Seboleh-bolehnya setiap kali kita berdoa, kita tidak lupa berdoa agar kita sekelian dianugerahkan Allah anak-anak yang soleh. Antara bentuk doa memohon anak soleh ialah yang termaktub di dalam al-Quran iaitu;


“Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.”. (al-Furqan: 74)

Selain itu, kita juga perlu berdoa agar Allah memberi ilmu dan kefahaman agama kepada anak-anak kita. Antara doanya ialah;

“Ya Allah, wahai Tuhan kami! Berilah kefahaman kepadanya dalam agama dan ajarkanlah kepadanya memahami al-Quran”.

Doa ini adalah doa yang pernah diucapkan oleh Rasulullah s.a.w. untuk Ibnu ‘Abbas r.a.. Berkat doa baginda ini, Ibnu ‘Abbas telah muncul di kalangan sahabat sebagai seorang pentafsir al-Quran yang paling unggul sehingga Abdullah ibnu Mas’ud menyatakan; “Sebaik-baik pentafsir al-Quran ialah Ibnu ‘Abbas”.


10. Sentiasalah memberi pesanan dan nasihat kepada anak-anak kita


Ibu-bapa hendaklah selalu memberi pesanan dan nasihat kepada anak-anak supaya sentiasa mentaati Allah dan menjaga perintah agama. Pesanan, teguran dan kata-kata nasihat dari ibu-bapa merupakan mutiara-mutiara berharga untuk anak-anak kerana ibu-bapa adalah orang yang paling hampir dengan anak-anak. Peranan ibu-bapa sebagai pemberi nasihat dan pesanan tidak terhenti setakat anak-anak masih kecil, tetapi berterusan hingga bila-bila sekalipun mereka telah dewasa.

Pesanan Nabi Ibrahim untuk anak-anaknya dapat kita dilihat dalam surah al-Baqarah, ayat 132;


“Dan Nabi Ibrahim pun berwasiat dengan agama itu kepada anak-anaknya, dan (demikian juga) Nabi Yaakub (berwasiat kepada anak-anaknya) katanya: "Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam".”. (al-Baqarah: 132).

Pesanan Rasulullah kepada Ibnu ‘Abbas:

Diriwayatkan dari Ibnu ‘Abbas r.a. yang menceritakan; (Suatu hari) aku berada di belakang Nabi s.a.w.. Lalu baginda bersabda kepadaku; “Hai anak! Aku ingin mengajar kamu beberapa perkataan (iaitu); ‘Peliharalah Allah nescaya Ia akan pelihara kamu. Peliharalah Allah, nescaya kamu akan mendapatinya di hadapan kamu. Apabila kamu meminta, mintalah kepada Allah dan apabila kamu memohon pertolongan, pohonlah pertolongan dari Allah. Ketahuilah bahawa sesungguhnya jika sekalian umat manusia berhimpun untuk memberi manfaat kepada kamu dengan sesuatu, tidaklah mereka dapat memberi manfaat kepada kamu melainkan dengan suatu yang telah ditulis oleh Allah untuk kamu. Dan jika mereka semua berhimpun untuk memberi mudarat kepada kamu dengan sesuatu, tidaklah mereka dapat memudaratkan kamu melainkan dengan sesuatu yang telah ditulis oleh Allah akan menimpa kamu. Telah diangkat pena dan telah kering lembaran-lembaran’”. (Riwayat Imam Tirmizi)

Wallahu a’lam - iislamku

Anda boleh buat duit besar untuk
raya dengan Firesale Raya.
Cepat klik link dibawah:

Nostalgia - Inilah 10 Barang Yang Semakin Dilupakan

Salam semua. Kali ni nak kongsi dengan korang beberapa barang yang dulunya mungkin pernah menjadi sebahagian dalam hidup kita tetapi sekarang ramai yang dah lupakan kewujudannya. Mungkin jugak ada budak² generasi sekarang yang langsung tak pernah dengar atau tengok barang² ni secara live. Apa tunggu lagi, jom saksikan 10 Barang Yang Semakin Dilupakan...



1. Walkman

- Gadget impian semua anak muda zaman dulu-dulu. Guna kaset untuk dengar lagu.


2. Discman

- Lebih kurang Walkman, tapi yang ni guna CD. Tak sempat popular kerana tidak lama selepas kemunculannya, pemain mp3 seperti iPod diperkenalkan.


3. Kaset

- Kalau ada budak-budak buat pedajal main tarik tali dia tu, terpaksa la putar secara manual guna pensel. Itupun kalau tak putus.


4. Video Tape

- Masa umur 4-5 tahun selalu senyap² pergi umah jiran sebelah, tengok citer My Little Pony.


5. Disket

- Nak transfer file masa dulu bukan macam sekarang, main download je sesuka hati. Satu disket baru 1.44MB, jadi dalam kepala selalu cari mana² file untuk di delete sebab space tersangatlah terhad.


6. Filem Kamera (Kodak)

- Jenama lain pun ada jugak rasanya, tapi Kodak la yang legend. Bab bergambar pulak, terpaksa catu sebab satu filem boleh ambil 36 keping je. Itupun selagi gambar tak dicuci, hati akan gundah gulana takut² gambar tak menjadi.


7. Mesin Taip

- Sebelum adanya komputer, mesin taip memang digunakan dangan meluas. Memang mencabar buat kerja guna benda ni...dah la kena hentak keyboard tu kuat², pastu kena taip dengan hati-hati, tak boleh tersilap walaupun satu huruf. Kalau tak, tiada maaf bagimu.Yang best pasal benda ni, bila dah sampai hujung tu dia akan bunyi "ting" pastu kita tolak & start balik tulis dari belah kiri. Pernah jugak penulis buat jadi alat muzik...hehe


8. Jam Loceng

- Mungkin ada lagi yang pakai jam sebijik macam ni. Tapi dah ramai yang tinggalkannya...set alarm guna handset lagi senang kan?


9. Mouse Dengan Roller

- Ini pun masih ramai yang guna, tapi tunggu masa je nak pupus. Baru² ni penulis ada terjumpa orang jual mouse cenggini, satu = RM2.


10. Kad Public Phone

- Budak asrama memang selalu guna kad ni nak telefon mak ayah kat rumah. Ada yang siap buat koleksi lagi...

Kredit: rilekrilek

Anda boleh buat duit besar untuk
raya dengan Firesale Raya.
Cepat klik link dibawah:

MESTI BACA - Keajaiban Al-Quran

Ajaib tetapi benar! Lihatlah sebahagian daripada hasil kajian seorang cendekiawan Islam terhadap kandungan Al-Quran. Didapati banyak perkara telah disentuh dan telah dibuat kajian oleh manusia seperti nombor, astronomi, angkasalepas, perubatan, geologi, kejuruteraan, minda dan sebagainya.



Bilangan tentang perkara yang disebutkan di dalam Al-Quran:

DUNIA: 115 kali

AKHIRAT: 115 kali

MALAIKAT: 88 kali

SYAITAN: 88 kali

HIDUP: 145 kali

MATI: 145 kali

FAEDAH: 50 kali

KERUGIAN: 50 kali

UMMAH: 50 kali

PENYAMPAI: 50 kali

IBLIS : PENGHULU SYAITAN: 11 kali

MOHON PERLINDUNGAN DARIPADA IBLIS: 11 kali

BALA/MUSIBAH: 75 kali

BERSYUKUR: 75 kali

BERSEDEKAH: 73 kali

BERPUAS HATI: 73 kali

ORANG YANG SESAT: 17 kali

ORANG YANG MENINGGAL DUNIA: 17 kali

MUSLIMIN: 41 kali

JIHAD: 41 kali

EMAS: 8 kali

KEMURAHAN HIDUP: 8 kali

KEAJAIBAN: 60 kali

FITNAH: 60 kali

ZAKAT: 32 kali

BERKAT: 32 kali

MINDA: 49 kali

NUR: 49 kali

LIDAH: 25 kali

SUMPAH: 25 kali

NAFSU: 8 kali

KETAKUTAN: 8 kali

BERCAKAP DI KHALAYAK RAMAI: 18 kali

BERDAKWAH: 18 kali

KESUSAHAN: 114 kali

KESABARAN: 114 kali

MUHAMMAD: 4 kali

SYARIAT: 4 kali

LELAKI: 24 kali

PEREMPUAN: 24 kali

SOLAT: 5 kali

BULAN: 12 kali

HARI: 365 kali

LAUTAN: 32 kali

DARATAN: 13 kali

LAUT dan DARAT = 32 + 13 = 45Justeru itu, peratusan laut = 32/45 x 100 = 71.11111111 peratus


Peratusan daratan = 13/45 x 100 = 28.88888889 peratus
JUMLAH = 100 peratus

Kajian sains oleh manusia telah membuktikan bahawa air meliputi 71.111 peratus daripada bumi dan tanah meliputi 28.889 peratus. Begitulahbkebesaran dan keagungan ciptaan Allah SWT!!

Nota: Diterjemahkan daripada karya asal yang dipetik daripada “The Series Of The Scientific Miracles In Quraan,” oleh Dr. Tariq Al Suwaidan.
 - iislamku


Anda boleh buat duit besar untuk
raya dengan
 Firesale Raya.
Cepat klik link dibawah: