Monday, February 23, 2015

9 Orang Siti Yang Patut Dijadikan Contoh


  • 198
     
    Share
Tahukah anda tentang kehebatan 9 srikandi islam yang boleh dijadikan ikutan buat semua muslimah? Selain mampu kejelitaan,mereka juga memiliki nama yang indah dan yang uniknya adalah nama meraka diawali dengan nama yang sama, mereka adalah srikandi islam yang menjadi contoh sepanjang zaman.

Ayuh sama-sama mengenali insan terpilih tersebut:
1) Siti Khadijah- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak-anak Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh orang-orang kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kepada Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira’.

2) Siti Fatimah- Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kadang-kadang berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah berkata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.

3) Siti Aishah- Beliau isteri Rasulullah yang paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dengan Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yang sama.

4) Siti Hajar- Isteri Nabi Ibrahim yang patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorang ibu mithali).

5) Siti Mariam- Wanita suci yg memang pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oleh Allah s.w.t untuk mengandungkan Nabi Isa.

6) Siti Asiah- Isteri Firaun yang tinggi imannya dan tidak gentar dengan ujian yg dihadapinya daripada Firaun Laknatullah.

7) Siti Aminah- Wanita mulia yang menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.

8) Siti Muti’ah- Isteri yang patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kepada suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat untuk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dengan cantik untuk tatapan suaminya sahaja.

9 ) Siti Zubaidah- Wanita kaya dermawan yang menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya untuk membina terusan untuk kegunaan orang ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.
* 9 Siti ini adalah petikan drpd kata2 Ustazah Siti Norbahyah Mahmood dalam rancangan Halaqah TV9 bertajuk ‘SITI IMPIAN’. Adakah wanita kita tergolong antara Siti2 ini?
P/s: subhanallah ^_^
*         100% KOMISYEN MILIK ANDA
*         DENGAN MODAL CIPUT JER..
*          
Jom lihat power nye:

10 Perkara Yang Yahudi Tidak Mahu Dunia Tahu

  • 1784
     
    Share
Assalamualaikum dan selamat sejahtera, ini ada suatu perkongsian yang menarik di mana dikatakan terdapat 10 perkara yang Yahudi tidak mahu dunia tahu.. Apakah dia?
 Check it out~

1) Israel merupakan salah satu pembekal rokok terbesar dunia, namun rakyatnya tidak digalakkan menghisap rokok yang mereka cipta kerana mereka tahu akan bahana dalam kandungannya!.
2) Israel mempunyai kepakaran dalam mencipta vaksin dan mahir dalam ilmu perubatan, namun ilmu itu hanya untuk orang luar, kerana mereka tahu bahan kimia yang terdapat dalam ubat akan merosakkan untuk satu jangka masa panjang. Penduduk israel sendiri menggunakan Habbatus Sauda dalam perubatan harian.
3) Taktik kaum ibu di Israel ketika mengandung ialah si ibu/ isteri akan mendengar si suami membaca, menyanyi atau mereka akan menyelesaikan masalah matematik bersama-sama untuk mendapat bayi yang bijak dan petah kerana pada ketika ini fikiran dan perasaan si isteri adalah bersambungan dengan anak dalam kandungan berbanding anda bercakap padanya di perut.
4) McDonald di israel telah membuat pengubahsuaian contohnya dari segi minuman. Mereka menggantikan kopi berkafein kepada teh yang mengandungi polyphenols, iaitu unsur kimia yang berfungsi sebagai antioksidan berkekuatan besar untuk membuang sel rosak dan mencegah kanser. Kita disini masih lagi menggunakan KAFEIN BERBAHAYA!
5) Di Israel, mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan makanan utama. Ini kerana hakikatnya dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. Sedangkan disini kita dimomokkan dengan memakan buah-buahan sebagai pencuci mulut.
6) Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsha dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya?
7) Majoriti buku sejarah di dunia mengatakan Negara-negara Arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang menyerang Negara-negara Arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat? Tetapi mereka mengatakan serangannya itu adalah serangan untuk menjaga diri dan antisipasi?
8 ) Di Palestin, penduduk kristian Palestin dan Palestin Muslim bersatu melawan penjajah yahudi
9) Pelajar-pelajar di sekolah dilatih dengan taktik ketenteraan dalam bersukan seperti menembak dan mamanah bagi melatih otak memfokus sesuatu perkara dan mempersiapkan diri jika perkhidmatan diperlukan dimasa akan datang.
10) Hosni Mubarak merupakan tulang belakang Israel dan Amerika selama 30 tahun!
Wallahua’lam

Ceritera Seorang Pemuda


  • 72
     
    Share
Kisah bermula di sebuah kampung..Dilihat seorang lelaki muda bangun di awal pagi utk solat subuh di masjid. Dia berpakaian, berwudu’ dan berjalan menuju masjid.
Di tengah jalan lelaki itu jatuh dan pakaiannya kotor. Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang ke rumah. Di rumah, dia berganti baju, berwudu’, dan, berjalan menuju masjid.
Dalam perjalanan ke masjid, dia jatuh lagi di tempat yang sama! Dia sekali lagi bangkit membersihkan dirinya dan kembali ke rumah. Dirumah dia sekali lagi berganti baju, berwudu’ dan berjalan lagi menuju masjid.
Di tengah jalan menuju masjid, dia bertemu seorang lelaki yg memegang lampu. Dia menyapa lalu lelaki itu menjawab:
“Saya melihat kamu jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid, jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan kamu.’
Lelaki muda mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid.
Saat sampai di masjid, lelaki muda itu mengajak teman barunya yang membawa lampu untuk masuk bersolat subuh bersamanya. Lelaki tadi menolak. Berkali-kali diajak tetapi jawapannya sama.
Lelaki muda bertanya, kenapa menolak untuk masuk bersolat. Lelaki pembawa lampu menjawab:
AKU ADALAH SYAITAN !
Lelaki muda itu sungguh terkejut..!
Syaitan menjelaskan, ”Saya melihat kamu berjalan ke masjid,dan sayalah yg membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masjid, Allah mengampunkan semua dosamu. Saya membuatmu jatuh kedua kalinya, dan itupun tidak membuatmu merubah fikiran tetapi tetap kembali ke masjid.
Kerana itu, Allah mengampunkan dosa seluruh keluargamu. Saya KHUATIR jika saya membuatmu jatuh ketiga kalinya,
mungkin Allah akan mengampunkan dosa seluruh penduduk desamu, jadi saya harus memastikan bahwa kamu sampai
dimasjid dgn selamat..’ 
P/s : “Jangan abaikan suatu niat baik yg kita mahu lakukan, kerana kita tidak pernah tahu ganjaran yg bakal kita perolehi dari segala kesulitan yg kita hadapi demi melaksanakan niat baik tersebut .”
P/s/s : Dah baca jangan lupa share dengan kawan-kawan ye.. :)
*         100% KOMISYEN MILIK ANDA
*         DENGAN MODAL CIPUT JER..
*          
Jom lihat power nye:

Mengapa Israel Takut Dengan Penghafal Al-Quran?


  • 3442
     
    Share
Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Seperti yang telah kita ketahui bersama bahawa perang antara Israel- Palestin (HAMAS) tidak akan ada hentinya. Israel terus melakukan pembunuhan demi pembunuhan terhadap warga Palestin.
Perlu diketahui bahawa dari ribuan jiwa yang terkorban mangsa keganasan perang Israel, 75 % diantara mereka adalah kanak-kanak dan wanita. Pelbagai alasan yang diberikan oelh pihak yahudi mengenai korban tersebut. Sebahagian besar alasannya sangat tidak masuk akal sama sekali dan mengada-ada. Lebih mengecewakan lagi apabila negara-negara dunia seakan tidak mampu menghentikan ini semua, termasuk negara-negara arab sendiri.
Banyak dari kita yang mempersoalkan kenapa tentera yahudi membunuh kanak-kanak Palestin? Ada yang berkata memang tabiat tentera yahudi yang kejam dan biadab. Ada juga yang berkata tentera yahudi takut akan pertumbuhan kanak-kanak Palestin kerana kanak-kanak yang terlahir adalah generasi masa depan Islam yang gemilang. Mungkin pendapat yang kedua ada benarnya dan masuk akal juga.
Berikut adalah sebab mengapa tentera yahudi laknatullah menjadikan kanak-kanak Palestin sebagai sasaran operasi mereka selain kumpulan HAMAS.
Semasa serangan tentera yahudi terhadap Palestin pada Disember 2008 yang berlaku ketika bulan suci Ramadhan tahun 1429 H, pimpinan HAMAS Ismail Haniyah melantik sekitar 3500 kanak-kanak Palestin yang telah hafal Al-Quran. Kanak-kanak tersebut sudah menghafal 30 juz Al-Quran. Ini menjadi sumber ketakutan Zionis Yahudi.
“Jika dalam usia semuda itu mereka sudah menguasai Al-Quran, bayangkan 20 tahun lagi mereka akan jadi seperti apa? ” Demikian pemikiran yang berkembang di dalam fikiran orang-orang Yahudi.
Tidak hairan jika kanak-kanak Palestin menjadi para penghafal Al-Quran. Keadaan Gaza yang dikepung dari segala arah oleh tentera yahudi laknatullah menjadikan masa mereka terus berinteraksi dengan Al -Qur’an. Tidak ada yang bermain Play Station atau ‘game’ bagi mereka.
Keadaan tersebut memangkin mereka untuk menjadi para penghafal Al-Quran ketika masih begitu muda. Ketakutan Zionis Yahudi laknatullah terhadap keadaan ini menyebabkan kira-kira 500 kanak-kanak penghafal Quran itu telah syahid.
Itulah sebahagian sebab mengapa HAMAS mengenakan syarat- syarat yang amat berat untuk menjadi anggota mereka antaranya hafiz Al-Quran dan tidak pernah meninggalkan solat fardhu berjemaah terutama solat subuh.
Teringat zaman emas tentang kejayaan Islam di masa kekhalifahan dahulu. Rahsia besar yang perlu dicatat dalam masa itu adalah umat Islam tidak pernah jauh dengan Al-Quran, tidak pernah melepaskan hadis Rasulullah saw menjadi pedoman. Seperti dalam sebuah hadis Rasulullah Saw pernah bersabda .
“Telah kutinggalkan untuk kalian dua perkara. Jika kalian berpegang teguh dengan keduanya, maka kalian tidak akan pernah sesat , iaitu Kitab Allah dan Sunnah Nabi- Nya “( HR. Malik).

Belajarlah dari Palestin, walaupun mereka dikurung oleh penjajahan Zionis , nyawa mereka diancam setiap saat, setiap minit bahkan setiap detik, tapi itu semua tidak melunturkan niat mereka untuk dekat dengan Sang Khalik dan mendalami lebih dalam dan lebih jauh tentang Agama Islam.
Israel memang unggul dalam segi jumlah pasukan dan kelengkapan tempur yang berteknologi tinggi. Tapi rakyat Palestin memiliki semangat juang yang tinggi, mereka berani mati demi kebebasan mereka dan anak cucu mereka.

Iblis Datang Mengganggu Ketika Sakaratul Maut



Sekadar Gambar Hiasan

Syaitan dan Iblis akan sentiasa mengganggu manusia, bermula dengan memperdayakan manusia dari terjadinya dengan setitik mani hinggalah ke akhir hayat mereka, dan yang paling dahsyat ialah sewaktu akhir hayat iaitu ketika sakaratul maut. Iblis mengganggu manusia sewaktu sakaratul maut disusun menjadi 7 golongan dan rombongan. Hadith Rasulullah SAW. menerangkan:
Yang bermaksud: “Ya Allah aku berlindung dengan Engkau daripada perdayaan syaitan di waktu maut.”
Rombongan 1
Akan datang Iblis dengan banyaknya dengan berbagai rupa yang pelik dan aneh seperti emas, perak dan lain-lain, serta sebagai makanan dan minuman yang lazat-lazat. Maka disebabkan orang yang di dalam sakaratul maut itu di masa hidupnya sangat tamak dan loba kepada barang-barang tersebut, maka diraba dan disentuhnya barangan Iblis itu, di waktu itu nyawanya putus dari tubuh. Inilah yang dikatakan mati yang lalai dan lupa kepada Allah SWT inilah jenis mati fasik dan munafik, ke nerakalah tempatnya.
Rombongan 2
Akan datang Iblis kepada orang yang didalam sakaratul maut itu merupakan diri sebagai rupa binatang yang di takuti seperti, Harimau, Singa, Ular dan Kala yang berbisa. Maka Apabila yang sedang didalam sakaratul maut itu memandangnya saja kepada binatang itu, maka dia pun meraung dan melompat sekuat hati. Maka seketika itu juga akan putuslah nyawa itu dari badannya, maka matinya itu disebut sebagai mati lalai dan mati dalam keadaan lupa kepada Allah SWT, matinya itu sebagai Fasik dan Munafik dan ke nerakalah tempatnya.
Rombongan 3
Akan datang Iblis mengacau dan memperdayakan orang yang di dalam sakaratul maut itu dengan merupakan dirinya kepada binatang yang menjadi minat kepada orang yang hendak mati itu, kalau orang yang hendak mati itu berminat kepada burung, maka dirupai dengan burung, dan jika dia minat dengan Kuda lumba untuk berjudi, maka dirupakan dengan Kuda lumba (judi). Jika dia minat dengan dengan ayam sabung, maka dirupakan dengan ayam sabung yang cantik. Apabila tangan orang yang hendak mati itu meraba-raba kepada binatang kesayangan itu dan waktu tengah meraba-raba itu dia pun mati, maka matinya itu di dalam golongan yang lalai dan lupa kepada Allah SWT. Matinya itu mati Fasik dan Munafik, maka nerakalah tempatnya.
Rombongan 4
Akan datang Iblis merupakan dirinya sebagai rupa yang paling dibenci oleh orang yang akan mati, seperti musuhnya ketika hidupnya dahulu maka orang yang di dalam sakaratul maut itu akan menggerakkan dirinya untuk melakukan sesuatu kepada musuh yang dibencinya itu. Maka sewaktu itulah maut pun datang dan matilah ia sebagai mati Fasik dan Munafik, dan nerakalah tempatnya
Rombongan 5
Akan datang Iblis merupakan dirinya dengan rupa sanak-saudara yang hendak mati itu, seperi ayah ibunya dengan membawa makanan dan minuman, sedangkan orang yang di dalam sakaratul maut itu sangat mengharapkan minuman dan makanan lalu dia pun menghulurkan tangannya untuk mengambil makanan dan minuman yang dibawa oleh si ayah dan si ibu yang dirupai oleh Iblis, berkata dengan rayu-merayu “Wahai anakku inilah sahaja makanan dan bekalan yang kami bawakan untukmu dan berjanjilah bahawa engkau akan menurut kami dan menyembah Tuhan yang kami sembah, supaya kita tidak lagi bercerai dan marilah bersama kami masuk ke dalam syurga.” Maka dia pun sudi mengikut pelawaan itu dengan tanpa berfikir lagi, ketika itu waktu matinya pun sampai maka matilah dia di dalam keadaan kafir, kekal ia di dalam neraka dan terhapuslah semua amal kebajikan semasa hidupnya.
Rombongan 6
Akan datanglah Iblis merupakan dirinya sebagai ulamak-ulamak yang membawa banyak kitab-kitab, lalu berkata ia: “Wahai muridku, lamalah sudah kami menunggu akan dikau, berbagai ceruk telah kami pergi, rupanya kamu sedang sakit di sini, oleh itu kami bawakan kepada kamu doktor dan bomoh bersama dengan ubat untukmu.”
Lalu diminumnya ubat, itu maka hilanglah rasa penyakit itu, kemudian penyakit itu datang kembali. Lalu datanglah pula Iblis yang menyerupai ulamak dengan berkata: “Kali ini kami datang kepadamu untuk memberi nasihat agar kamu mati didalam keadaan baik, tahukah kamu bagaimana hakikat Allah?” Berkata orang yang sedang dalam sakaratul maut: “Aku tidak tahu.” Berkata ulamak Iblis: “Ketahuilah, aku ini adalah seorang ulamak yang tinggi dan hebat, baru sahaja kembali dari alam ghaib dan telah mendapat syurga yang tinggi.
Cubalah kamu lihat syurga yang telah disediakan untukmu, kalau kamu hendak mengetahui Zat Allah SWT hendaklah kamu patuh kepada kami.” Ketika itu orang yang dalam sakaratul maut itu pun memandang ke kanan dan ke kiri, dan dilihatnya sanak-saudaranya semuanya berada di dalam kesenangan syurga, (syurga palsu yang dibentangkan oleh Iblis bagi tujuan mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut). Kemudian orang yang sedang dalam sakaratul maut itu bertanya kepada ulamak palsu: “Bagaimanakah Zat Allah?” Iblis merasa gembira apabila jeratnya mengena.
Lalu berkata ulamak palsu: “Tunggu, sebentar lagi dinding dan tirai akan dibuka kepadamu.” Apabila tirai dibuka selapis demi selapis tirai yang berwarna warni itu, maka orang yang dalam sakaratul maut itu pun dapat melihat satu benda yang sangat besar, seolah-olah lebih besar dari langit dan bumi.
Rombongan 7
Rombongan Iblis yang ketujuh ini Iblis terdiri dari 72 barisan sebab menjadi 72 barisan ialah kerana dia menepati Iktikad Muhammad SAW bahawa umat Muhammad akan terbahagi kepada 73 puak (barisan). Satu puak sahaja yang benar (ahli sunnah waljamaah) 72 lagi masuk ke neraka kerana sesat. Ketahuilah bahawa Iblis itu akan mengacau dan mengganggu anak Adam dengan 72 macam yang setiap satu berlain di dalam waktu manusia sakaratul maut. Oleh itu hendaklah kita mengajarkan kepada orang yang hampir meninggal dunia akan talkin Laa Ilaaha Illallah untuk menyelamatkan dirinya dari gangguan Iblis dan syaitan yang akan berusaha bersungguh-sungguh mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut.
Bersesuaian dengan sebuah hadith yang bermaksud: “Ajarkan oleh kamu (orang yang masih hidup) kepada orang yang hampir mati itu: Laa Ilaaha Illallah.

7 Perkara Ganjil (Pengalaman Si Pencuri Kain Kafan)

Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah SWT Dia berkata, “Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat.”
mayat
” YANG PERTAMA, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?” tanya pemuda itu.

” Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah SWT sewaktu hidupnya. Lantaran Allah SWT menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain,” jawab ahli ibadah tersebut.
Sambung pemuda itu lagi, ” Golongan YANG KEDUA, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?”
Jawab ahli ibadah tersebut, ” Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,”

Pemuda itu menyambung lagi, ” Wahai tuan guru, golongan YANG KETIGA yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Pabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu.”
” Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda,” balas ahli ibadah itu lagi.
” Golongan YANG KEEMPAT, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?”
Jawab ahli ibadah itu, ” Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah SWT sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya.”

” Golongan YANG KELIMA pula Ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya,” sambung pemuda itu.
” Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah SAW pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda,” jelas ahli ibadah tersebut.
” Wahai guru, golongan YANG KEENAM yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya,”.
” Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya,” jawab ahli ibadah tadi.
” Wahai guru, golongan YANG TERAKHIR yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?” tanya pemuda itu lagi.  
Jawab ahli ibadah tersebut, ” Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah SWT baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya.”
Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah SWT kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah. Wallahua’lam..

Jenis-jenis amalan khurafat orang Melayu

Diantara jenis-jenis amalan khurafat orang Melayu adalah seprti berikut;
1. Anggapan sial atau membawa malapetaka kepada seseorang ataupun masyarakat dengan kehadirannya dan amalan buang sial: tepung tawar, Lenggang perut, Mandi bunga/Sintok limau dan Mandi Safar.
Islam menganggap setiap orang itu ada qadar baiknya dan ada qadar buruknya dan sama sekali tidak ada kesialan pada diri seseorang. Begitu juga cara untuk menghindari sesuatu musibah adalah memohon kepada Allah yang menciptakan segala-galanya bukannya dengan amalan-amalan buang sial.
2. Kepercayaan kepada hantu dengan alasan untuk tinggal selamat di suatu tempat atau memberi makan kepada hantu peliharaannya ataupun konon-kononnya untuk membayar niat tertentu.
Sesungguhnya Islam dengan aqidah dan tauhid yang amat kental mengajak manusia agar beriktikad bahawa segala sesuatu yang memberi bekas adalah Allah SWT saja yang tidak ada sekutu dengannya. Oleh itu tidak perlu menjamu kepada sesiapa kerana segalanya adalah makhluk ciptaan Allah SWT yang amat lemah.
3. Ilmu seru gerak yang kebiasaannya diamalkan oleh kumpulan silat yang mengamalkan jurus kebatinan.
Islam itu lengkap dan amat sempurna dari unsur-unsur luar yang bercadang untuk menyempurnakan Islam. Ilmu mempertahankan diri adalah amat baik dan Islam amat menggalakkan umatnya mempersiapkan kelengkapan dan segala kekuatan bagi mempertahankan kesucian Islam tetapi bukan dengan sesuatu yang tidak ada asalnya dari Islam seperti : ilmu seru gerak dan jurus kebatinan.
4. Jampi serapah yang ada unsur-unsur syirik atau menghina Islam atau tidak difahami maksudnya.
Para ulama berbeza pendapat dalam masalah membaca jampi serapah yang bukan bersumber dari al-Qur’an dan hadits kepada beberapa pandangan. Sebahagian mereka tidak mengharuskan sama sekali sebarang jenis bacaan jampi jika bukan dari al-Qur’an mahupun hadits. Tetapi sebahagian yang lain mengharuskan dengan syarat difahami maknanya dan tidak ada unsur-unsur yang dilarang dalam agama di dalam bacaan jampi tersebut. Seperti : seruan kepada sesuatu, menghina Allah, Nabi Muhammad SAW, ajaran Islam, memohon sesuatu kepada selain Allah SWT, termasuk meminta keapad batu atau kayu dan sebagainya.
5. Mempercayai percakapan, ramalan dan tilikan dukun samada terhadap perkara yang telah lalu atau di masa akan datang.
Sebahagian daripada perkara yang haram, berdosa besar bahkan syirik di dalam Islam ialah mempercayai tilikan dukun.
6. Memohon dengan percakapan atau ungkapan yang tidak ada asal usul suruhan dalam Islam seperti kata-kata “Tabik Tok Nenek” ketika melalui sesuatu tempat atau “Minta simpang Malaikat 44” ketika mengharapkan sesuatu yang tidak diingini.
7. Penggunaan tangkal di rumah atau dipakai di badan yang bukannya dari sesuatu yang tsabit dalam agama serta tidak dijaga dari dibawa ke tempat-tempat yang bukan suci.
Pada kebiasaannya penggunaan tangkal akan menyebabkan seseorang bertumpu kepada tangkal dan merasakan dirinya selamat selama tangkal itu berada dengannya. Maka sebab itulah Baginda Nabi SAW melarang penggunaan tangkal.
8. Meletakkan Ladam Kuda dipintu rumah dengan alas an boleh menghindari dari gangguan makhluk halus.
9. Mengantung isim yang dipahat di logam tertentu dengan berbagai-bagai rajah dan tulisan yang bukannya ayat al-Qur’an atau sesuatu yang warid dalam agama.
10. Bersahabat dan meminta pertolongan kepada Jin/Khadam/Masuk Tok Nenek dalam badan (menurun).
Islam amat melarang umatnya bersahabat, meminta pertolongan dan apatah lagi berkahwin dengan golongan jin yang kejadiannya, seleranya dan kehidupannya amat berbeza sama sekali dengan manusia.
11. Mengamalkan ilmu pengasih
Ilmu pengasih atau ilmu yang didakwa dapat menawan hati seseorang samada dengan tujuan baik, iaitu ingin bernikah, ataupun dengan tujuan yang jahat, iaitu ingin memperdaya seseorang adalah haram di sisi agama. Ia termasuk dalam kelompok ilmu sihir, walaupun dengan menggunakan ayat al-Qur’an yang ditokok tambahkan dengan kalimah-kalimah tertentu.
12. Perasapan kemenyan dengan tujuan supaya menghalau jin dan hantu di dalam rumah dan menjemput malaikat datang ke rumah.
Amalan yang terdapat dalam masyarakat Melayu ialah perasapan kemenyan pada malam Jumaat. Dengan alasan, agar rumahnya didatangi oleh para malaikat ataupun untuk menghindari rumahnya dari dimasuki oleh iblis syaitan ataupun untuk menyepuh keris-keris atau sebarang jenis senjata warisan dan sebagainya. Sebenarnya amalan-amalan seumpama ini adalah amalan yang bersumberkan kepada ajaran agama Hindu dan jelas bercanggah dengan ajaran Islam bahkan dapat mengundang kemudharatan kepada pelakunya.
13. Meletakkan air di dalam bekas untuk dijamukan kepada para malaikat “Air Malaikat”.
Sesungguhnya Malaikat merupakan makhluk ciptaan Allah SWT daripada Nur atau cahaya yang tidak pernah menderhakai Allah SWT walaupun mereka tidak mempunyai nafsu, tidak makan, minum, tidur, berkahwin, beranak ataupun melakukan sesuatu yang disebabkan nafsu. Maka bagaimana mungkin air boleh disediakan untuk minuman para malaikat? Ini adalah disebabkan kejahilan tentang perkara agama.
14. Menganiaya atau menzalimi orang melalui sihir, santau dan pukau.
Tujuan mereka untuk menguji ilmu mereka, membantu orang lain yang bermusuhan dengan seseorang, memintas perniagaan seseorang, mencuri atau ingin mengambil hak milik seseorang bukan dengan secara hak. Kesemua itu zalim namanya yang sangat layak diancam dengan azab yang amat pedih oleh Allah SWT.
15. Pemakaian susuk untuk mencantikkan muka dan badan atau lainnya.
Merubah sesuatu yang telah dijadikan oleh Allah SWT kepada manusia adalah haram. Seperti firman Allah dalam Surah at-Tin, ayat 4 :-
“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia Dalam bentuk Yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai Dengan keadaannya)”.
16. Pemakaian raksa atau apa-apa logam untuk menguatkan tubuh badan atau untuk kuatkan rangsangan seks.
Pemakaian raksa boleh mengkategorikan sebagai merubah ciptaan Allah SWT dan amaln sihir, kerana pemakaian raksa akan menyebabkan seseorang itu menjadi kuat, kebal, tidak penat bekerja berat. Jampi serapah serta amalan tertentu diperlukan untuk memasukkannya seperti pemakaian susuk.
17. Menggunakan objek untuk menakuti jin.
Menggunakan sesuatu objek dengan alasan golongan jin akan takut kepada benda tersebut ataupun bermain dengannya, seperti menabur beras kunyit di dalam rumah, menabur kacang hijau atau lada hitam, menyembur air garam ataupun cuka di rumah, meletakkan sesuatu benda yang berduri di dalam rumah.
18. Kepercayaan kepada kebolehan benda memberi mudharat dan manfaat.
Mempercayai sesuatu objek boleh memberi mudharat dan manfaat seperti batu zamrud, kayu koka, kemuning hitam, raja kayu, teras kilo dan buluh tumpat.
19. Kepercayaan kepada tuah keranda.
Lari dibawah keranda seseorang yang kita terlalu kasih supaya tidak teringat kepadanya.
Sebahagian dari fahaman khurafat yang masih lagi menyelubungi umat Islam dalam masyarakat kita ialah fahaman-fahaman seperti :-
Jangan makan nasi di dalam periuk atau belanga nanti jadi fakir.
Jangan main batu baling (batu tujuh) dalam rumah nanti sempit rezeki.
Jangan sapu rumah atau buang sampah pada waktu malam nanti sempit rezeki.
Rebus batu atau panah matahari dengan cili kering atau sambung baju pengantin sampai ke atas bumbung yang kesemuanya itu supaya tidak turun hujan.
20. Menzalimi binatang seperti amalan memindahkan penyakit kepada binatang atau menyihir seseorang dengan menggunakan katak atau binatang lain.
Tindakan menzalimi binatang dengan alasan untuk menyelamatkan manusia tidak dapat diterima akal dan syarak, bahkan termasuk dalam amalan sihir yang dilaknati Allah SWT.
21. Kepercayaan kepada kebolehan seseorang mendatangkan mudharat atau manfaat.
Mempercayai seseorang wali, keramat atau seseorang seperti bomoh dan dukun boleh mendatangkan kemudharatan ataupun manfaat.
22. Kepercayaan kepada kejadian alam sebagai isyarat masa depan.
Mempercayai sesuatu perkara atau bunyi yang berlaku ada kaitan dengan apa-apa perkara atau kaitan dengan orang tertentu, seperti bunyi cicak atau burung, kucing atau biawak melintas dalam perjalanan akan membawa malapetaka.
23. Membaca ayat al-Qur’an secara songsang ataupun dihentikan pada tempat yang salah dari segi tajwid dengan alasan tertentu yang bercanggah dengan syarak.
Umpamanya membaca surah al-Fatihah atau surah al-Ikhlas terbalik kononnya dengan tujuan perubatan atau untuk menghantar balik sihir yang dibuat oleh orang lain. Amalan ini jelas bercanggah dengan ajaran Islam berdasarkan firman Allah SWT, yang mencela sikap golongan Yahudi yang mengubah-ubah ayat-ayat Allah di dalam kitab-kitab terdahulu sehingga mereka menjadi sesat.
“Di antara orang-orang Yahudi ada Yang mengubah (atau menukar ganti) Kalamullah (isi Kitab Taurat), dari tempat dan maksudnya Yang sebenar, dan berkata (kepada Nabi Muhammad): “Kami dengar”, (sedang mereka berkata Dalam hati): “Kami tidak akan menurut”. (Surah an-Nisa, ayat 46)
24. Kepercayaan kepada kebolehan wafaq.
Mempercayai wafaq atau huruf Hija’iyah yang tertentu, yang tertulis sama ada secara rajah ataupun tidak dan juga yang tidak dapat difahami maksudnya, dapat mendatangkan sesuatu manfaat ataupun mudharat. Ini adalah sebahagian dari amalan sihir yang menyesatkan. Apatah lagi jika dikaitkan dengan sesuatu fahaman dan iktikad umpamanya boleh melariskan perniagaan, mendekatkan jodoh dan menghindarkan penyakit.
25. Pengubatan yang bercanggah dengan Islam.
Berubat dengan kaedah yang salah dan haram disisi agama seperti menyembelih ayam jantan/hitam, makan bara api, menilik di dalam air atau asap, menitik lilin di dalam air untuk mengetahui sesuatu, mandi air najis, membuka, melihat dan menyentuh aurat pesakit tanpa hajat, berdua-duaan dengan pesakit.
26. Pengubatan dengan bahan harum.
Berubat dengan menggunakan bahan-bahan yang haram. Misalnya najis, darah, nanah, air longkang, kain lampin, tuala/modes wanita yang mengandungi kesan darah, sesuatu dari cebisan tubuh badan manusia, seperti rambut, kuku, gigi dan tulang manusia.
27. Upacara memanggil roh.
Mengadakan upacara Tahdhirul Arwah, kononnya untuk memanggil roh-roh tertentu masuk kedalam badan seseorang, seperti : memanggil roh Syeikh ‘Abdul Qadir al-Jailani dan sebagainya.
28. Pengubatan tanpa sumber agama.
Berubat dengan kaedah yang tidak ada asal usul dalam ugama seperti ilmu cungkil urat dengan digaris-garis di hadapan jari kaki dan tangan yang diurut di atas sebuah papan dengan menggunakan pisau tumpul, menggunakan pahat atau penukul. Kononnya sebagai isyarat untuk memulihkan sendi atau uray yang sakit. Juga memaku paku di tiang rumah untuk menghilangkan sakit gigi, menggunakan keris, pisau, pedang dan gambar.
29. Pengubatan oleh bomoh bukan Muslim.
Berubat dengan bomoh bukan Islam, seperti : sami Hindu, sami Buddha, paderi Kristian dan tok batin Orang Asli yang menggunakan kaedah kepercayaan terhadap agamanya ataupun jampi serapah agamanya.
30. Mendakwa diri sebagai seorang kasysyaf.
Mendakwa diri sebagai seorang wali yang kasysyaf dan boleh melihat jin dan sebarang makhluk halus dan boleh menyembuhkan sebarang penyakit.
31. Mensyaratkan pengeras yang pelik-pelik.
Seperti mesti memberi benda tajam, atau bayaran yang berjumlah suku seperti dua ringgit suku dan membawa pulut kuning dan telur berwarna.
Rujukan :
Menjana Masyarakat Beraqidah – Himpunan Kertas Kerja Seminar Motivasi Masyarakat Beraqidah Majlis Ilmu 2007, Cetakan Pertama : 2008, Diterbitkan oleh : Jabatan Perdana Mentiri, NBD.
KESAN-KESAN NEGATIF DARIPADA KEPERCAYAAN KHURAFAT
Kepercayaan khurafat boleh membawa kepada kesan negatif kepada seseorang manusia. Khurafat boleh menjadikan seseorang itu berlaku syirik kepada Allah swt kerana mempercayai sesuatu atau ada kuasa yang lain daripada Allah Taala yang mampu memberi pertolongan kepada mereka. Ini menyebabkan seseorang itu terkongkong kerana pantang larang yang diamalkan serta menyekat kebebasan berfikir yang mengakibatkan seseorang itu lemah dan mundur dalam segala hal.
Bahkan mereka sanggup menghabiskan wang, tenaga dan membuang masa mereka dengan sia-sia. Akhirnya perkara tersebut menyebabkan berlakunya huru hara dan perpecahan dalam masyarakat kita.
CARA-CARA MENGATASI ATAU MENGHAPUSKAN KEPERCAYAAN KHURAFAT

Untuk membenteras dan menghalang dari berlakunya kepercayaan khurafat di kalangan masyarakat hari ini usaha-usaha da’wah dan penerangan kepada semua peringkat umat Islam perlu dilaksanakan dengan lebih meluas lagi. Pihak yang bertanggungjawab hendaklah mengambil tindakan tegas terhadap golongan yang melakukan perkara khurafat iaitu dengan mengenakan hukuman yang berat serta menghapuskan tempat-tempat yang menjadi tempat pemujaan mereka seperti bina-binaan di atas kubur yang dianggap keramat.